Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 48

Seminggu telah berlalu. Dawson telah selamat dikebumikan bersebelahan dengan makam kedua ibu ayahnya seperti yang dipintanya. Moza masih lagi menangis teresak-esak. Dia tidak menyangka jika abangnya akan pergi meninggalkannya dalam keadaan sedemikian rupa. Pak Ehsan tetap setia disampingnya memberi kata semangat.

“Moza, lepaskan abang kamu. Biarkan dia tenang dengan ayah dan ibu kamu,” ujar Pak Ehsan. Belakang Moza digosoknya perlahan.

Moza tetap menangis. Batu nisan yang bertulis nama abangnya dipeluk erat. Dia kini merindui abangnya. Dia masih tetap tidak dapat melepaskan abangnya walaupun sudah seminggu Dawson pergi mengadap Ilahi.

“Pak cik...”

“Ya Moza?”

“Esok saya akan ke Jepun. Saya nak pak cik ikut saya,” ujar Moza.

“Tak apalah Moza. Kamu pergilah. Tenangkan diri kamu. Pak cik akan tunggu kamu balik,” Pak Ehsan menolak dengan lembut.

“Saya takkan balik lagi kesini,” beritahu Moza sambil menggeleng.

Pak Ehsan hanya mengangguk. Dia terpaksa menerima keputusan Moza. Perlahan dia menoleh, dia melihat seorang wanita berbaju kurung sedang menghampirinya. Pantas dia menggamit Moza dan menunjuk kearah wanita itu.

“Pak cik beritahu dia, saya tak nak tengok dia lagi. Suruh dia pergi dari depan saya. Kalau boleh, pergi dari hidup saya,” ujar Moza.

Melihat Moza yang masih tidak stabil, Pak Ehsan hanya menurut. Wanita berbaju kurung itu dihampiri.

“Pak cik, saya nak jumpa dengan Moza,” pinta Yurina.

“Maaf cik tapi dia tetap tak nak jumpa cik. Dia suruh cik jangan ganggu dia lagi,” ujar Pak Ehsan. Walaupun merasa kasihan dia terpaksa berkeras.

“Tapi pak cik...”

“Cik, saya harap cik faham. Emosi Moza masih belum stabil. Risau pula jika dia berang dan memukul cik.”

“Saya tak kisah jika saya dipukul. Saya cuma nak minta maaf.”

Moza sudah mula bertenang. Tangisannya tidak lagi kedengaran. Batu nisan juga sudah dilepaskan. Lebihan air mawar disiram diatas kubur ketiga ahli keluarganya. Al-Fatihah turut disedekahkan.

Cermin mata hitam dipakai menutup matanya yang bengkak. Dengan langkah yang teratur, dia menghampiri penjaganya yang masih menghalang Yurina dari menghampirinya.

“Moza, tolonglah. Saya merayu dekat awak. Maafkan saya,” ujar Yurina. 

“Baliklah Yurina. Saya tak ada masa nak layan awak,” jawab Moza tanpa memandangnya. Dia melangkah meninggalkan Yurina.

Pak Ehsan tidak mampu menahan Yurina. Dibiarkannya wanita itu berlari mendapatkan Moza.

“Moza, saya merayu sangat-sangat. Maafkan saya,” Yurina melutut. Dia benar-benar mengharapkan kata maaf dari lelaki itu. 

“Kenapa saya perlu maafkan awak Yurina? Awak sendiri pun tak boleh nak maafkan abang saya.”

Yurina terdiam. Kelopak matanya sudah mula digenangi air. Dia benar-benar menyesal.

Angin lembut mula bertiup lembut. Moza memandang Yurina untuk kali yang terakhir. Begitu juga dengan Yurina yang masih mengharapkan kata maaf dari lelaki itu. Namun Moza tetap dengan keputusannya, kematian abangnya tidak boleh diganti dengan kata maaf.

Moza berpusing. Kakinya kembali melangkah meninggalkan Yurina. Ya, dia kini meninggalkan Yurina. Bukan karena kecurangan cinta tapi dia tidak mahu hatinya bertambah sakit tatkala melihat wajah wanita itu. Cinta yang selama ini disemai dengan baik kini dibiarkan tidak dijaga. Hatinya kembali ditutup rapat. 

Yurina kini menangis. Atas keegoan dirinya, dia terpaksa menerima takdir yang telah ditentukannya. Benarlah apa yang dikatakan ibu saudaranya, dia seharusnya tidak menyimpan dendam kerana suatu saat nanti, dendam tersebut akan memakan diri. Dan kini, tiadalah apa yang dapat dilakukannya. Lelaki yang dicintainya sudah tidak mampu dipertahankan. Dia terpaksa menerima nasibnya sendiri.


TAMAT


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail