Bab 17
Imi


Dia membuka pagar dan mendekatiku. Saat dia hampir menyentuhku, aku mulai sedar. Terus aku menangkis tangannya dan terus menjauh daripadanya. Bagaimana aku boleh ada di sini. Mungkin sebab aku pengsan selepas berlawan dengan hantu tu kot.

Aku mula perasan yang ada seorang lelaki bertopeng yang berpakaian separuh bogel di hadapanku. “Siapa kau sebenarnya dan apa yang kau nak daripada aku. Dasar pervert.” Aku mulai perasan yang ada lambang singa pada belakang badannya. Aku mengangguk dan cuba untuk faham.

“Kan aku sudah beri tahu tadi.”

“Oh, jadi nama kau ialah apa?”

“Aku Sun, sin of lion dikenali juga sebagai pride dalam seven deadly sins.” Aku mengangguk dan cuba mengingat kembali buku yang aku pernah baca tentang fakta tujuh dosa kematian ni di internet. Tak salah aku dosa dia ialah kemarahan, pelahap, bangga, tamak, bernafsu, pemalas dan cemburu. Tapikan bukankah manusia perangainya macam tu ke.

“Jadi itulah nama kau Ais krim kan.” Dia menunjukkan reaksi marah. “Sekarang jawab aku. Aku ada di mana ni.”

“Berani kau kata kat aku dan siapa kau nak mengarah aku. Ada aku kisah kalau kau ada di mana.” Dia menyentuh bahuku.

Aku mulai rasa marah. “Aku dah katakan jangan sentuh aku.” Kali ini aku tak akan menahan lagi tumbukanku. Aku terus melakukan uppercup kepadanya dalam gerakan yang laju. Dengan pantasnya, dia terus knock out. Orang yang cabul seperti kau tidak boleh sentuh aku. Aku terus memijak-mijak badannya. Pintu sudah dibuka, nampaknya aku terus keluar daripada penjara ini. Tidak lupa juga bag aku yang tergantung di luar kurungan.

Semasa dalam perjalanan untuk keluar daripada penjara ini. Aku terserempak dengan ramai manusia bertopeng yang berpakaian separuh bogel. Siapakah mereka ini sebenarnya? Adakah mereka ini lanun. Ada salah seorang daripada mereka bertanyakan kepada aku.

“Nak pergi ke mana ni cik adik?”

Aku pun jawablah, “Nak keluar daripada sini. Ada masalah ka?” Dia mengangguk. Aku terus berjalan mengabaikan dia.

Dia menyentuh bahuku, “cik kena masuk dalam penjara kalau tak saya akan mengenakan kekerasan kepada cik.”

“Hah, kekerasan.” Aku terus menumbuk pada topengnya. “Jangan ganggu akulah budak.”

Nampaknya dalam perjalanan untuk keluar, aku dikepung oleh ramai orang daripada manusia yang memakai topeng singa. Ini mungkin orang bawahan. Aku terus menumbuk satu persatu orang yang menghalangku. Aku juga terdengar daripada mereka yang menjerit.

“Cepat tolong, banduan telah terlepas. Encik Sun pengsan.”

Akupun terus melarikan diri untuk keluar daripada sini. Semasa di luar baru aku dapat menghirup udara yang segar. Namun udara yang aku nafas tidak lagi segar apabila aku dikepung oleh kumpulan yang memakai topeng ular berwarna hitam mengepungku daripada pelbagai arah. Aku mungkin boleh menang jika melawan 5 hingga 8 orang tetapi dengan bilangan jumlah yang ramai sebegini aku belum tentu yakin boleh menang dengan mereka. Satu sahaja cara nak melepaskan diri dari sini.

“Apa ni, akukan wanita takkanlah tak boleh budiman sedikit.”

Kemudian seorang lelaki yang memakai topeng ular berwarna putih mula muncul dan menghadapku. “Hahaha… Kalau macam tu ikutlah aku. Tak, jadilah pelayan aku buat selama-lamanya.”

“Siapa kau sebenarnya?”

“Akulah Envy. Sin of snake. Salah seorang daripada jeneral untuk tujuh dosa kematian.”

“Menarik. Memang di sini orang ramai banyak sangat dosa ka?” Aku menepuk tangan. “Tetapi ada satu syarat kau perlu menang menentang aku terlebih dahulu dalam 1 melawan1 dalam pertarungan.”

Dia ketawa. “Hebat kau ni wanita. Siapa nama kau?”

“Kalahkan aku dulu.”

“Semua keliling lekas. Kalau macam tu ini ialah gelanggangnya.” Kelihatannya gelanggang di sini adalah gelanggang hidup ataupun dikenali sebagai gelanggang manusia. Luas gelanggang ini kira-kira 10 meter. Agak luas bagiku. “Aku akan memberi hukuman kepada badan kau lepas aku menang ni.”

Sudah lama aku menunggu saat ini melawan dengan orang lelaki yang kuat. Nampaknya usaha yang aku lakukan selama ini tidak sia-sia. Aku akan tunjukkan betapa kuatnya wanita berbanding lelaki.

“Kiraan sampai tiga baru mula. Ayuh kira bersama.” Semua orang mulai mengira. “Satu. Dua. Tiga. Ayuh mulakan.” Pertarunganpun baru dimulai.

Aku terus menuju ke arahnya untuk menyerang. Tatkala itu, dia mengeluarkan sesuatu daripada belakangnya. Dia mengeluarkan cemeti dan melemparkannya ke banyak arah. Aku menghentikan langkahku dan mengundur ke belakang buat sementara. 

Sepertinya yang aku nampak, cemeti tersebut dibuat daripada ekor ikan pari. Terkena sedikit boleh menyebabkan kesan luka yang mendalam pada kulit. Aku mula menganalisa bagaimana cemeti tersebut bergerak. 

Dia semakin lama semakin mendekat menyebabkan ruangku semakin sempit. Peraturan gelanggang hidup adalah tidak boleh menyentuh orang yang berada di sekeliling.

Aku tak ada senjata bagaimana nak melawan. Tunggu, aku baru teringat yang aku ada satu. Iaitu glove pemberian daripada nenek Han. Aku membawa keluar glove tersebut daripada beg. Kemudiannya, aku terus memakai glove tersebut.

Aku mulai rasa yang tenagaku mulai bertambah pada tanganku. Entah kenapa aku merasa sangat yakin untuk menyerang dia. Alang-alang dia mendekat akupun lakukan perkara yang sama. Apabila cemeti tersebut melayang ke arahku. 

Aku terus menepis cemeti tersebut sehinggalah aku dekat dengannya. Aku buat teknik yang aku suka iaitu uppercup pada dia. Dalam beberapa detik saja dia terus kalah kerana knock out. Aku menang.

Orang bawahan topeng ular putih terkedu dan mula mengelilingnya. Hal ini memberikan ruang kepadaku untuk keluar daripada kawasan mereka. Aku perlu cari tempat yang selamat untuk berehat. Setelah menggunakan tenaga yang agak banyak. Aku berasa sangat letih dan tidak bertenaga. Sudah jauh, sebanyak beberapa puluh meter daripada kawasan mereka aku melarikan diri.

Tiba-tiba, aku terhenti dan terjatuh. Lagi beberapa meter sahaja lagi ada suatu perkampungan. Aku sangat tak larat untuk bangun lagi dan mula untuk pengsan. Tatkala itu, aku mula terdengar suara seorang lelaki yang tidak aku kenali mula bercakap. Pendengaranku agak kabur waktu itu, sebab itulah aku tak dapat untuk mendengar apa yang dia cakap. Aku harap bukanlah daripada kumpulan bertopeng tersebut.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh