Bab 20

Jikalau kulurut padiku ini

Jiakalau kulurut pecah batang

Jikalau kuturut hatiku ini

Jikalau kuturut salah datang.


Setelah beberapa jam tengah aku tidur, aku digerakkan oleh Jessica. Aku agak terkejut dan melihat sekeliling. Bukan itu sahaja, kedengaran bunyi di luar agak huru-hara. Aku menanyakan kepada Jessica apa yang telah berlaku di sana.

“Mereka sudah menyerang, cepat ikut aku. Jangan lupa ambil senjata kau.”

Aku hanya menurut perintah, Lagipun senjata ku hanyalah sepasang glove yang aku dapat daripada nenek Han. Untuk persediaan rapi aku meminjam lastiknya yang tergantung di dinding rumahnya manakala dia mengambil busur, beberapa anak panah dan sebilah parang bersamanya.

Kami keluar daripada pintu bawah tanah rumah tersebut yang membawa ke parit kampung tersebut. Dalam perjalanan kami ke parit, aku dapat melihat musuh daripada bawah. Tak menduga mereka menyerang kampung ini pada awal pagi dan untuk apa?

“Apasal mereka menyerang pula ni?” Dia menggeleng.

“Entahlah, takkanlah dia nak ambil tanah kampung ni juga.”

“Tak cukup besar lagi ke tempat mereka?”

“Rasanya besar dah tetapi tak tahulah apa yang mereka fikirkan.”

Kami sampai di bawah jambatan iaitu tempat yang boleh kami keluar. Sebelum keluar kami memastikan yang tiada sesiapa berada di atas, jika ada kami akan nahas. Setelah menjenguk dan memastikan keadaan berada dalam keadaan yang baik baru kami keluar.

Jessica melihat keluar terlebih dahulu kemudian baru diikutiku. Apabila keluar sahaja aku daripada parit tersebut aku mendapati sekarang aku dikerumuni sekali lagi dengan kumpulan manusia yang bertopeng dan berpakaian separuh bogel. 

Aku tak tahu itu uniform rasmi mereka atau apa tetapi aku rasa meluat lagi bila tengok spesis seperti mereka ini. Cuma kali ini perbezaannya adalah topeng mereka iaitu mereka memakai topeng berupa dubuk. Tengok sahaja manusia berwajah macam tu terus aku ketawa terbahak-bahak walaupun berada dalam kepungan mereka yang ramai. Entah kenapa aku jumpa rupa mereka seperti ini.

“Kau? Apasal kau ketawa. Mengapa kau tak takut?” Keluar pula seorang atau seekor daripada kalangan mereka yang memakai topeng berwarna hitam. Mungkin nak tunjukkan perbezaan antara anak buahnya yang memakai topeng berwarna coklat.

“Ya, baiklah-baiklah.” Aku berhenti ketawa untuk sementara. “Apa nama kau ketua dubuk.” Ketua mereka berbadan besar dan gemuk.

“Nama aku, Gluttony dan kau boleh panggil aku Tony. Aku adalah ketua untuk kawanan aku ini. Aku juga adalah salah seorang komander seven deadly sins.”

“Pulak dah. Dalam banyak-banyak haiwan apasal haiwan spesis macam ni kau pilih?”

“Bukan aku yang pilih tapi mereka yang beri. Ah, ini bukannya masa untuk berwawancara. Aku ada tugasan di sini dan ianya adalah menangkap kau.”

“Tunggu apa yang kau nak buat dengan Jessica?” Aku menunjukkan pada seorang perempuan yang dipegang oleh dua orang bawahan Gluttony.

“Kau maksudkan dia ke?” Aku mengangguk. “Cukuplah dengan drama kau tu Jess.” Apa yang dia maksudkan dengan Jess.

Jessica baru membuka mulutnya. “Nampaknya penyamaran aku tak bertahan lama. Tak guna kau Tony.”

“Apa maksud kau Jessica. Jangan kata kau ada kena mengena dengan kumpulan macam mereka ni.”

“Ops…Kejap. Ada aku kata yang aku tak ada kena mengena dengan mereka ni ke.” Aku menggeleng. “Jadi, sekarang engkau dah tahukan sekarang.”

“Tahu apa? Jangan kata kau orang bawahan ketua dubuk ni.” Aku menudingkan jariku ke arah Tony.

“Mana ada kau ni.” Dia marah. “Aku adalah salah seorang komanderbagi tujuh dosa kematian. Engkau tahukan tentang kisah seorang budak yang aku ada ceritakan kepada kau baru-baru ini.” Aku mengangguk. “Itu adalah abang aku dan dialah pencetus kepada tujuh dosa kematian di sini. Tetapi setelah abang aku meninggal dunia. Title tujuh dosa kematiannya diturunkan kepada aku. Satu lagi, kisah yang engkau dengar tu bukannya seratus peratus benar sebab dia dapat kuasa ini daripada seorang yang hebat.” 

“Siapa dia?”

“Aku tak nak sebut nama dia, bukannya masalah kau. Engkau mesti ikut aku. Tony, suruh orang kau tangkap dia sekarang.” Kemudian orang-orang Tony terus mendekatiku dan mula memegangku. Aku tak berdaya untuk melawan mereka seperti Imi melawan.

“Apa yang kau nak buat dengan aku ni? Apa yang telah aku buat pada engkau.” Nadaku makin lama makin sayu.

“Tiada, engkau tak ada apa-apa masalah dengan aku. Cuma kau ada buat masalah dengan orang-orang aku saja.”

“Orang kau yang ganggu aku dulu.”

“Tapi aku tak kisah sangat tentang orang-orang aku. Aku lagi kisah dengan arahan ketua aku. Dia suruh dapatkan kau jadi aku kena dapatkan kau untuk dia.” Aku cuba untuk bergelut sebaik mungkin sehinggalah sampai tenagaku yang terakhir. Namun aku hanya berserah dengan apa yang terjadi dan mengikut apa yang disuruh.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh