Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 1


Telefon yang asyik berdering membuatkan kerjanya terganggu. Moza Danil, seorang pereka fesyen terpaksa berhenti seketika.Dengan raut wajah yang nampak tidak senang, dia mencapai telefon pintarnya. Wajahnya dikerutkan sebaik melihat nama Dr. Illy tertera di skrin telefonnya. Dr. Illy,merupakan doktor yang menjaga abangnya, Dawson Kim yang telah koma selama tiga tahun akibat kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawanya.

Hatinya mula berdetak kencang. Dia sudah mula memikirkan sesuatu yang buruk berlaku pada abangnya walaupun doktor wanita itu sering memintanya untuk berfikir secara positif.

“Assalamualaikum doktor,” Moza mendahului dengan mengucap salam. Dia mula tidak tenang. Fikirannya terganggu.

“Waalaikumsalam Moza. Kamu ada dimana sekarang?” Dr. Illy bertanya.Suaranya terdengar ceria.

“Erm… Saya ada di Australia sekarang. Kenapa doktor?Abang saya tak apa-apa ke?”

“Sebab itulah saya nak beritahu.”

“Kenapa dengan abang saya? Dia meninggal ke?” Dia mula emosional. Seluruh tubuhnya menggigil. Dia tidak menyangka dirinya akan kehilangan satu-satunya abang yang sangat disayanginya itu.

“Astaghfirullahalazim.Kan saya dah beritahu supaya jangan berfikir negatif.”

“Maafkan saya tapi apa yang berlaku sebenarnya?” Moaza mengesat air matanya yang bertakung dikelopak mata.

“Allah Maha Berkuasa Moza. Syukur Alhamdulillah, abang kamu dah sedar dari koma.”

Moza terdiam. Dia bagaikan tidak percaya. Dia tidak percaya abangnya akhirnya sedar setelah tiga tahun ‘tidur’. Lidahnya kelu. Air mata yang cuba ditahan akhirnya tidak mampu dikawal dan memecah benteng kegembiraan. Senyumannya terukir jelas namun pantas diganti dengan tangisan.

“Be…Betul ke ni?”Moza bertanya dengan suara yang tergagap. Dia bagaikan berada disatu dunia yang berbeza. Apa yang didengarnya bagaikan sebuah skrip drama. Nafasnya sudah tidak teratur. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

“Betul Moza. Dan kalau boleh saya nak awak balik dan jumpa abang awak,” pinta Dr. Illy.

Moza pantas mengangguk. Setelah mengucapkan terima kasih, dengan pantas dia mencapai beg galasnya. Komputer ribanya dimasukkan kedalam beg galas sebelum berlalu keluar dari pejabatnya.

Baru sahaja dia hendak membuka pintu, Andy muncul. Andy adalah rakan sekerjanya bertindak sebagai penasihat. Dengan wajah yang terkejut, dia memandang Moza yang sudah basah dengan air mata.

“Kau dah kenapa?Menangis macam kucing hilang anak?” tanya Andy hairan.

“Aku nak balik Malaysia,” jawab Moza. Air matanya kembali dikesat dengan tisu yang sempat diambilnya dari atas meja kerjanya.

“Apa? Balik Malaysia?Apa yang berlaku?”

“Erm… Dawson dah sedar dari koma.”

“Hah?”

“Aku tak tahu nak kata apa lagi tapi yang aku tahu sekarang, aku nak balik dan jumpa Dawson.”

“Okay… Aku tak mampu nak kata apa lagi,” Andy turut terkejut.Dia tidak menyangka abang Moza rupanya koma dan tidaklah meninggal seperti yang diketahuinya. Dalam diam, dirinya ditipu.

Thanks Andy. Nanti kau beritahu dengan yang lain,” Moza menepuksekali, dua bahu rakannya itu.

Andy hanya mampu mengangguk. Dia tidak mampu menahan Moza yang ingin balik ke Malaysia. Dengan sedikit keluhan, kali ini dia terpaksa mengalah. Namun fikirannya sudah mula memikirkan rancangan yang lain. Apatah lagi dia mendapat tahu bahawa Dawson telah sedar dari koma. Baginya itu merupakan satu alamat yang buruk dan benda yang buruk haruslah dibuang dengan segera.

 

Moza pantas memuat masuk pakaiannya kedalam beg pakaian berodanya. Dengan terburu-buru, dia menghubungi sebuah teksi.Tiket  balik ke Malaysia sudah pun dibooking sekitar setengah jam yang lalu dan nasibnya kali ini menyebelahinya apabila flight balik ke Malaysia akan bertolak dalam masa beberapa jam lagi.

Tidak peduli jika ada barangnya tertinggal, dia keluar dari bilik hotel yang didiaminya. Dengan langkah yang kelam kabut, dia menghampiri lif lalu kembali mengorak langkah menuju ke bahagian kaunter. Kunci bilik diserahkan kembali.

Thank you Mr Moza,” ujar seorang pekerja yang sedang melayaninya. Moza hanya mampu mengangguk. Senyumannya meleret semakin lebar.

Diluar bangunan hotel bertaraf lima bintang itu, sebuah teksi sudah sedia menunggu. Dengan penuh bertenaga, Moza menghampiri dengan pantas. Kakinya yang panjang digunakan semampu yang mungkin untuk melangkah dengan pantas.

Airport,” dengan ringkas Moza memberitahu pemandu teksi arah tujuannya. Pemandu tersebut hanya menjawab dengan anggukan.

Didalam teksi, Moza hanya tersenyum. Dia benar-benar gembira. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya sebaik sahaja dia bertemu dengan abangnya itu. Selama ini dia hanya mampu menemui abangnya dikala tidur namun kini abangnya telah celik.

Wajah penjaganya tiba-tiba muncul di benak fikirannya. Dengan pantas dia menghubungi penjaganya.

“Hello pak cik!”

“Ya, Moza.” Di hujung corong tedengar suara penjaganya yang agak jauh.

“Saya nak balik Malaysia hari ini,” beritahu Moza dengan suara yang ceria. Dia tidak mampu menyimpan rasa gembiranya.

“Balik Malaysia? Eh,bukannya kamu kata kamu balik minggu depan?”

“Tak pak cik. Ada orang yang suruh saya balik hari ini juga.”

“Siapa?” Pak Ehsan mengerutkan dahinya. Cangkul yang dipegangnya dilepaskan ke tanah seraya mengelap peluhnya yang banyak keluar dari dahi tuanya.

“Dawson.”

“Dawson? Apa yangkamu merepek ni Moza? Kamu mabuk ke?”

“Pak cik, saya tak mabuk. Saya sedar seratus peratus ni.”

“Dah tu yang kamu kata abang kamu yang suruh balik kenapa? Kamu jangan nak menakutkan pak cik ya?”

Moza hanya tersenyum mendengar kata-kata pak ciknya. Pemandu teksi yang memandu sesekali melirik kearahnya menerusi cermin belakang.

“Pak cik, tadi Dr.Illy ada beritahu saya yang Dawson dah sedar dari koma.”

“Laillahaillah. Kamu biar betul Moza?” Pak Ehsan terkejut.

“Betul pak cik. Baru tadi Dr. Illy beritahu saya.”

“Alhamdulillah kalau macam tu. Kamu hati-hatilah balik. Biar pak cik melawat abang kamu dulu.”

“Ya. Kalau ada apa-apa beritahu saya ya pak cik?”

“Ya, kamu jangan risau.”

Moza mematikan panggilan telefonnya. Nafas yang panjang ditarik sebelum dihela perlahan. Dia masih tidak percaya dengan khabar bahagia yang diberikan Dr. Illy. Baginya itumerupakan hadiah yang paling bermakna, jauh lebih bermakna ketika dia memenangi Anugerah Fesyen Antarabangsa.

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail