Bab 37
Mimi

Berdendam bukannya cara terbaik

Dalam menyelesaikan masalah


Aku baru sedar daripada kawalan Imi. Sekarang aku berada di atas lantai dan diikat dengan tali. Satu lagi, badanku terasa sengal-sengal saja. Aku tak boleh menggerakkan badanku. Aku memandang ke atas dan mendapati ada Luna dan seorang perempuan yang mungkin Luna kenali. Mungkinkah aku baru sahaja terjatuh daripada ketinggian tu. Aku tak sangka.

Sementara itu, aku terdengar pula suara seorang perempuan. Dia berpakaian seperti ahli sihir. Dia berkata kepada seorang lelaki. “Apa yang dah jadi pada kau. Macam mana kau boleh berdiri setelah apa yang orang-orang aku lakukan. Tak apa, aku akan suruh mereka lakukan perkara yang sama lagi terjadi.” 

Aku ternampak seorang lelaki yang berbadan sasa datang ke arah lelaki tersebut. Kejap rambut lelaki tersebut macam pernah kulihat sahaja. Jangan kata yang dia ialah Han. Apasal aku tak boleh nak cam pun dia. Mungkinkah dia sudah bangkitkan syndrome dia kembali. Aku kena bantu dia, jika tidak dia akan jadi macam dulu. 

Hampir sahaja lelaki singa tersebut mendekati Han. Han mengalihkan kepalanya dan memandang tepat pada mata lelaki tersebut. Pergerakan lelaki singa tersebut menjadi kaku. Dia berada dalam ketakutan dan mula melarikan diri. Aku tak sangka yang lelaki berbadan besar seperti dia boleh jadi macam itu.

“Kau? Apa yang kau buat. Habiskan dia tujuh dosa kematian.” Kemudian, datang pula lagi enam orang yang memakai topeng haiwan. “Bunuh dia juga. Jangan berikan ihsan lagi kepadanya.” 

Kemudian mereka yang bertopeng itu mengepung Han dengan serentak. Aku dapat melihat yang salah seorang yang memegang Han yang memakai topeng gorilla mula menjerit dengan kuat dan terus pengsan. Mereka yang berada di situ terkejut dengan apa yang telah terjadi. Han masih lagi tidak berkata apa-apa dan menuju ke arah perempuan ahli sihir tersebut. 

Mereka yang mengepung Han mulai ragu-ragu untuk mendekati Han kali ini. Kemudian ada seorang lelaki bertopeng ular yang berani melemparkan cemetinya ke arah Han. Han menerima serangan tersebut sepertinya dia tidak merasakan apa-apa. Namun dia tidak membalas serangan tersebut sebaliknya dia terus berjalan untuk berhadapan dengan ahli sihir tersebut. Lelaki ular tadi terus terjatuh ke atas lantai akibat dia menarik cemeti yang melekat sekali lagi pada tangannya.

“Mengapa kamu semua tak halang dia, ha? Apa yang dah jadi ni.” Han sekarang berada di hadapan ahli sihir tersebut. “Jangan dekat, aku kata.” Dia menunjukkan pisaunya yang dipegang kepada Han. Han merenungnya dengan matanya yang kelihatan mati. Sementara itu, perempuan tersebut berundur ke belakang sedikit demi sedikit. 

Kakinya berada dalam keadaan yang terketar-ketar. “Kau datang dekat lagi aku bunuh kau.” Namun, Han tidak bergerak dan melakukan apa-apapun. Apa yang dia buat adalah memandang perempuan tersebut sahaja. Kemudian perempuan tersebut menjadi tidak keruan. “Kau nak vaksin? Nah aku beri. Jangan apa-apa kan aku lagi.” Ahli sihir tersebut memberikan vaksin dalam suatu botol kepada Han. Han menggoncang botol tersebut dan mendapati yang itu adalah palsu. Dia terus melemparkan botol tersebut jauh-jauh.

Dalam masa yang sama juga, seorang lelaki datang melalui pintu masuk bilik ini. Kelihatannya tidak seperti kumpulan mereka ini. Aku dapat rasakan yang dia datang untuk membantu. “Dia datang ke arahku dan memotong tali yang terikat padaku.”

Sementara itu, Han membuat ahli sihir tersebut ketakutan yang teramat sehinggalah dia memandang lelaki yang melepaskan ikatan padaku. Ahli sihir tersebut mengumat-ngamitkan sesuatu pada mulutnya dan dia mula muntah-muntah dan tidak sedarkan diri. Han mengalihkan pandangannya ke arahku. Kemudian, aku dapat rasakan ada sesuatu di belakangku. Terasa seperti ahli sihir tersebut telah merasuki tubuh lelaki ini.

“Jangan kau berani dekat perempuan ini. Kau datang sahaja, akan aku bunuh dia.” Memang sangkaan aku benar. Dia telah merasuki tubuh lelaki ini. Tangan lelaki ini berada dalam keadaan meletakkan pisau pada leher ku daripada belakang. Han tidak jadi datang untuk menolong. Dia berada di kedudukannya tersebut. Mujurlah ikatan tadi sudah terurai. Aku menunggu masa yang sesuai untuk gunakan kekuatanku.

“Han biar sahaja aku mati. Selamatkan lagi dua orang yang berada di atastu.” aku memandang ke atas dan mendapati yang Luna dan seorang lagi sudah tiada. Ahli sihir yang berada di belakangku juga menjadi hairan. Han tidak menunjukkan sebarang reaksi. Aku mendapati yang ahli sihir ini hilang tumpuannya untuk membunuhku. Aku menggunakan masa ini untuk menyerang balas serangannya. Aku menjatuhkan pisau yang dipegangnya dan kemudian menumbuk tepat pada wajah lelaki tersebut. Mujurlah ianya berkesan walaupun tanpa bantuan Imi. Ahli sihir tersebut mengerang kesakitannya apabila tumbukanku mengena pada wajah lelaki tersebut. 

“Tak guna kau!” Apabila dia mencapai pisau yang terjatuh di lantai tersebut. Bunyi tembakan mula kedengaran dan ianya mengena pisau tersebut lalu membawanya bergerak lebih jauh daripada jaraknya sekarang berada. “Apakah?”

“Kau terlalu asyik sangat dengan Han sehinggakan kami kau terlepas pandang.” Suara tersebut seperti Luna. Dia mula muncul dari belakang sebatang tiang. “Rachel, tembak.” Kemudian, suatu tembakan lagi mula kedengaran, kali ini bukan daripada Luna tetapi daripada seorang perempuan yang bernama Rachel. Dia menembak ke arah ahli sihir tersebut daripada belakang. Tembakan tersebut tepat mengena bahagian belakang badan lelaki tersebut.

“Hahaha…Kau bunuh aku dalam badan ini. Aku masih boleh mendapatkan tubuh lain lagi.” Ahli sihir tersebut berkata. Dia mula mengumat-ngamitkan perkara yang sama lagi. Namun kali ini tidak ada apa-apa yang terjadi.

“Hahaha…Tak jadikah Sihir kau kali ini. Itulah kau yakin sangat.”

“Apa yang kau sudah buat.” Ahli sihir tersebut tidak percaya.

“Kau mungkin tidak tahu inilah peluru yang dapat menghentikan segala magis daripada ahli sihir. Peluru ini dibuat daripada tulang ahli sihir yang mati semasa witch trial.” Ahli sihir tersebut tidak percaya.

Tiba-tiba, Han menarik tubuh asli ahli sihir tersebut datang ke arahku. Dia meletakkannya di sisiku. Sementara itu, dia menuju ke arah ahli sihir tersebut yang berada dalam tubuh lelaki tersebut. Dia menyentuh kepala lelaki tersebut sehingga membuatkan ahli sihir tersebut pengsan.

Luna menghampiriku lalu berkata. “Apa yang dah jadi pada kawan kau tu.”

“Nampaknya syndrome dia sudah bangkit semula.”

“Bangkit?”

“Ya. Aku kena hentikan syndrome dia sebelum jadi masalah kepada orang sekeliling. Sementara itu, kau tengok-tengoklah perempuan ini kelihatannya dia sudah sedar.” Aku menunjukkan perempuan yang Han bawa kepadaku.

“Apa maksud kau dengan dia sudah bangun?” Luna hairan.

“Itulah makhluk yang paling aku tak nak berurusan kali kedua.” Aku menuju ke arah Han dengan kakiku terhinjut-hinjut. “HAN!” Aku terus menumbuknya tepat pada pipinya sehinggakan membuatnya terjatuh. Aku perlu sedarkan dia lagi dengan tumbukanku ini. Aku berada di atasnya dan menumbuk lagi dan lagi sehinggalah dia sedar. “Bangunlah bangang. Janganlah kau jadi macam dulu lagi.” Aku menangis.

Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh