Home Cerpen Cinta April and Lie
April and Lie
Syaz Awan
27/5/2021 17:49:17
181
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Aku tak menyangka yang perkara ini memang benar-benarterjadi. Hal ini berlaku dengan sangat tragis dan tetiba. Aku bersimpati ataskematiannya. Disebabkan dialah hidup aku berubah menjadi lebih baik dan teratur.

            Kisahnyabermula semenjak 3 bulan lepas, minggu kedua hari persekolahan. Aku ialahseorang pelajar tingkatan lima yang tidak suka bersosial sehinggakan tiadasesiapa yang ingin berkawan dengan aku. Senang kata aku adalah orang yangintrovet semenjak aku baharu sahaja berpindah ke sekolah ini tahun lepas. Akuhanya menganggap yang rakan adalah pengganggu kepada kejayaan aku sahaja.

            Namunbegitu, aku hanya percaya kepada satu sahaja iaitu buku. Bukan buku yang dibacaumum tetapi buku diari yang aku miliki ini. Dengan buku ini aku dapat melakukanapa-apa sahaja. Ada orang kata yang buku ada kuasa untuk mencipta dunia melaluiimaginasi kita. Disebabkan itulah aku mulai bersemangat untuk menghasilkankaryaku. Namun hakikatnya, banyak yang tidak menyukai aku melakukan perkarasebegini. Ada yang mengatakan yang karya sastera bukan untuk orang sains.Antaranya, keluarga aku dan rakan-rakan terdahulu. Walaupun aku memilih untukbelajar dalam aliran sains tulen di Sekolah Berasrama Penuh bukan bermakna akuharus membenci untuk menghasilkan karya sastera.

            Walaupunbegitu, aku tak tahu kenapa aku tak nak tukar sekolah yang ada aliran sastera.Mungkin sifat ingin tahuku yang mendalam untuk mendapatkan maklumat kot.Maklumlah pengalaman adalah sumber utama kepada penulis. Jikalah ada suatukeajaiban yang dapat membuat impian aku menajdi kenyataan. Sudah tentu aku akanmenghargainya.

            Semasaaku berada di perpustakaan sedang melakukan rutin harian sebagai pustakawansekolah. Hidupku mula berganjak daripada titik kosong kepada satu apabilaseorang perempuan yang sebaya dengan umurku datang menghadap ke kaunterperpustakaan. Dia mula menyuakan sesuatu persoalan kepadaku.

            “Apayang awak buat tu. Busy ke. Kalau tak, sembanglah dengan saya dulu.”Akumenghentikan kerjaku sementara dan melihat ke hadapan kaunter yang sekarangberdirinya perempuan tersebut. Kemudian aku menyambung kembali tugasku setelahmelihat wajah gadis tersebut.

            Sambilmelakukan tugasan aku menanyakan kepadanya, “apa yang awak nak. Kalau tak nakmembaca buku ataupun meminjam jangan ganggu saya. Awak boleh semabang dekatkantin.” Namun begitu, aku tak menyangka yang perkara ini akan berterusan lagi.Aku sangkakan dia akan berputus asa lalu keluar daripada sini.

            “Apayang awak buat.”Pertanyaan ini diajukan kepadaku namun tidak dijawab. Kemudiandia bertanya perkara yang sama lagi sampai sepuluh kali diulangnya. Sehinggalah riak wajah perempuan itu makinputus-asa dan satu ayat yang takku sangka mula keluar daripada mulutnya. Iaitu,“adakah awak keseorangan? Boleh saya jadi kawan awak.”

Pernyataan itumemang membuatkan aku menjadi kekok dan terkejut. Memang perkara ini terjadidengan spontan. Ini mungkin keajaiban lima tahun aku sebagai pelajar sekolahmenengah ataupun aku tengah bermimpi sekarang. Namun begitu, aku tak menjawabpernyataannya kerana curiga. Tapi entah kenapa rasa macam cliché. Tak aku takboleh samakan kenyataan dengan cerita novel.

“Hmm… Senyaptandanya setuju. Jadi awak setujulah nak jadi kawan saya.”

Mungkin aku hanyaperlu menolak tawarannya sahaja,“maaflah, tapi saya dah ada kawan saya ni.”Akumenunjukkan kepadanya buku diariku. Dia melihat diariku dengan tenungan tajam.Kemudian dia mula teresak-esak ketawa.

“OK kita kawan.”

“Tak…”Tak sempat akumenghabiskan kata-kataku. Dia sudah menghilang daripada pandanganku. Nampaknyadia sudah pergi dari sini. Dalam masa yang sama juga loceng rehat tamatsudahpun berdering.

Keesokannya pulasemasa waktu rehat di perpustakan, datang lagi perempuan tersebutmenggangguku.“Awak buat apa tu kawan.”Aku memandangnya dengan reaksi aneh.

“Erm… Awak silaporang kot.”Aku tak perasan pula sewaktu itu aku tengah menulis pada diariku.

“Taklah awaklahorangnya. Wah, awak memang tak menipu yang buku ni memang kawan awak. Terharusaya.”

“Saya tak ada katayang saya nak jadi kawan awakpun.”

“Aduh, nampaknyatiada pilihan lain lagi selain…” Kemudian, dia terus merebut buku tersebutdaripadaku dan berlari keluar daripada perpustakaan. Saat aku keluar untuk mengejarnya.Jejaknya sudah tiada lagi. Takkanlah terjadi sekali lagi. Aku rasa aku yangpatut putus-asa dan bukannya dia.

Apa boleh buatlagi, jadi inilah apa yang orang sebutkan hikmah. Taklah, aku kena cari budaktu juga kalau tak habis aku. Waktu rehat sudahpun tamat dan aku tak dapatmenjejak perempuan tersebut. Perempuan kalau dilihat daripada belakang semuaserupa sebab itulah agak sukar dalam mencarinya.

Sekarang waktukelas persediaan petang pula. Aku berada di perpustakaan lagi kerana kondisi didalam perpustakaan lebih nyaman jika nak dibandingkan dengan kelas. Dalam masayang sama semasa aku membuka buku untuk ulang kaji pelajaran, datang pulapengganggu yang menganggap dirinya sebagai kawan kepadaku.

“Apa yang awak nakkali ni?”Kali ni aku pula yang menanyakan soalan kepadanya dahulu. Dia mulakelihatan teresak-esak dan menatap wajahku dengan penuh kesedihan. “Ada apani?”Aku agak hairan.

“Sebenarnya sayanak pulangkan balik diari awak. Rasa memang tak patut kita ambil barangperibadi orang lain.”Dia menyerahkan buku tersebut kepadaku kembali.“Maafcerita awak memang menarik tetapi banyak yang tergantung dan tiada penutup.Adakah itu yang awak cari selama ini.”Aku mengangguk.“Tak apa kalau masalah itujangan risau, serahkan kepada saya, April untuk membantu awak mendapatkanpenutup yang betul. Awak boleh berharap dengan saya. Oleh itu, tolonglah terimapersahabatan ini.”

“Nak kenaperkenalkan diri ke kepada awak ni.”Dia senyum kepadaku.

“Tak payahlahlagipun penulis memang tak suka nama betulnya dipanggil.”Kalau begitu, apa yangdikatakannya aku tak jadi untuk perkenalkan diri kepadanya. Aku Cuma terfikirapa yang dia katakan mesti hanya jenaka ataupun main-main.

Namun itu bukanlahmain-main apabila dia datang kepadaku tetapi di dalam kelasku pula kali inisemasa waktu rehat. Kelihatan ramai pelajar yang melihat kami. Mungkin terkejutmelihat aku bercakap dengan perempuan yang popular di sekolah ini barangkali.Aku tak tahu kontroversi apa yang akan tercetus nanti tetapi apa yang aku kisahbukannya aku nakkan perkara ini terjadi.

“Kalau macam tu,mari kita tengok perkembangan jalan cerita yang awak tulis.”Biar betul dia ni,pakai terjah macam itu sahaja. Sudahlah diari aku, buat macam hak sendiri pula.Apa masalah dia ni, aku tak tahu.“Hmm… Nampaknya ada sedikit perkembangan untukcerita ini. Apa tajuk dia.

“Kebenaran. Itutajuk dia.”

“Tak menariklah.Apa kata ‘kebenaran wanita A’ begitu boleh tak.”

“Tak minatlahmacam cerita drama melayu nanti mesti cliché.”

Aku tak sangkadaripada diganggu olehnya aku juga diberikan kata-kata semangat olehnya.Walaupun begitu, aku dapat rasakan yang diriku agak sedikit dihargai.

Sejak hari itu,kami sering bersama dalam menyelesaikan penutup untuk cerita yang dia pilih.Aku tak menyangka yang titik kehidupan baharuku mula berganjak satu per satu.Namun begitu, ada yang mengatakan yang kami ini couple. Perkara tersebutsampai kepada guru disiplin tetapi pada hakikatnya kami hanyalah sekadarsahabat yang membantu sesama sendiri. Sebab itulah aku tak takut sangat selaginiat kita baik apa yang kita buatpun akan baik.

Tiga bulansudahpun berlalu dan sekarang 1 April mulai tiba, April datang kepadaku yangdia ada suatu penyakit yang kronik.“Sebenarnya saya ada penyakit kronik barahotak tahap 3. Mungkin saya akan mati tak lama lagi.” Entah kenapa mendengarkanapa yang dia katakan itu membuatkan aku agak sedikit takut dan sedih. Akumenghela nafas panjang dan berkata kepadanya.

“Awak lebih baikjangan soal pasal ajal. Selagi ajal awak tak sampai hiduplah dengan baik dansebarkanlah amal kebaikan yang awak tahu. Kita semua akan mati tetapi janganterlalu awal berharap untuk mati kerana amalan kita tidak banyak. Masih banyaklagi kita perlu kerjakan.”

“Ya, awak.”Diakemudiannya tersenyum kepadaku dan berkata.“April Fool. Awak dah terkena, Hariinikan April Fool. Hari untuk membohong kepada orang tetapi lebih baik awakjujur selepas itu sebab tak baik berbohong lama-lama.”Aku menghela nafas lega.

“Jadi itu adalahperbohongan belakalah. Mujurlah bukan sungguhan sebab saya agak takutkehilangan sahabat saya.”

“Nanti kita jumpalagilah di kawasan perumahan kita. Kalau ada apa-apa, silakanlah datangmelawat. Bye.”Dia meninggalkanku lalu terus keluar ke hadapan sekolah. Mingguini kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Sebab itulah kami kenamenunggu waris-waris masing-masing dan ada juga yang menaiki bas untuk puilangke rumah mereka. Aku merasakan yang pelajar yang pulang dengan menaiki bassangat bertanggungjawab dan berdikari.

Saat Apriltergesa-gesa untuk pulang dia tertinggal buku notanya dan dompetnya di atasmejaku. Apa boleh buat dia mungkin teruja boleh balik. Mungkin sempat lagikalau hantarkan ini kepadanya. Aku terus menuju ke hadapan pagar sekolah untukmenghantarkan barangannya. Ketika aku tiba di sana, kelibatnya sudah tiadamungkin dia sudah pulang ke rumahnya.

Agak menghairankanselalunya dia akan menjemputku untuk pulang sekali bersamannya kalau pulangbermalam ni. Namun bukan kali ini agak mencurigakan mungkin ada kecemasanataupun apa-apa.

Apabila pulang, akumemriksa buku notanya apa yang dia tulis. Namun apa yang aku lihat adalahperkara yang aku sangakakan tidak benar Hari ini menjadi benar. Dalam buku notatersebut tertulis;

‘Hari ini sayaingat nak berterus terang sahaja kepada dia yang saya ada penyakit yangberbahaya. Saya jumpa dia dan berterus-terang tetapi dia kelihatan sedih danmula berceramah kepada saya. Mugkin dia taknak saya pergi tetapi apa boleh buatdengan ajal. Lepas itu, untuk mengelakkan dia kecewa lagi saya terpaksa menipunyadengan berkata April Fool’

Habis sahajamembaca buku nota tersebut aku terus menuju ke rumah April untuk menyerahkanbarangannya. Pintu loceng rumah agam itu mula dipicit olehku. Sehinggalah intercommula kedengaran.

“Ya. Ada apa ni.”

“Saya kawan kepadaApril dan saya nak berikan kepadanya sesuatu.”

“Maaf dik. Apriltak ada dia ada di hospital sekarang. Katanya dalam ICU.”

“Hah! ICU. Apakahyang terjadi kepada dia.”

“Dia ada barahotak tahap 3. Doktor kata mungkin dia takkan lama lagi bertahan.”

“Boleh saya tahuhospital mana dia berada sekarang.”

“Hospital AmanMakmur. Ada apa eh.”

“Terima kasih.”

Tanpa membuangmasa aku menyuruh ayah untuk ke Hospital Aman Makmur. Aku mesti menziarahinyasebelum terlambat. Aku tak nak menyia-nyiakan peluang yang masih ada lagi. Selaginyawa dikandung badan takkanku lepaskan peluang berharga ini.

Aku menemui keduaorang tuanya April. Ibunya kata yang April mahu sampaikan sesuatu kepadaku.Saatku berada di samping April, aku dapat rasakan debaran yang sangat kuat.Perasaan ini tak pernah aku alami sebelum ini, rasanya inilah pertama kali akurasa gugup sebegini.

“Tak apa, janganrisaukan saya. Awak teruskan tulis sampai penutup.” Kemudiannya, aku dibawakeluar daripada wad tersebut kerana kondisi April yang tidak stabil. Aku taksangka yang perkara ini akan menjadi tragis seperti ini. Aku harap yangpembedahan ini akan berjalan dengan lancar.

Beberapa bulantelah berlalu, semenjak ketiadaan April di sekolah. Hari ini adalah hariterakhir kami sebagai pelajar tingkatan lima sekolah ini. Mujurlah rakan-rakanyang lain turut bersimpati atas pemergian April. Mungkin ini adalah yangterbaik. Segala yang berlaku mesti ada hikmahnya.

Semenjak daripadahari itu, aku akhirnya dapat juga menyiapkan satu ceritaku dengan lengkap.Rasanya aku patut berterima kasih kepada April kali ini juga. “April, sayaharap yang awak akan selamat sebab saya akan menunggu awak di sini.”

“Ha. Awak cakapapa tadi boleh saya dengar lagi.”

“Saya harap awakselamat dan terima kasih April.”Kejap apasal aku terdengar suara dia. Akumengangkat kepalaku dan melihat ke arah katil pesakit dan mendapati yang Aprilsudah sedar daripada komanya.

“Selamat pagi.”

“Selamat pagi.”Airmataku mula mengalir.

“Terima kasihsebab menjaga saya. August.”

 

TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaz Awan