Bab 16

Mimi


Siapa yang panggil hujan 

Saya, sebut katak

Mengapa katak panggil hujan

Sebab ular makan katak

Walaupun dia tahu 

Hujan tak membantu katak tidak dimakan



Apabila tersedar sahaja aku, sekarang aku berada di suatu kurungan yang bersangkarkan buluh. Aku melihat keliling keadaan di sekitar mungkin dapat petunjuk mengenai di mana aku. Nampaknya hanya aku seorang sahaja di tahanan ini. Sebelum itu, apa yang telah terjadi padaku sebelum ini? Bagaimana aku boleh sampai di sini? Apakah matlamat makhluk yang menyerang aku.

Soalan demi soalan mula berlegar dalam benak pemikiranku. Aku hanya bertenang dan cuba untuk mengingati balik tentang apa yang berlaku sewaktu berhadapan dengan hantu tersebut. Aku mulai nampak visi yang terjadi sewaktu berhadapan dengan hantu tersebut. Malang sekali aku hanya dapat nampak setakat aku pengsan sahaja.

Selepas itu, aku tak dapat tahu apa yang berlaku padaku. Adakah Imi mengambil alih badan ataupun sebaliknya. Mungkin Imi tengah tidur sekarang. Kami berdua mungkin berkongsi satu badan tetapi kami tak berkongsi memori masing-masing. Sebab itulah aku tak dapat tahu apa yang Imi buat apabila aku tidak sedar.

Setelah beberapa sekian masa berlalu, datangnya seorang manusia bertopeng berbentuk singa dan tidak memakai baju. Pada badan manusia tersebut terdapat corak-corak tatoo yang menunjukkan lambang singa. Bukan itu sahaja, terdapat tulisan yang mengatakan sin of lion, pride.

Aku tengah ada dalam cerita anime seven deadly sins ka apa sekarang ni. Tiba-tiba, dia datang mendekat kepadaku. Dia kemudiannya menjengukku lalu memulakan bicaranya. Aku agak geli-geleman apabila dia mendekat dengan pakaiannya yang separuh bogel. Terasa nak muntah pun ada juga. Namun begitu, aku tabahkan semangat untuk memukul dia apabila aku dapat keluar dari sini.

“Nampaknya kau telah sedar dan bagaimana dengan perkhidmatan kami. Mesti kau senangkan berada di sini. Penjara kami agak berklas. Kami menjaga kebajikan tahanan kami untuk kegunaan yang penting.” Nadanya mula berubah daripada biasa kepada cabul.

“...”Aku hanya mampu bersenyap tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

Kemudian dia terus menggempar pintu buluh ini. “Mengapa engkau senyap, kau tak kenal aku ke?” Aku menggeleng. “Akulah Sun, sin of lion ataupun pride.” Tak sah lagi dia ni kemaruk anime. Dia memang betul-betul banggalah.

Aku tertawa sedikit. “Apa yang kau tawakan. Hah?” Melihat badan yang tak fit dan kurus kering seperti ini sangat menghiburkan.

Aku memberhentikan ketawaku buat sementara. “Jadi kau memang betul kuatlah.” Aku provoke dia kemudian menyambung kembali ketawaku.

“Akhirnya bercakap juga kau. Apa nama kau?” Tiba-tiba, penglihatanku mulai kabur dan aku mula terjatuh. “Woi, jawablah apasal kau pengsan pula ni.”

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh