Bab 13

Han


Sejarah tidak akan berulang

Masa depan bakal menjulang

Hari ini bakal menjadi sejarah

Hari esok belum tentu menjulang


Apabila aku bangun aku berada di suatu bangsal dan bertilamkan jerami. Apa yang dah jadi dengan aku ni. Aku menggosok kepalaku dan mencubit diriku. Nampaknya aku tak mimpi.

Aku cuba untuk menolak pintu bangsal ini. Malangnya pintu tersebut tidak terbuka. Aku merasakan yang bangsal ini dikunci daripada luar. Apa yang patut aku buat dalam situasi sebegini. Aku mencuba mengetuk pintu bangsal yang diperbuat daripada kayu ini.

“TOLONG! ADA SESIAPA DI LUAR TAK?” Tiada respons, alang-alang itu aku melihat pada haiwan yang berada dalam bangsal ini. Aku mendapati ada seekor kuda berwarna putih dan bertanduk. Biar betul ni. Aku menggosok mata berkali-kali kerana tidak pasti. Aku sangkakan apa tadi, rupa-rupanya unicorn sahaja.

Aku rasa aku dah sakit ni. Aku nak sambung tidurlah rasanya. Tiba-tiba unicorn tadi melihatku dan mula memanggilku. “Wahai manusia, adakah engkau benar tidak tahu yang spesis kami wujud.” Alamak dia cakaplah pula. Apa aku nak buat ni.

“Kau ni memang betul unicorn ke?”

“Untuk sekarang ini saya ialah unicorn tetapi sebelum ini saya ialah manusia. Saya disumpah oleh seorang ahli sihir kerana tidak mengikut perintah mereka.”

“Jadi engkau ni manusia unicornlah. Kalau macam tu aku panggil kau Uni lah. Kau boleh panggil aku Han.”

“Urm…Boleh kata macam itulah. Tapi nama tu ok juga lah.”

“Sekarang kita di mana ni. Aku curiouslah.”

“Engkau tidak tahu?” Aku mengangguk. “Baiklah akan aku ceritakan, kita sekarang di Kampung Haiwan di Hutan Liku Tamat. Kampung ini terkenal dengan manusia yang disumpah menjadi haiwan.”

“Apa maksud kau?”

“Maksud aku majoriti manusia di sini mempunyai sumpahan mereka masing-masing. Kebanyakannya berkaitan dengan haiwan ada juga. Disebabkan itu kami dipanggil demihuman.”

“Jadi bila kau akan jadi manusia kembali?”

“Apabila bulan mengambang, sewaktu itulah aku akan menjadi manusia selagi bulan mengambang masih kelihatan lagi.”

“Aku nak tanya satu ni? Kalau kau ada di sini daripada tadi. Siapa sebenarnya yang membawaku masuk ke dalam bangsal ni.” Dia menggeleng.

“Aku tak perasan orang masuk tadi sebab tidur.” Aku melihat jamku yang sekarang baru menunjukkan jam pukul 8:30 a.m.

“Selalunya bangsal ini akan dibuka pada waktu bila?”

“Pagi tak salahku kira-kira antara 8 pagi sehingga 9 pagi. Kelihatan engkau seperti orang yang baru tersesat di sini saja.”

“Betul tekaan kau tapi tak tepat. Hanya aku sahaja yang tahu jalan untuk balik. Namun begitu, sekiranya aku balik rakan-rakanku tidak akan menjumpai jalan untuk pulang. Disebabkan itulah aku perlu mencari mereka sebelum hari Khamis ini.”

“Jangan kata kau ialah legenda yang disebutkan oleh ramai orang di sini.” Legenda apa yang dia maksudkan. “Legenda budak yang dapat keluar daripada Hutan Liku Tamat dalam masa satu malam.”

“Yalah kot.” Aku menggaru kepalaku sikit.

Tatkala itu, pintu bangsal mula dibuka dan loceng dibunyikan. Kelihatan kuda-kuda dan haiwan lain dalam bangsal ini keluar untuk menikmati cahaya matahari. Aku mengambil kesempatan untuk keluar dan menemui seseorang yang membunyikan loceng tersebut.

Semasa di luar bahuku disapa daripada belakang, “jadi bagaimana dengan tidur kamu.” Aku mengangguk. “Kalau macam itu baguslah, datang sini.”

Apabila aku memusing kepala untuk melihat siapa. Aku ternampak seekor beruang yang berpakaian seperti manusia. Aku mengikuti beruang yang memanggilku duduk di kerusi kayu di hadapan rumahnya. Siapa nak start ni aku ka dia.

“Jadi, kamu tidak disumpah lagi saya perasan.”

“Betul juga tu. Siapa pak cik ni?”

“Saya ialah ketua kampung di sini. Terima kasihlah, saya nak ucapkan sebab selamatkan anak saya daripada pemburu.”

“Jadi di sini siapa yang diburu kalau semua manusia kena sumpah jadi haiwan?”

“Penduduk kampung ini tak memburu demihuman. Kami hanya bercucuk tanam dan menangkap ikan saja. Pemburu berada di kampung lain iaitu Kampung Pemburu.”

“Sebab apa pak cik masukkan saya ke dalam bangsal?”

“Sebab kamu tak disumpahlah pak cik letakkan kamu di bangsal. Nanti kalau ahli sihir tahu tentang ini kamu pula yang kena sumpah nanti. Jadi sembunyikan kamu adalah pilihan yang baik.”

“Sumpahan ahli sihir ini ada cara untuk leraikan tak? Saya kasihan pula melihat mereka yang disumpah menjadi haiwan. Alang-alang saya di sini biarkan saja saya membantu.”

“Tidak, kamu tak boleh bantu. Kuasa ahli sihir sangat kuat tidak ada jaminannya kalau kamu boleh selamat apabila menempuhnya.”

“Tidak mengapa pak cik sebab saya sukakan cabaran. Lagipun saya tahu cara untuk mengelakkan diri daripada kena sihir.”

“Apa dia?”

“Doa.”

“Kalau kamu nak sangat pak cik akan ceritakan kepada kamu bagaimana cara untuk meleraikan sumpahan kami. Caranya kalau tak salah pak cik setelah mendengar tentang catatan Sandra…”

“Apa yang pak cik maksudkan dengan catatan Sandra?”

“Catatan tentang peristiwa yang berlaku 200 tahun yang lalu. Dalam catatannya ada menceritakan cara untuk membebaskan diri daripada sumpahan. Iaitu, dengan menggunakan genetik keturunan entiti terkutuk untuk mengubah data di setiap menara. Masalahnya kami tak tahu siapa yang mempunyai genetik yang terkutuk di sini.” Macam pernah aku dengar tentang entiti ini tetapi di mana?

“Boleh saya tahu siapa entiti yang terkutuk itu?”

“Kalau tak salah pak cik entiti ini mempunyai separuh darah vampire dan witch. Dia juga pernah menetap di Kampung Bunian sehingga dia remaja. Selain itu, dia ada kahwin dengan 4 orang manusia wanita yang mempunyai unik mereka masing-masing. Pak cik tak ingat nama dia.”

“Sebab apa dia dipanggil terkutuk?”

“Dia dipanggil terkutuk sebab ramai orang sumpah pada dia sebab makan tak bayar di kedai orang. Tapi itu sekadar urban legend saja. Tak payahlah kamu percaya.”

“Biar betul dengan datuk aku ini.” Aku menepuk dahiku. “Saya ada suatu khabar ni, sayalah cucu kepada entiti itu.”

“Kamu ni tak demamkan? Pak cik risau pula.”

“Taklah saya baik sahaja. Lagipun saya menceritakan yang benar.”

“Kalau begitu syukurlah, jumpa juga cara untuk meleraikan sumpahan kami. Pak cik ada rancangan, kita kena mengadakan mesyuarat kampung sekarang. Wahai anak-anak.”

Kemudian anak-anak pak cik beruang ini keluar daripada rumah papan tersebut. Kira-kira 8 ekor anak beruang yang keluar. Mereka beratur di hadapan bapa mereka sekarang. Sungguh disiplin macam askar sahaja.

“Ayah nak minta kamu khabarkan kepada seluruh JKK untuk bermesyuarat di rumah kita sekarang. Pastikan kamu semua bawa kelapan-lapan orang JKK kita.” Kemudian anak-anak beruang tersebut berlari ke arah kampung untuk memanggil JKK yang lain.

Masa yang aku ada tidak banyak, aku hanya ada masa yang singkat sahaja. Setiap malam untuk setiap menara di setiap kampung di sini. Disebabkan itulah aku kena buat rancangan yang akan membawa kepada kemungkinan seratus peratus kejayaan. Ini adalah misiku dan aku selalu buat suatu kerja dengan strategik dan gamble. Kalau, exam tak payah ceritalah macam mana. Setakat average tu lepaslah.

“Sebenarnya memang perlu ke panggil JKK ke sini.” Dia mengangguk. Untuk seketika aku mendapat suatu idea yang dapat merungkai masalah ini dengan cepat. “Apa kata kita buat macam ni…” Aku mula berbisik kepada pak cik tersebut.

“Kalau macam tu tak nampak suspek sangat kan.” Aku mengangguk. “Baiklah, sudah diputuskan pak cik akan ikut idea kamu.”


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh