Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 20

Yurina hanya membatukan dirinya apabila Moza kembali dengan membawa sebuah beg alat solek dan juga peralatan rambutnya. Dia mula tertanya-tanya apakah yang ingin dilakukan lelaki tersebut padanya. Air liurnya mula ditelan perlahan.

“Amy, tolong ambilkan kerusi satu lagi,” pinta Moza dan pekerjanya itu segera melakukan apa yang dipintanya. Sebuah kerusi segera diberikan kepada Moza yang sudah membuka beg soleknya.

“Okay Yurina. Pertama sekali kita kena bersolek dulu atau dalam bahasa biasa kita panggil make up. Mesti awak selalu make up kan?” tanya Moza sebaik duduk mengadap Yurina. Yurina hanya tersenyum nipis apabila lelaki tersebut duduk begitu dekat dengannya.

“Actually, saya tak pandai sangat nak make up orang. Apa yang saya tahu awak kena pakai lipstick dan sedikit bluser mungkin. Dan jangan lupa pakai maskara,” sambung Moza. Dia mula menggaru kepalanya bingung melihat alat solek yang begitu banyak.

“Erm, sebenarnya saya pun jarang make up. Saya selalu pakai lipbalm dan bedak saja,” ujar Yurina perlahan.

“Erm, kalau macam tu awak tunggu dulu. Biar saya panggil rakan saya dulu,” Moza bangun dari kerusinya. Dia berlalu keluar dari butiknya dan bergegas menuju kesebuah bilik mencari rakannya.

Yurina menghela nafas lega. Perlahan tangannya naik dan memegang dadanya. Dia dapat merasakan dengupan jantungnya bertambah laju dan tidak teratur. Kakinya yang tadi mengigil dalam diam kini kembali tenang.

Seorang wanita asing yang masuk kedalam butik menarik perhatian Yurina. Dia hanya melemparkan senyuman dan wanita tersebut turut membalasnya. Dengan perlahan dia menghampiri Yurina. Yurina mula tertanya-tanya siapakah wanita asing itu. 

“Hi, you look so beautiful,” ujar wanita asing tersebut. Menurut dari loghat yang dituturkannya, Yurina sudah dapat meneka bahawa wanita tersebut merupakan seorang warga Jepun.

“Thank you,” ujar Yurina dengan tergagap-gagap. Wanita Jepun tersebut hanya tersenyum lalu kembali melilau memandang kearah lain.

“Erm, did you know where is Moza? I need to talk with him,” ujar wanita Jepun itu lagi dan Yurina terdiam. Lidahnya mula kelu untuk menjawab pertanyaan wanita tersebut.

“Aiko?”

Wanita Jepun itu serentak menoleh. Senyuman manisnya segera diukir sebaik melihat Moza masuk bersama dengan seorang rakannya. Yurina turut tersenyum nipis.

“What are you doin here, Aiko? Its a long time I didn’t see you,” ujar Moza. Dipeluknya wanita Jepun itu seketika. Dia sendiri terkejut dengan kehadiran rakannya itu.

“Actually I came here with my future husband but he feels somethin’ bad so I just come here by my own.”

“Future husband? Wow, you gonna married Aiko.”

Yurina hanya diam memandang Moza berbual dengan wanita tersebut. Jauh didalam hati, dia semakin mengagumi lelaki itu. Dan tanpa sedar dia mula tersenyum sendiri melihat betapa baiknya lelaki itu pada orang lain.

“Oh ya Aiko. Let me introduce you my new partner. This is Yurina, she will replace Sandra’s position for the show later.”

“Hi Yurina.”

Yurina mengangguk. Dia turut menyambut huluran salam wanita Jepun tersebut. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakannya apatah lagi kemahiran bahasa Inggerisnya yang rendah.

“You look beautiful Yurina and your clothes was so amazing. Thats was so beautiful,” puji Aiko lagi dan Yurina hanya mengangguk. Dipandangnya Moza yang hanya tersenyum lebar.

“Thanks Aiko.”

“Actually what happen to Sandra? Is she okay?”

“Sandra? Well, I dont know how to tell you but I think you know about Sandra,” jawab Moza dan Aiko hanya mengangguk tanda faham. Dia kembali memandang Yurina yang masih diam.

“Actually Moza I came here to give this. This is my wedding card and I hope you can attend my wedding later,” Aiko mengeluarkan sekeping kad bercorak emas dari dalam beg tangannya dan memberinya kepada Moza.

Moza mengangguk. Diambilnya kad tersebut dan dibacanya satu persatu. 

“Okay. I will come if I dont have any emergency case here. Dont worry,” jawab Moza. Aiko hanya tersenyum lebar.

“And also this is for you Yurina. And I hope you and Moza can attend my wedding together.”

“For me?” tanya Yurina meminta kepastian. Aiko mengangguk dan dengan perlahan Yurina mencapai kad kahwin yang dihulurkan Aiko padanya. Dia bagaikan tidak percaya.

“Okay. I have to go now. See you both in Japan,” ujar Aiko lagi. Dipeluknya Yurina dengan erat. Yurina hanya mampu mendiamkan diri dan membiarkan dirinya dipeluk wanita asing tersebut.

“Bye Aiko. See you later,” Moza melambai kearah Aiko yang berlalu keluar dari butiknya. Yurina turut melambai. Dia masih tidak percaya dirinya dijemput untuk menghadiri sebuah majlis kahwin seorang warganegara Jepun. 

Moza kembali menoleh. Dipandangnya wajah Yurina yang masih kebingungan. Dia hanya mampu tersenyum melihat reaksi terkejut Yurina.

“Macamana? Seronok tak bila dapat kawan dari Jepun? Baru hari pertama, awak dah dapat seorang kawan dan dalam pada masa yang sama dijemput menghadiri hari kahwin dia di Jepun,” ujar Moza memecahkan lamunan Yurina.

“Apa? Dia kahwin di Jepun? Dia nak saya ke Jepun ke?” Yurina terkejut.

“Ya. Didalam kad ni, dia tulis acara kahwin itu diadakan di Jepun. Siap dengan alamat lagi,” ujar Moza sambil memperlihatkan isi kad tersebut.

“Biar betul? Saya ke Jepun?”

“Kenapa? Awak tak nak ke?” tanya Moza hairan.

“Siapalah yang tak nak ke Jepun. Negara yang dipenuhi dengan bunga-bunga Sakura. Wow, mesti best kan? Tapi itulah, saya bukannya kaya sangat. Duit pun cukup makan saja,” ujar Yurina dan Moza hanya menguntum senyuman.

“Dahlah, janganlah fikirkan sangat. Siapa tahu ada rezeki awak untuk kesana nanti,” ujar Moza mencuba untuk memujuk Yurina agar tidak terlalu bersedih.

“Siapa yang tahu kan?” Yurina mengangkat bahunya. Kad jemputan kahwin ditatapnya lagi. Ingin benar dia menjejakkan kakinya di bumi sakura itu walaupun dia tahu dia takkan mungkin dapat kesana.

“Erm, saya naik kepejabat sekejap. Awak disini dulu.”

“Oza, apa kau buat sana? Datanglah sini tolong,” panggil Moza kearah rakannya yang sibuk berbual dengan pekerjanya.

“Tolong apa? Dari tadi aku tengok kau asyik bercerita dengan Aiko.”

“Aku nak kau make upkan Yurina ni. Tapi jangan terlalu tebal. Buat nipis-nipis saja.”

“Selama ini aku make up macam orang nak kahwin ke Moza?” tanya Oza kembali.  Moza hanya tersengih. Oza mula mencekak pinggangnya.

“Sorry Oza. Okay, saya naik sekejap. Tunggu tau,” ujar Moza. Dia kembali mengorak langkah dan meninggalkan Yurina bersama dengan penata riasnya. Yurina menguntumkan senyuman.

“Dah lama ke kenal dengan Moza?” tanya Oza.

“Tak juga. Baru beberapa bulan yang lepas,” jawab Yurina. Entah kenapa dia terasa lebih selesa berbual dengan Oza yang lebih bersikap santai dan kelakar walaupun berkelakuan lembut seperti perempuan.

“Awak jadi pengganti Sandra ye?”

“Sandra? Maksud awak model Moza ke?”

“Ya. Perempuan tu sering buat masalah tau. Ada sajalah masalah yang dia nak buat disini.”

Yurina hanya diam. Jauh didalam hati, dia tidak mahu mendengar akan kata-kata buruk mengenai Sandra yang sama sekali tidak dikenalinya. 

“Nanti bila dia datang sini, awak buat-buat tak tahu saja. Jangan layan dia. Kalau awak layan, dia akan besar kepala apatah lagi bila dia tengok awak orang baru disini,” sambung Oza.

“Kenapa pula tak boleh layan? Dia dah buat salah apa sebenarnya?” tanya Yurina ingin tahu. Matanya sesekali ditutup apabila Oza menyapu bedak pada wajahnya.

“Dia tu lain. Dia jenis manusia yang suka memaksa dan takkan berhenti selagi tak dapat apa yang dia nak. Beberapa bulan yang lepas, dia datang merayu dengan Moza menagih cinta. Tapi itulah Moza tak layan perempuan macam tu. Sikit pun dia tak layan,” cerita Oza panjang lebar.

“Kenapa? Mesti Sandra tu cantik kan? Teringin pula nak tengok macamana wajah dia.”

“Awak nak tengok wajah Sandra? Baik tak payah,” bantah Oza.

“Kenapa pula?”

“Pernah tegok cerita hantu nenek lampir tak?”

“Hantu nenek lampir? Kenapa? Apa kaitan Sandra dengan cerita tu?” Yurina masih tidak faham. Dipandangnya wajah Oza yang duduk mengeluh didepannya.

“Kaitannya memang banyak. Salah satunya ialah mereka datang dari keluarga yang sama. Suka sangat porak perandakan hidup orang lain. Muka pun dah lebih kurang,” terang Oza sehingga mengakibatkan Yurina tertawa kecil.

“Mengarutlah semua tu. Mana boleh manusia berkeluarga dengan hantu.”

“Alah, perumpamaan je. Takkan itu pun tak faham.”

Yurina hanya tersenyum. Entah kenapa hatinya tercuit mendengar kata-kata Oza, seorang penata rias yang begitu bersikap friendly. 

“Eh, betul ke awak tak ada apa-apa hubungan dengan Moza?” tanya Oza lagi. Dia berhenti seketika dari terus merias wajah Yurina dan menatapnya.

“Hubungan apa? Kami berdua cuma kawan,” jawab Yurina. Oza hanya mencebik.

“Nampak sangat menipu. Kalau awak nak tahu, tak pernah tau Moza bawa mana-mana perempuan ke sini selain para model. Dan dia takkan sebaik ini dengan model dia.”

“Amboi Oza, baru tinggal beberapa minit kau dah membawang? Siap mengumpat aku lagi?”

Oza dan Yurina tersentak. Mereka tidak menyedari akan kehadiran Moza dibelakang mereka. Oza hanya tersengih sementara Yurina hanya tersenyum nipis. Menerusi cermin didepannya, dia dapat melihat sebuah fail yang dibawa oleh Moza.

“Kau cakap apa dengan Yurina? Nak menghasut ke?” tanya Moza ingin tahu namun Oza pantas menggeleng.

“Nak hasut apa Moza? Aku cuma cakap apa yang betul dengan kawan kau ni. Salah ke?” ujar Oza.

“Apa yang kau cakap? Aku pun nak dengar juga.”

“Mana boleh kau tahu. Ini rahsia antara kami berdua. Kan Yurina?”

Yurina hanya tersenyum dan membisu. Entah kenapa dia tidak mahu berbicara sebaik lelaki tersebut ada berhampirannya. Dia dapat melihat Moza turut tersenyum memandangnya.

“Lama lagi ke Oza?” Moza menukar topik perbualan. Dia menarik sebuah kerusi dan duduk dibelakang penata riasnya yang masih merias wajah Yurina yang sedikit sebanyak sudah berubah.

“Kejaplah. Dah nak siap dah ni. Tinggal rambut je,” jawab Oza.

“Tak payahlah rambut tu. Aku tengok rambut dah okay,” ujar Moza lagi dan Oza hanya mengangguk.

“Yurina, pernah pakai contact lense tak?” tanya Moza lagi pada Yurina.

“Contact lense? Tak pernah,” jawab Yurina perlahan.

“Nak cuba tak?”

“Tak apalah,” Yurina menggeleng.

“Dah orang tak nak janganlah memaksa,” sampuk Oza pula.

“Eh, sejak bila pula aku memaksa?”

“Kau tahu tak kenapa nama aku lebih kurang sama dengan kau?”

“Dia dah mula dah. Harap bersabarlah ye Yurina. Tahankan saja hati tu dengar cerita mengarut dia ni,” ujar Moza mengusik Yurina. Oza sekali lagi mencebik dan tanpa disangka, dia memanjangkan tangannya dan memukul paha Moza agak kuat.

“Sakitlah,” ujar Moza sambil menggosok pahanya akibat dipukul penata riasnya.

“Kau jangan macam-macam. Ini dikira baik tau daripada aku gigit kau,” Oza mengangkat jari telunjuknya menunjuk kearah Moza yang masih menggosok pahanya. Yurina yang mendiamkan diri hanya tersenyum geli hati melihat gelagat kedua lelaki tersebut.

“Awak nak tahu tak Yurina kenapa nama saya sama dengan nama budak ni?” sambung Oza sambil memandang Yurina yang sudah diriasnya. Yurina hanya menggeleng. Senyumannya semakin lebar apabila melihat Moza memperolok penata riasnya.

“Sebab kami ni sebenarnya adik beradik. Walaupun kami lain ayah dan lain mak, kami adalah adik beradik di syurga nanti. Tengoklah wajah kami lebih kurang sama kan?”

Yurina hanya tersenyum. Dia tidak tahu samada harus mengangguk atau menggeleng. Dipandangnya Moza yang menggelengkan kepalanya dibelakang Oza.

“Kau jangan nak mengarut Oza. Nama kau Muhd Shahril okay, entah datang dari mana nama Oza tu,” ujar Moza. Oza serentak menoleh dan memandang Moza dengan tajam.

“Hei. Muhd Shahril tu nama dalam IC okay. Nama komersial aku Oza aka raja segala warna.”

“Raja segala warna?  Aduhai, dah mula dah.”

“Kalau kau tak tahu, baik kau diam.”

Oza kembali menyambung kerjanya. Lipstick berwarna merah jambu segera dioleskan pada bibir Yurina. Moza kembali memandang Yurina. Jauh didalam hati, dia semakin terpikat melihat kecantikan Yurina namun mencuba untuk bersikap seperti biasa.

“Okay. Dah siap,” ujar Oza sebaik selesai merias Yurina. Yurina hanya tersenyum walaupun jauh didalam hatinya, dia semakin malu apatah lagi ditatap oleh Moza.

“Awak nampak cantik,” puji Moza dan Yurina hanya tersenyum. 

“Eh, mana kasut? Kau tak bawa ye?” ujar Oza apabila dia tidak melihat sepasang pun kasut yang dibawa oleh Moza. Moza tersentak. Dia benar-benar terlupa untuk membawa kasut tinggi didalam pejabatnya.

“Ya Allah, aku lupalah Oza. Boleh tak kalau kau tolong ambilkan di pejabat aku? Aku betul-betul lupa,” pinta Moza sambil tersengih. Oza hanya mencebik.

“Muka je handsome tapi pelupa.Habis kau naik tadi kau ambil apa?”

Moza hanya menjawab dengan sengihan. Dia benar-benar terlupa untuk mengambil apa yang sepatutnya dibawa turun.

“Thanks Oza. Nanti aku belanja kau makan,” ujar Moza lagi apabila melihat penata riasnya keluar dari butiknya dan menuju kearah lif. Oza hanya mengangkat tangannya dan berlalu pergi.

Moza kembali berpaling memandang Yurina yang asyik memerhatikan wajahnya dari cermin. Dia dapat melihat betapa cantiknya wajah Yurina yang terpantul pada cermin tersebut.

“Jangan sampai retak cermin saya tu ye,” usik Moza. Yurina hanya tersenyum malu.

“Nanti awak tinggalkan nombor telefon ya? Nanti senang saya nak call awak,” sambung Moza.

“Nombor telefon?”

“Ya. Habis tu takkan awak nak saya datang ke rumah?”

“Oh okay. Tak payahlah awak ke rumah.”

“Nah, simpan nombor awak disini,” Moza menyerahkan telefon pintarnya dan Yurina menyambut huluran lelaki tersebut. Dengan rancak jari jemarinya  menari diatas skrin telefon Moza dan menyimpan nombor telefonnya.

Setelah memberi nombor telefonnya, dia kembali menyerahkan telefon tersebut kepada Moza. Moza kembali mengambil dan mengucapkan terima kasih dan Yurina hanya membalas dengan anggukan.

“Saya nak tanya sesuatu boleh tak?” Yurina memberanikan dirinya bertanya kepada Moza.

“Tanya apa tu Yurina?”

“Kemana model awak pergi? Maksud saya model yang namanya Sandra.”

“Oh, dia ada masalah sikit sebab tu dia tak dapat nak hadir masa show tu nanti. Nasib awak ada, sudi nak gantikan tempat dia.”

“Tapi kenapa saya tengok ramai yang tak suka dia?” tanya Yurina lagi.

“Tak suka dengan dia? Maksud awak siapa?”

“Kawan awak tadi cakap yang saya kena hati-hati dengan dia kalau dia ada kesini. Kawan awak kata mulut Sandra pedas sikit,” beritahu Yurina dan Moza hanya tertawa kecil.

“Awak tak payahlah dengar cakap mereka tu. Memanglah kadang kala Sandra tu laser sikit mulutnya tapi sebenarnya dia baik. Mungkin gaya dia bercakap tu ada nampak macam sombong sikit.”

“Oh ya?”

“Kenapa? Awak takut ke?”

“Takut? Takut kenapa pula?”

“Tak ada apa. Awak jangan risaulah. Kalau ada orang yang nak buat sesuatu dengan awak pun, awak beritahu je dengan saya. Pandailah saya uruskan mereka nanti.”

Yurina hanya mengangguk dan tersenyum nipis. Begitu juga dengan Moza. Masing-masing kembali mendiamkan diri bagaikan kehilangan kata-kata.

“Oh ya, apa kata kita ambil gambar dulu? Nanti boleh buat gambar kenangan untuk awak,” ujar Moza. Dia kembali mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket seluarnya.

“Amy, mari sini,” sekali lagi dia memanggil pekerjanya dan Amy dengan pantas menghampiri majikannya.

“Ada apa?” tanya Amy.

“Tolong ambil gambar,” pinta Moza sambil menghulurkan telefonnya. Amy mengangguk dan pantas menurut.

Yurina bangun perlahan-lahan dari bangku yang didudukinya. Kain yang agak panjang membuatkan dia hampir tersadung namun Moza dengan pantas memegangnya.

“Hati-hati,” ujar Moza.

Moza membantu Yurina untuk melangkah. Kerusi yang didudukinya segera disasar ke tepi. Yurina mula merapikan rambutnya. Hatinya kembali merasa berdebar apabila dia melihat ada pekerja Moza yang lain sedang memandang dirinya menerusi dinding butik yang diperbuat dari kaca.

Kain yang mengheret agak panjang membuatkan Moza segera membantu dan merapikannya kembali. Yurina hanya diam memandang Moza yang sedang merapikan kainnya yang agak berheret.

“Okay, dah selesai,” ujar Moza. Dia kembali berdiri tegak dan memandang Yurina. Dan kesempatan itu diambil oleh Amy untuk mengambil gambar candid.

Dan serentak dengan itu juga Moza dan Yurina tersentak. Flash yang begitu mendadak mengejutkan Moza dan Yurina yang masih belum bersedia.

“Amy, saya belum sedia lagi,” ujar Moza namun Amy hanya tersengih.

Moza menggelengkan kepalanya. Dia kembali memandang Yurina. Satu senyuman lebar diukir dan sekali lagi flash yang terang mengejutkan mereka berdua.

“Amy, kan saya dah cakap yang saya belum sedia.”

“Bukan saya,” jawab Amy.

“Habis tu siapa? Awak je yang pegang phone sekarang,” ujar Moza dan dia dikejutkan dengan kehadiran Aryan yang kini berdiri di pintu masuk butiknya sambil memegang sebuah kamera Canon sambil tersenyum lebar.

“Kalau nak buat pre-wedding tu, janganlah lupa nak panggil aku,” ujar Aryan. Sekali lagi dia mengambil gambar Moza dan Yurina yang masih belum bersedia. Flash yang keluar memenuhi butik.

“Aryan, apa yang kau buat ni?”

“Buat apa? Kau tak nampak ke? Ambil gambar lah, takkan aku memancing ikan pula?”

Baru sahaja Moza ingin menjawab, Oza masuk kedalam butik sambil membawa sepasang kasut tinggi berwarna putih dan dihiasi dengan manik-manik yang berkilauan. Dan kehadiran Oza membuatkan butik tersebut semakin dipenuhi oleh para pekerja lain yang ingin melihat Moza bersama dengan seorang perempuan yang mereka tidak pernah dikenali.

“Hei, sampai hati tak tunggu aku. Jahat betul kamu semua ye,” ujar Oza. Aryan hanya tersengih sementara Moza hanya diam membatu.

“Mari sini Yurina, pakai kasut tinggi ni. Bila awak dah pakai, barulah awak nampak lagi cantik,” panggil Oza dan Yurina hanya menurut. Dengan langkah yang perlahan dia menghampiri Oza namun sekali lagi dia hampir tersadung dan  segera dibantu Moza yang berada disebelahnya.

“Hai, macam dalam cerita Cinderella pula,” ujar Aryan pula. Oza hanya tersenyum.

“Jangan nak mengarut ye? Ni kenapa ramai yang datang ni? Fashion show belum mula lagi tau” Moza menyuruh pekerjanya yang datang untuk kembali bekerja namun tiada seorang pun yang berganjak pergi.

“Janganlah nak marah mereka pula Moza. Mereka cuma nak tengok je,” ujar Aryan.

“Eh, sekarang waktu bekerja tau. Bukannya waktu nak ambil angin. Dah, pergi sambung kerja sekarang.”

Melihat Moza yang sudah berang dan mencekak pinggang, masing-masing mula kembali meninggalkan kawasan butik tersebut sambil berbisik-bisik antara satu sama lain. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar Moza yang sedang mencekak pinggang.

“Arin, padam gambar yang awak ambil tu ya?” Moza menunjuk kearah salah seorang pekerjanya yang lain. Arin hanya tersengih dan berlalu pergi tidak mengendahkan arahan majikannya.

“Okay. Cuba bergerak perlahan-lahan. Mula-mula memang tak biasa tapi nanti okaylah,” ujar Oza sebaik Yurina selesai memakai kasut tumit tinggi yang dibawanya. Moza segera berpaling memandang Yurina.

“Kasut ni tinggi sangatlah,” ujar Yurina. Dia mencuba untuk melangkah namun entah dimana silapnya, dia hampir terjatuh dan Aryan pantas membantu. 

“Baik tak payah pakailah kasut tu.”

“Tak payah pakai? Dah cantik dah ni,” Oza membantah. 

“Cantik pun kalau menyakitkan baik tak payah,” ujar Moza pula.

“Menyakitkan apa pula? Tak pula aku tengok si Yurina ni terjerit-jerit minta tolong?”

“Eh, sakit tau kalau jatuh akibat tak pandai pakai kasut tinggi. Lainlah kalau jatuh cinta, memang tak sakit pun,” sampuk Aryan.

“Mula dah lelaki akhir zaman ni,” potong Moza. Dia mula menggelengkan kepalanya.

Oza melepaskan keluhannya. Dengan berat hati dia terpaksa menurut kehendak Moza. Dia kembali duduk dan membantu Yurina untuk melepaskan kembali kasut tinggi yang dipakainya. 

“Maaf,” ujar Yurina.

“Apa nak buat Yurina. Siapalah kita nak tentukan mana yang baik atau yang buruk. Kita ni hanyalah seorang insan yang lemah yang hanya makan gaji,” ujar Oza separuh menyindir. Aryan hanya tersengih dan mengerling kearah Moza yang mencebik.

“Dah, jangan nak buat drama. Nak muntah pula aku.”

Yurina hanya tersenyum nipis. Rambutnya yang dilepaskan tanpa sengaja sekali lagi membuat masalah. Hujung rambutnya melekat pada bahagian atas baju yang dipenuhi dengan bunga-bunga bersaiz kecil dan memenuhi bahagian atas.

“Moza, aku rasa kau kena tolong kawan kau ni.”

“Apa?”

Aryan menjuihkan mulutnya menunjuk kearah Yurina yang mencuba untuk melepaskan rambutnya yang melekat pada bunga yang ada dibajunya. Perlahan Moza melepaskan keluhannya dan menghampiri Yurina.

“Mungkin ianya akan lebih baik kalau kau tocang rambut dia,” Aryan memberi cadangan. 

“Tocang?”

“Ya. Kan lebih kemas dari kau biarkan rambutnya lepas.”

Moza mula menurut kata-kata rakannya itu. Sebuah sisir milik Oza dicapai dan menarik sebuah bangku.

“Duduk dulu Yurina,” pinta Moza dan Yurina hanya menurut. Dia duduk perlahan-lahan dan membiarkan Moza menocang rambutnya.

Dengan perlahan dan cermat Moza mencuba untuk melepaskan rambut Yurina yang melekat pada hiasan pakaiannya itu. Dan kesempatan itu diambil oleh Aryan untuk sekali lagi mengambil gambar diantara Moza dan Yurina.

“Aryan, boleh tak kau berhenti ambil gambar? Sakit tau mata aku,” ujar Moza. Aryan berhenti seketika.

“Okay, aku buang flash dulu,” jawab Aryan. Moza mencebik.

Sebaik selesai melepaskan rambut yang menyangkut dan melekat, Moza kembali merapikan rambut Yurina. Sejenis krim rambut segera dioleskan pada tangannya dan kembali menata rambut Yurina. 

Yurina hanya mendiamkan diri. Dari cermin di tepinya dia dapat melihat Moza sedang menocang rambutnya dengan penuh teliti dan kemas. 

Setelah beberapa minit menocang rambut, akhirnya Moza menarik nafas lega. Dia seakan  berpuas hati dengan hasil kerjanya itu.  Yurina yang melihat turut tersenyum.

“Tengok, kan lebih cantik kalau bertocang. Nanti semua model mesti bertocang masa show tu,” ujar Aryan. Dia sendiri terpegun melihat Yurina yang begitu cantik ditambah lagi dengan ikat rambut berbunga yang dikenakannya.

“Okay. Kalau tak ada apa-apa lagi, bolehlah ambil gambar. Aku nak berkemas dulu.”

“Berkemas? Kau nak berkemas buat apa? Itu semua kerja Oza,” jawab Aryan. Oza tersentak.

“Kerja aku?”

“Yelah. Habis tu takkan kau nak ikut bergambar sekali? Habislah rosak kamera aku nanti,” usik Aryan. Oza mencebik tidak berpuas hati.

“Tak apa. Nanti saya bergambar dengan awak,” ujar Yurina pula setelah agak lama mendiamkan diri. Oza kembali menguntum senyuman.

“Awak memang baiklah Yurina. Tak macam mereka berdua ni, suka sangat dera saya.”

“Amboi mulut,” potong Aryan. Yurina hanya tersenyum.

“Dahlah tu. Asyik nak bertekak bila nak habisnya?”

Aryan tersengih. Dia kembali mengangkat kameranya mengarah kearah Yurina. Yurina hanya tersenyum membiarkan lelaki tersebut menangkap sebanyak mana gambar dirinya mengenakan pakaian tersebut.

“Amy, mana telefon aku? Kau buat main ye?” tanya Moza apabila melihat Amy kembali ke kaunter.

“Mana ada,” bantah Amy. Dia kembali menghulurkan telefon majikannya. Namun baru sahaja Moza ingin mencapai, telefon tersebut tiba-tiba berdering.

Moza mengerutkan dahinya sebaik melihat nama penjaganya tertera diskrin telefonnya. Tanpa menunggu lama, dia keluar dari butik dan menjawab panggilan tersebut. Yurina yang melihat mula tertanya-tanya.

“Hello pak cik,” ujar Moza sebaik menjawab panggilan tersebut. Dia mula memikirkan sesuatu yang buruk tentang abangnya.

“Kamu dimana Moza?” tanya Pak Ehsan.

“Saya ada di pejabat ni. Kenapa? Dawson okay ke?”

“Abang kamu okay. Cuma kamu ada tetamu,” beritahu Pak Ehsan.

“Tetamu? Siapa?”

“Tuan Brian,” jawab Pak Ehsan pendek dan Moza tersentak.

Nama tersebut membuatkan dirinya terdiam seribu bahasa. Perlahan dia menoleh memandang masuk kedalam butiknya. Seribu satu alasan mula dicari untuk diberi namun dia tahu bahawa dia harus menyelesaikannya secepat mungkin.

“Erm, pak cik beritahu Tuan Brian yang saya akan datang dalam masa sejam lagi.”

“Baiklah Moza. Nanti pak cik beritahu dia,” ujar Pak Ehsan lalu mematikan panggilan telefonnya. Moza melepaskan keluhannya perlahan. Jauh didalam hati, dia turut tertanya-tanya akan kehadiran Tuan Brian kerumahnya.


Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail