Hawa terkejut sebaik dia menolak pintu wad. Matanya tidak berkedip melihat seorang lelaki yang duduk dikerusi ditepi katil Yurina. Begitu juga dengan Puan Aishah yang mengejar dari belakang. Darryl pantas bangun dan sedikit mengukir senyuman. Badannya turut dibongkok memberi hormat.
“Kamu siapa?” tanya Puan Aishah. Dipandangnya anak muda yang tinggi dan tampan itu dengan penuh tanda tanya. Dia ingin tahu mengapa lelaki itu menemani Yurina.
“Nama saya Darryl mak cik,” Darryl menjawab dengan ramah. Senyumannya turut diukir. Dia sempat juga melemparkan senyuman kearah Hawa yang masih tercegat memandangnya.
“Hawa...”
“Ya?” Hawa tersentak sebaik mendengar namanya dipanggil Puan Aishah. Pantas dihampirinya wanita tua itu.
“Kamu kenal ke dengan dia tak? Kawan Yurina ke ni?”
Hawa mula gelabah. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Puan Aishah. Darryl yang hanya tersenyum dipandangnya. Dia semakin keliru dan buntu.
Namun baru sahaja Hawa ingin membuka mulut, Yurina tiba-tiba tersedak. Dia seperti tertelan sesuatu dan menyangkut dibatang lehernya. Darryl yang berdiri berhampiran pantas membantu Yurina untuk bangun. Sebotol kecil air mineral dicapai dan disuakan ke mulut Yurina.
Puan Aishah hanya mampu melihat. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hawa turut tergamam. Mereka berdua hanya memandang bantuan Darryl yang terlihat pantas dan cekap.
“Terima kasih,” ujar Yurina perlahan. Darryl hanya mengangguk lalu kembali membaringkan Yurina.
“Mak...”
Puan Aishah tersedar sebaik mendengar panggilan anak saudaranya. Pantas dihampirinya dengan air mata yang mula menitik turun.
“Yurina... Kamu tak apa-apa kan?” Puan Aishah bertanya dalam tangis. Dia tidak sanggup melihat anak saudaranya yang kini terlantar diatas katil.
“Mak, janganlah menangis. Malulah orang tengok,” ujar Yurina. Sebelah tangannya dinaikkan menyeka air mata ibu saudaranya. Dia juga sempat mengukir senyuman pada Hawa yang menggosok belakang ibu saudaranya.
“Terima kasih Hawa,” sambung Yurina dan Hawa hanya mengangguk.
Yurina kembali batuk. Wajahnya yang nampak pucat membuatkan Puan Aishah semakin panik. Dia tidak mahu kehilangan satu-satunya anak saudaranya.
“Awak tak apa-apa?” Darryl bertanya. Dia segera membantu Yurina untuk kembali duduk dengan bantuan Puan Aishah.
“Tak. Terima kasih,” jawab Yurina. Dadanya dipegang seolah kesakitan.
“Awak kembalilah berehat. Biar saya keluar dulu,” balas Darryl dan Yurina hanya mengangguk. Dia kembali berbaring setelah rasa sakit didadanya perlahan menghilang.
Puan Aishah mengesat air matanya. Dia tidak mahu sesuatu berlaku pada anak saudaranya. Hawa pula menghela nafas yang panjang. Dia turut meminta diri untuk keluar sebentar. Lagipula dia mahu memberi ruang untuk Puan Aishah dan Yurina berdua.
Pintu wad ditarik lalu ditutup rapat. Diluar, dia melihat Darryl sedang mengorak langkah menuju ke sebuah pejabat. Hawa pantas memanggil dan Darryl segera berpaling. Langkahnya turut terhenti.
“Ya?” Darryl memandang Hawa yang menghampirinya.
“Kita kena berbincang,” ujar Hawa dan Darryl mengerutkan dahinya. Dia tidak faham mengapa wanita itu ingin berbincang dengannya. Namun sebagai seorang doktor, dia bersetuju dan pantas mengajak Hawa ke sebuah sudut. Hawa hanya menurut.
Dengan perlahan Dawson menarik nafas yang panjang. Dia mencuba untuk menenangkan hatinya yang tiba-tiba berombak tidak tenang. Kepalanya yang tadi mula merasakan kesakitan cuba ditahannya. Ajaran Dr. Illy ketika dirinya berada didalam sesi rawatan kembali dipraktikkan dikala kepalanya terasa sakit.
Dahinya sudah mula mengeluarkan peluh. Badannya turut basah akibat keringat yang keluar. Kedua tangannya sudah mula menggeletar. Rasa sakit kepala kembali menyerang.
“Moza...” Dawson mencuba untuk memanggil adiknya namun suaranya tidak keluar. Dia semakin merasa sakit dibahagian kepala. Pandangannya mula berpinar. Dia sudah tidak tertahan akan kesakitan yang dialaminya. Ingin saja dia menghantukkan kepalanya pada dinding biliknya itu.
Sebotol ubat penenang sakit yang ada diatas meja cuba dicapai namun botol tersebut terlepas dan tergolek jatuh. Dawson yang semakin lemah tidak mampu untuk berganjak dan bangun. Dia turut rebah menimpa ubat-ubatannya yang sudah jatuh bersepah.
Dengan sisa tenaga yang ada, dia mengaup seberapa banyak ubat yang boleh dan dimasukkan kedalam mulutnya. Tanpa sebarang bantuan air, dia menelan ubat tersebut. Dia tidak lagi peduli akan berapa banyak jumlah ubat yang sepatutnya ditelannya. Baginya, dia mahu kesakitan di kepalanya cepat hilang.
Rasa sakit yang semakin mencengkam membuatkan Dawson semakin tidak tahan. Kedua tangannya sudah mula menarik rambut. Dia kini bagaikan seorang manusia yang ingin bertukar menjadi mutan. Jeritan yang nyaring sudah mula kedengaran keluar dari mulutnya.
Moza yang berada ditingkat bawah terkejut akan jeritan kuat abangnya. Tidak menunggu lama, dia berlari naik mendaki anak tangga menuju ke bilik abangnya. Pintu bilik yang tertutup pantas ditolak dan terkejut sebaik melihat abangnya sedang terbaring lemah diatas lantai.
Jika tadi dia bersikap agresif, kini dia mula lemah akibat lebihan ubat yang ditelannya. Matanya mula layu sebelum akhirnya tertutup rapat.
“Pak cik!”
Moza melaung memanggil penjaganya dengan kuat. Dia turut menepuk-nepuk pipi abangnya. Lebihan ubat yang diambil mula membuatkan mulutnya berbuih. Moza semakin panik.
“Astaghfirullahalazim. Apa yang berlaku?” Pak Ehsan terkejut sebaik melihat apa yang berlaku. Dia meluru mendapatkan Moza yang mula menangis.
“Kita bawa ke hospital,” sambung Pak Ehsan dan Moza pantas menurut. Abangnya yang kini lemah tidak berdaya digendongnya dibelakangnya.
Pak Ehsan turut membantu. Dengan kain pelekat yang masih dipakainya, dia mencapai kunci kereta milik Moza yang ada diatas meja kecil. Mulut Dawson yang masih berbuih pantas dibersihkan dengan tuala kecil sambil Moza menggendongnya masuk kedalam keretanya.
“Kamu keluar dulu. Biar pak cik tutup pintu rumah,” ujar Pak Ehsan. Moza hanya mengangguk sebelum masuk kedalam keretanya dan memandu keluar.
Sebaik Pak Ehsan masuk kedalam kereta, Moza pantas memecut kenderaannya menuju ke hospital. Sesekali dia menoleh memandang abangnya yang dipangku Pak Ehsan. Air mata yang menitik turun pantas diseka dengan tangannya.
Sandra mengunyah kentang goreng yang ada didepannya dengan penuh rasa marah. Matanya memandang tajam kearah peti televisyen yang sedang memaparkan pihak polis yang sedang mencarinya atas tuduhan bersuhabat.
Hatinya semakin mendidih panas tatkala mengingati akan mesej yang dihantar oleh Moza suatu ketika dahulu. Mesej dimana dia disuruh untuk menyerah diri kepada pihak polis.
“Sial kau Moza! Sampai bila pun aku takkan serah diri. Aku akan pastikan dendam aku terbalas. Kau tunggulah saatnya. Kau akan lihat perempuan tu mati didepan kau,” Sandra berkata seorang diri.
Telefonnya tiba-tiba berdering. Sandra pantas mencapai. Nama rakannya Risha tertera di skrin telefonnya.
“Hello Sha,” ujar Sandra.
“Babe, kau dimana ni?” tanya Risha.
“You tak perlu tahu Risha. Aku okay dan aku akan pastikan diri aku akan sentiasa okay,” jawab Sandra.
“Babe, polis cari kau tau. Apa yang kau dah buat ni sebenarnya? Kau ada bunuh orang ke?” Risha bertanya lagi.
“Kau tak perlu tahu. Yang pasti aku takkan apa-apa kan kau. Tapi pastikan kau tak beritahu polis. Kalau tak, aku akan pastikan yang kau akan jadi mayat,” ancam Sandra. Risha yang mendengar mula menelan air liur. Entah mengapa ancaman Sandra padanya terlihat seperti benar hendak membunuhnya.
“I have to go. Bye Sandra,” Risha tiba-tiba meminta diri. Dia semakin takut pada Sandra. Panggilan telefonnya itu pantas diputuskan.
Sandra hanya tersenyum lebar. Ugutannya pada Risha seolah menjadi penenang hatinya. Kini dia mula ketawa terbahak-bahak. Kentang goreng kembali dimasukkan kedalam mulutnya sebaik tawanya reda. Siaran berita turut ditukar menjadi siaran hiburan yang lebih memaparkan gosip artis.
Darryl terpaku. Dia tidak menyangka Hawa akan berkata sedemikian rupa padanya. Lagipula dia ikhlas hendak berkawan dengan Yurina. Tiadalah niatnya untuk merampas Yurina daripada Moza yang sudah dianggapnya bagaikan abang sendiri.
“Saya harap awak faham,” ujar Hawa. Dia tidak mahu Darryl salah anggap tapi baginya, dia tidak mahu Moza atau Yurina merasa hati dengan kehadirannya.
“Ya, saya faham...” Darryl perlahan mengangguk. Senyumannya mula meleret.
“Tapi, betul ke abang Moza dengan Yurina bercinta?”
Hawa diam. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan tersebut. Memang benar dia tidak mendengar sebarang khabar mengenai itu tapi baginya dia yakin bahwa keduanya menaruh hati pada sesama sendiri.
“Saya tak tahulah jika mereka memang berhubungan tapi sepanjang saya kenal mereka berdua, saya dapat rasakan jika keduanya mempunyai perasaan yang sama,” jawab Hawa.
“Baiklah. Saya takkan ganggu jika benar mereka berhubungan tapi rasanya tak salah kalau saya nak berkawan dengan Yurina? Bukankah kekok rasanya jika saya hanya berkawan dengan abang Moza tidak pada kekasihnya juga?”
“Saya bukannya larang awak untuk berkawan dengan Yurina tapi kalau boleh jangan terlalu rapat. Maksud saya, mungkin ada hati seseorang yang terluka.”
“Saya faham. Terima kasih sebab beritahu.”
Hawa hanya tersenyum nipis. Dia merasa sedikit lega dengan lelaki itu. Lelaki yang begitu berfikiran positif dan tenang. Tidak seperti kebanyakan lelaki yang hanya mahu menang dengan sifat egonya.
“Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu,” Darryl meminta diri dan Hawa hanya mengangguk. Dia sempat memberi senyuman pada lelaki itu.
Namun baru sahaja lelaki itu bangun dan melangkah beberapa tapak, mereka dikejutkan dengan larian seorang doktor lelaki dan juga dua orang jururawat bersama sebuah katil beroda dan dua orang lelaki dimana salah seorangnya dikenali Darryl dan Hawa.
“Abang Moza?” Darryl sedikit terkejut.
“Hah? Moza?” Hawa turut tersentak.
“Saya nak tengok mereka.”
Hawa pantas mengikut Darryl. Mereka turut berlari anak mengejar Moza dan Pak Ehsan yang sedang membantu menolak katil beroda.
“Dawson, bangunlah,” Moza kini menangis. Dia tidak mahu dengan beberapa pasang mata yang melihatnya. Baginya abangnya lebih penting daripada menjaga maruahnya.
“Maaf, tapi kamu tak boleh masuk,” ujar Dr. Fikri. Dia meminta seorang jururawat menahan Moza dan penjaganya dari masuk keruang ICU.
Moza terpaksa menurut. Kedua kakinya lemah. Dia terduduk disatu penjuru. Kedua tangannya ditekap pada wajahnya. Dia tidak sanggup melihat keadaan abangnya itu. Jika tadi mulutnya berbuih, kini darah merah sudah mula mengalir keluar dari hidung.
Pak Ehsan menghampiri Moza. Dipeluknya Moza dengan erat. Belakang badannya turut digosok agar bertenang. Namun Moza masih tetap menangis. Dia tidak rela jika dia terpaksa kehilangan abangnya apatah lagi sejak dia mendapat tahu abangnya mengidap kanser otak tahap kedua.
“Sabarlah Moza. Bawa berdoa banyak-banyak supaya abang kamu selamat,” nasihat pak Ehsan.
Moza kini menangis dipelukan penjaganya. Pak Ehsan yang terasa sebak turut menyeka air matanya. Dia juga tidak menyangka apa yang akan terjadi. Baginya ini merupakan takdir yang ditentukan Allah dalam memberi dugaan dan cabaran.
“Abang Moza...”
Pak Ehsan pantas berpaling. Begitu juga dengan Moza yang masih menangis. Kepalanya sedikit diangkat memandang empunya suara yang menyebut namanya.
“Pak cik, apa yang berlaku?” tanya Darryl. Dihampirnya Moza yang masih terduduk lemah di sudut ruang.
“Erm...”
“Tak ada apa Darryl,” potong Moza. Air matanya pantas dibersihkan. Dia tidak mahu Darryl tahu dengan apa yang telah berlaku. Biarlah penyakit abangnya menjadi rahsia dirinya dan juga penjaganya.
“Takkanlah tak ada apa-apa yang berlaku?”
“Ya, tak ada apa. Cuma Dawson rasa kurang sihat sikit,” jawab Moza. Dia kembali bangun dan berlagak seperti biasa. Senyumannya turut diukir nipis apatah lagi melihat Hawa yang turut berada dibelakang Darryl.
“Kenapa dengan abang Dawson?” Darryl masih tidak berpuas hati.
“Dia cuma rasa pening tadi,” jawab Moza. Suaranya masih terdengar mendatar.
“Pening? Takkanlah masuk ICU?”
Moza hanya tersenyum nipis. Kepalanya perlahan menunduk. Dia mencuba untuk bersikap seperti biasa namun entah mengapa dia kembali memangis. Dia tidak dapat menipu diri untuk tidak memberitahu keadaan Dawson.
“Moza...” Pak Ehsan kembali menggosok belakang Moza. Darryl semakin tertanya-tanya. Begitu juga dengan Hawa.
Hawa terlopong terkejut. Begitu juga dengan Darryl. Mereka tidak menyangka jika Dawson mengidap kanser otak. Cerita Moza bagaikan tidak dapat dipercayai.
“Itulah apa yang berlaku. Dalam masa hampir setahun ni, Dawson terpaksa menjalani hidup dengan bantuan ubat dan terapi,” ujar Pak Ehsan. Moza tidak sanggup untuk bercerita apatah lagi air matanya bagaikan tidak pernah habis.
“Jadi selama ni abang Dawson koma?”
Pak Ehsan hanya mengangguk. Hawa masih lagi terkejut.
“Wah, patutlah dah lama saya tak nampak abang Dawson. Saya sangkakan dia memang benar ada di Jepun,” sambung Darryl.
“Saya cuma minta satu saja,” ujar Moza. Air matanya dilap dengan tangannya. Ditatapnya wajah Darryl.
“Saya minta jangan beritahu orang lain. Biarlah rahsia ni menjadi rahsia kita berempat,” sambung Moza. Dia turut memandang kearah Hawa yang hanya mendiamkan diri.
“Abang janganlah risau. Saya takkan beritahu sesiapa,” Darryl mengangguk.
“Saya pun,” jawab Hawa pantas.
“Tapi... macamana kalau ada yang tanya kemana abang Dawson?”
“Beritahu saja dia ke Jepun. Itu lebih baik,” jawab Moza. Moza mengangguk tanda faham. Hawa sudah menundukkan kepalanya.
“Tapi abang tahu tak kalau Yurina ada disini?”
Moza tersentak. Dipandangnya wajah Darryl meminta kepastian sebelum beralih kepada Hawa. Dia mula tertanya-tanya mengapa wanita yang disukainya itu boleh ada dihospital.