Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 30

Sudah beberapa hari Yurina tidak masuk bekerja. Dia masih tidak berani untuk memunculkan diri. Hendak ke kolej pun dia dijemput dan dihantar oleh Aryan atau Moza silih berganti. Adakalanya majikannya turut membantunya. Rasa segannya muncul namun dia bukanlah sengaja dilayani sedemikian rupa. 

“Yurina,” Puan Aishah masuk kedalam biliknya. Yurina yang mengelamun tersentak dan pantas berpura-pura mengemas buku.

“Yurina, ada kawan kamu nak jumpa diluar,” sambung Puan Aishah.

“Siapa mak?” tanya Yurina ingin tahu. Buku yang dipegangnya diletakkan kembali diatas meja belajarnya.

“Kalau mak tak salah, nama dia Moza. Tapi dia ada bawa kawan, kacak pula tu,” jawab Puan Aishah. Yurina hanya tersengih.

“Kamu pergilah keluar dulu. Biar mak buatkan air.”

Yurina hanya mengangguk. Kakinya perlahan mengorak langkah keluar dari biliknya. Hatinya kembali berdebar. Bukan dia takut tapi entah mengapa hatinya sering berdegup kencang sebaik mendengar nama Moza.

Yurina menapak keluar ke kaki lima. Senyumannya pantas diukir sebaik dia bertentang mata dengan Moza.

“Maaflah kalau ganggu,” ujar Moza. Yurina hanya tersenyum nipis. Matanya tertuju kearah seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Dengan badan yang tinggi lampai, warna kutih yang cukup bersih membuatkan Yurina tertanya-tanya. Apatah lagi dengan senyuman lelaki itu yang baginya lebih menarik berbanding Moza.

“Hai,” lelaki itu melambai dan Yurina hanya mengangguk.

“Dawson, dah.”

Dawson kembali menurunkan tangannya sebaik mendengar teguran adiknya. Senyumannya tetap diukir memandang Yurina yang sudah tertunduk malu. Dan entah mengapa matanya tertuju pada wanita itu seolah pernah dikenalinya suatu ketika dahulu.

“Dawson, kawal biji mata tu,” ujar Moza lagi separuh berbisik. Hatinya mendidih geram melihat Dawson yang asyik memandang Yurina. Yang jelas dia sedikit cemburu.

“Moza, kenapa aku rasa macam aku kenal dia,” Dawson berbisik. Moza mengerutkan dahi.  Wajah abangnya dipandang tidak percaya.

“Kau jangan nak buat cerita Dawson. Baru ini kali aku bawa kau jumpa dia, kau pula dah buat cerita yang kau macam pernah jumpa dia.”

Dawson hanya tersengih. Dia kembali memandang Yurina yang duduk dan memandang kearah lain. Dalam diam, dia semakin yakin bahawa suatu ketika dahulu dia pernah berjumpa dengan wanita itu.

“Erm... Boleh saya tanya sesuatu tak?’ Dawson memulakan kata-kata. Moza hanya diam menunggu. Yurina mengangguk.

“Awak ada abang tak? Atau mungkin adik?”

“Apa punya soalan yang kau tanya ni Dawson?” Moza pantas menggamit. Dawson hanya menjengilkan biji matanya memberi isyarat pada adiknya agar tidak banyak bertanya.

“Saya cuma ada kakak,” jawab Yurina perlahan. Dawson pantas mengangguk.

“Jadi mana kakak awak? Mesti dia cantik macam awak kan?” usik Dawson dan Moza sekali lagi menggamit. Geram benar dia akan abangnya yang sudah mula banyak tanya.

Yurina hanya tersenyum nipis. Pertanyaan lelaki itu membuatkan dia kembali teringat akan arwah kakaknya sekaligus mengingatkannya pada lelaki yang telah meninggalkan kakaknya. 

“Maaflah Yurina. Abang saya ni memang banyak tanya kadangkala,” ujar Moza. Dawson hanya tersengih.

“Eh, kenapa duduk diluar? Marilah masuk,” Puan Aishah tiba-tiba keluar. Ditangannya ada sedulang air kopi bersama biskut kering. Hanya itulah yang mampu dihidangkannya buat masa sekarang.

“Tak apalah mak cik. Diluar sini pun seronok. Ada angin,” jawab Dawson ramah. Senyumannya turut diukir.

“Maaflah kalau mak cik cuma hidang biskut je,” ujar Puan Aishah seraya menuang air kopi pada gelas. 

“Tak apa mak cik. Itu pun dah bagus,” jawab Dawson lagi. Moza hanya tersengih.

“Erm... mak cik, maaflah tapi boleh tak kalau saya minta air suam?”

Moza menggamit abangnya. Geram benar dia akan sikap abangnya yang begitu banyak karenah.

“Boleh... Tunggu sekejap ya,” ujar Puan Aishah.

“Mak tunggulah disini, biar Yurina yang ambilkan,” Yurina bingkas bangun dan berlalu kedapur. Dawson dan Moza mula merasa bersalah.

“Maafkan saya sebab susahkan mak cik dan juga anak mak cik,” ujar Dawson meminta maaf. Puan Aishah hanya tersenyum geli hati.

“Tak apalah nak. Bukannya susah mana pun,” balas Puan Aishah.

“Oh ya, anak ni namanya...”

“Nama saya Dawson, saya abang Moza,” jawab Dawson pantas. Moza hanya mengangguk sambil tersengih.

“Apa? Dosen?” Puan Aishah mula keliru. Nama Dawson baginya terlalu payah.

“Bukan Dosen tapi Dawson. D-A-W-S-O-N.”

“Maaflah nak. Mak cik ni susah sikit kalau bab mengingat nama orang. Kalau setakat nama Hawa atau Karina, itu mak cik ingatlah.”

Dawson hanya ketawa kecil. Moza pula tersengih bagaikan kerang busuk. Dia mencuba menahan tawanya takut wanita tua itu terasa hati.

“Oh ya, Karina tu kawan kamu kan?” tanya Puan Aishah lagi.

“Erm? Karina?” Moza sedikit terkejut. 

“Dia pernah datang sini dengan adik lelakinya. Mak cik sangkakan mereka suami isteri.”

Moza mencuba untuk mengenal siapakah yang dimaksudkan wanita itu. Fikirannya pantas bekerja.

“Maksud mak saya kak Karyenna,” Yurina kembali memunculkan diri. Sebotol air mineral diletakkan diatas meja. Dawson pantas mengucapkan terima kasih.

“Oh Karyenna...”

“Yurina, kamu berbuallah dengan mereka dulu. Mak nak ke kedai sekejap,” ujar Puan Aishah. Yurina hanya mengangguk. Begitu juga dengan Dawson dan Moza yang kembali membisu. Suasana kembali sepi tanpa sepatah kata. Dawson yang memang dilarang meminum kopi segera meneguk air mineralnya menghilangkan dahaganya.


Andy melempar alat kawalan jauh peti televisyenna. Hatinya benar-benar panas apabila dia tidak lagi melihat kelibat Yurina. Wanita itu benar-benar mendatangkan rasa marahnya. Sumpah seranahnya dapat didengar diseluruh ruang rumahnya.

“Kurang ajar kau Moza! Kau tunggulah, aku akan bunuh kau!”

Andy mendengus dengan kasar. Dia benar-benar tidak dapat menerima kekalahannya dalam membawa lari Yurina untuk dibunuhnya. Sandra yang baru masuk kedalam rumah tersebut terkejut akan barang yang bersepah. Barang beliannya diletakkan diatas meja.

“Apa yang berlaku ni Andy? Kenapa barang bersepah macam ni? Ada pencuri masuk ke?” tanya Sandra. Beberapa biji bantal hiasan sofa dipungut dan diletakkan kembali ditempat asalnya. Andy hanya mendengus.

“Kita perlukan rancangan yang lain,” ujar Andy.

“Apa maksud you dengan rancangan yang lain? Orang suruhan you tak dapat cari Yurina ke?”

“No. Yurina hilang tanpa jejak dan I yakin Moza melindungi dia.”

“What? Moza? Ish, kenapa dengan dia tu ya? Kenapa dia nak bela sangat budak murah tu?” Sandra turut berang. Dia duduk dengan kasar.

“I rasa dia ada hubungan dengan budak tu,” Andy mencuba untuk meneka namun pantas disangkal Sandra.

“I tak percayalah yang dia suka dengan budak macam tu.”

“Mana you tahu? Dengan you pun dia tak layan,” balas Andy. Sandra menjeling tajam.

“I nak keluar dulu.”

Andy bangun dari sofa yang didudukinya. Kunci kereta yang diletakkan diatas meja pantas mencapai. Sandra hanya mendengus kasar. Dia tidak dapat menerima kenyataan jika benar Moza menyukai perempuan murah seperti Yurina.


Moza menghubungi Aryan. Dawson yang duduk disebelahnya asyik memandang pelbagai gelagat manusia yang asyik mencari keseronokan menerusi tingkap kenderaan. Sesekali dia menggelengkan kepala melihat beberapa pasang manusia yang asyik berkepit dengan mengusung botol minuman keras.

“Aryan.”

“Ya Moza? Kenapa?” tanya Aryan. Matanya tetap fokus menonton televisyen.

“Tolong aku,” pinta Moza. Dawson yang disebelahnya segera berpaling. Dia hairan dengan adiknya yang meminta tolong pada seseorang bukan dirinya.

“Tolong apa?”

“Hantarkan abang aku balik.”

Aryan terkejut. Begitu juga dengan Dawson. 

“Kau dimana?” tanya Aryan ingin tahu.

“Depan kelab malam,” jawab Moza. Matanya tetap tertuju pada Andy yang sedang berkepit dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

“Kau dikelab malam? Dengan abang kau? Kau buat apa disana? Buang tebiat?” Bertubi-tubi soalan muncul dari mulutnya.

“Aku nampak Andy.”

“Hah? Andy? Apa yang budak bertuah tu buat dekat situ?”

“Entah. Mungkin dia sedang membasuh baju. Dah namanya kelab malam, biasanya orang buat apa?” Moza membalas. 

“Okay. Kau tunggu aku. Sekarang juga aku datang. Jangan lupa mesej aku nama kelab tu,” ujar Aryan lalu mematikan panggilan telefon tersebut. Moza hanya mendengus. Jari jemarinya pantas menaip diatas skrin telefonnya menghantar alamat kepada Aryan.

“Moza, lelaki tu ke yang kau maksudkan?” Dawson menunjuk kearah Andy yang asyik berkepit dengan seorang wanita seksi.

“Kau kenal dia?” Moza bertanya.

Dawson diam. Dia mencuba mengingat dimana dia bertemu dengan lelaki itu. Satu persatu peristiwa lalu diputar.

“Jangan paksa kalau tak ingat,” nasihat Moza. Dia tidak mau abangnya kembali sakit dengan memaksa otaknya bekerja mengingat sesuatu.

“Tapi aku yakin yang aku pernah nampak dia.”

“Masa di hospital kan?”

“Tak. Di tempat lain.”

Jawapan Dawson mula membuatkan Moza tertanya-tanya. Andy yang tadi berada diluar kini sudah masuk kedalam kelab bersama wanita itu. Moza mula keluar dari kenderaanya. Dia tidak mahu kehilangan jejak Andy.

“Moza, kau nak kemana?” tanya Dawson. Dia turut keluar dari kenderaannya dan mengejar Moza.

Moza melangkah masuk kedalam kelab. Suasana yang cukup bingit dengan muzik yang kuat membuatkan telinga terasa berdengung. Dia tidak sedar jika abangnya mengejarnya dari belakang sebelum hilang didalam ramainya manusia.

Mata Moza meliar memandang ke kiri dan kanan. Beberapa orang perempuan seksi mula datang mendekatinya dan bertindak berani namun Moza pantas menolak. Kedua tangannya pantas menepis tangan gatal yang ingin memegangnya.

Seorang lelaki yang berpakaian ala taiko dihampiri dengan perlahan. Dia mahu bercakap sesuatu dengan lelaki itu.

“Erm... Ada jual dadah tak?” tanya Moza berterus terang. Lelaki taiko itu memandangnya dengan dahi berkerut. Matanya liar memandang dari atas kebawah.

“You orang baru ya?” Lelaki taiko itu bertanya. Moza hanya mengangguk. Dari dialek yang dituturkan lelaki itu, Moza dapat mengagak bahawa lelaki itu adalah seorang Cina.

“Biar saya beritahu you ya. Kalau you mau itu barang, you jangan cakap terang. You kena bagi hint. Dekat sini, ada banyak polis maa. You mau gua masuk penjara kaa?” ujar lelaki Cina itu. Moza pantas meminta maaf.

“Disebabkan you baru, gua maafkan. Tapi lain kali kalau you cakap macam tu, gua lempar you keluar macam kucing kurap.”

Moza menelan air liurnya. Ugutan lelaki itu sedikit mengecutkannya apatah lagi dia terpandang akan dua orang bodyguardnya yang berbadan tiga kali ganda darinya.

“Hah? Berapa you mau? Banyak kah?” tanya lelaki Cina itu lagi.

“Erm... Saya cuma nak mabukkan orang.”

“Mabukkan orang? Haiya... Kalau setakat itu, you tak payah jumpa gua maa... Siapa you mau kasi mabuk? Amoi kah?”

Moza hanya tersengih. Pertanyaan lelaki itu sama sekali tidak dijawabnya. Matanya kembali liar mencari kelibat Andy sehinggalah dia terpandang akan Andy yang sedang asyik meneguk minuman keras dengan dipangku seorang wanita.

Moza mengeluarkan dompetnya. Not bernilai RM100 sebanyak lima keping diserahkan kepada lelaki Cina itu.

“Lu simpanlah. Hari ini biar gua belanja you.” Lelaki cina itu menolak. Moza tersentak.

Lelaki Cina itu memanggil salah seorang bodyguardnya.Dia membisikkan sesuatu dan menunjuk kearah Moza. Moza hanya mampu meneguk air liurnya. Hatinya berdetak risau jika lelaki Cina itu menyuruh bodyguardnya melempar dirinya keluar.

Tanpa disangka, lelaki berbadan tegap itu menyerahkan sebungkus kecil serbuk putih pada Moza. Kepalanya perlahan diangguk.

“Terima kasih,” ucap Moza dan lelaki Cina itu hanya mengangguk.

“Lain kali kalau you datang, kenalkan gua sama lu punya amoi. Ada rezeki, kita tukar barang,” ujar lelaki Cina itu. Moza hanya tersengih. Faham benar dia akan maksud lelaki itu.

Dalam bisingnya kelab tersebut, dia terdengar akan suara abangnya yang memanggil namanya. Matanya pantas mencari sebelum akhirnya terkejut dengan Dawson yang sudah dikerumuni banyak wanita liar.

“Saya pergi dulu. Terima kasih dengan hadiah ni,” uajr Moza sedikit menunduk sebelum berlalu pergi mendapatkan abangnya. Lelaki Cina itu hanya tersenyum dan kembali melayan wanita simpanannya.

“Hei, jangan pegang-pegang,” Dawson menampar tangan wanita yang ingin meraba badannya. 

“Dawson, apa yang kau buat disini?” Moza bertanya. Dia turut membantu menepis tangan gatal wanita yang masih mengerumuni abangnya.

“Aku ikut kau. Eh, perempuan. Aku dah kata jangan pegang. Tangan kau kotor,:” ujar Dawson. Sepasang tangan yang berada di bahunya pantas ditepis.

“Kita keluar sekarang.”

Dawson mengangguk. Dia tidak rela berada lama di tempat tersebut. Seorang wanita yang hendak menciumnya pantas ditolak ke tepi. Mulutnya dicebik kegelian.


Dawson memandang adiknya tidak berkelip. Sebungkus dadah yang ada ditangan adiknya membuatkan dia tidak senang duduk. Matanya meliar ke kiri dan kanan risau jika ada pihak polis yang sedang mengintip mereka.

“Kau nak buat apa dengan benda ni Moza? Kalau polis tahu, mati kita,” ujar Dawson panik.

“Janganlah beritahu dengan polis,” jawab Moza.Dia kembali menyimpan dadah tersebut dipoket seluarnya.

“Eh, kau fikir polis bodoh ke? Entah-entah dia dah nampak kau tadi.”

“Dah tu kenapa sampai sekarang tak ada apa-apa? Tak ada pun mereka serbu?” balas Moza.

Ketukan di tingkap serentak mengejutkan Dawson dan Moza. Masing-masing mengurut dadanya terkejut dengan kemunculan Aryan di tingkap kenderaan.

“Tak pandai nak bagi salam ke?” marah Moza sebaik menurunkan tingkap kenderaanya. Aryan hanya tersengih seolah tidak merasa bersalah.

“Jadi mana Andy? Aku tak nampak pun dia,” ujar Aryan.

“Dia dah masuk dalam,” jawab Moza.

“Jadi nak buat apa sekarang?”

“Kau tolong hantar Dawson balik.”

“Aku tak nak balik!” Dengan pantas Dawson membantah. Dia tidak mahu balik jika tidak bersama adiknya.

“Habis tu takkan kau nak stay sini? Aku ada kerja tau,” ujar Moza.

“Kerja? Kerja apa? Cuba kau beritahu aku kerja apa yang kau nak buat?”

“Dawson, tolonglah. Aku malas nak bergaduh tau.”

“Jadi kau fikir aku nak sangat bergaduh?” balas Dawson. Aryan hanya diam melihat pertelingkahan kedua beradik itu.

Moza mendengus kasar. Begitu juga dengan Dawson yang masih tidak berpuas hati. Masing-masing kembali mendiamkan diri tidak bersuara.


Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail