Ketukan pintu yang bertalu-talu mengejutkan Moza yang termenung jauh. Pantas dia merapikan rambutnya sebaik memandang Andy masuk kedalam pejabatnya sambil tersenyum.
“Kau kenapa Moza? Ada masalah ke?” tanya Andy sebaik duduk pada sofa yang ada didalam pejabat rakannya.
“Erm, ada apa Andy? Maaflah, aku berkhayal tadi,” tanya Moza kembali. Dipandangnya Andy yang hanya tersenyum melihatnya.
“Kau dah kenapa senyum-senyum? Tersampuk hantu ke?” tanya Moza lagi.
“Tak ada apa. Aku cuma rasa lucu bila tengok kau. Tak ada angin tak ada ribut, boleh pula kau mengelamun sampai tak sedar aku berdiri didepan pintu pejabat kau. Tangan aku ni rasa lenguh asyik mengetuk.”
Moza mendengus kecil. Entah kenapa dia tidak mempunyai mood untuk bercakap dengan rakannya itu. Dia menyandarkan badannya pada kerusi yang didudukinya.
“Kau kenapa ni sebenarnya Moza? Aku tengok kau ni macam lemah je. Kau ada masalah ke sebenarnya? Apa kata kau cerita dengan aku, manatahu aku boleh tolong.”
Moza memandang Andy seketika lalu kembali melemparkan pandangannya keluar menerusi dinding kaca yang tebal. Andy mula kehairanan. Satu persatu persoalan timbul didalam fikirannya.
“Kau ada sorok sesuatu dari aku ke?” tanya Moza setelah agak lama mendiamkan diri. Andy tersentak.
“Sorok sesuatu? Tak adalah. Apa pula yang aku nak sorok dari kau?”
“Andy, kalau kau ada masalah beritahu dengan aku. Kalau kau nak pinjam duit, just let me know.”
“Apa yang kau merepek ni Moza? Kau demam ya?” tanya Andy sambil ketawa kecil. Dia benar-benar hairan.
“Tak, aku sihat. Aku cuma nak tahu kalau-kalau kau ada masalah yang aku tak tahu.”
Andy tiba-tiba ketawa kecil. Dia benar-benar keliru dan bingung dengan pertanyaan dan kata-kata Moza. Moza hanya menggeleng perlahan menjeling kearah Andy.
“Dan satu lagi, kau ada apa-apa hubungan dengan Sandra ke?”
Pertanyaan Moza mengejutkan Andy. Dia yang tadi ketawa tiba-tiba berhenti. Entah kenapa pertanyaan Moza membuatkan dia tidak senang duduk. Dia mula melilau mencari jawapan.
“Apa maksud kau ni? Aku tak ada apa-apa hubungan dengan Sandra. Dia cuma seorang model dan kami cuma berkawan macam orang lain,” jawab Andy dengan suara yang sedikit mendatar dan sesekali gagap.
“Kalau betul tak ada apa-apa, kenapa tiba-tiba jadi gagap? Setahu aku kau tak ada penyakit tu.”
Andy menelan air liurnya perlahan. Entah kenapa dia berfikir bahawa Moza sedang mengenakannya. Mulutnya mula digerakkan ke kiri dan kanan.
“Pasal Sandra tu macamana? Apa yang kau nak buat seterusnya?” tanya Andy menukar topik perbualan. Rasa marahnya kembali memunculkan diri namun dia tetap berlagak biasa.
“Jangan risau. Aku akan cari jalan penyelesaian secepatnya,” jawab Moza acuh tak acuh. Andy hanya mengangguk.
“Okaylah. Aku keluar dulu. Kalau ada apa-apa beritahu aku,” ujar Andy. Dia bangun dari sofa yang didudukinya seraya merapikan pakaiannya. Moza hanya diam.
Andy keluar dari pejabat Moza. Jauh didalam hatinya, dia benar-benar geram dengan perangai Moza yang enggan mempedulikannya. Moza hanya mengerling kearah Andy yang berlalu pergi. Dia semakin yakin ada sesuatu yang sedang disembunyikannya. Sesuatu yang harus diketahuinya secepat mungkin.
Suasana didalam perpustakaan yang begitu senyap membuatkan Yurina semakin jauh mengelamun. Dia kembali teringat akan permintaan Moza yang mahu dirinya menjadi model lelaki tersebut.
Buku-buku yang banyak diatas meja tidak dipedulikannya. Skrin komputer ribanya yang tadi hidup perlahan mati dan gelap. Beberapa orang yang lalu lalang dihadapannya turut tidak dipedulikannya.
“Hei Yurina, mengelamun apa tu?”
Yurina tersentak sebaik rakannya Hawa menegur. Serentak dengan itu dia berpaling memandang kearah Hawa yang sudah duduk disebelahnya.
“Kau dari mana Hawa?” tanya Yurina. Dia kembali menyelak beberapa keping kertas yang ada dihadapannya.
“Dari syurga. Kau ni, dari tadi aku disini kau je yang tak perasan. Kau ingatkan siapa tu? Teman lelaki ke?”
“Apa yang kau merepek ni Hawa? Tak adalah. Aku cuma fikir dimana aku nak kerja selepas ni,” jawab Yurina. Hawa tersentak.
“Kenapa dengan tempat kerja kau sebelum ni? Kau kena buang ke?” tanya Hawa. Yurina hanya tersenyum nipis.
“Taklah Hawa. Cuma kafe tu tutup sementara. Dan takkanlah aku nak cuti juga. Aku perlukan duit kalau tak macamana aku nak teruskan hidup.”
“Tutup? Majikan kau kemana?”
“Dia kurang sihat.”
“Takkanlah kurang sihat sampai nak tutup kafe lama sangat?” Hawa masih tidak berpuas hati.
“Entahlah Hawa. Manalah kita tahu kalau dia ada masalah lain,” jawab Yurina mereka alasan. Hawa hanya mengangguk tanda faham.
“Erm... Hawa, kau tahu tentang fesyen tak?” tanya Yurina.
“Fesyen? Kenapa? Kau nak jadi pereka fesyen ke?” tanya Hawa kembali. Yurina mencebik.
“Tak. Tapi ada orang nak aku jadi model dia,” beritahu Yurina. Hawa tersentak. Dipandangnya wajah Yurina tidak berkelip bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan rakannya.
“Hawa, aku serius ni.”
“Okay, siapa orang tu? Mesti dia terkenal kan?”
“Erm, nama dia Moza. Tapi aku lupa pula nama belakang dia,” jawab Yurina.
Hawa mengeluarkan telefon pintarnya. Dengan pantas, jari jemarinya menari rancak diatas skrin telefonnya. Dengan pantas dia menaip nama lelaki tersebut dan mencarinya didalam Google.
“Apa kau buat?” tanya Yurina sambil menjenguk melihat kearah telefon Hawa.
“Ini ke?” Hawa memperlihatkan telefon pintarnya kearah Yurina. Yurina segera melihat dan mengangguk.
“Nama lelaki ni Moza Danil. Dia seorang pereka fesyen yang terkenal. Dia setanding dengan pereka fesyen yang terkenal di Malaysia dan diluar negara. Pencapaian paling terbaru ialah menang anugerah fesyen kreatif. Erm, dimana kau jumpa lelaki ni?”
“Erm, sebenarnya aku jumpa dia masa...”
Yurina kembali teringat dimana dirinya pertama kali bertemu dengan lelaki tersebut. Sesekali dia tersenyum dan menimbulkan tanda tanya pada Hawa yang menanti jawapannya.
“Yurina, kita ke hospital nak?”
“Ke hospital? Kenapa?” tanya Yurina hairan. Dipandangnya Hawa yang memandangnya hairan.
“Aku rasa kau dah gila. Kau ada rasa sesuatu ke dalam otak kau?”
“Apa yang kau cakap ni Hawa?”
“Tak. Bila aku tanya, kau tersenyum-senyum macam orang gila. Kadangkala aku tengok orang gila pun tak segila kau. Kau suka dengan dia ke?”
“Tak. Mana ada aku suka dia. Kau ni mengarutlah,” sangkal Yurina dengan pantas.
“Nampak sangat kau menipu.”
Yurina memukul tangan rakannya. Hawa mencuba untuk mengelak namun pukulan Yurina tetap mengenainya.
“Jangan nak buat cerita Hawa. Aku baru kenal dengan dia macamana pula aku nak suka dengan dia.”
“Yurina, tak semuanya orang akan berkenalan lama-lama baru nak suka. Kita ni kadangkala boleh suka dengan seseorang dengan pandangan pertama. Dan aku yakin kau adalah orang yang macam tu.”
“Tak adalah. Lagipun kenapa aku nak suka dengan dia?”
“Mata tak boleh menipu Yurina. Walaupun kau kata tak dan membantah, tapi aku yakin dalam hati kau, kau memang dah jatuh cinta dengan dia.”
“Hawa, tolonglah. Aku takkan jatuh cinta dengan mana-mana lelaki dalam masa terdekat ni.”
“Hei, jangan cakap macam tu. Nanti berlaku betul-betul baru tahu,” ujar Hawa. Yurina hanya diam.
“Okay. Kita kembali ke topik asal. Kenapa dia nak kau jadi model dia? Mana model dia yang lain?” Sambung Hawa.
“Entahlah Hawa. Aku pun tak tahu,” jawab Yurina perlahan.
“Erm, jadi kau setujulah nak jadi model dia?”
“Aku tak tahu Hawa. Aku belum beri jawapan lagi. Lagipun manalah aku tahu apa-apa pasal model ni. Nak berjalan atas pentas pun aku rasa aku tak sanggup,” jawab Yurina.
“Habis tu?”
Yurina mendengus kasar. Dia benar-benar buntu. Disatu sisi, dia mahu menerima namun disisi lain, dia menolak pelawaan lelaki tersebut.
“Apa kata kau jumpa dengan Puan Kelly, manatahu dia boleh beri nasihat tentang hal ni.”
“Puan Kelly? Tak naklah. Lagipun buat apa nak jumpa dia?”
“Hei, Puan Kelly tu kan pakar dalam bidang fesyen. Manatahu dia boleh bantu kau macamana nak tenangkan diri atas pentas.”
“Tak naklah. Baik aku jumpa dengan Moza sekaligus,” Yurina tetap menolak.
“Kalau dah itu kata kau, terpulanglah. Kau call dia sekarang dan beritahu yang kau sudi jadi model dia. Habis cerita.”
“Aku call dia? Malaslah. Aku tak yakin lagilah.”
“Yurina, sampai bila kau nak fikir benda ni? Lagipun ini peluang kau. Kau hanya berjalan sekali diatas pentas dan kau dah dapat payment. Dan dari apa yang aku tahu, income seorang model agak banyak juga.”
Yurina diam. Dia mula memikirkan kata-kata rakannya itu. Hawa hanya tersenyum berharap Yurina tidak berfikir terlalu lama.
“Okaylah. Nanti aku call dia,” akhirnya Yurina memberi persetujuan. Hawa mula tersenyum lebar gembira dengan jawapan rakannya.
“Nanti kalau kau nak jumpa dia, aku ikut sekali ya? Nak juga aku tengok dia depan-depan. Mesti dia jauh lebih handsome dari dalam gambar,” ujar Hawa. Yurina mencebik.
“Gatallah kau ni. Entah-entah dia dah ada teman wanita dan kau sedikitpun dia tak pandang. Baru padan muka,” usik Yurina.
“Alah. Kalau dia ada teman wanita pun aku yakin yang teman wanita dia tu ialah kau.”
Mendengar jawapan Hawa, Yurina sekali lagi memukul lengan rakannya itu. Hawa hanya tersenyum geli hati. Yurina kembali mendiamkan diri tidak tahu dengan apa tindakannya selanjutnya. Jauh didalam hati, dia sudah mula membayangkan bagaimana dirinya berada diatas pentas dengan dipandang oleh ramai orang berstatus tinggi.
“Tak habis nak mengelamun lagi?”
“Apa? Tak adalah. Aku cuma nak cari idea nak siapkan assignment ni,” jawab Yurina. Hawa hanya tersenyum nipis. Hawa bangun dari kerusi dan menuju kearah rak buku yang tidak jauh meninggalkan Yurina.
Yurina kembali termenung jauh. Dia masih ingat akan Moza yang datang membantunya ketika dirinya dicekik oleh seorang lelaki pada malam tadi. Perlahan tangannya naik memegang lehernya. Rasa sakit di lehernya masih dapat dirasainya.
“Hai sayang.”
Serentak dengan itu Yurina menoleh. Dia terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang tidak disukainya dan sering mengganggunya. Satu jelingan tajam dilemparkan kearah lelaki tersebut.
“Yurina, kenapa ni?” tanya lelaki tersebut. Dia mencuba untuk memegang rambut Yurina yang dibiarkan tidak terikat namun Yurina pantas menepis.
“Kau nak apa Shua? Boleh tak jangan menyemak disini?” tanya Yurina dengan suara yang kasar namun terkawal. Shua hanya tersenyum.
“Kau ni asyik nak marah saja. Nanti muka berkedut baru tahu tak ada siapa yang nak. Tapi kau jangan risau, aku tetap nak dengan kau biarpun muka kau dah berkedut macam nenek-nenek,” jawab Shua separuh mengusik. Yurina hanya mencebik.
“Yurina, temankan aku makan nanti nak?” sambung Shua.
“Apa kau ni? Pergilah sendiri. Mana kawan kau yang lain?” Yurina menolak. Dia enggan mengikuti ajakan Shua.
“Alah, kawan aku yang lain semuanya sibuk. Lagipun aku nak pergi dengan kau seorang je. Jomlah, temankan aku.”
“Kau pergilah sendiri. Aku sibuk nanti,” Yurina memberi alasan.
“Sibuk? Sibuk apa? Kau jangan nak beri alasanlah Yurina.”
“Eh, takkan semuanya aku nak beritahu dengan kau. Lagipun kau siapa nak masuk campur urusan aku? Sibuk betul hal orang.”
“Siapa aku? Bukan aku teman lelaki kau ke?” Sampai hati kau buat aku macam ni,” Shua berpura-pura sedih. Dia merebahkan kepalanya dibahu Yurina namun Yurina pantas menolak.
“Dahlah. Semak betul aku tengok kau ni. Boleh tak kau pergi main jauh-jauh. Aku nak siapakan kerja ni,” ujar Yurina sedikit menjauh dari Shua.
“Kerja apa? Dari tadi aku tengok kau mengelamun. Kau ada teman lelaki lain ya?”
“Apa lagi kau merepek ni? Dahlah, kau pergi main jauh-jauh. Malaslah aku nak layan kau. Sakit kepala aku,” Yurina menolak Shua agar menjauh namun Shua sedikit pun enggan bergerak.
“Kau sakit kepala? Mari sini aku tolong picitkan,” Shua bertindak mahu memegang kepala Yurina namun kembali menarik tangannya apabila tangannya tiba-tiba dipukul Hawa yang berdiri disebelahnya.
“Apa kau ni?” marah Shua. Hawa hanya memandang dengan pandangan yang tajam sambil mencekak pinggang.
“Apa kau buat sini?” tanya Hawa kembali.
“Kau ni kacau daunlah. Aku baru nak mengorat,” ujar Shua. Dia menggosok tangannya yang sakit akibat dipukul Hawa.
“Ini library bukan tempat nak mengorat anak dara orang. Baik kau blah sekarang sebelum Yurina call boyfriend dia.”
“Hawa. apa yang kau cakap ni?” sampuk Yurina.
“Dengar Shua. Yurina dah ada teman lelaki dan untuk pengetahuan kau teman lelaki Yurina sangat handsome kalau nak dibandingkan dengan kau.”
“Hawa, dahlah tu.”
“Yurina, kau kena beritahu supaya budak ni tak kacau kau lagi. Dan dia kenalah terima hakikat kalau orang yang dia suka dah berpunya,” jawab Hawa. Yurina melepaskan keluhannya dan perlahan menggeleng.
“Kamu berdua ni janganlah nak menipu aku. Yurina sendiri tak mengaku kau pula yang lebih-lebih. Dahlah, aku tahu Yurina ni sebenarnya malu nak beritahu aku kalau dia pun sukakan aku. Kan Yurina?”
Shua tidak mempercayai kata-kata Hawa. Dipandangnya Yurina yang hanya tersengih geli.
“Yurina, kau beritahulah perkara yang sebenarnya. Kalau tak sampai bila-bila budak ni tetap akan kacau kau,” ujar Hawa pula. Dia mahu Yurina mengakui bahawa dirinya sudah mempunyai teman lelaki.
Yurina mengangkat kepalanya memandang Hawa. Hawa mengangguk berharap Yurina akan berkata sedemikian rupa agar Shua tidak lagi mengganggunya. Perlahan Yurina menarik nafas yang panjang sebelum akhirnya mengangguk.
“Hawa betul Shua. Saya dah ada teman lelaki dan ianya bukan awak. Harap awak boleh faham dan tak ganggu saya lagi.”
“Jangan nak berguraulah Yurina. Aku tahu kau sebenarnya cuba untuk menipu aku.”
“Shua, kan Yurina dah kata yang dia dah ada teman lelaki. Kenapa susah sangat kau nak faham?” potong Hawa. Dia tidak menyukai Shua yang selalu mendesak rakannya.
“Kau diam Hawa. Aku tak percaya dengan kau. Dan aku tak nak dengar kau bercakap sepatah pun,” bentak Shua. Beberapa orang pelajar lain yang berada berhampiran mula memandang mereka dengan hairan.
“Shua, please jangan buat hal disini. Kau pergi sekarang,” ujar Yurina pula. Dia tidak mahu dirinya menjadi bahan tontonan untuk pelajar yang lain.
“Kau dengar kan apa yang dia cakap? Baik kau pergi sekarang sebelum aku panggil someone untuk halau kau keluar dari library ni,” ujar Hawa pula.
Shua mengetap bibirnya geram. Dengan rasa tidak berpuas hati, dia bangun dari kerusi yang didudukinya dan menolaknya dengan kasar sehingga kerusi tersebut terjatuh dan menarik lebih banyak perhatian pelajar yang lain.
“Kau dengar sini ya. Aku bukannya jenis manusia yang akan lepaskan orang macam tu saja. Selagi aku tak dapat Yurina, selagi itulah aku takkan berhenti walaupun aku terpaksa lakukan sesuatu dengan teman lelaki dia.”
“Shua, sudahlah. Kenapa kau suka sangat kacau hidup aku? Tak boleh ke kau bina kehidupan kau sendiri?”
Yurina tidak dapat menahan dirinya. Dia bangun dari kerusi dan memandang Shua dengan pandangan yang tajam. Dia benar-benar tidak menyukai sikap Shua yang sering mendesaknya. Hawa menghampiri Yurina dan mencuba menenangkannya.
“Kehidupan aku sendiri? Ya, itulah apa yang aku buat sekarang. Aku memang sedang mencari kehidupan aku dan aku yakin kau adalah hidup aku Yurina. Sekarang dan selamanya,” jawab Shua. Yurina mendengus kasar.
“Dasar lelaki tak faham bahasa,” sampuk Hawa pula.
Tanpa diduga, Shua tiba-tiba menghampiri Hawa yang berdiri disebelah Yurina. Dicekiknya Hawa geram dengan kata-katanya sebentar tadi dan ianya mengejutkan Yurina. Pelajar lain yang memandang turut terkejut dengan tindakan kasar Shua pada Hawa.
“Shua, lepaskan Hawa.”
Shua tidak mengendahkan kata-kata Yurina. Tangannya semakin lama semakin kuat mencekik leher Hawa. Hawa mencuba untuk melawan namun tenaganya terlalu lemah.
“Shua! Lepaskan dia sekarang!”
Yurina mula berteriak namun Shua tetap enggan melepaskan Hawa. Hawa yang dicekik kuat semakin lama semakin lemah. Dia tidak lagi mampu untuk meronta. Yurina semakin panik. Dia mencuba untuk melepaskan tangan Shua dari terus mencekik namun dia terlalu lemah untuk berbuat demikian malah dirinya ditolak jauh oleh Shua yang bagaikan telah dirasuk sesuatu.
Shua semakin menguatkan cengkamannya pada leher Hawa. Hawa mula kehilangan nafas. Oksigen yang masuk mula terhambat. Wajahnya turut memerah menahan rasa sakit.
Yurina kembali teringat akan kejadian yang berlaku pada majikannya malam tadi. Dia mula menggeleng. Dengan sisa tenaga yang ada, dia bangun dan mencapai komputer ribanya yang berada diatas meja. Tanpa berfikir panjang, dia menghayunkan komputer tersebut tepat dikepala Shua.
Shua menoleh dan memandang Yurina dengan geram. Yurina mula berundur. Dia tidak menyangka pukulannya itu tidak mendatangkan apa-apa kesan pada lelaki tersebut. Beberapa orang pelajar yang lain hanya diam dan tidak membantu apatah mereka cukup mengenali Shua yang begitu gagah.
Shua mula melepaskan cengkamannya pada leher Hawa namun bergerak menghampiri Yurina. Yurina yang ketakutan semakin lama semakin laju berundur sehinggalah sebuah meja menghalangnya dari terus melarikan diri. Yurina mula menelan air liurnya berkali-kali. Dia benar-benar ketakutan.
“Kau pukul aku Yurina?” tanya Shua dengan kasar. Yurina menggeleng berkali-kali. Komputer ribanya tetap dipegang erat. Jauh didalam hati, dia menyesal kerana telah memukul Shua yang terkenal dengan sikap enggan mengalah.
“Hei, berhenti disitu!”
Serentak dengan itu, Shua menoleh. Begitu juga dengan Yurina. Kehadiran dua orang pengawal keselamatan membuatkan Yurina menarik nafas lega namun dalam pada masa yang sama dia khuatir jika lelaki tersebut melakukan sesuatu tindakan yang lebih berbahaya. Dia dapat melihat rakannya Hawa yang terbaring lemah dan dibantu oleh pelajar yang lain.
“Shua, sudahlah tu,” Yurina mencuba untuk memujuk.
Shua kembali memandang Yurina dan sekali lagi Yurina ketakutan. Dia dapat melihat betapa marahnya lelaki tersebut.
“Aku sukakan kau Yurina dan aku tak rela jika ada lelaki lain yang ambil kau dari aku. Aku nak kau jadi milik aku selamanya,” jawab Shua dengan nada yang terketar-ketar.
“Shua, perasaan suka ni tak boleh dipaksa. Saya tak suka dengan awak dan awak tak boleh paksa saya. Tolonglah faham,” ujar Yurina lagi mencuba untuk membuat lelaki tersebut faham akan dirinya.
Shua menggelengkan kepalanya sambil menutup matanya. Dia enggan mendengar kata-kata Yurina. Dalam pada masa yang sama, Yurina menggeleng apabila melihat dua orang pengawal keselamatan yang perlahan menghampirinya.
“Jangan datang dekat,” ujar Yurina tanpa suara pada kedua pengawal keselamatan tersebut.. Dia tidak mahu Shua sedar dan bertindak diluar kawalan. Kedua pengawal keselamatan tersebut berhenti dari terus melangkah.
“Shua, tolonglah. Untuk kali ini awak balik dan tenangkan diri,” Yurina sekali lagi mencuba untuk memujuk lelaki tersebut berharap tidak ada apa yang akan berlaku seterusnya.
“Kau nak aku tenangkan diri? Jangan harap,” Shua tiba-tiba meluru kearah Yurina. Yurina yang ketakutan segera menutup wajahnya dengan lamptop yang ada ditangannya.
Jeritan Shua meminta diri mula kedengaran di telinganya. Dengan perlahan dia membuka matanya. Dia dapat melihat Shua dipegang erat oleh kedua pengawal keselamatan tersebut. Dalam pada masa yang sama dia dapat melihat rasa marah Shua yang semakin menebal.
“Yurina! Kau ingat kata-kata aku. Aku takkan lepaskan kau sampai bila-bila!”
Yurina diam. Dia hanya mampu memandang Shua yang ditarik keluar dari perpustakaan oleh kedua pengawal keselamatan tersebut. Dia mengalihkan pandangannya kearah Hawa yang dipangku oleh seorang pelajar yang lain.
Yurina segera mendapatkan Hawa. Dipegangnya wajah rakannya yang memerah. Hatinya mula bersimpati apabila melihat leher Hawa yang berbekas akibat cengkaman Shua yang begitu kuat.
“Aku okay Yurina,” ujar Hawa perlahan. Sesekali dia mengerutkan dahi menahan rasa sakit pada lehernya.
“Tahan kejap. Nanti kita ke hospital.”
“Tak apa Yurina. Aku okay,” ujar Hawa. Dipegangnya tangan Yurina dengan erat.
Yurina mengesat air matanya yang turun. Dia benar-benar tidak menyangka dirinya akan mengalami kejadian yang sama dalam dua hari. Dia memeluk Hawa yang masih terbaring lemah diatas lantai.