Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 40

Moza sudah kembali bekerja. Kini dia lebih bersemangat apatah lagi dengan keputusan abangnya untuk membuat pembedahan membuang sel kansernya. Senyumannya turut terukir apatah lagi dia semakin rapat dengan Yurina. Ditambah lagi dengan berita baik dari butiknya yang pernah menurun.

Telefonnya berbunyi minta dijawab. Sebelah tangannya pantas mengeluarkan earphone dan disumbat kesebelah telinganya sementara tangan satu lagi memegang stereng keretanya dengan erat.

“Ya Aryan?”

“Kau dimana?” tanya Aryan. Disebelahnya ada Oza, si tukang make up.

“On the way ke pejabat. Kenapa?”

“Baguslah. Aku ada banyak berita baik nak share dengan kau.”

“Sekejap lagi aku sampai. Nak singgah di kafe sekejap,” beritahu Moza. Signal kenderaannya mula dinyalakan sebelum kenderaannya membelok masuk ke sebuah simpang.

“Singgah kafe? Tempat Karyenna ke?” Aryan bertanya ingin tahu dan Moza hanya menjawab dengan deheman nipis.

“Nak kirim apa-apa ke?”

“Erm... Aku cuma nak kirim salam dengan buah hati aku. Boleh kan?”

Moza hanya ketawa kecil. Namun tidak lama kemudian dia bersetuju. Kiriman salam Aryan akan diberikan kepada Karyenna yang sudah sah menjadi tunangnya.

“Dan jangan lupa bagi flying kiss dekat dia,” pesan Aryan lagi. Oza yang ada didepannya hanya mencebik geli.

“Flying kiss? Kalau Karyenna salah sangka macamana? Nanti tak pasal-pasal Karyenna sangka aku suka dia,” ujar Moza mengusik rakannya.

Aryan diam. Dia mula membayangkan apa yang dikatakan Moza. 

“Eh, canccellah yang tu. Habis aku nanti kena pukul dengan mak sebab putus tunang,” Aryan pantas membatalkan pesannya. Kepalanya mula digaru. Dihujung talian Moza kembali ketawa.

“Okaylah. Nanti aku beritahu Karyenna apa yang kau pesan. Aku letak phone dulu,” ujar Moza. Panggilan tersebut diputuskan. Kenderaannya mula diparkir betul-betul dihadapan kafe Yurina. Dari tingkap kereta, dia sudah melihat Yurina yang asyik mengelap meja.


Pintu kafe yang ditolak seseorang membuatkan kepalanya pantas menoleh. Senyumannya perlahan terukir lebar melihat kehadiran lelaki yang dicintainya. Ditambah lagi dengan jambangan bunga ros membuatkan senyumannya semakin lebar.

“Selamat pagi Yurina,” ujar Moza sambil tersenyum lebar. Tangan kanannya diangkat dan melambai kearah Yurina.

“Selamat pagi juga,” jawab Yurina. 

“Cantik awak hari ni,” puji Moza.  Jambangan bunganya yang dibawanya segera diberikan kepada Yurina.

Yurina hanya tersenyum malu. Rambutnya yang lepas dan dicurly dibahagian hujung membuatkan dia terlihat lebih cantik. Maklumlah, semuanya dioleh oleh Karyenna, majikannya.

“Amboi... Bukan main sweet lagi ya? Apa kata kamu dua kahwin je?” Karyenna menyampuk. Ditangannya ada dua gelas air kopi.

Moza hanya tertunduk malu sementara Yurina tergamam. Dia sedikitpun tidak terfikir akan hal kahwin apatah lagi dengan dirinya yang masih berstatus pelajar.

“Jangan nak tunggu lama-lamalah Yurina. Si Moza ni bukannya muda lagi. Umur pun dah tiga puluhan. Ikutkan zaman sekarang, anak dah ada dua atau tiga,” ujar Karyenna lagi. Dua gelas air kopi diletakkan diatas meja.

“Dahlah Karyenna. Buat malu orang je,” jawab Moza pula. Dia pantas membantu rakannya,

“Malu apa? Takkan nak ikut style orang Korea? Umur empat puluhan baru nak kahwin?”

“Dah namanya jodoh nak buat macamana?”

“Jodoh ni kita yang cari dan selanjutnya adalah ditangan Tuhan,” jawab Karyenna. Pantas tangannya melambai Yurina memintanya untuk duduk disebelahnya.

“Oh ya, Aryan kirim salam. Katanya bagi flying kiss juga,” Moza menukar topik perbualan. Dia tidak mahu Yurina merasa tidak selesa akan topik tersebut.

“Bertuah betul kawan kau tu kan Moza?”

Moza mengerutkan dahi. Dia yang ingin menghirup air kopi panas kembali terhenti.

“Apa yang bertuah ye?”

“Yalah, sampai berpesan lagi dengan kau. Tak boleh ke dia hantar sms atau datang sendiri ke sendiri? Buat malu je hantar flying kiss. Macam budak-budak,” omel Karyenna.

“Eleh, macam budak-budak konon. Padahal kau suka kan?” balas Moza. Yurina yang mendiamkan diri hanya tersenyum.

Karyenna hanya tersengih. Jauh didalam hati, dia mengiyakan kata-kata Moza. Memang benar, dia semakin menyukai sikap Aryan yang kadangkala bersikap seperti kebudak-budakkan. Moza hanya tersenyum. Sempat juga anak matanya mengerling Yurina yang asyik dengan jambangan bunganya.


Aryan menarik nafas lega tatkala mata dan telinganya tertumpu pada skrin komputer ribanya. Sandra yang selama ini bersembunyi kini telah berjaya diberkas pihak polis. Ini bermakna Moza sudah tidak lagi perlu berwaspada. Nenek lampir yang selama ini menjadi bayang-bayang hitam kini telah ditangkap. Dia tidak lagi perlu untuk merasa takut.

“Tengok apa sampai muka berubah macam tu? Tengok video tak baik ke?”

Aryan terkejut sebaik tersedar akan kehadiran Moza. Pantas dia memusingkan laptopnya dan diarahkan kepada rakannya. Moza yang baru duduk sedikit tersentak.

“Sekarang semuanya dah beres. Nenek lampir ni dah kena tangkap. Dia akan masuk penjara,” ujar Aryan. Senyumannya terukir semakin lebar.

“Jadi apa plan kau sekarang?” sambung Aryan. Komputernya kembali ditarik.

“Kita teruskan apa yang tertunda dulu,” jawab Moza. 

“Tertunda?”

“Alah, fesyen show tu,” Moza kembali mengingati. Keluhannya turut dilepaskan melihat kelupaan rakannya itu.

“Oh ya, lupa pula aku dengan benda tu.”

Moza hanya menggeleng perlahan. 

“Yurina takkan jadi model utama,” ujar Moza dan Aryan terkejut. 

“Yurina tak jadi model utama? Habis tu siapa yang ganti? Kau jangan macam-macam. Jangan tambah masalah Moza. Dahlah dulu tu bukan main susah nak cari pengganti sekarang kau senang-senang kata yang Yurina takkan jadi model utama,” Aryan berkata dengan panjang lebar.

“Jangan risaulah. Dah ada pengganti pun. Lagipun aku tak nak ganggu Yurina.”

“Kau ni memang gilalah. Sekejap begini sekejap begitu,” Aryan menggaru kepalanya.

“Hah? Jadi siapa yang ganti?” sambung Aryan.

“Baby.”

“Apa yang kau mengarut ni Moza? Anak siapa pula yang kau ambil ni? Eh, kita cari model dewasa tau bukan model kanak-kanak.”

“Boleh tak kau diam dan dengar dulu apa yang aku nak kata ni?” potong Moza.

Aryan pantas mengunci mulutnya. Wajah rakannya ditatap penuh tanda tanya.

“Masih ingat dengan perempuan yang bantu kita dulu?”

“Bantu mana pula ni?”

“Lah... Perempuan yang terpaksa didobi dulu tu....”

Aryan diam. Dia mencuba untuk mengingati siapakah perempuan yang dimaksudkan rakannya itu. 

“Kau dah gila ke?” Aryan tiba-tiba membentak. Dia sudah ingat siapakah perempuan yang dimaksudkan Moza.

“Eh, kalau aku gila aku tak ada dekat sini tau. Tu sana Tanjung Rambutan,” jawab Moza.

“Kenapa kau kena ambil dia? Eh, tak ada perempuan lain ke? Kenapa tak alang-alang kau ambil je maknyah di kelab dangdut tu?” Aryan tidak berpuas hati. Dia bangun dari kerusi dan mundar-mandir.

“Tapi dia okay.”

“Okay belakang cerita Moza. Eh, gelilah aku dengan dia tu. Silap haribulan dia dengan Sandra lebih kurang sama je perangai. Mungkin lebih jahat dari nenek lampir. Entah-entah dia nenek kebayan.”

“Amboi mulut.... Terdengar orangnya baru kau tahu. Silap haribulan, diciumnya mulut kau tu.”

“Apa? Dia nak cium aku? Eh, aku lebih rela cium monyet tau,” pantas Aryan memotong. Moza hanya tersenyum geli hati. 

Aryan mendengus kasar. Dia masih tidak bersetuju dengan keputusan Moza untuk mengambil Baby sebagai seorang model. Baginya Baby merupakan kembar Sandra dan dia tidak mahu nasib malang menimpa mereka sekali lagi.


Moza hanya diam tatkala hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati pada Andy yang mengaku bersalah atas tuduhan membunuh tiga orang dengan niat. Kes yang melibatkan nyawa ini benar-benar membuatkan bulu romanya meremang. Namun semuanya kembali membaik sebaik dirinya dicuit Aliff dan seorang peguamnya. Senyumannya perlahan meleret.

Di kandang saksi, Andy hanya terbungkam tidak bersuara. Walaupun dia telah dijatuhkan hukuman, api kemarahan pada Moza masih tidak padam dari anak matanya. Mulutnya mengetap kuat bibirnya melihat senyuman nipis Moza pada peguamnya.

Moza mengangkat kepalanya. Andy yang diusung pergi bersama dua orang anggota polis dipandangnya. Walaupun dia sudah mengetahui siapa pembunuh ayah dan ibunya, jauh didalam hati dia sudah berjanji untuk menjaga kebajikan keluarga Andy secara rahsia.

“Moza, jomlah.” Aliff menegur dan lamunan Moza kembali hilang. Pantas dia mengangguk dan keluar dari dalam mahkamah.

“Aliff,” Moza memanggil peguamnya. Aliff pantas menghampiri menunggu kata-kata Moza selanjutnya.

“Aku minta tolong satu hal lagi.”

“Tolong apa tu?” tanya Aliff.

“Tapi ini rahsia antara kita berdua. Jangan hebahkan pada sesiapa termasuk keluarga Andy dan juga keluarga saya.”

“Okay,” Aliff mengangguk tanda faham.

“Tolong uruskan pengebumian Andy nanti.”

Aliff tersentak. Dia tidak faham mengapa Moza memintanya untuk berbuat sedemikian rupa. Baginya itu adalah urusan keluarga Andy.

“Kenapa pula? Biarlah keluarga dia yang urus.”

“Ya, dia memang ada buat jahat tapi biarlah dia mati sebagai seorang manusia. Dosa dia pada keluarga aku tetap takkan aku ampunkan,” ujar Moza. Dia terlihat serius. Tiada seinci pun senyuman diwajahnya.

“Adui... Part ni memang aku malas tapi nak buat macamana? Nak tak nak aku terpaksa uruskan. Okaylah, aku akan aturkan nanti,” Aliff terpaksa bersetuju.

“Tapi kalau keluarga dia tanya macamana?” sambung Aliff.

“Tak perlu jawab. Buat dan diam.”

Moza menepuk beberapa kali bahu rakannya itu sebelum melangkah pergi menghampiri kenderaannya. Aliff diam. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Kenderaan Moza hanya mampu dipandang sehingga hilang.


Dawson menelan air liurnya tatkala Dr. Illy memasukkan jarun suntikan kedalam kulit lengannya. Rasa sakit yang dirasai membuatkan dia menutup matanya. Dia tidak sanggup untuk melihat Dr. Illy mengambil sampel darahnya.

Pak Ehsan hanya tersenyum melihat gelagat Dawson. Sesekali dia menggelengkan kepala.

“Okay... Dah,” ujar Dr. Illy. Dengan perlahan Dawson membuka matanya dan memandang ke tempat dimana lengannya disuntik.

“Saya akan aturkan waktu yang sesuai untuk buat pembedahan tu nanti. Mungkin dalam dua atau tiga minggu akan datang,” beritahu Dr. Illy sebaik dia duduk diatas kerusinya. Pak Ehsan hanya mengangguk.

“Lepas pembedahan tu, saya akan okay kan doktor?” tanya Dawson.

“Ya, awak akan okay. Lepas pembedahan, awak akan buat rawatan susulan. Dalam tempoh rawatan tu nanti, awak akan tinggal lagi dihospital untuk beberapa waktu supaya senang saya memantau.”

“Jadi saya takkan rasa sakit kepala lagi?”

“Yup. Awak takkan rasa lagi semua tu. Semuanya akan jadi membaik. Awak akan jadi manusia yang baru, manusia yang lebih bersemangat dan awak dah boleh kahwin,” usik Dr. Illy. Dawson hanya tersengih.  


Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail