Bab 12

Harapkan udang di balik batu

Udang tak ada

Hampa yang ada


“Oh, jadi macam tulah kisahnya. Maaflah father tu memang suka menunjuk-nunjuk.” Father ataupun paderi lelaki sekarang berada di dalam biliknya. Kini tinggal aku dan perempuan yang sebaya umurnya denganku.

“Saya Luna. Awak?” Aku menghulurkan tangan untuk berjabat

“Nama saya Ardnas. Awak boleh panggil saya sister saja.” Dia menjamu secawan kopi kepadaku.

“Terima kasih,” aku merasa sedikit air kopi tersebut. “Jadi memang di sini ramai orang telah belajar ilmu sihir ke?” Dia mengangguk.

“Sebenarnya majoriti penduduk kampung ni mempelajari ilmu sihir untuk keperluan harian mereka. Disebabkan bekalan terhad sihir digunakan untuk memastikan bekalan terus berpanjangan. Selain itu ianya juga untuk mempermudahkan urusan pekerjaan.” Dia melemparkan senyumannya yang sinis kepadaku.

“Boleh ke keluar daripada tempat ni?” Dia menggeleng. “Sebab apa?” Dia senyap buat sementara.

“Maaf, saya tak boleh bagi tahu selagi awak bukan daripada salah seorang penduduk kampung ini dan telah mempelajari sihir.” Nampaknya kena tunggu dululah jawapan tu. 

 “Adakah di sini masih ada lagi manusia?” Dia tidak menjawab. Aku perlu siasat kampung ni sebab ada perkara yang aneh. “Alang-alang saya memang tak boleh keluar daripada tempat ni. Boleh awak bagi tahu saya apa kondisi yang membolehkan saya menjadi salah seorang daripada penduduk kampung ni.”

“Oh, ada syarat dia. Pertama, awak perlu menjumpai semua penduduk kampung di sini. Kedua, awak perlu tinggal di gereja ini selama 2 malam. Ketiga, selepas malam ke-2 awak perlulah menandatangani surat taat setia kepada ketua kami di sini.” Lagi mencurigakan apabila mendengarkan syarat ketiga berbanding syarat kedua.

“Kalau macam tu saya akan memulakan malam pertama sekarang. Ini juga dikirakan.” Nampaknya inilah cara yang sesuai untuk siasat kampung ini.

“Kalau macam tu ikutlah saya, saya nak tunjukkan bilik awak. Sebelum itu minumlah dulu kopi tu, dah sejuk rasanya.” Aku agak curiga untuk meminum kopi ini. Aku dapat rasakan yang ada sesuatu dalam kopi ini yang tak baik. “Awak nak minum ke tak nak. Sekiranya awak tak minum saya jamin yang awak tak dapat jumpa penduduk kampung di sini.” Alamak! Dia perasan, aku terus meminum kopi tersebut. 

Kemudian aku mengikut sister tersebut ke kamar yang mereka sediakan untukku di tingkat atas gereja. Ini kali pertama aku masuk gereja dan sekarang aku tidur di dalamnya. Ini tak boleh jadi ni. Aku tiba di kamarku. Bilik ini hanya bercahayakan lampu minyak yang sister letakkan di atas kabinet sebelah katil sahaja. Ruang ini agak cuak bagiku.

Aku terus berbaring di atas katil tersebut. Entah kenapa aku rasa ekspedisi kalini lagi meletihkan berbanding ekspedisi yang lain. Dalam beberapa saat memikirkan hal tersebut, aku terus tertidur serta-merta. Ini mungkin kesan sampingan kopi yang diberikan kepadaku.


***

Sekarang aku berada di plaza kampung. Ramai orang tengah berkumpul untuk mendengar ucapan daripada ketua kampung. Aku berkumpul bersama 80 orang penduduk kampung di sini. Setelah cukup 80 orang berkumpul di plaza kampung. Ucapan daripada ketua kampung baru dimulai.

“Selamat pagi kepada semua penduduk sekalian, berdirinya saya di sini pada hari ini adalah untuk mengumumkan sesuatu yang istimewa kepada kalian semua. Sebagaimana yang kita tahu manusia yang tidak kuat tidak dapat untuk hidup dengan lama di dunia ini.

Sudahlah kita tidak boleh keluar daripada sini. Oleh yang demikian, bagi menjamin keselamatan dan kesihatan kita di sini. Saya telah menemui cara untuk menyelamatkan kita di sini. Hari ini saya bawakan tetamu istimewa daripada kampung sebelah, perkenalkan Dr. Deo. Dr. Deo ini telah melakukan kajiannya di sini dengan lengkap. Dalam kajiannya dia telah menemui cara untuk hidup di sini dengan aman.

Sebentar sahaja lagi saya akan memberikan peluang kepada Dr. Deo untuk berucap. Namun begitu, saya juga pasti yang bakal ada yang menentang idea ini. Idea ini adalah saya akan suruh tetamu kita lagi seorang iaitu cik Wiz untuk mengajar kita untuk menggunakan magis. Sekarang saya akan membenarkan Dr. Deo pula untuk berucap.”

“Helo dan selamat pagi semua,” Dr. Deo berupa seperti orang inggeris bermata biru dan berambut blond mula berucap. “Saya harap keberadaan saya di sini tak menyusahkan kalian semua. Baiklah, saya tak nak cakap banyak lagi. Setelah menyelesaikan kajian saya di sini. Saya telah mencipta suatu menara yang dapat menukarkan gelombang alam ini yang tidak stabil bagi manusia untuk stabil.

Hal ini dapat mengurangkan kadar kematian sekaligus dapat menambahkan kadar hayat kita di alam ini. Saya telah membina menara ini yang pertama di kampung yang pertama. Mujurlah semuanya berjalan dengan selesai dan mereka dapat hidup dengan aman tanpa ada sebarang gangguan.

Jadi untuk pengakhiran kata saya, saya inginkan persetujuan seluruh pihak untuk memasang menara anti-gelombang di sini. Selepas ini saya meminta semua orang untuk beratur di sudut sebelah kiri saya. Saya nak tengok persetujuan majoriti. Sekian sahaja ucapan saya, Terima kasih.” Semua orang memberikan tepukan yang gemuruh.

“Selamat pagi semua.” Cik Wiz yang memakai suatu jubah bersiap hoodie berupa seperti wanita 20-an bermata ungu dan berambut perang pula dengan spontannya terus berucap dengan nadanya yang agak seram-sejuk dan mengerikan. Disebabkan itu ramai orang yang tadi bersembang terus fokus kepada cik Wiz. “Saya ingin menanyakan kepada semua orang di sini. Siapa yang tak percaya magis sila angkat tangan anda.” Ramai yang angkat. “Tak apa, Janji dengan saya apabila saya tunjukkan magis. Semua orang yang angkat tangan tadi wajib belajar magis daripada saya. Bagi mereka yang tidak mempercayai magis saya akan tunjukkan sekarang demonstrasi.”

Cik Wiz terus mengumat-ngamit sesuatu dan mula mengangkat sebelah tangan kanannya. Apabila dia mula membuka matanya suatu obor api besar mula muncul dan terapung di atas tangan kanannya. Dia melihat seluruh penduduk kampung yang berada di plaza sambil tersenyum. Kemudian dalam sekelip mata sahaja obor api besar tersebut terpadam apabila dia memetik jari kanannya.

“Dengan ini saya telah menunjukkan magis, maka itu ikutlah saya. Akan saya ajarkan. Namun begitu, kuasa yang hebat belum pasti menandingi ego yang biasa. Oleh yang demikian, latihan magis akan bermula pada hari esok dan berikutnya.” Cik Wiz terus menamatkan ucapannya.

Aku terpesona melihat kehebatan cik Wiz yang anggun dan mempersona. Disebabkannya aku tertarik untuk mempelajari magis. Dengan itu, latihan dan pembelajaran magis pada tahun itu membawa kepada kejayaan yang hebat kepada puak manusia yang berada di alam tersebut.

Namun begitu, sehebat manapun suatu negeri pada suatu era. Sekiranya, tiada tentangan daripada pihak lain bukan dikata negeri yang hebat. Sehinggalah pada suatu hari, kampung kami ditakluki oleh orang cik Wiz yang dianggotai oleh beberapa orang pengguna ilmu hitam dan penyembah jin. Mereka melakukan sesuatu pada menara yang Dr. Deo bina saban hari.

Mulai sekarang, area menara tersebut menjadi luas dan bukan untuk manusia lagi tetapi untuk makhluk yang lain juga seperti spesis raksasa, spesis jembalang dan spesis hantu. Kami tiada lagi tempat untuk berpaut selain untuk menyertai kumpulan ilmu hitam.

Tugas kami adalah untuk menambahkan lagi bilangan manusia yang tersesat ke dalam dunia ini untuk mengambil alih dunia apabila bilangan manusia yang dikorbankan cukup 99 orang. Ianya mestilah 99 dan tidak boleh 100 ataupun lebih daripadanya. Sekiranya lebih perlu diulang semula daripada awal.

Mungkin ada cara bagi kami untuk keluar daripada alam ini. Caranya adalah dengan…

-Catatan Sandra

***


Aku digerak oleh sister untuk bangun tidur. Matahari sudah terbit dan sekarang adalah waktuku untuk menjalani harian seperti orang biasa yang tak biasa. Selepas makan sarapan aku dibawa keluar berjalan bersama-sama sister.

Kami melawat kampung ini dan malangnya agak sunyi pada ketika ini. Tiada orang langsung yang keluar rumah. Adakah ini perintah kawalan pergerakan ataupun sedemikian.

“Memang semua penduduk kampung tidak keluar ke pada masa begini.” Aku menyuarakan persoalan.

“Mereka memang tidak akan keluar pada waktu sebegini, awak tunggu pukul dua petang sebentar lagi. Sekarang baru pukul dua belas tengah hari. Ayuh kita keliling kampung ini terlebih dahulu. Jangan risau tentu ianya menarik.”

Kami tiba di padang yang luas kelihatannya, di sini sesuai untuk bermain bola sepak. Angin ditiup juga sangat melegakan. Dalam beberapa jarak, aku terkesan suatu menara yang berada tidak jauh daripada padang. Kukira ianya berada berdekatan dengan plaza sahaja.

“Sister ikut saya.” Aku menarik tangan sister dan membawanya ke kawasan menara. “Ini menara apa?” Dia mengajakku ke tempat duduk berdekatan di kawasan menara tersebut.

“Jadi awak nak tahu pasal menara inilah.” Aku mengangguk

“Saya mahukan kepastian, adakah menara ini seperti menara kawalan radio ataupun apa?” Sepertinya aku pernah terlihat menara ini tetapi aku tak dapat ingat di mana.

“Ini adalah menara peninggalan saintis yang hebat, Dr. Deo. Dahulunya menara ini berfungsi dengan baik sehinggalah…” Tiba-tiba, suatu dentuman bunyi yang kuat mula kedengaran dari arah plaza kampung.

“Ada apa yang tengah terjadi ni?” Sister kemudiannya melihat langit yang tetiba menjadi mendung.

Dengan nada yang serius dia berkata, “mereka sudah keluar daripada kediaman mereka.” Aku masih lagi tidak faham. “Sekarang pukul berapa?”

“1:45 p.m. Ada apa?”

Dia terus menarik tanganku dan terus memasuki ke dalam menara tersebut. Di dalam menara tersebut agak gelap. Kami berlari sepanjang anak tangga untuk mencapai tingkat paling atas. Dalam menara tersebut tiada langsung tingkap dan hanya satu tingkat yang berada pada ketinggian 100 meter.

Kami mencapai tingkat atas sekali. Buat pertama kalinya aku tak percaya yang di tingkat ini hanya mempunyai satu bilik yang terkunci. Cara untuk buka hanyalah menggunakan cap jari. Aku mencuba untuk melihat sama ada cap jari aku diterima ataupun tidak. Nampak tiada apa-apa yang terjadi.

“Nampaknya, awak bukanlah orang yang dapat membuka pintu ini.” 

“Tunggu, apa maksud awak yang saya bukan orang yang dapat buka pintu ini?”

“Oh, rahsia kampung ini hanya ada di sebalik pintu ini. Termasuk cara untuk membawa manusia pulang ke dunia mereka kembali.”

“Awak ini memang sebenarnya siapa.” Aku menghunuskan pistol padanya.

“Awak akan tahu nanti tetapi jangan risau saya kenal kawan-kawan awak.”

“Apa maksud awak. Bagaimana dengan mereka.”

“Untuk sekarang mereka belum mati lagi. Itu saya pasti.” Dia kemudiannya turun daripada tangga meninggalkanku.

Sewaktu keluar daripada menara, aku melihat awan menjadi mendung dan cahaya matahari tidak lagi kelihatan. Aku berlari ke plaza kampung untuk menemui penduduk kampung di sini. Baru sekarang aku dapat melihat orang keluar rumah. Apa yang aku lihat ialah orang kampung ini sangat takut dengan cahaya matahari di sini.

Aku menemui salah seorang daripada penduduk kampung yang menjual buah. “Hi, saya nak tanya sesuatu boleh tak pak cik?” Pak cik botak tersebut tidak menajawab apa-apa. Sepertinya dia mengendahkan aku di sini. Dia umpama tidak nampak orang di hadapannya. Aku nampak matanya putih dan mukanya lesu.

Bukan itu sahaja yang aku nampak, kebanyakan orang di sini mata putih dan hanya berinteraksi sesama mereka sahaja. Aku cuba beramah-mesra dengan mereka tetapi hampa yang aku dapat. Aku rasa yang aku tengah bercakap dengan tunggul. Apasal penduduk kampung ini lain macam. Apa kata aku pergi tanya sister. Sebut tentang dia, dia menghilang ke mana.

Aku pulang ke gereja untuk menemui sister. Malangnya, aku tidak dapat untuk mengesan di mana dia. Dia menghilang entah ke mana. Sudahlah, sekarang aku menginginkan tanya banyak soalan yang masih lagi berlegar dalam fikiranku.

Dalam fikiranku buntu, aku disapa oleh seseorang wanita berumur 30-an daripada belakang. Rupanya seperti pernah aku kenal bermata ungu dan berambut perang. Aku dapat rasakan yang aku pernah bermimpi pasal dia tetapi tentang apa. Aku cuba untuk mengingati kembali.

“JADI INILAH ANGKARA KAU!”

“Mimipi yang indah,” aku terus terpengsan apabila dia menyentuh kepalaku.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh