Bab 42
Han


Aku berada di mana ni? Kelihatannya aku berada berdekatan dengan sebatang muara sungai. Aku nampak seorang perempuan kecil yang sedang berada di sampingku. Kelihatnnya dia datang ke sini untuk membasuh pakaiannya. Usianya kelihatan seperti umur 6 tahun.

“Bangunlah encik.” Dia kelihatan menggerak-gerakkanku untuk bangun. Aku tak pasti ini apa tetapi badanku basah-kuyup disebabkan terjatuh ke dalam sungai tersebut. Aku terus memandang wajahnya yang kelihatan seperti Sandra.

“Kau ni Sandra kan.” Dia terkejut apabila mendengarkan kata-kataku.

“Siapa kau dan bagaimana kau boleh mengenali saya.” Adakah dia lupa ataupun ini hanya gurauannya. Aku memegang kepalaku kerana mencuba mengingati kembali tentang apa yang terjadi sebelum aku boleh berada di sini.

“Aduh, apasal kepalaku sakit sangat?” Sakit di kepala ini, masih lagi bermain-main di kepalaku.

“Ah, nak buat macam mana ni! Aku kena bawa dia ke rumahlah kalau macam ni.” Aku terdengar suaranya berkata sedemikian. “Kau boleh berdirikan?” Aku mengangguk. “Kalau macam tu ikut aku. Kau kena ganti pakaian yang basah tu, kalau tak nanti kau masuk angin pula.” Dia membawaku ke rumahnya yang berada di suatu kampung.

“Apa yang kau nak buat dengan aku?”

“Kau duduk dulu kat situ. Aku akan ambilkan kain untuk kau ganti pakaian yang basah tu.” Kemudian dia datang kembali dengan membawa sehelai kain pelikat dan baju putih yang berlipat. Dia memberikan pakaian ini kepadaku. Dapat sahaja pakaian tersebut, aku terus menanggalkan pakaian di situ juga. “Eh, janganlah tukar kat sini! Kau pergi tukar dalam bilik.” Dia menolakku ke dalam sebuah bilik.

Aku keluar daripada bilik tersebut setelah menukar pakaian. Aku pergi duduk balik di tempat tadi. Untuk seketika, aku cuba mengingati kembali apa yang dah jadi padaku. Tak sempat aku memikirkan apa-apa. Perempuan tadi datang lagi dengan menghidangkan segelas air suam. Dia mula menyoal kepadaku beberapa soalan.

“Kau ni dari mana? Aku tengok kau tak nampak macam orang sinipun. Kau baru pindah ke?”

“Entahlah. Aku tak berapa nak ingat aku dari mana. Ingat sahaja aku ada di tepi sungai.”

“Jangan kata kau hilang ingatan. Nama aku Sandra. Apa nama kau?”

“Farhan.”

“Kau masih ingat nama kau. Bagaimana dengan keluarga kau?” Aku mengangguk. “Jadi kau masih ingatlah. Bagaimana dengan orang yang paling dekat denga kau?”

“Ada, dia perempuan. Aku ingat seseorang yang mukanya sebiji macam kau. Namanya Sandra.”

“Itu saja.” Aku masih tak berapa nak ingat. “Kalau macam tu, nak aku tunjukkan kawasan sekitar kampung ini?”

“Boleh juga.”

“Jom!” Dia mengajakku keluar rumahnya. Kami berjalan-jalan mengelilingi kampung ini. Sandra memberitahu kepada semua orang yang ada di sini mengenai aku. Ada yang simpati kepadaku. Aku sangat gembira di hatiku. Aku tidak tahu apa yang terjadi kepadaku tetapi ada sesuatu yang membuatkan hatiku tak senang.

Tiba-tiba, loceng di kampung ini mula berdering sebanyak dua kali. Pada waktu tersebut, keadaan di kampung ini yang tadi meriah menjadi sunyi. Seperti tiada sesiapa di sini. Ada yang tadi baru buka kedai mereka terus tutup. Perempuan tadi terus menarikku dan masuk ke dalam rumahnya kembali.

“Ada apa yang berlaku?”

“Dia dah datang!”

“Siapa?”

“Sang Kelembai.” Dengar sahaja perkataan tersebut aku ingat balik bagaimana aku boleh ada di sini.

“Aku baru ingat tentang aku. Aku telah dibatukan oleh Sang Kelembai. Aku nak serangnya daripada dunia ini.” Perempuan tadi melihatku aneh.

“Apa yang kau cakap ni?”

“Aku dah ingat dah.”

“Kalau macam tu kau kena senyap.” Aku mengangguk. Kami duduk di ruang tamu rumah ini dengan tidak berbuat apa-apa. Dilarang melakukan sebarang bunyi dalam waktu ini. Kerana ianya akan menarik perhatian Sang Kelembai.

Setelah beberapa jam menunggu, loceng kampung ini berbunyi untuk kali kedua. Pada waktu ini, penduduk kampung ini dibenarkan kembali melakukan aktiviti harian di sini. Mujurlah semasa waktu senyap tadi aku telah merancang sesuatu. Aku rasa ini mungkin akan berkesan, cara untuk mengalahkannya adalah dengan mengalahkannya dengan diri sendiri. Orang tua-tua ada cakap kalau nak lawan api mestilah dengan api.

“Di sini ada cermin tak.” Aku menanyakan soalan ini kepada perempuan tersebut yang mukanya mirip seperti Sandra.

“Ada di rumah aku satu. Kau nak buat apa?”

“Adalah.” Dia menunjukkan cermin yang ada di rumahnya. Aku tak menyangka yang cerminnya ini lebih kurang 200 cm tingginya dan lebarnya 100 cm. “Biar betik kau ni.”

“Boleh tak kalau aku guna benda ini untuk malam ini.”

 Dia mengangguk. “Boleh, tapi kau nak buat apa dengan benda ni.”

“Kalau kau nak tahu sangat malam ni kau kena senyap dan tengok sahaja aku buat kerja.”

“Kerja apa?”

“Tunggu dan lihat.”

Pada sebelah malam pula, loceng mula berdering menyuruh semua orang berada di rumah masing-masing untuk tidur. Itu hanya berlaku di kampung ini sahaja. Waktu malam yang indah ini bertemankan dengan kesepian. Aku dan Sandra pergi ke sebatang sungai yang di mana Sang Kelembai duduk di sini.

Aku menggunakan obor yang dibawa oleh Sandra untuk melihat jalan ke sana. Apabila sampai sahaja aku dapat melihat Sang Kelembai yang berada di sebatang muara sungai. Aku menyuruh Sandra untuk berada di belakang pokok dan senyap. Kemudian, aku mengambil obor tersebut dan terus menuju ke arah Sang Kelembai. Dia tidak mengalihkan pandangannya ke arahku sekarang. Langkahku perlahan demi perlahan ke arah ke tepinya. Aku selalu ingat yang dia akan menyumpah haiwan ataupun manusia yang berbuat bising. Aku akan membuat sebaliknya.

Aku terus menyentuh tubuhnya dengan tanganku. Dia hanya mengalihkan kepalanya ke arahku. Mujurlah cermin yang aku bawa ini memantulkan kembali ke arah mukanya. Disebabkan badannya seperti bongkok dan dia tengah duduk sekarang. Aku terus mengambil tongkatnya dan memukul badannya. Dia merasakan seperti terganggu. Kemudiannya dia bangun dan terus menuju ke tengah sungai untuk melihat gerangan yang melakukan perkara ini kepadanya. Kemudiannya dia terlihat suatu suatu cahaya dan di situ terdapat lagi satu spesisnya yang sama. Kemudiannya dia terus menegur imej yang terbentuk pada cermin ini. Dalam sekelip mata sahaja, dia berubah menjadi batu. Aku memberitahu Sandra untuk keluar kerana keadaan sudah selesai. 

Tiba-tiba, Sang Kelembai tadi yang berada kaku sambil berdiri terjatuh ke dalam sungai. Aku tertanya-tanya apakah yang menyebabkannya terjatuh. Kalau nak kata aliran air, taklah deras mana. Kemudiannya, ada seseorang menunjukkan mukanya di sebalik cahaya obor ini.

“Apasal kau terkejut tengok aku. Oh, Sandrapun ada sekali!” Orang yang menjatuhkan makhluk tersebut ialah Imi.

“Apa yang kau buat di sini Imi?”

“Cari kaulah. Sandra yang suruh aku datang sini. Katanya kau perlukan bantuan tetapi sebenarnya kau tidak perlukan.”

“Farhan apa semua ini. Macam mana dia boleh kenal aku pula. Jangan kata yang dia sebutkan itu ialah apa yang kau sebutkan.” Aku mengangguk.

“Kau jangan salah anggap pula. Sandra yang aku sebut ini ialah kau. Kaulah Sandra yang aku sebut-sebutkan.” Aku dah agak dengan rupanya mustahil dia bukan Sandra. Siapa rambut putih saja kat dunia ini. Orang macam tu paling payah nak cari. Maksud aku bukan orang tualah. Uban rambut warna silver dan ianya bukan putih.

“Macam mana nak keluar daripada sini.” Imi mengambil semula gelang tangannya yang berada di tanganku.

“Aku ambil balik barang aku.” Sejak bila boleh ada padaku pula ni.

Dalam masa yang tertentu, kami berdua mula menghilang dan kabur. Aku sempat mengucapkan ucapan selamat tinggalku pada Sandra. “Selamat tinggal.”

“Bila kita akan bertemu lagi.”

“Apabila umur kau sama dengan aku.” Aku terus melambai ke arahnya. Kemudiannya kami terus menghilang daripada dunia tersebut.

Previous: Bab 41
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh