BAB 6
S
andra mendengus kasar. Telefon pintar yang dipegangnya hampir saja dibaling kearah sofanya. Dia benar-benar geram. Bayangan wajah Moza menerpa keruang fikirannya. Pelbagai persoalan timbul mengapa lelaki tersebut enggan menjawab panggilan telefonnya.
“Susah sangat ke nak jawab telefon tu?” dengus Sandra tidak berpuas hati. Kipas angin dan penghawa dingin yang dipasang tidak mampu menyejukkan hati wanitanya. Rasa marahnya bagaikan gunung api yang ingin meletus bila-bila masa.
“Kau tunggulah Moza. Aku akan pastikan kau menjadi milik aku. Tak ada siapa yang berani melawan aku,” sambung Sandra dengan wajah yang bengis.
Jari jemarinya kembali menari rancak diatas skrin telefonnya mendail nombor telefon rakannya. Dia mahu menghabiskan waktu hujung minggunya bersama-sama dengan rakannya yang sudah lama tidak dijumpainya.
“Hello babe, kau dimana? Jumpa aku petang ni.”
Sandra mengukir senyuman lebar sebaik rakannya bersetuju untuk menemuinya. Panggilannya segera dimatikan lalu menyilangkan tangan memeluk tubuhnya. Dia mahu meminta pertolongan rakannya untuk menjerat Moza yang begitu liar.
“Kau tunggulah Moza. Aku akan pastikan kau jadi haiwan peliharaan aku. Ini Sandra, tak ada benda yang aku tak boleh buat,” ujar Sandra seorang diri. Jauh didalam fikirannya, dia sudah memikirkan sesuatu rancangan untuk mendapatkan Moza.
Sandra masuk kedalam bilik tidurnya. Dia mahu mempersiapkan dirinya untuk bertemu dengan rakan lamanya itu. Satu persatu baju seksi dikeluarkan dari dalam almari. Dia mahu kelihatan menonjol dan menarik perhatian ramai.
Moza masuk kedalam wad abangnya dengan perlahan-lahan.Dia tidak mahu menganggu abangnya yang sedang tidur sambil ditemani Pak Ehsan dan juga Andy. Sebungkus plastik berisi buah-buahan diletakkan perlahan diatas meja.
“Lama betul Dawson tidur?” tanya Moza pada penjaganya. Suaranya terdengar perlahan. Pak Ehsan hanya tersenyum.
“Penatlah tu. Tadi dia dah berabis berjalan. Habis satu kawasan hospital dia ronda,” ujar Pak Ehsan. Moza turut tersenyum mengingatkan kembali dimana dia menemani abangnya meronda kawasan yang begitu luas sehingga kedua kakinya turut terasa penat.
Moza dikejutkan dengan satu deringan pendek telefonnya. Dia segera menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon pintarnya. Dibacanya satu pesanan singkat yang dikirim pada telefonnya dan dia terkejut apabila melihat begitu banyak missed call yang diterimanya dan kesemuanya dari Sandra, modelnya.
“Siapa Moza?” tanya Andy apabila melihat Moza mengerutkan dahinya.
“Sandra. Dua puluh missed call dari dia,” jawab Moza. Andy terkejut. Begitu juga dengan Pak Ehsan.
“Sandra? Biar betul? Apalah yang perempuan tu nak? Tak habis-habis lah dia tu.”
“Entahlah. Aku malas nak melayan. Buat sakit kepala saja,” jawab Moza. Telefon tersebut kembali dimasukkan kedalam poket seluarnya. Pak Ehsan hanya menggeleng.
“Tak eloklah buat macam tu. Manatahu dia ada hal penting atau nak minta tolong. Lagipun tak salah kalau nak menolong orang. Lagipun dapat pahala tau,” nasihat Pak Ehsan. Dia tidak mahu Moza dan rakannya berburuk sangka pada orang lain.
“Tapi pak cik, si Sandra ni lain tau. Dia macam separuh makhluk asing,” ujar Andy.
“Separuh makhluk asing? Macamana tu?” tanya Pak Ehsan kembali. Dia tertanya-tanya akan maksud rakan Moza. Moza hanya tersenyum geli hati melihat penjaganya yang tidak faham akan maksud tersirat rakannya.
“Pak cik, Sandra tu tak boleh diberi muka sangat. Pak cik bagi satu, dia minta lima. Dia tu macam ular, tak puas dengan satu benda.”
“Tadi kamu kata dia makhluk asing tapi sekarang ular pula? Dia jadi-jadian ke?” tanya Pak Ehsan lagi. Dia benar-benar tidak faham.
Andy menggaru kepalanya. Dia sendiri buntu dengan apa yang dikatakannya. Moza yang mendiamkan diri hanya mampu tersenyum geli hati.
“Saya keluar dulu. Nanti kalau Dawson dah bangun, panggil saya ya?” Moza bangun dan meminta diri. Dia Pak Ehsan hanya mengangguk.
Diluar wad, Moza melepaskan keluhannya. Dia kembali teringat akan panggilan terlepas dari Sandra, modelnya. Terdetik hatinya untuk kembali menghubungi modelnya itu. Dengan perlahan, dia mendail kembali nombor telefon Sandra.
Moza menelan air liurnya sebaik mendekatkan telefonnya pada telinganya sementara sebelah tangannya hanya diam menyeluk poket seluarnya. Cardigan coklat abu-abu yang panjang yang dipakainya membuatkan dia kelihatan bagaikan seorang model dari belakang ditambah lagi dengan kakinya yang panjang dan kurus.
Moza melemparkan senyumannya pada beberapa orang jururawat yang melalui kawasan tersebut. Telefonnya tetap didekatkan pada telinganya menunggu Sandra untuk mengangkat panggilannya. Dia benar-benar tertanya-tanya kenapa modelnya menghubunginya berkali-kali.
“Hello,” ujar Moza sebaik sahaja panggilan tersebut diangkat Sandra.
“Kenapa call saya, Sandra?” tanya Moza. Dia tidak mahu membuang masa dengan modelnya.
“I tak boleh call you ke Moza?” tanya Sandra kembali. Moza menghela nafas yang panjang. Dia tidak faham kenapa modelnya itu begitu bersungguh untuk mendapatkan cintanya.
“Awak nak apa Sandra? Kan saya dah cakap kita tak ada apa-apa hubungan. Kita cuma rakan sekerja. Tak lebih dan tak kurang. Susah sangat ke awak nak faham dengan apa yang saya cakapkan?”
“I bukannya manusia yang senang berputus asa Moza. I takkan berdiam diri dan biarkan you jatuh cinta dengan mana-mana perempuan. I tetap dengan janji I yang I akan buat you jatuh cinta dengan I.”
Moza melepaskan keluhannya. Kepalanya yang tidak terasa gatal digarunya perlahan. Dia kini buntu bagaimana hendak memberitahu kepada modelnya bahawa perasaan cinta itu tidak boleh dipaksa. Matanya turut ditutup kejap-kejap.
“Awak nak apa sebenarnya Sandra? Awak ni memang gilalah,” ujar Moza. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan pada modelnya itu.
“What did you say? You kata I gila?” marah Sandra. Dia tidak menduga Moza akan mengatakan dirinya gila.
“Habis tu kau nak aku kata apa? Kenapa susah sangat nak faham? Takkanlah kau nak aku memaki hamun dulu baru kau nak faham?” Moza akhirnya berang. Dia benar-benar tidak suka dengan paksaan Sandra yang berlebihan.
“Wow, sampai hati you kan? Selama ini I bekerja dengan you dan sekarang you nak maki hamun model you sendiri? Baguslah, biar I beritahu dengan semua orang macamana perangai you sebenarnya.”
“Listen here Sandra. Listen carefully. Minggu depan aku nak kau datang office.”
“Kenapa I kena datang office? You nak maki hamun I depan orang ramai ke?”
“No! Aku nak kau kemas semua barang-barang kau yang ada dipejabat. Dan lepas tu aku tak nak tengok kau datang kerja lagi. Sebaik kau melangkah keluar dari pejabat aku, kau bukan lagi model aku dan kita tak ada apa-apa hubungan lagi. Kita bukan lagi teman kerja dan aku harap kau takkan tegur aku bila kita berjumpa diluar. Kau faham?”
Sandra tersentak. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dituturkan Moza. Dia benar-benar tidak menyangka Moza akan bersikap demikian. Rasa marah dan kecewa kini bercampur aduk. Dia masih tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
“You jangan bergurau Moza. I dah lama kerja dengan you dan semuanya tak akan jadi seperti ini tanpa I. I model utama you, Moza.”
“Aku tak peduli Sandra. Untuk pengetahuan kau, masih banyak lagi model yang lain yang layak ambil posisi kau. You’re nothing Sandra.”
Sandra mengetap bibirnya. Dia benar-benar merasa berang dengan kata-kata Moza. Kepalanya terasa bagaikan ingin meletup. Begitu juga dengan mulutnya yang hampir mengeluarkan kata-kata yang kesat.
“You akan menyesal dengan tindakan you Moza. I berjanji akan buat hidup you jadi tak menentu. Dan I akan pastikan you melutut depan I,” ujar Sandra lantang. Dia benar-benar berang namun kata-katanya itu sedikitpun tidak menakutkan Moza.
“Sudahlah Sandra. Simpanlah semua cakap kau tu. Tak ada guna aku mendengar. Hanya menyakitkan hati aku saja.”
Moza mematikan panggilan telefonnya. Dia benar-benar berang dengan sikap tidak profesional Sandra. Satu dengusan kasar turut dilepaskan. Rambut depannya yang berjuntai diselaknya kebelakang. Dia mencuba untuk menenangkan dirinya.
Deheman yang kuat mengejutkan Moza yang sedang mengelamun. Hampir saja telefonnya terlepas dari tangannya. Namun dengan pantas juga dia berpaling. Andy kini berdiri disebelahnya, dengan kedua tangan disilang memeluk tubuh.
“Kau fikir apa?” tanya Andy. Dipandangnya wajah Moza seketika sebelum melempar jauh pandangannya keluar menerusi dinding bangunan yang diperbuat daripada kaca tebal.
“Tak ada apa.”
“Jangan nak menipulah Moza. Setiap kali kau mengelamun mesti ada sesuatu yang kau fikirkan. Tak nak share dengan aku ke?”
Moza melepaskan keluhan beratnya. Perlahan dia menutup matanya sebelum kembali celik memandang Andy.
“Kau ada call Sandra tak?”
Andy mengerutkan dahinya. Dia mula tertanya-tanya mengapa lelaki itu bertanya akan hal modelnya.
“Kenapa?”
“Aku tak tahulah nak buat apa lagi Andy. Dia tetap keras kepala. Dah berulang kali aku beritahu, tapi dia tetap tak nak terima.”
“Maksud kau dia tetap dengan perangai psiko tu ke?” Moza hanya mengangguk seraya melepaskan keluhan.
“Jadi apa kau nak buat sekarang?” sambung Andy ingin tahu.
“Entah. Kadangkala aku terfikir nak buang dia,” jawab Moza.
Buang? Andy menelan air liurnya.
“Apa maksud kau yang kau nak buang dia?”
“Daripada dia terus mengganggu aku, lebih baik aku batalkan kontrak dengan dia. Lagipun aku rimaslah asyik diganggu,” terang Moza.
“Kau biar betul Moza? Tak nak ke kau fikir dua tiga kali?”
“Aku cuma cadang je Andy. Tapi tak tahulah akan datang. Kalau dia masih dengan perangai psiko tu, aku tak boleh nak buat apa selain batalkan kontrak.”
“Tapi kenapa kau tak terima je cinta dia tu? At least dia boleh bantu kau,” Andy mencuba untuk menghasut.
“Aku cintakan dia? Erm... Memang taklah Andy. Lagipun cinta ni mana boleh dipaksa.” Moza menggeleng dan jawapan tersebut membuatkan Andy mula berang didalam hati.
“Well, kau boleh je cuba.”
“Tak naklah aku Andy. Daripada aku berpura-pura, lebih baik aku berterus terang.”
Andy diam. Tidak ada lagi sepatah kata keluar dari mulutnya. Begitu juga dengan Moza. Masing-masing diam merenung beberapa buah kereta yang keluar masuk dan memenuhi parkir kereta.