Dawson ketawa girang pabila mendengar lawak yang diceritakan Moza padanya. Ditempat duduk belakang, Yurina hanya tersenyum lebar. Dia tidak menyangka kedua beradik tersebut mempunyai hubungan yang rapat. Perlahan dirinya teringat akan arwah kakaknya yang juga sering mememaninya.
“Awak okay Yurina? Asyik diam je...” ujar Moza. Dia memandang Yurina menerusi cermin belakangnya.
“Ya, saya okay,” jawab Yurina perlahan.
“Moza, kalau kita singgh makan dulu boleh tak?” pinta Dawson. Perutnya sudah berbunyi.
“Nak makan dimana?” tanya Moza pula.
“Mana-mana pun boleh. Yurina, kita makan dulu ya? Lepas tu baru balik,” Dawson berpaling memandang Yurina ditempat duduk belakang.
“Terpulanglah. Saya ikut je,” jawab Yurina. Sebuah senyuman diukir.
Kenderaan yang dipandu Moza mula membelok masuk kesebuah restoran yang tidak begitu ramai dikunjungi orang. Sebuah tempat letak kenderaan yang kosong segera diisi oleh Moza.
Dawson pantas membuka pintu kenderaan. Udara malam yang begitu sejuk membuatkan dia terasa sedikit nyaman. Ditambah lagi dengan angin yang bertiup lembut.
“Dawson, pakai jaket ni. Nanti selsema pula,” pesan Moza. Dawson hanya mencebik.
“Panaslah. Tak boleh ke kalau tak pakai?” tanya Dawson.
“Habis tu?”
“Tak payah pakai.”
Moza memandang abangnya meminta kepastian. Dawson hanya tersengih memperlihatkan giginya yang cantik tersusun.
“Tersengih-sengih macam kuda laut,” ujar Moza.
“Apa? Kuda laut?” Dawson tersentak. Yurina yang memandang dari sebelah kereta hanya tersenyum.
“Dah lah. Mari masuk,” Moza menarik lengan abangnya namun Dawson pantas menepis.
“Apa hal lagi?” tanya Moza.
“Janganlah asyik pegang aku. Bukannya aku tak boleh berjalan,” ujar Dawson. Matanya sempat memberi isyarat mengenai kehadiran Yurina.
“Yalah,” Moza tersedar dari tindakannya. Dia hampir terlupa jika mereka tidak hanya berdua ketika itu.
Dawson hanya menurut langkah adiknya. Sebuah meja yang terletak ditepi dinding menjadi tempat untuk mereka mengisi perut. Masing-masing memberi pilihan makanan yang ingin dimakan.
Shua menangis teresak-esak. Dia tidak percaya jika abangnya telah melakukan satu pembunuhan dengan niat sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri. Baginya abangnya tidak pernah berbuat salah dan dia yakin bahawa abangnya telah difitnah.
Ibunya, Puan Rachel hanya diam merenung wajah terakhir anaknya dari balik keranda yang ditutup dengan cermin. Air matanya seolah telah habis untuk menangisi anak sulungnya itu. Namun dia terpaksa merelakan pemergian anaknya itu kerna dia tahu anaknya memang harus dihukum sedemikian rupa atas perbuatannya.
“Aunty, salam takziah ya?” Seorang wanita datang memberi takziah. Puan Rachel hanya mengangguk lemah.
“Bersabarlah ya aunty,” ujar wanita itu lagi. Dia sempat memeluk Puan Rachel sebelum berlalu pergi.
Shua mengepal penumbuknya. Dia tidak dapat menerima kenyataan jika dirinya harus berpisah dengan abangnya itu. Kakaknya, Feby yang melihat tingkahnya pantas menghampiri.
“Shua,” tegur Feby. Wajah Shua yang merah padam dipandangnya.
“Kau kenapa?” sambung Feby.
“Aku tak boleh terima kak. Kenapa abang harus mati?”
“Apa yang kau cakap ni Shua? Semua orang memang akan mati. Kau jangan nak buat hal ya?” Feby mengingatkan adiknya.
“Aku akan cari orang yang buat abang macam ni. Aku akan balas apa yang dia buat pada abang.”
“Shua, jangan mengarut ya? Andy memang salah dan dia harus terima kesalahan dia.”
“Aku tak kira kak. Kalau kakak tak mahu bantu, baik kakak diam.”
“Dengar ya Shua, kalau kakak dengar kau ada buat hal, siaplah kau. Kakak tak peduli jika kakak sendiri yang akan gari dan heret kau masuk penjara,” ujar Feby yang juga merupakan seorang anggota polis.
Shua diam. Dia sudah kehilangan kata-kata namun baginya, dia tetap harus membalas dendam pada orang yang telah membuatkan abangnya pergi. Penumbuknya semakin kuat dikepal.
Feby hanya mendengus kasar. Dia kini sedar bahawa dia harus mengawasi adik lelakinya itu kerana dia tahu Shua seorang yang mengotakan janjinya.
“Feby....” Puan Rachel memanggil anak perempuannya dan Feby pantas mendapatkan ibunya. Perlahan dia memapah ibunya masuk kedalam bilik.
Shua menghampiri keranda abangnya. Dari balik kaca, dia melihat wajah abangnya. Air matanya gugur menimpa pintu keranda. Kini dia kehilangan seorang abang. Abang yang selama ini menjadi tempatnya untuk mengadu dan meminta tolong.
“Abang, aku janji aku akan cari orang yang buat kau macam ni. Aku janji aku akan cabut nyawa dia sebagaimana dia cabut nyawa kau,” ujar Shua. Dia tidak peduli dengan beberapa orang tetamu dirumahnya.
Darryl menatap wajahnya di cermin. Entah mengapa fikirannya asyik teringat akan kata-kata Hawa. Perasaan bersalahnya perlahan muncul. Bukanlah niatnya hendak merampas Yurina namun sejak dia bertemu dengan Yurina, hati lelakinya terusik untuk lebih mengenali dan kini bila dirinya mendapat tahu bahawa Yurina berhubungan dengan Moza, dia merelakan diri untuk berundur.
“Darryl, are you okay?” Seorang rakannya, Jackson menegurnya. Darryl pantas tersedar.
“Ya. I’m good,” jawab Darryl.
Jackson hanya mengangguk. Setelah merapikan pakaian putihnya, dia kembali keluar meninggalkan Darryl. Darryl menghela nafasnya yang panjang. Wajahnya yang kering segera dibasahkan dengan air paip. Dia mencuba untuk melupakan apa yang telah berlaku.
Sedang membasuh wajah, telefonnya tiba-tiba berdering. Darryl pantas menyeluk poket bajunya. Nama ibunya tertera diskrin telefonnya. Pantas dia menjawab seraya menggunakan pembesar suara. Wajahnya yang basah dilap dengan tisu yang ada.
“Hello,” jawab Darryl.
“Hello sayang, mommy ada di airport ni. Darryl boleh ambil mommy tak? Kalau Darryl sibuk, mommy akan ikut teksi,” ujar Datin Maria.
“Ya, Darryl akan ambil. Mommy tunggulah sekejap.”
“Are you okay? Mommy dengar Darryl macam tak sihat je?” Datin Maria bertanya lagi. Nalurinya sebagai seorang ibu membuatkan dia begitu mengenal anak tunggalnya.
“Ya, Darryl okay. Cuma penat sikit,” jawab Darryl.
“Mommy tunggulah sekejap. Dalam sepuluh minit Darryl sampai,” sambung Darryl.
“Ya. Take your time.”
Daryyl memutuskan panggilan tersebut. Telefonnya yang ada diatas singki kembali dimasukkan kedalam poket baju putihnya. Setelah merapikan pakaiannya doktornya, dia kembali melangkah keluar dari dalam tandas.
Beberapa orang rakan yang melintas hanya dilemparkan senyuman. Entah mengapa dia tidak mempunyai mood untuk bersuara. Dia lebih ingin mendiamkan diri.
Malam yang terasa sejuk membuatkan Darryl mengigil kesejukan. Badannya yang sudah dilapisi dengan tshirt dan sweater masih tidak dapat menghilangkan rasa sejuk yang mencengkamnya. Mahu tidak mahu, dia terpaka menebalkan pakaiannya dengan memakai sehelai jaket berbulu.
Matanya meliar mencari kelibat Datin Maria namun ibunya itu tetap tidak kelihatan. Langkahnya diatur melalui setiap laluan namun dia masih tidak menemui ibunya. Dia sudah mula berputus asa. Telefonnya kembali dikeluarkan dan pantas menghubungi ibunya.
“Mommy dimana? Darryl dah ada di airport ni,” ujar Darryl berterus terang.
“Oh, mommy ada di kafe ni. Darryl datanglah sini. Mommy nak kenalkan Darryl dengan kawan mommy.”
“Darryl tak boleh lamalah mommy. Banyak kerja di hospital tu,” ujar Darryl. Entah mengapa dia merasa tidak selesa bila saja ibunya mahu dia berkenalan dengan rakannya. Apatah lagi dirinya sering diusik agar berkahwin.
“Alah, sekejap je. Mommy janji takkan lama.”
Mahu tidak mahu Darryl terpaksa menurut. Panggilan telefon diputuskan dan langkahnya mula diatur bergerak dimana ibunya berada. Ikutkan hati, dia enggan menurut tetapi demi menjaga maruah ibunya, dia terpaksa merelakan diri.
Datin Maria pantas berdiri dan melambai sebaik melihat Darryl datang menghampirinya. Senyumannya yang lebar sudah mula membuatkan Darryl mendengus kasar.
“Sheila, kenalkan. Ini anak I, satu-satunya anak I. Namanya Darryl Riman tapi you boleh panggil Darryl,” Datin Maria pantas memperkenalkan anaknya pada rakannya. Datin Yusva berdiri dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Darryl Riman. Sedap nama anak you. Macam orangnya,” ujar Datin Yusva.
Darryl hanya menelan air liurnya. Pandangan liar Datin Yusva membuatkan dia semakin tidak selesa. Ikutkan hati mahu saja dia menekup wajah Datin Yusva dengan beg kotak yang ada diatas meja.
“Mom, can we go now? Darryl ada kerja ni,” pinta Daryyl. Dia tidak selesa dengan pandangan Datin Yusva.
“Ya, sure. Yusva, I minta maaf sangat-sangat tapi I harap you faham. Anak I sedikit sibuk, maklumlah doktor. Dia kena tolong banyak orang,” ujar Datin Maria.
“Oh, jadi anak you doktor? Wow... Jadi bolehlah dia tolong I,” balas Datin Yusva.
“Tolong apa ya?” Darryl menyampuk. Dia ingin tahu apakah permasalahan Datin Yusva.
“I nak buat plastic operation,” jawab Datin Yusva.
“Oh, saya bukan doktor plastik.”
“Habis tu?”
Saya doktor sakit puan,” jawab Darryl mereka jawapan. Hakikatnya dia adalah seorang doktor bedah.
Datin Yusva terdiam. Dia tidak menyangka lelaki tampan itu merupakan doktor sakit puan. Dia kini hampa. Niatnya untuk memikat anak ikan gagal total.
“Sorry Yusva. I pergi dulu ya. Lain kali kita window shopping,” ujar Datin Maria. Dia mula menarik lengan anaknya agar segera berlalu.
“Saya pergi dulu,” Darryl sedikit menunduk memberi hormat. Datin Yusva yang tidak berpuas hati hanya mampu mendengus melihat dua beranak itu berlalu pergi.
“Mommy jumpa dimana makhluk tu?” tanya Darryl sebaik mereka keluar dari dalam kafe.
“Hah? Makhluk? Kamu ni Darryl, mulut macam tak ada insurans.”
“Mom, kalau nak berkawan tu tengoklah sikit. Jangan main hentam keromo je. Kalau daddy tahu, habis dia berceramah nanti.”
“Darryl, mommy ni bukannya nak sangat berkawan dengan dia tapi tadi dia tiba-tiba tegur mommy. Katakan dia dah lama nak berkawan dengan mommy. Jadi takkanlah mommy nak menolak pula? Apa kata orang bila tengok mommy memilih kawan.”
“Ya, Darryl tahu tapi takkanlah dengan makhluk paling seksa tu pun mommy terpaksa ikut? Mom, banyak alasan boleh dibagi.”
“Okay, mommy takkan layan dia lagi.”
“Tengoklah tadi tu. Bukan main pandang Darryl. Silap haribulan terkeluar biji mata dia. Habis bulu roma ni meremang. Mommy tengok ni, masih belum turun lagi,” ujar Darryl seraya memperlihatkan bulu romanya dibahagian lengan. Datin Maria hanya mencebik.
Rumah yang bersaiz sederhana besar dengan halaman yang luas membuatkan Dawson tergamam. Dia seolah teringat akan suatu tempat. Dan entah mengapa dia seolah merasa bahawa dirinya pernah berada ditempat itu.
Moza memberhentikan kenderaannya betul-betul didepan rumah Yurina. Wajah abangnya yang seolah mengingat sesuatu mula membuat tanda tanya.
“Terima kasih tau sebab hantar saya,” ucap Yurina. Moza kembali tersedar dari terus memandang abangnya.
“Ya, sama-sama.”
Yurina keluar dari dalam perut kenderaan mewah Moza. Puan Aishah sudah menunggunya dipintu rumah.
“Dawson, kau tak apa-apa?” tanya Moza. Digamitnya lengan abangnya.
“Ini rumah siapa?” tanya Dawson tanpa menjawab pertanyaan adiknya.
“Rumah Yurina. Kenapa?”
“Aku rasa macam...”
Puan Aishah tiba-tiba mengetuk tingkap kenderaan. Dawson yang terkejut hampir saja menjerit. Moza segera menurunkan tingkap keretanya.
“Tak nak masuk dulu ke?” tanya Puan Aishah.
“Tak apalah mak cik. Lagipun saya tak nak ganggu mak cik dengan Yurina berehat.”
“Kalau macam tu baiklah. Hati-hati bawa kereta tau,” pesan Puan Aishah lagi dan Dawson dan Moza pantas mengangguk. Kenderaan Audi kembali dipandu namun baru sahaja memandu beberapa meter, kenderaannya tiba-tiba bermasalah. Tayar kenderaan terasa begitu berat.
“Kenapa dengan kereta kau ni?” tanya Dawson dan Moza hanya mengangkat bahunya.
Moza keluar dari kenderaannya. Dengan bantuan cahaya dari telefonnya, dia menyuluh satu persatu tayarnya sebelum akhirnya berhenti pada tayar depan dibahagian kiri yang telah pancit.
“Kenapa?”
“Pancit,” jawab Moza.
Dawson turut keluar dari dalam kereta. Puan Aishah yang masih berdiri diluar rumah kembali menghampiri dengan tergesa-gesa. Lagaknya bagaikan mak cik bawang yang tidak ingin ketinggalan berita panas.
“Kenapa? Ada masalah ke?” tanya Puan Aishah.
“Tayar pancitlah mak cik,” jawab Moza sambil tersengih.
“Jadi macamana sekarang?” tanya Dawson pula.
“Jadi macamana apa? Gantilah,” jawab Moza. Bonet kenderaannya mula dibuka dan mengeluarkan tayar spare.
“Kamu tunggu sekejap ya? Biar mak cik suruh Yurina bawakan lampu suluh. Kasihan pula mak cik tengok,” ujar Puan Aishah sebelum berlalu pergi. Moza pantas mengucapkan terima kasih.
Dawson hanya tersengih. Kepalanya yang tidak gatal mula digaru.