Bab 24
Luna


Sebaik sahaja mereka berdua meninggalkan rumahku, Tula datang ke rumah ku untuk menjemput. “Akak dah sedia, kita kena prepare rancangan kita untuk pertandingan ini.”

“Apa rancangan Tula kali ni?” Dia memikir sambil mengusap dagunya.

“Entahlah, Tula tak fikir apa-apa lagi. Cuma fikir tentang senjata yang baik saja.”

“Tula pasti yang pisau tu boleh menang ka?” Dia mengangguk berkali-kali.

Dia percaya yang pisautu boleh menang jadi aku kena bantu dia untuk menanglah. Aku harap yang seni bela diri yang aku belajar selama ini membantulah. Walaupun agak karat tak apalah. Kami keluar ke plaza kampung sementara menunggu pengumuman untuk pertandingan tradisi ini.

Setelah beberapa minit menunggu datang juga penyelaras yang menyelaras pertandingan ini. Semua mula menyorak apabila penyelaras mula memberikan ucapannya.

“Selamat pagi semua. Harap semua dah bersedia sebab kami berharap kepada kalian untuk berlawan dengan sepenuh jiwa dan raga. Kepada pemenang akan menerima suatu hadiah yang lumayan daripada ketua kampung kita. Beliau mengatakan untuk mengabulkan hajat penduduk di sini.” Kemudian semua orang bersorak. “Masa akan diberikan selama 3 jam. Sesiapa yang siap awal boleh datang awal. Jika begitu semua pergi ke meja masing-masing dan mulakan masakan anda.” HAH. Apa yang dia maksudkan dengan masakan anda tu.

 “Nah,” Tula memberikan kepadaku apron. Apasal budak ni tak kata siap-siap padaku mengenai pertandingan masakan. Kalau aku tahu tak payah aku nak ingat balik tentang seni bela diriku yang dulu. Nampaknya aku kena ubah plan akulah.

“Apa yang Tula nak masak.” Dia menggeleng.

“Kalau macam tu biar saja akak yang masak. Akak pasti yang masakan ini Tula tak pernah rasa lagi.” Dalam waktu aku mengambil resepi, ada yang sudah menghantar masakan mereka kepada juri. Jurinya adalah ketua kampung, chef kampung ini dan seorang penyelaras acara ini.

Aku terus menggunakan pisau yang Tula bawa untuk membuat ramuan rahsia turun-temurunku. Aku telah menjelajah ke pelbagai tempat. Bukan itu sahaja, aku juga telah mempelajari banyak masakan. Aku rasa resepi ini akan membuatkan juri terpegun. Jadi aku telah memutuskan untuk membuat mayonis terlebih dahulu. Tema aku adalah sos sahaja.

Untuk lauk aku serahkan kepada Tula untuk masak. Tula memasak ayam goreng. Namun setelah aku melihat apa yang dia telah buat aku terus mengubah resepinya kepada barbeku ayam. Kemudiannya aku tuangkan sos dan mayonis ke atas barbeku tersebut.

Hidangan dihidangkan kepada juri. Aku berharap yang resepi ini dapat menarik minat semua juri. Aku nak minta satu sahaja hajat ini sahaja untuk semua penduduk kampung di sini tahu. Juri mula merasai barbeku yang aku dan Tula hidangkan kepada mereka. 

Mereka makan dengan senyap sehingga habis. Itulah pasal, mereka tak cakap apa-apa langsung bila makan. Aku tak tahulah sedap ataupun tidak rasanya tetapi kami buat yang sehabis baik. Bukan itu sahaja, kami jugalah orang yang terakhir yang menghantar hidangan kepada juri.

Kami kembali semula ke tempat duduk kami dan apa yang aku perasan sekarang adalah Tula yang berada dalam keyakinan. Dia kelihatan sangat yakin yang kami akan menang. Akupun harap begitulah. 

Setelah menunggu beberapa minit. Pengulas pula datang dan menyampaikan khabar pemenang di atas pentas. Setelah beberapa sekian, kumpulan pemenang dalam pertandingan ini ialah kumpulan Tula. Tula menarik tanganku naik ke atas pentas untuk menerima hadiah kami.

“Apa yang kamu mahu?” Ketua kampung betanyakan kepadaku.

“Saya nak penduduk kampung di sini untuk keluar daripada dunia ini.” Ketua kampung mula curiga. 

“Apa yang kamu katakan ini.”

Aku pergi ke hadapan pentas, “kepada semua penduduk kampung, saya nak umumkan kepada kalian semua yang di sini bukannya kampung asli kalian. Kalian sekarang berada di dalam dunia khayalan ataupun dunia yang dibuat oleh seorang ahli sihir yang jahat kepada kampung kalian.” Aku berhenti untuk seketika.

“Tangkap perempuan itu dia telah mengkhianati kita.” Ketua kampung mula berbicara kembali. Kemudian beberapa orang penduduk kampung datang memegangku. Terdapat dua orang lelaki yang datang terus memegang kedua-dua belah tanganku.

“Ini bukannya dunia yang betul. Berpijaklah di bumi yang rata. SEDARLAH!!!” Kemudian suatu gegaran mula berlaku langit mula runtuh dan tanah mula berkerak dan bergegar tak henti-henti. Pada waktu itu, masyarakat berada dalam keadaan yang haru-biru dan porak-peranda. Tiba-tiba, suatu cahaya yang terang mula datang. Setiap orang mula menghilang satu per satu.

Ketua kampung datang kepadaku lalu menyoal. “Apa yang kau sudah buat kepada kami?”

“Terimalah hakikat dan realiti.” Itu sahaja ungkapan yang boleh aku ungkapkan. Akupun tak tahu apa yang sudah jadi ini.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh