Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 10

BAB 10

K

etukan perlahan di pintu pejabat membuatkan Moza tersedar dari lamunannya. Dahinya sedikit dikerutkan sebaik melihat Andy masuk kedalam pejabatnya. Ditangannya ada sebuah fail berwarna biru muda tanpa corak. Hanya senyuman nipis yang diukir diwajahnya.

“Kau okay?” tanya Andy. Sebuah kerusi ditarik dan diduduki. Moza hanya mengangguk. Helaian kertas yang banyak diatas mejanya pantas dikemas dan diletakkan ditepi.

“Ini ada yang perlu kau tandatangan,” sambung Andy. Fail yang dibawanya diunjuk pada Moza. 

Pantas Moza mencapai dan memeriksa fail tersebut. Tidak menunggu lama, dia menurunkan tandatangan sebelum kembali menyerahkan fail tersebut kepada Andy.

“Thanks Moza,” ujar Andy dan Moza hanya mengangguk. Entah mengapa dia tidak mempunyai mood untuk bersuara.

“Something wrong?”

“Nothing Andy. Cuma rasa lenguh sikit,” Moza akhirnya bersuara. Belakang tengkuknya perlahan diurut. Minyak panas turut diletakkan dengan kuantiti yang sedikit.

“Nak aku panggilkan tukang urut ke?” Andy menghulurkan bantuan namun Moza pantas menolak. Kepalanya digeleng perlahan.

“Tak apalah Andy. Aku masih okay lagi.”

“Betul kau tak nak? Aku ada kenal seorang ni. Dia punya urutan bagus,” Andy mengangkat ibu jarinya namun Moza tetap menolak. Dia tidak rela anggota badannya disentuh oleh orang yang tidak dikenalinya.

“No. Aku tak suka ada orang pegang badan aku.”

Andy hanya tersenyum nipis. Senyuman yang sebenarnya bermaksud tidak baik. Hatinya meluat benci namun dia terpaksa berlakon biasa. 

“Kalau kau dah kata macam tu, apa aku nak buat? Tapi kalau kau terfikir nak mencuba, beritahu je dengan aku ya?”

“Ya, aku akan beritahu nanti. Apapun, terima kasih dengan bantuan kau tu,” ujar Moza. Senyuman nipis diukir diwajahnya.

“Okaylah. Aku keluar dulu.”

Andy bangun dari kerusi yang didudukinya lalu berlalu keluar dari pejabat Moza. Diluar, dengusan kasar dilepaskan. Geram benar dia melihat sikap Moza yang menurutnya mengada-ngada.

Tak nak orang pegang konon? Ceh, benci betul aku mendengar. Andy bergumam sendiri didalam hati. Dengan pantas, dia mengorak langkah menuju kearah lif. Beberapa orang pekerja yang menegurnya hanya dibalas dengan jelingan dan endahan.


Moza melepaskan keluhan beratnya. Telefonnya yang sedang dicas dicapai. Dia mahu menghubungi Aryan yang juga rakan sekerjanya. Dengan badan yang disandarkan pada kerusinya, dia menghubungi Aryan. Telefonnya didekatkan pada telinganya.

“Hello Aryan, kau dimana?” Moza terus bertanya sebaik Aryan menjawab panggilannya.

“Eh, kau tak ingat ke yang aku ada beritahu yang aku ada dengan model sekarang ni? Dah jadi pelupa ke?”

“Hah? Dengan model? Kau buat apa?”

“Aik, nak promote baju kau lah.”

Moza menepuk dahinya. Dia benar-benar terlupa yang rakannya itu sedang bersama para modelnya untuk mempromosi baju rekaannya itu. Dengan keluhan berat, dia memejam matanya seketika.

“Kau okay ke?” tanya Aryan dihujung talian.

“Ya, aku okay.”

“Erm... Aku kesanalah sekarang ya? Lagipun aku rasa bosan dekat sini,” sambung Moza.

“Bagus juga kalau kau ke sini. Datanglah, aku tunggu kau diluar.”

“Tak payahlah.”

“Eh, aku lupa nak beritahu. Kami shoot bukan didalam tau. Kami ada diluar ni sekarang. Dibelakang bangunan,” beritahu Aryan.

“Belakang bangunan? Buat apa shoot dibelakang? Tak kotor ke?” Moza mengerutkan dahinya. Dia sedikit terkejut.

“Janganlah kau bergambar ditempat sampah pak cik oii. Kau ni, nama je pereka fesyen tapi satu apa pun tak tahu,” Aryan menempelak rakannya. Moza hanya tersenyum nipis.

“Okaylah. Aku datang sekarang.”

Tidak menunggu lama, Moza memutuskan panggilan telefonnya. Dia segera keluar dari pejabatnya meninggalkan semua rasa bosannya. Dia mahu menemui Aryan yang sedang bekerja diluar bersama para modelnya.


Setengah jam berlalu dengan begitu pantas. Aryan yang sedari tadi memerhati para model Moza memperagakan baju rekaannya untuk promosi sesekali mengesat peluhnya yang keluar dari dahinya. 

Sebotol kecil air mineral yang tiba-tiba dihulurkan kearahnya mengejutkannya. Hampir saja dia mencarut akibat rasa terkejutnya itu.

“Boleh tak datang beri salam?” Aryan bertanya dengan nada yang agak tinggi. Moza hanya tersenyum lucu. Botol air mineral yang ada ditangannya diarahkan kemulut sebelum meneguk beberapa kali.

“Banyak lagi ke?” tanya Moza. Matanya tidak lari dari terus memandang para modelnya yang sedang memperagakan rekaannya.

“Tinggal separuh saja lagi,” jawab Aryan. Tangannya pantas mencapai sekaki payung dari seorang jurugambarnya.

“Nak shoot sehari ni ke?”

“Kalau tak hujan, cadang nak shoot habis. Tapi nak buat macamana kalau dah kehendak Tuhan? Nak tak nak terpaksa sambung esok.”

“Oh ya, macamana dengan masalah nenek lampir tu?” sambung Aryan.

“Nenek lampir? Siapa nenek lampir?” Moza memandang rakannya. Dahinya dikerut sedikit.

“Lah, takkan tak tahu? Si Sandra, dialah nenek lampir yang famous di office tu,” jawab Aryan.

Moza hanya tersenyum nipis. Hatinya sedikit terhibur mendengar kata-kata rakannya yang menyamakan modelnya dengan seorang nenek lampir. Aryan pula hanya mencebik. Dia kembali mendapatkan model yang selesai diphotoshoot meninggalkan Moza yang berlindung dibawah sepohon pokok.


Dari dalam sebuah kafe yang juga berhadapan dengan kawasan sesi photoshoot itu, sepasang mata memandang dengan penuh kebencian. Bibirnya diketap kuat. Dia juga menggenggam tangannya dengan erat. 

“Tengok siapa?” Risha bertanya. Orange juice yang dipesannya disedut perlahan dengan straw bergulungnya. Cermin mata hitam yang dipakainya mula dialih dan diletakkan diatas kepalanya.

Sandra tidak menjawab pertanyaan rakannya itu. Hanya dengusan kasar yang dapat didengar. Dia benar-benar merasa sakit hati. Apatah lagi dia sedikitpun tidak dihargai.

“Babe, kau tengok siapa?” Risha mengulang pertanyaannya. Diluar kafe, dia dapat melihat beberapa orang sedang sibuk mengambil gambar. Dengan adanya beberapa orang jurugambar, dia dapat meneka bahawa sesi penggambaran sedang dilakukan diluar namun tidak sedikitpun membuatkan dia merasa ingin tahu. Baginya, itu merupakan hal yang biasa.

“Sial,” Sandra menyumpah namun dengan suara yang terkawal. Dia semakin kuat mengepal tangannya.

“Babe...”

“Shut up, Risha! I am not in mood!”

Risha hanya mencebikkan mulutnya. Walaupun dia sudah berteman rapat dengan Sandra sejak dari sekolah menengah, dia masih lagi tidak mengenal sikap Sandra yang baginya selalu berubah. Ada kalanya dia akan bersikap baik dan ada kalanya dia akan bersikap sombong.

“Kau tunggulah Moza. Aku akan buat hidup kau merana!”

Risha hanya diam. Telefonnya mula dipermain. Laman sosial miliknya dilayari. Sesekali dia memandang rakannya yang masih bergumam sendiri dengan ayat yang tidak terdengar jelas.

“I nak keluar,” Sandra tiba-tiba bingkas bangun dari kerusinya. Risha yang terkejut hampir saja mencarut.

“Kau nak kemana babe?” tanya Risha.

Sandra tidak menjawab. Pintu kafe ditolak kasar. Dia mahu menemui Moza yang dilihatnya sedang berbual dengan Aryan. Risha yang tidak tahu hendak berbuat apa hanya menurut. Pantas dia membayar harga minumannya dan juga Sandra.

“Sandra, tunggu!”

Sandra tidak mengendahkan laungan Risha. Jalan raya yang agak banyak dengan kenderaan tidak dipedulikan. Pantas dia menyeberang jalan sehingga sebuah dua kenderaan mula membunyikan hon.

“Hoi, nak mati ke?” laung seorang pemandu. Kepalanya dijengul keluar dari tingkap kenderaannya.

“Kaulah yang pergi mati!” Sandra menjawab dengan berani. Dengan jelingan yang tajam, dia meninggalkan pemandu tersebut.

Risha yang masih berada didepan kafe mula terpinga-pinga. Dia tidak tahu mengapa rakannya itu tiba-tiba berubah sikap. Jika sebelumnya dia bersikap baik, kini dia telah berubah menjadi seorang yang sensitif. 


Moza yang asyik berbual dengan Aryan tersentak sebaik anak matanya memandang Sandra yang sedang menghampirinya dengan raut wajah yang bengis. Dengan penuh tanda tanya, dia menggamit Aryan.

“Kau ada ajak nenek lampir ni ke tadi Moza?” tanya Aryan. Dia tidak senang melihat kehadiran Sandra.

“Rasanya tak ada,” jawab Moza. Kepalanya turut digeleng.

“Moza!”

“Wow, tunggu Sandra! Apa kau buat dekat sini?” Aryan menghalang Sandra dari mendekati Moza. Moza hanya berundur setapak membiarkan Aryan berdiri didepannya.

“Its not your business Aryan!”

“What did you say Sandra? Bukan bisnes I? Hei, look! You kalau datang sini semata-mata nak buat kecoh, baik tak payah.”

Sandra mengetap bibirnya. Hatinya sakit mendengar kata-kata Aryan. Matanya tajam memandang Moza yang hanya mendiamkan diri tidak bersuara.

“Moza, I need to talk with you.”

“You nak cakap apa lagi Sandra? Better you balik dan jangan ganggu kerja orang,” Aryan tetap menjawab dan Moza pula masih tetap mendiamkan diri. Sesekali dia mengalihkan pandangannya dan memandang kearah lain.

“Shut up Aryan! I tak bercakap dengan you!” Sandra membentak dan bentakan tersebut membuatkan semua model dan para kru menoleh kearahnya.

“Aryan, dahlah. Biarkan dia bercakap,” Moza mula menarik Aryan. Kepalanya sedikit dianggukan.

“What? Dia nak cakap apa lagi Moza?” Aryan tidak berpuas hati. Dia kembali mara kehadapan.

“Hei, dahlah. Malu tau orang tengok,” ujar Moza perlahan. Beberapa orang awam yang berada berhampiran sudah mula saling berbisik antara satu sama lain. Tidak kurang juga yang mengambil video dan merakam.

Aryan diam. Dia mula sedar dirinya diperhatikan oleh beberapa pasang mata yang ada disekitarnya. Dipandangnya wajah Moza yang hanya tersenyum mengisyaratkannya untuk memberi ruang. Mahu tidak mahu dia terpaksa mengalah. 

“Okay. Five minute! Lepas tu I nak you pergi dari sini,” ujar Aryan pada Sandra. Sandra hanya mendengus.

“Mata tu tak payah nak menjeling sangat. Tak cantik mana pun,” sambung Aryan. Dia masih lagi terasa meluat dengan sikap Sandra yang terlalu ego.

“Aryan, dahlah. Takkan nak bergaduh lagi?” Moza mencuba untuk menenangkan rakannya.

Aryan mendengus dengan kasar. Dia sempat menjeling tajam kearah Sandra yang telah menjadi musuhnya sejak dia bekerja dengan Moza. Walaupun dia tidak menyejutui keputusan Moza untuk mengambil Sandra sebagai modelnya, namun dia tidak mampu berbuat apa. Dia bukanlah seorang ketua yang boleh memberi keputusan sesuka hati.

Moza melepaskan keluhannya. Melihat Aryan yang sudah berlalu agak jauh, dia mula memandang Sandra yang masih bermuka masam. Hanya dengusan kasar yang mampu didengarnya buat masa sekarang.


Risha tergamam sebaik memandang lelaki yang bersama Sandra. Dia sama sekali tidak menyangka rakannya itu bekerja sebagai model untuk lelaki itu. Setahunya, Sandra bekerja dengan seorang lelaki bernama Andy, bukan Moza seperti yang diketahuinya sekarang.

Macamana Sandra boleh kenal dengan lelaki tu? Risha mula tertanya-tanya didalam hati.

Dia kembali teringat dimana dia mencuba untuk berkenalan dengan lelaki tersebut di lapangan terbang. Perkenalan yang ditolak membuatkan dia ejek oleh rakannya yang lain. Perlahan dia mengetap bibirnya. Hatinya menjadi geram.

Deringan telefon pintarnya membuatkan dia terpaksa mengalihkan pandangannya dari terus memandang lelaki itu. Dari skrin telefonnya, tertera nama rakannya, Adira.

“Hello Dira,” ujar Risha. Dia kembali memandang Sandra yang sedang berbual dengan Moza.

“You ada dimana Sha?”

“I ada diluar dengan Sandra. Kenapa?”

“Sandra? Kawan you yang jadi model tu ke?”

“Ya,” Risha menjawab ringkas. Matanya masih lagi tertumpu pada Sandra dan Moza.

“Okay. Nanti I call balik,” ujar Adira lalu mematikan panggilan telefonnya.

Dari balik sepohon pokok di tepi jalan, dia mencuba untuk mengintip. Dia dapat melihat bahawa Sandra sedang bertikam lidah dengan lelaki itu. Walaupun dia tidak mendengar dengan jelas butiran pergaduhan, dia tetap berada dibalik pokok sehinggalah bahunya tiba-tiba ditepuk seseorang dari belakang.

“Apa kau buat dekat sini?”

Risha menoleh. Air liurnya ditelan serta merta sebaik melihat ada seorang lelaki dihadapannya. Mulutnya mula tergagap-gagap untuk bersuara. Hanya matanya yang dikebilkan. Dia keliru dan buntu. Peluh mula mengalir turun dari dahinya yang bebas jerawat.


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail