Prolog

Aku dan bersama-sama 2 orang rakan masuk ke dalam sebuah hutan puaka berdekatan kampung. Tujuannya untuk menyiasat misteri kehilangan orang di hutan tersebut. Ketika berjalan dalam hutan pada malam yang sepi. Aku dan 2 orang rakanku terpisah menyebabkan kami tersesat di dalam hutan tersebut. Aku memegang lampu suluh yang dibawa. Tali lampu suluh tersebut aku ikat dengan kuat bagi langkah berjaga agar tidak mudah tercicir.

Tatkala itu, aku mula terasa ada sesuatu mengekoriku dari arah belakang. Jadi aku bergerak ke dalam hutan tersebut lagi bagi menjauhi daripadanya. Sehinggalah aku ternampak di hadapanku tapak perkhemahan yang telah ditinggalkan dengan keadaan yang tidak elok. Aku dapat melihat beberapa barangan dan pakaian bersepah di atas tanah.

Sewaktu menyuluh di kawasan tersebut, aku terdengar suatu bunyi dari belakang tapak perkhemahan. Aku tidak mahu mengundur diri kerana inilah objektif kami masuk ke dalam hutan ini. Jadi aku mara lagi untuk mengetahui bunyi apakah itu.

Aku mara sehinggalah tiba di sebatang sungai yang airnya mengalir dengan deras. Namun begitu, aku tidak dapat untuk melihat dengan jelas kerana keadaan di tempat tersebut yang agak gelap. Aku berjalan di persisiran sungai dengan menggunakan lampu suluh untuk melihat jalan agar tidak terjatuh ke dalam sungai.

Tiba-tiba, aku terjatuh apabila terpijak suatu benda licin dan tidak rata. Akibat daripada jatuhan tersebut lampu suluh tersebut terhampuk di atas tanah dan termasuk ke dalam air sungai. 

Suasana pada ketika itu, mula kelam-kabut. Aku cuba untuk menghidupkan lampu suluh malangnya tiada apa yang berlaku. Hormon adrenalin mula mengalir laju menyebabkan kadar pernafasan aku menjadi laju. Aku menjadi cemas dan buntu untuk membuat apa-apa. 

Tambahan pula, pada waktu itu tidak kelihatan bintang-bintang. Mungkin mendung dan hujan akan turun pada bila-bila masa. Aku meraba-raba ke atas tanah untuk bangun.

Tanganku mencapai sesuatu yang berbentuk bulat terasa seperti bola keras tetapi ada 5 lubang pada salah satu bahagian objek tersebut. Aku dapat merasakan bahawa objek ini bukannya bola rasanya seperti menyentuh tengkorak orang. Aku mahu mendapatkan kepastian. Aku cuba melihat dengan lebih teliti lagi sambil menekan suis lampu pada jam tangan digitalku.

Aku memang terkejut apabila mendapati bahawa tekaan aku benar. Benda tersebut memang betul ianya memang tengkorak manusia. Aku berasa seram sejuk dan cuba untuk bergerak menjauhi dari tempat tersebut. Aku berjalan dan merasakan aku tengah terpijak badan seseotang. Keadaan mula cemas apabila satu sambaran petir menyambar tepat di hadapan aku.

Akibat daripada sambaran petir tersebut mengena pohon kering yang berada berhampiran dengan sungai. Api mula menyala dan merebak. Aku dapat melihat keadaan sekeliling dengan baik. Terima kasih kepada cahaya petir tersebut kerana membuatkan aku ternampak mayat yang bergelimpangan di hadapan aku. Dengan serta merta aku segera berlari tanpa arah tuju.

“Argh…” suatu jeritan mula ku dengari. Aku memberhentikan larian aku dan merasakan suara jeritan itu adalah milik rakanku. Aku segera berlari menuju tempat jeritan tersebut. Malangnya, apabila aku sampai suara tersebut tidak lagi kedengaran. Malahan terdapat banyak darah memercik di merata-rata tempat. Aku terkejut dan duduk di bawah pokok yang besar sambil menangis. Hanya cahaya dari pohon berdekatan yang terbakar menemaniku. Aku dah putus-asa dengan kehidupan.

Ketika itu, aku ternampak suatu bayangan di hadapan aku dan hanya dapat melihat rambutnya yang panjang, warna matanya yang merah dan tubuhnya yang bersaiz kecil sedang melhat aku. Aku sedia menangis dan keletihan sehinggakan sendi-sendi badanku tidak dapat untuk bergerak. 

“Engkau… Siapa? Apa yang engkau mahukan daripada aku,” suaraku tak dapat untuk menghasilkan tenaga bunyi yang kuat. Dia mendekatiku sedikit demi sedikit. Aku memejam mata dan rela dengan apa yang akan terjadi. Akhirnya, aku tidak sedarkan diri berhampiran pohon yang aku sandar.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh