Bab 43
Janji mestilah ditepati 

Bukannya untuk dimungkiri


Batu-batuan yang menyelaputiku mulai merekah, sedikit demi sedikit. Sandra yang berada di sampingku melihatku yang mulai keluar daripada rekahan ini. Aku terus mencapai tangannya dan terus ditarik olehnya keluar daripada rekahan ini. 

“Kau berjaya juga keluar daripada dunia itu. Tahniah!”

“Simpan dulu kata-kata tu. Sekarang aku nak selesaikan masalahku dengan makhluk tu.” Pada masa yang sama juga aku terdengar bunyi letupan dan tembakan ke sana dan ke sini. “Berapa lama aku dah jadi batu ni.”

“Lebih kurang tiga jam.” Mesti makhluk tu mengalami masalah pendengaran yang terlalu banyak. Berjaya sahaja keluar daripada batu, aku terus bergerak untuk mencari makhluk tersebut. “Kau nak pergi mana tu?”

“Kami ada perjanjian yang kami kena uruskan.”

“Aceh, buat stylelah tu. Ni pegang bahu aku.” Aku memegang bahunya Sandra. “OK, lepas tu cakap dalam hati.”

“Hello dengar tak ni?” Apasal aku rasa yang macam dragonball z pula ni. Dia ni tuan kai ka apa? Apa-apalah.

“Jangan gelabah ini telepati yang aku pelajari daripada seseorang. Tak payahlah tahu siapa dia. Cepat Han cakap.”

“Kalian, aku dah keluar. Pastikan kau tarik makhluk tu datang kepadaku. Jangan risau apa-apa. Aku akan uruskannya lagi.”

“Kau pastikah dengan ini.” Kedengaran seperti suara Luna.

“Dengar saja cakap tuan aku.” Rachel pula memberitahu Luna.

“Aku bukannya tak nak ikut. Aku tak suka diarah saja.”

“Yelah tu.” Kemudian mereka bergaduh menggunakan telepati.

“Hello, hello dengar tak.” Aku menyampuk. “Rachel dengar cakap Luna. Tak apa dia nak buat cara macam manapun janji makhluk tu datang kepadaku juga.” Aku menyuruh Sandra untuk menghentikan telepati ini.

“Sudah.” Aku tunjuk sign OK kepadanya.

“Berapa banyak syndrome kau ada?”

“Yang tu six sense aku.” Aku ingatkan syndrome tak ada deria yang keenam. Tak apalah aku kena tunggu di sini sajalah. Dalam beberapa minit kemudian, aku nampak satu bom yang dilemparkan di hadapanku. Dalam sekelip mata sahaja aku terus menarik tangan Sandra dan beredar daripada situ.

“Tak guna kau, Luna.” Aku menjerit sambil terjatuh di atas tanah kerana kesan daripada letupan itu.

Dalam beberapa saat sahaja selepas itu, makhluk tersebut datang dan mulai turun daripada langit. Dia memandang keadaan sekeliling kerana bunyi tersebut. Aku mulai bangun daripada jatuhan tersebut lalu menghadapinya. Kelihatannya dia terkejut apabila mendapati yang aku berjaya keluar daripada sumpahannya.

“Wah, kau akhirnya berjaya juga keluar daripada sumpahan aku. Macam mana hebat tak.” Aku mengangguk. Kemudiannya aku menulis ayat dalam suatu kertas lalu menunjukkan kepadanya. Dia melihat pada kertas tersebut. 


‘Bagaimana dengan perjanjian yang telah kita buat sebelum ini.’


Kemudiannya dia ketawa. “Hahaha… baiklah aku menyerah kalah. Aku akan ikut kau. Jaga aku baik-baik.” Aku menulis pula pada kertas tersebut.


‘Bagaimana dengan sumpahan yang kau buat pada manusia di sini?’


“Baiklah-baiklah, aku akan leraikan juga sumpahan itu daripada mereka semua. Sekejap lagi mereka akan keluar daripada batu-batu itu kecuali tanggang saja.” Kemudiannya dia ketawa sendiri. Entah kenapa aku teringat doktor stone dengan Sang Kelembai ini. Mungkin ada kena mengena kot. Siapa yang tahu? “Apasal kau tak cakap ni?” Aku tulis pada kertas tersebut.


‘Kau jangan sumpah aku kali ni pula.’


“Aku janji tak sumpah kau dan orang lain.”

“Kau boleh tak menjelma dalam bentuk yang lebih kecil sikit daripada ni. Tinggi sangat, susah nak masuk rumah nanti.”

“Baiklah.” Dia kemudiannya berubah menjadi seorang lelaki tua bongkok dengan bertongkat.

“Apa kata kau jadi tampak lebih muda sikit.” Dia kemudiannya berubah lagi. “Hm, macam ni barulah OK. Macam penyanyi pula aku nampak kau. Apa orang panggil yang menyanyi lagu tu. Erm…siapa-siapa lah. Bukannya orang yang baca boleh nampak kau pun.”

“Bolehlah ni?” Aku mengangguk.

“Sebelum tu, nak panggil kau dengan nama apa. Aku tahu Sang Kelembai itu orang panggil kau. Kau mesti tak ada namakan. Apa kata dengan Bai.”

“Bagus juga nama tu, Bai.”

“Gitiu…”

“Apa yang kita kena buat sekarang.” Sandra berkata kepadaku.

“Panggil semua berkumpul di rumah kau terlebih dahulu.”

Kami kemudiannya berkumpul di rumah Sandra. Aku melihat suatu bilik di rumah ini. Masih ada lagi suatu cermin besar yang aku gunakan untuk melawan makhluk ni. Sungguh nostalgia masa itu. Waktu tu, dia masih lagi comel tapi sekarang dia cantik. Masalah betul aku dengan perempuan natural beauty. Kemudiannya, apabila semua orang telah berkumpul di dalam rumah ini. Kami memulakan perbincangan kami. Mimi juga sudah bangun daripada rehatnya.

“Kau OK, Mimi.” Dia tunjuk sign OK. “Marilah kita mulakan musyawarah kita pada hari ini. Tajuk kita ialah…”

“Kejap. Kejap. Sebelum itu, siapa watak baru ni.” Mimi bertanya sebelum aku sempat habiskan ayatku.

“Maafkan saya. Dulu orang panggil saya Sang Kelembai. Sekarang panggil Bai saja.”

“Bai hensemlah dia.” Luna berkata kepada Mimi. Mimi juga berkata benda yang sama.

“Sudahlah tu nanti korang sembang dengan dia. Tapi pastikan korang tak buat dia marah saja.” Mereka berhenti menunjukkan keterujaannnya. “Aku capai satu idea untuk keluar daripada dunia ini dengan mengambil alih kelima-lima menara tesla di dunia ini ataupun kita kata hutan ini. Hutan ini mempunyai suatu medan yang membuatkan seseorang yang masuk ke dalamnya tidak mendapat jalan keluar. Ini bukannya berpunca dengan benda ghaib tetapi teknologi di sini yang terlalu maju sehinggakan membuat kita merasakan yang ini ialah ghaib. Sebab itulah tiada sesiapa yang berjaya untuk keluar daripada dunia ini kecuali datuk aku dan aku sahaja. Mungkin ada orang lain juga yang sama darah dengan ku. Datukku yang membina menara tesla di sini sebab nak mengelakkan makhluk aneh seperti Sang Kelembai dan ahli sihir di sini daripada keluar ke dunia yang nyata. Berbeza dengan datuk, aku mendapat suatu syndrome sewaktu sesat di hutan ini bersama dengan Eddy dan Kashima. Syndrome tu memberikan aku menjadi genius, digeruni dan penyembuhan tanpa kusedari. Aku boleh kata syndrome aku ialah auto pilote. Sebab itu, aku nak tanya Eddy dan Kashima yang ada di sini sebagai wakil di hutan ini. Betulkah aku patut membuka pagar ini ataupun sebaliknya.” Mereka menggeleng.

“Memanglah kami nak keluar tetapi bukannya kami bersetuju untuk membuka pagar ini secara besar-besaran. Aku takut yang orang di luar sana akan mengeksploitasi hasil bumi di sini dan melakukan pencemaran alam di hutan ini. Sebab itulah aku tak menyokong pandangan kau.”

“Berbeza dengan kau, kami nak balik ke rumah kami balik. Aku tahulah itu keputusan kau tetapi ingatlah kepada semua orang sama.” Mimi kelihatannya seperti marah.

“Baiklah kalau macam tu aku akan bagi kunci kepada orang yang rapat dengan aku saja di dunia ini untuk benarkan sesiapa yang hendak keluar dari sini. Dengan ini aku lantik kau berdua, Eddy dan Kashima bolehlah keluar bila mahu untuk jadi tukang jual ke dunia luar.”

“Bagaimana dengan wang. Kami tak ada wang di sini.”

“Pasal tu kau boleh berserah saja padaku.” Luna mula memberitahu. “Aku akan uruskan masalah wang jika berkenaan dengan hutan ini.”

“Terima kasih.” Eddy berkata.

“Jadi sudah selesai dengan urusan ni. Kita kena bincang dengan ketua kampung di sini pulalah.” Aku semangat. Kami kemudiannya pergi ke rumah ketua kampung. Harap-harap jadilah.

“Apa kamu kata? Mana boleh dunia ini dengan dunia manusia bertemu. Ianya akan membawa kepada kekacauan.”

“Sebab itulah saya dah buat penyelesaian. Kalau nak keluar mesti menjual barang. Bukannya apa-apa pun, ini sebagai syarat sahaja. Lagipun di sini ada juga kumpulan manusia. Kasihanlah kepada mereka duduk di sini, tidak tahu apa yang terjadi di dunia asal mereka.” Pada asalnya dia membangkang apa yang aku kata tetapi disebabkan aku sudah selesaikan isu Sang Kelembai di sini. Diapun bersetuju dengan apa yang aku katakan. “Kan saya ada kata saya tolong bersyarat. Atau nak saya suruh Sang Kelembai buat lagi masalah di kampung ni?” Dia menggeleng kepalanya.

“Baiklah-baiklah. Saya setuju. Tapi dengan itu, boleh tak benarkan saya masuk ke dalam menara di sini.” Dia kemudiannya memberikan kunci menara ini kepadaku. Akhirnya dapat juga kunci ke menara ini. 

Kami membuka kunci menara di kampung ini. Buka juga menara di sini. Dari sudut mata kasar, aku seorang sahaja di sini tetapi dari sudut mata halus. Sandra ada di sampingku manakala ada beberapa orang lagi berada di sekeliling luar menara ini. Sebab aku tak rasa yang keadaan akan menjadi lebih senang. Aku dapat bau pengahawa dingin daripada dalam menara ini. Ianya sungguh cerah berbanding dengan menara yang lain.

Menara ini jauh lebih mewah dan moden berbanding menara sebelum ini. Aku naik ke tingkat atas sekali. Ada pilihan jugalah nak naik sama ada menggunakan lif ataupun menggunakan tangga. Sandra memilih menggunakan lif manakala aku menggunakan tangga. Macam biasalah hanya ada satu tingkat sahaja dalam setiap menara tesla kecuali di menara yang bergabung dengan penjara tu.

Akhirnya setelah beratus anak tangga aku langkahi berjaya juga sampai di tingkat atas sekali. Sandra yang sampai awal di tingkat atas menungguku dengan sabar dan teruja.

“Aku menang nampaknya.” Aku yang baru sampai berehat seketika kerana letih.

“Tunggulah sebentar.” Dia menarik tanganku ke pintu yang ada di depan kami. 

“Kau tahukan apa yang akan terjadi kalau protagonist buat cerita jadi lambatkan.” Dengar saja ayat tu membuatkan aku terus bangun lalu membuka pintu ini tetapi tidak boleh. Aku tertanya-tanya kenapa. “Ehem!” Sandra menunjukkan kepadaku perkataan yang ada di tepi pintu ini. Perkataannya tertulis begini.


‘Hanya boleh dibuka oleh sumpahan syndrome dan kelebihan six sense’


Adakah ini menunjukkan yang Sandra boleh buka pintu ini. “Sandra kau buka pintu ni.”

“Apasal aku pula ni.” Dia memulas tombol ini. Malangnya, tiada apa yang berlaku. Sudahku agak yang dia ini ialah ancaman yang ada di dalam menara ini. Nampaknya bukan mudah untukku masuk ke dalam bilik ini tanpa Sandra.

“Sudahku agak yang kau bukannya yang asli. Sebab yang Sandra takkan memaksa seseorang. Dan satu lagi mujurlah sekuriti pintu ini aku buat masa umurku tujuh tahun.” Dia bertambah terkejut.

“Macam mana kau tahu?”

“Orang bodoh saja yang anggap cerita ini akan tamat di sini. Sebab itulah aku bukan orang bodoh tu. Engkau mesti makhluk perubah bentukkan. Tunjukkan rupa sebenar kau.”

Kemudiannya dia berubah bentuknya kepada suatu makhluk yang berupa seorang lelaki yang tinggi. Badannya diselaputi dengan kayu-kayu dan daun-daun. Tak salah aku ini ialah makhluk mitos daripada negara Russia. Jauhnya dia datang sampai ke sini. Dia ialah leshy (makhluk yang suka menyesatkan orang di dalam hutan dan juga suka menculik perempuan). Aku tak sangka aku jumpa makhluk ini di Malaysia.

“Sekarang kau baru sedar kau tengah berdepan dengan siapa…” Aku cabut lari dahulu sementara dia tengah riak bercakap. 

Sekarang aku kena cari Sandra dulu. Dia mesti ada berdekatan dan di dalam menara ini tetapi di mana? Dengan ada satu sahaja ruang dalam menara ini. Mustahil sekali, dia boleh ada di sini. Kecualilah di suatu tempat yang agak aku hairan boleh ada di sini. Aku nampak yang makhluk tersebut tidak mengejarku. Mungkin dia menggunakan lif untuk turun ke bawah. Aku naik balik dan lihat, memang betullah dia tak ada di sini. Aku menggunakan walkie-talkie yang Luna berikan kepadaku. 

“Hello, kau ada tak kat luar.”

“Ya, ada apa?” Luna menjawab.

“Aku sekarang berdepan dengan leshy. Sandra kena culik dengannya. Kau boleh masuk tak.”

“Apa kau kata, leshy. Bukankah makhluk tu ada di Russia ke?” Mimi mengambil walkie-talkie daripada Luna.

“Bagi aku.” Luna mengambil walkie-talkie daripada tangan Mimi. “Tak, tetiba sahaja pintu tertutup dan tak ada cara lain lagi untuk masuk. Menara ini Lagipun kebal dengan sebarang letupan. Aku tak rasa bom mampu menghancurkan pintu menara ini yang telah tertutup. Aku yakin kau boleh buat. Dalam masa yang sama juga kami akan cari cara untuk buka pintu ini OK. Tapi jangan terlalu berharap dengan kamilah.”

“Baiklah, aku akan dapatkan Sandra terlebih dahulu.” Aku menekan butang pada lif tersebut. Apabila lif terbuka, aku terus memasukinya kerana kosong. Dalam beberapa saat sahaja setelah ianya bergerak menurun ke bawah. Tiba-tiba, lif ini turun dengan keadaan yang mendadak. Aku takut mati tapi nak buat macam mana dalam keadaan sebegini. Aku kena bergerak cepat dengan membuka atap lif ini untuk mengelakkan diri daripada jatuhan yang berbahaya ini.

Apabila aku berjaya juga membuka atap lif ini aku terus mencapai dinding di sini yang mempunyai tempat untuk memanjat seperti tangga. Mujurlah ada lubang udara di sini. Aku terus memasuki ke dalam lubang udara tersebut. Cepat-cepat aku masuk dan terus merangkak melalui lubang ini. Aku nak lihat lubang ini membawaku ke mana. Mungkin ada petunjuk yang boleh aku gunakan.

Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh