Bab 44
Setelah berminit-minit menerokai lubang udara ini. Akhirnya, aku menjumpai juga suatu jalan untuk keluar daripada lubang udara ini. Terdapat suatu lubang yang tertutup membawaku ke sebuah suatu bilik. Aku tak pasti ini bilik apa, tetapi mesti ada sesuatu yang disembunyikan di sini. Aku terus membuka penutup lubang udara lalu terus menerjun ke bawah.

Keluar sahaja aku daripada lubang tersebut, aku terus menemukan Sandra yang bersandar di hujung bilik ini. Aku kemudiannya menuju ke arahnya dengan tergesa-gesa. Namun, apabila sahaja aku menghampirinya. Terdapat suatu akar-akar jalar yang berduri yang mengelilinginya. Akar-akar tersebut tidak menyentuh tubuhnya tetapi seperti memerangkapnya. Tak lama selepas itu, aku mendapati bahawa bulu romaku mula mencacak. 

Kedengaran seperti ada suara di belakangku dari arah lubang udara yang aku keluar tadi. “Kau takkan dapat keluarkan dia selagi kau tak kalahkan aku. Kalau kau nak dia selamat, kau kena jumpa aku.” Kemudiannya suara tersebut tidak lagi kedengaran. Aku sangkakan yang dia akan datang tetapi cuma berikan peringatan kepadaku. Aku tahu yang ini adalah suatu perangkap. Walaupapun yang terjadi aku kena yakin dengan diri sendiri dan mendoakan yang terbaik untuk berjaya.

Tidak lama selepas itu, Sandra pun sedar dan mula memanggilku. “Kelemahan makhluk ini ialah api. cari jalan untuk hasilkan api dahulu.” Aku mula terfikir sambil melihat barang yang ada di sekelilingku. Di sini ada beberapa dedaun, reranting dan dedahan kayu yang terbiar sekeliling. Untuk seketika, baru aku ingat cara nak buat api dengan mudah. Mujurlah ada alkohol yang aku letak dalam medical kit yang aku bawa dalam beg. 

Aku medapatkan satu dedahan yang sesuai aku genggam. Sepasang stoking dibuang dan disarungkan ke dalam dahan tersebut. Kemudiannya aku mengambil alkohol yang ada dalam begku lalu dituangkan pada stoking tersebut. Siap sahaja alkohol dituangkan, aku terus menyalakan api pada stoking tersebut. Oborpun mula terhasil dan membakarkan akar-akar yang ada di sekeliling Sandra.

Dalam masa yang singkat sahaja, akar-akar tersebut terbakar dan memerikan ruang kepada Sandra untuk keluar daripada tempat tersebut. “Kau lambat!!!” Dia marah aku pula.

“Kau ni memang tak bersyukur ka apa.”

“Taklah, aku bergurau saja.” Dia senyum kembali. “Terima kasih banyak-banyak sebab tolong aku.” Kemudiannya suasana menjadi sepi buat seketika. “Cepat! tidak ada masa lagi untuk bersandiwara lagi.” Aik, bukan dia ka yang menjadi-jadi tadi.

Kami terus keluar daripada ruang tersebut melalui pintu yang ada di situ. Sebaik sahaja pintu dibuka, aku mendapati keadaan di sini dipenuhi dengan semak-samun yang banyak tumbuh. Bukan itu sahaja, ini semua berada di tingkat paling bawah. Aku agak terkejut sebab sebelum ini, kawasan ini tiada langsung tumbuhan yang banyak sebegini.

“Jangan terkejut sangat ini memang sihir dia yang boleh bagi keadaan di sekeliling menjadi hutan. Pastikan kau berjaga-jaga agar tidak terkena dengan mana-mana tumbuhan ataupun haiwan di sini.” Aku memegang obor manakala Sandra membertahuku maklumat mengenai tempat ini. 

Akhirnya kami berjaya juga keluar daripada hutan tebal tersebut yang dipenuhi dengan tumbuhan yang beracun dan berbahaya. Sandra sempat mengambil obor yang aku pegang sebelum kami berdepan dengan Leshy. Sekarang di hadapan kami terdapat suatu makhluk yang besar dan badannya dipenuhi dengan semak-samun. Dia mula memberitahu kepada kami dengan nada yang bangga.

“Berani juga kau datang ke sini. Nampaknya kau datang berseorang sahaja.” Aku sangkakan dia nampak Sandra tetapi akupun tak nampak dia. “Kau akan mati di sini dan aku akan bersama dengan perempuan itu.” Dia berkata dengan perasaan yang ghairah.

“Jadi kau nak bersama dengan perempuan itu sajalah? Kau pasti yang kau takkan menyesal?” Dia menggeleng. “Sebab dia tengah berada di belakang kau sekarang. Sebaik sahaja Leshy memusingkan kepalanya, Sandra terus melemparkan obor tersebut ke dalam mulutnya.

“Apa yang kau buat padaku.” Leshy kemudiannya jatuh rebah dan mulutnya mulai keluar asap-asap yang membakar tubuhnya daripada dalam. Tidak lama selepas itu, badannya mulai terbakar dan menjadi abu. Keadaan di sekeliling tadi yang nampak seperti hutan, kelihatan kembali menjadi seperti sedia kala. Jadi ini ialah ilusi yang membuatkan kami nampak seperti itulah.

Kami terus menuju ke tingkat atas sekali. Sandra serik naik lif, jadi dia bersamaku menaiki tangga tersebut sehingga ke tingkat atas. Tibanya di atas, Sandra membuka pintu tersebut dan kami terus memasuki ruangan tersebut, aku tak menyangka betul yang ruang ini dipenuhi dengan pelbagai teknologi yang tak pernah aku tahu. Mungkin berasal daripada zaman medieval.

Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh