Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 9

BAB 9

H

ujan yang lebat membuatkan suhu menjadi sejuk. Ditambah lagi dengan angin yang bertiup agak kencang membuatkan beberapa helai daun kering terbang dan jatuh ke tanah. Ditambah lagi dengan beberapa buah kenderaan yang melintas dengan kelajuan sederhana yang juga turut memberi rasa sejuk.

Yurina memeluk tubuhnya dengan erat. Badannya terasa begitu sejuk ditambah lagi dengan ketiadaan jaket untuk membalut tubuh. Bulu romanya turut berdiri tegak bagaikan duri kaktus. Tiada apa yang mampu dilakukannya selain duduk memeluk tubuh dan berharap bas yang ingin ditumpanginya cepat sampai.

Mana bas ni? Dia hanya mampu berkata didalam hati. Sesekali dia memandang seorang dua orang yang turut menumpang teduh di perhentian bas itu. 

Rambutnya yang panjang separas bahu dibiarkan tidak diikat. Kini dia sudah menggeletar kesejukan. Nasibnya kali ini benar-benar tidak menyebelahinya.

Satu bunyi hon dari sebuah kereta mewah mengejutkannya. Dengan pantas dia mengangkat kepalanya. Hatinya mula tertanya-tanya siapakah yang ada didalam kereta mewah tersebut yang sudah berhenti benar-benar dihadapan perhentian bas itu.

Tingkap kenderaan diturunkan separuh dan sebaik matanya dapat melihat masuk, dia terkejut. Dia tidak menyangka rakan majikannya ada didalam kenderaan tersebut sedang melambainya dan memintanya untuk masuk kedalam kenderaan.

Yurina hanya menggeleng. Dia mencuba untuk menolak dengan baik namun dia sekali lagi tergamam apabila lelaki itu keluar dari kenderaannya dengan sekaki payung yang kecil. Sangat kecil sehingga tidak mampu untuk dipayungi untuk dua orang. 

“Marilah masuk. Biar saya hantar awak balik,” ujar Moza sambil menunjuk kearah kenderaannya. 

“Tak apalah. Saya boleh ikut bas,” tolak Yurina lembut. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Apatah lagi dia masih dihantui dengan perasaan bersalahnya.

“Janganlah macam ni. Saya nak bantu awak. Lagipun hujan makin lebat.”

“Tak apa. Tak lama lagi bas akan sampai,” Yurina tetap menolak. Beberapa orang yang turut menumpang teduh disebelahnya mula mencebik memberi reaksi. Ada juga yang berbisik sesama sendiri dan menganggap bahawa Yurina seorang yang menolak tuah.

“Tapi saya yakin bas takkan ada,” ujar Moza lagi. Bajunya yang sedikit basah dibahagian belakang tidak dipedulikan.

“Apa maksud awak?”

“Yalah. Hari pun dah lewat petang. Mungkin saja bas yang awak tunggu penuh dengan penumpang.” 

Yurina diam. Perlahan kepalanya diangkat namun pantas pula kepalanya kembali alihkan. Dia tidak sanggup memandang lelaki itu lama-lama apatah lagi dengan ketampanan yang sering diidamkan oleh para wanita.

Ya Allah Ya Tuhanku, kenapalah dia senyum macam tu? Boleh jatuh iman aku. Yurina bersuara didalam hati. Degup jantung yang tidak menentu membuatkan dirinya mula bersikap gelabah. Dia mula memandang kearah lain. Dia benar-benar tidak tahan melihat senyuman lelaki tersebut.


Sepanjang perjalanan, Yurina hanya mendiamkan diri. Dia sama sekali tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Yang kedengaran hanyalah suara penyampai radio yang sesekali disertakan dengan lagu pilihan.

Moza yang memandu sesekali melemparkan pandangan kearahnya. Senyuman yang diukir turut disertakan.

“Dah lama ke awak kerja dengan Karyenna?” Moza mencuba untuk mengajak wanita disebelahnya berbual.

“Hah?” Yurina bagaikan terkejut.

“Saya tanya, awak dah lama kerja dengan Karyenna ke?” Moza mengulang pertanyaannya.

“Bolehlah. Dalam dua tiga minggu macam tu,” jawab Yurina perlahan. Dia masih lagi merasa kekok, apatah lagi dengan sikap Moza yang seolah tidak lagi marah akan tindakannya tempoh hari.

“Selama ini awak memang bekerja ke?”

Yurina hanya mengangguk perlahan. Beg galas yang ada didepannya dipeluk. Begitu juga dengan Moza. Dia turut mengangguk.

Kenderaan yang dipandu Moza mula membelok masuk ke sebuah simpang. Yurina hanya diam. Matanya memandang keluar tingkap.

“Awak boleh berhenti didepan simpang sana,” tunjuk Yurina. Moza hanya mengangguk. Hujan yang lebat sedikit sebanyak menyukarkannya untuk memandang jauh.

“Rumah awak jauh kedalam ke?” tanya Moza ingin tahu. Dia tetap memandu dengan penuh berhati-hati.

“Tak. Diluar je,” jawab Yurina.

“Yang ini ke?”

Yurina memandang keluar sekali lagi dan kali ini dia hanya menjawab dengan anggukan. Dia dapat melihat ibu saudaranya sedang berdiri dikaki lima rumahnya dan sedang menunggunya.

“Awak boleh berhenti disini saja,” ujar Yurina namun Moza enggan menurut. Kenderaannya dipandu masuk sebelum berhenti betul-betul dihadapan rumah Yurina.

“Tak apakan kalau saya berhenti disini?”

Antara mahu atau tidak, Yurina mengangguk perlahan. Dia mula memikirkan jawapan untuk setiap pertanyaan ibu saudaranya kerana dia yakin wanita tua itu akan bertanya dengan soalan yang cukup banyak.

“Terima kasih sebab hantar saya balik,” Yurina mengucapkan terima kasih.

“Sama-sama.”

“Saya keluar dulu.”

Moza mengangguk. Dia sempat melemparkan senyuman kearah wanita itu. Yurina pantas keluar dan menutup pintu sebelum berlari anak menghampiri rumahnya.

Moza hanya tersenyum puas. Dia puas kerana telah mendapat tahu akan kediaman wanita tersebut. Namun senyumannya kembali pudar sebaik telefon pintarnya berdering.

Nama abangnya tertera diskrin telefonnya. Tidak menunggu lama, dia menjawab panggilan tersebut. Telefon pintar turut didekatkan pada telinganya.


Dawson hanya mampu ketawa kecil. Filem hantu yang ditontonnya sedikitpun tidak menakutkannya. Malah dia terhibur dengan lawak yang diberikan oleh para pelakon yang begitu menjiwai watak. Pak Ehsan yang berada didapur sesekali menjenguk keluar sebelum menggelengkan kepalanya.

“Apa yang lawak sangat tu Dawson?”

Dawson mengangkat kepalanya. Dia melihat adiknya sedang menghampirinya dengan tuala mandi yang masih berbungkus rambutnya yang basah.

Moza melabuhkan punggungnya duduk disebelah abangnya. Bantal kecil yang menjadi perhiasan sofa turut dicapai dan diletakkan diatas paha.

“Kau tengok cerita apa?” tanya Moza walaupun dia sudah tahu bahawa abangnya sedang menonton filem seram.

“Kau dah tak pandai nak meneka ke aku tengok cerita apa?” Dawson kembali bertanya dan Moza hanya mencebik tidak berpuas hati.

Dawson kembali tersenyum sebaik matanya kembali tertumpu pada skrin lebar peti televisyen. Moza pula hanya diam tidak begitu menyukai. Sesekali matanya liar memandang ke kiri dan kanan.

“Kau cari apa?” tanya Dawson sebaik menyedari adiknya itu asyik memandang sekeliling rumah tersebut.

“Hah? Tak ada apa,” jawab Moza sambil menggeleng.

“Eh, siapa disebelah kau?”

“Siapa?”

“Tu...”

Kata-kata abangnya membuatkan Moza bingkas mengangkat kaki dan merapat kearah abangnya. Bantal kecil yang menjadi perhiasan sofa turut terpelanting. Wajahnya ditekup rapat. Dia tidak sanggup hendak memandang siapakah yang dimaksudkan abangnya.

“Moza, kau ada kawan lain ke?” Dawson semakin asyik mengusik. Ketawanya ditahan semampu yang boleh. Moza pula semakin takut. Tangannya mula menggengam lengan abangnya kuat. Sedikitpun tidak bersuara. Yang kedengaran hanyalah dengus nafas yang kasar.

“Eh, sakitlah.”

Dawson mencuba untuk menolak adiknya namun Moza tetap melekat. Dia sama sekali enggan melepaskan lengan abangnya. Dirinya menikus mengecilkan diri.

“Aku main-main sajalah Moza. Takkan itu pun nak takut?”

Sebaik mendapat tahu abangnya sedang mengusiknya, perlahan Moza mengangkat kepalanya. Dengan badan yang masih melekat pada abangnya, dia perlahan memandang ke sebelahnya.

“Tak ada apa-apalah. Aku gurau je,” sambung Dawson lagi. Dia mencuba untuk menolak Moza yang begitu penakut.

Moza melepaskan rasa marahnya. Lengan abangnya dijadikan karung tinju. Dawson pula hanya mampu mengerang sakit.

“Sekali lagi kau buat macam tu, aku tak nak kawan kau!”

“Amboi, marah ke?” Dawson kembali mengusik. Senyumannya lebar namun tidak bagi Moza. 

“Tak lawak tau!” Marah Moza. Bantal kecil yang terpelanting jatuh kembali dipungut sebelum dibaling pada Dawson. 

Dawson hanya ketawa terkekeh-kekeh. Kali ini dia tidak lagi mampu menahan tawanya. Dia masih ingat bagaimana tegangya wajah adiknya itu. Moza hanya mencebik tidak berpuas hati. Tuala mandi yang selama ini membungkus rambutnya kini ada diatas bahunya.


Komputer riba yang hidup ditenung dan dibiarkan tidak terusik. Fikirannya asyik membayangkan wajah lelaki yang menghantarnya balik petang tadi. Dia mula tertanya-tanya mengapa lelaki itu kini bersikap baik dengannya.

Astaghfirullahalazim, apa yang aku fikirkan ni?

Yurina menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan. Bayangan wajah Moza cuba dihilangkan dari dalam fikirannya. Beberapa keping kertas yang ada diatas meja belajarnya kembali dicapai namun tidak dipandang.

Keluhan perlahan dilepaskan. Dia kembali buntu. Fikirannya kembali menerawang jauh. Bayangan lelaki itu kembali memunculkan diri. 

“Eh, kenapa ni Yurina? Sakit kepala ke?” Puan Aishah bertanya sebaik dia menjenguk masuk kedalam bilik anak saudaranya.

Yurina yang menekup kepalanya dengan kedua tangan tersentak.  Dengan pantas, dia menegakkan badan dan menguntum senyuman.

“Nak mak buatkan apa-apa?” tanya puan Aishah lagi.

“Erm... Tak,” jawab Yurina perlahan. Puan Aishah mengangguk sebelum kembali keluar dari dalam biliknya. Seraya itu juga Yurina menarik nafas lega. Dia bersyukur tiada ada sebarang pertanyaan dari ibu saudaranya itu.

“Yurina.”

Puan Aishah yang kembali menjenguk secara tiba-tiba mengejutkan Yurina. Sebatang pen yang dipegang turut terlepas dari tangannya.

“Mak nak tanya, siapa yang hantar kamu petang tadi?”

Yurina menelan air liurnya. Dia mula buntu untuk memberi jawapan.Lagipula dia tidak pasti hendak bercerita jujur pada ibu saudaranya itu. Dia tidak mahu ibu saudaranya itu tersalah sangka dan menyangka bahawa dia sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki berstatus tinggi.

“Yurina?”

Yurina tersedar dari lamunannya. Wajah ibu saudara kembali dipandangnya. Puan Aishah hanya mengerutkan dahinya menunggu jawapan anak saudaranya.

“Mak tanya apa tadi?” Yurina kembali bertanya. Dia seolah lupa akan apa yang ditanyakan Puan Aishah dihadapannya.

“Kamu ada sesuatu nak beritahu dengan mak ke Yurina?”

Yurina diam namun tidak lama kemudian dia menggeleng. Senyum sumbing turut diukir diwajahnya.

“Sejak kamu balik tadi, mak perasaan yang kamu macam ada sembunyikan sesuatu dari mak,” sambung Puan Aishah.

“Tak ada apa-apalah mak. Kenapa pula Yurina nak sembunyikan sesuatu? Mak je kot yang banyak fikir,” jawab Yurina.

Puan Aishah  hanya mendengus halus. Dia kembali keluar meninggalkan Yurina. 

Fuh... Yurina menarik nafas lega. Dadanya yang berombak laju dipegangnya. Peluh yang mula keluar turut diseka dengan tisu.

Pintu bilik yang terbuka ditutup rapat. Yurina tidak mahu ibu saudaranya kembali menjenguk masuk dan mengejutkannya. Apatah lagi soalan ibu saudaranya yang sering membuatkan jantungnya berdegup kencang.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail