Home Novel Seram/Misteri SEDAR (Sesat Dari Radar)
Bab 36
Tiada yang akan kuat

Tanpa keperitan sebelumnya


Pemandangan hutan ini daripada atas sangatlah indah. Tapi aku tak pasti sama ada pak cik tahu jalan ke tempat mereka berada. Dia sepertinya yakin memandu helikopter ini. Lebih baik aku tanya dia sebelum dia pandu lebih jauh daripada tempat yang kami nak tuju.

“Pak cik tahu tak jalan nak pergi ke tempat ahli sihir Wiz.” Aku agak terkejut melihat reaksinya.

“Mengapa kamu tanya? Sudah tentulah pak cik tak tahu. Bukannya pak cik kawan dengan diapun.” Itulah pasal aku tak jumpa-jumpa lagi jalan ke tempat tersebut. 

Aku memeriksa PDA, mujurlah dalam PDA ini ada terkandung peta tempat ini. Aku menemui suatu tempat yang kawasannya berada berdekatan sebuah gunung. Bukan itu sahaja, sepertinya kawasan tersebut ditanda oleh orang sebelum ini yang menggunakan PDA ini.

“Pak cik cuba tengok peta ini. Pak cik boleh bacakan?” Aku menunjukkan PDA tersebut padanya. 

“Apasal tak tunjuk awal-awal. Kalau ada peta ini daripada awal tadi senanglah sikit. Tak payahlah nak bazirkan minyak helikopter ni daripada tadi.”

“Lagipun saya baru tahu saja yang PDA ini ada peta.”

“Lain kali dalami dulu suatu benda. Lepas tu periksa apa yang ada sehinggalah kamu memahami sesuatu. Macam itu jugalah kalau kamu nak buat pada wanita.” Sebab itulah aku rasa dia tak kahwin-kahwin lagi. Mungkin falsafah dia ni salah ataupun salah dia sendiri.

Dalam satu kilometer lagi jarak untuk ke tempat tersebut. Aku dapat menemui suatu bangunan yang nampak seakan-akan menara tesla. Adakah ini menara yang keempat? Lebih kurang setengah kilometer lagi untuk sampai. Tiba-tiba, helikopter mengalami masalah. 

“Pak cik apa dah jadi ini?” 

“Hehehe…Minyak habis. Jadi pak cik terpaksa membuat pendaratan cemas di tengah-tengah kawasan berpokok. Tidak ada tanah yang lapang sudah di sekitar.” Helikopter diturunkan perlahan-lahan. Sampai sahaja di tanah bilah helikopter tersebut mengena pokok di sekitarnya menyebabkan beberapa pokok terpotong dan bilah menjadi rosak. Helikopter mungkin akan meletup dalam beberapa ketika lagi. Kami terus terjun dan lari daripada tempat tersebut. Sudah jauh kami lari, suatu letupan yang besar baru berlaku. Mujurlah kami cepat beredar daripada situ.

Akhirnya sampai juga di pintu hadapan menara tersebut. Menara tesla yang keempat. Pengawal tak banyak berada di sini kerana banyak yang melihat letupan tersebut. Sekarang ada beberapa sahaja pengawal di luar. Kami berhati-hati dengan bergerak tanpa dilihat. Pada masa yang sama juga hujan mula turun dengan lebat di luar. 

Satu pintu masuk dikawal oleh 4 orang pengawal. Ini mesti pengkalan mereka. Sepertinya ini merupakan markas untuk ahli sihir dan manusia bertopeng haiwan. Aku dapat melihat yang mereka bergabung di sini. Buktinya ada dua orang pengawal bertopeng dan dua orang ahli sihir di depan pintu. 

Aku masih ada masa lagi satu jam lagi sebelum racun mereka sampai keseluruhan tubuh. Aku kena pantas. Pak cik yang berada di sebelahku berkata.

“Biar pak cik yang uruskan pengawal di luar sini. Kamu pergi uruskan yang di dalam. Jangan risau pasal pak cik sebab pak cik ada ini.” Dia menunjukkan stungun kepada ku.

“Dari awal pak cik ada benda tu?”

“Ada dalam helikopter tadi. Cepat dalam kiraan 3 kita serebu.”

“Tunggu pak cik…”

“3…2…1…” Dengan itu, dalam keadaan tak sempatku berdiri lagi dia terus menarik tanganku. Kami terus keluar daripada tempat penyembunyian kami lalu menuju ke arah pintu hadapan menara.

Dia menguruskan keempat-empat pengawal di luar, sementara aku masuk ke dalam menara tersebut dalam keadaan kecoh di luar. Aku berlari terus ke tangga yang ada. Sewaktu di tangga aku menjumpai seorang lelaki yang mengatakannya sebagai saudaraku dan dua orang perempuan bersamanya.

“Mereka semua berada di tingkat atas sekali. Lebih baik kau pergi cepat. Aku doakan yang terbaik kepada kau.” Dia berkata kepadaku. Aku tak mengatakan apa-apapun padanya dan terus berlari ke atas. Aku tak boleh membuang masa. Lagipun dia jenis yang banyak cakap.

Buka sahaja pintu di tingkat atas sekali, keadaan di tingkat atas ini sangat sunyi. Tiada sesiapa yang ada di sini. Masuk sahaja aku ke ruang tersebut. Pintu masuk terus tertutup membuatkan aku agak terkejut. Aku menuju lagi ke dalam dan terdapat suatu bulatan magis yang besar terukir di bawahku. 

Terdapat suatu bayang manusia pada bulatan ini menyebabkan aku hairan akan bayang-bayang ini. Aku menjenguk kepalaku ke atas. Sungguh tak sangka apa yang aku lihat dengan mata sendiri ini. Bayang-bayang ini ialah bayang teman-temanku yang tergantung pada suatu tali. Rachel, Luna dan Mimi berada tergantung di atasku. Aku memaling ke bawah semula kerana Rachel memakai kain. 

Aku memanggil mereka tetapi tiada seorangpun yang menyahut. Mereka berada dalam keadaan yang tidak sedar dan aku juga tak dapat untuk mencapai mereka. Oleh sebab itu, Aku mencari punca tali tersebut untuk melepaskan mereka. 

Namun apabila aku mendekati punca tali tersebut untuk menurunkan mereka, aku dapat rasakan yang ada seseorang di belakangku. Badanku menjadi berat untuk bergerak kerana ketakutan. Tak guna aku kena pernagkap yang mereka sedia. Siapakah yang berada di belakangku ini? 

Tiba-tiba, aku ditampar kuat pada bahagian kepala sehinggakan melayang jauh daripada punca tali tersebut. Akibat daripada tamparan tersebut membuatkan aku menjadi pening pada bahagian kepalaku. Mujurlah ini tak sesakit seperti Imi lakukan padaku. Aku mengangkat kepalaku untuk melihat pelakunya. 

Pelakunya ialah seorang lelaki yang berbadan sasa tetapi memakai topeng singa. Aku bangun perlahan-lahan. Kemudian, aku dapat rasakan yang ada seorang lagi di belakangku. Perasaan ini sangat tak tenang tetapi badanku masih lagi boleh bergerak. 

Apabila aku mengalih sahaja kepalaku ke belakang, aku terlihat suatu yang tidak sepatutnya aku lihat. Kelihatan seorang wanita memakai pakaian yang tidak memalukan sambil memakai topeng tikus. Mengapa tetiba aku merasa ghairah sahaja melihatnya. Tidak, ini bukan perasaan ghairah tetapi sepertinya aku terkena hipnosis.

 Badanku mula bergerak dengan sendirinya ke arah perempuan tersebut. Aku tak dapat untuk mengawal badanku. Sampai sahaja di depan wanita tersebut dia menyuruhku berada dalam keadaan berbaring. 

Kemudiannya, dia memijak badanku dengan kasut tumit tingginya. Inikah yang dinamakan sadistik. Aku dapat rasakan yang kulit pada belakang badanku mula merekah. Kemudiannya dia terus menendangku sehingga badanku berada dalam keadaan terbaring.

 Aku dapat berehat buat seketika tetapi tak lama apabila seorang lelaki gemuk dengan menggalas sesuatu yang berat di belakangnya mula terjatuh daripada suatu ketinggian. Kali ini memakai topeng kura-kura pula. Mujurlah aku sempat menahan hentakan tersebut pada perutku dengan tanganku.

 Aku dapat rasakan yang tanganku mula patah. Kemudiannya, seorang lelaki yang memakai topeng monyet pula mengangkatku lalu melayangkan aku ke dinding. Dinding tak pecah tapi aku rasakan yang tulang-belulangku mula pecah. 

Aku sangkakan sudah tamat. Namun, masih ada lagi yang nak kenakan aku. Kali ini seorang lelaki memakai topeng ular. Dia menggunakan cemeti lalu menghayunkan padaku yang ketika itu berada dalam keadaan melutut. Libasan daripada cemeti tersebut membuatkan rekahan pada tubuhku mula berdarah dengan banyak. Aku harap sangat yang inilah yang terakhir. 

Namun, itu tak seperti yang aku jangkakan apabila ada lagi dua orang yang menuju ke arahku. Nampaknya mereka nak buat combo padaku. Seorang yang memakai topeng dubuk memegangku daripada belakang manakala seorang lagi yang memakai topeng gorilla mula menumbukku seperti peninju. Mereka buat aku seperti beg tinju. Selepas itu, lelaki topeng gajah pula yang pegang dan lelaki bertopeng dubuk pula buat gerakan taekwondo padaku. 

Akhirnya habis juga kena seksa dengan mereka bertujuh ini kemudiannya aku ditarik oleh lelaki gorilla dan membawaku ke tengah bulatan magis. Kemudiannya aku terdengar suara seorang perempuan menghampiriku.

“Hahaha… sekarang baru kau merasai kekuatan tujuh dosa kematianku. Inilah ganjaran kau sebab datang. Kau ada pilihan untuk melarikan diri daripada sini tetapi kau pilih untuk datang sini juga. Padan muka pada kau.” Tak guna aku tak sangka suara orang terakhir yang aku dengar sebelum nak mati ialah Cik Speaker ni.

Aku hanya boleh ketawa sikit. “Hahaha… Aku sangkakan yang kau akan lakukan padaku tetapi kau guna orang bawahan kau juga. Memang tak berkaliber.” Dia kemudiannya meludah padaku.

“Ambil tu kau sampah. Dalam 10 minit lagi kawan-kawan kau akan mati. Matilah kau bersama-sama dengan mereka.” Dia menendangku dengan kuat pada sisi badanku berkali-kali.

“Cis, celaka betul kau!” Aku tak mampu berbuat apa-apa lagi. Badanku sepertinya lumpuh akibat daripada serangan mereka. 

“Hahaha…Apa yang kau boleh buat sekarang. Maaflah kau memang tak boleh buat apa-apa. Sebabnya aku akan lepaskan kawan-kawan kau, satu persatu daripada tali tergantung tersebut. Sekarang mungkin racun mungkin mengambil masa untuk ke kepala mereka.”

“Jangan sentuh mereka. Langkah mayat aku dulu.”

“Betulkah.” Dia baru saja langkah badanku. “Jatuhkan yang perempuan ganas tu dulu.”

“Jangan…” Mereka menjatuhkan Mimi dahulu. “Kau akan menyesal atas apa yang kau buat pada orang yang tak bersalah.”

“Apa yang kau boleh buat?” Saat Mimi jatuh ke atas lantai. Aku merasakan suatu perasaan yang aku tak nak hilang seseorang lagi. Aku mengingati balik apa yang dia telah lakukan pada aku. Saat aku susah dan saatnya senang dia selalu membantuku. Cukuplah dengan orang yang aku sangkakan mati sepuluh tahun dahulu dan aku tak nak lagi kawan baikku yang menjadi mangsa keadaan. 

Tiba-tiba, aku merasakan suatu perasaan yang sedih sangat mendalam dalam diriku. Entah kenapa badanku bergerak sendiri atas kemamhuannya sendiri. Bukannya itu sahaja, pendarahan yang mengalir mula berhenti dan tulang yang pecah tadi menjadi sembuh dalam masa yang singkat. Selepas daripada itu, pandanganku kabur dan aku tak dapat untuk menyedarkan diri lagi. Adakah ini Syndrome?

Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaz Awan