Home Novel Seram/Misteri SEDAR (Sesat Dari Radar)
Bab 2

Api amarah jangan disangkakan

Terkena sedikit habis semuanya

Beramah biarlah apabila diperlukan

Mendapat keizinan adalah keperluannya


Boleh juga aku keluar daripada dunia tu. Aku mendapati ada sepucuk surat berada pada tanganku. Isinya sama seperti dalam dunia tersebut. Sihir apakah ini. Mimi berada di sebelah katil yang aku duduki meletakkan mukanya pada selimut. Adakah dia sedih? Bunyi dengkuran kedengaran, nampaknya dia tidur. Tak apalah.

Aku menggeraknya dan bertanyakan bahawa sudah berapa lama aku telah pengsan? Dia mengangkat ibu jarinya memberi isyarat bagus. Akupun memberi balik isyarat bagus kepadanya.

“Bagus apa namanya. Kau buat bagi aku K.O. Lepas tu kau buat sign macam tu.” Dia kelihatan tak bersalah.

“2 jam saja. Apasal tak lama.” Dia bercakap dengan nada yang resah.

2 jam saja nampaknya. Apa yang dia maksudkan dengan saja tu. Dia mungkin bukan manusia, dia adalah raksasa barangkali. Maklumlah selalunya bila kena macam ini aku akan koma selama berhari-hari ini nampaknya tahap imunisasi aku sudah meningkatlah. Itulah apa yang kita boleh harapkan dengan salah seorang peninju dunia yang digeruni.

Kemudian, Luna masuk ke dalam bilik sakit dan bercakap kepadaku untuk bersiap-siap kerana ekspedisi tersebut akan bermula esok. Kami akan bertolak pada malam esok. Aku mengajak Mimi balik disebabkan waktu persekolahan hari ini sudah habis.

“Jom balik kita kena beli barang untuk bawa esok.”

“Kau baliklah dulu. Aku ada benda nak buat dengan Luna. Jangan bagi tahu mak aku tau. Kalau dia tahu mesti dia tak bagi. Tolonglah.” Dia buat muka comel.

“Baiklah aku tak cakap apa. Pastikan kau tak buat apa-apa benda yang pelik. Kalau mak kau tanya pandai-pandailah aku jawab.” Aku mengambil langkahku untuk pulang dahulu dengan menaiki basikal manakala Mimi dan Luna menaiki kereta Toyota Camry berwarna hitam kepunyaan keluarga Luna.

Aku memasuki ke dalam sebuah kedai peralatan berkhemah. Lampu suluh kalis air, botol air, sleeping bag dan kasut trecking aku beli. Sewaktu hendak membayar di kaunter, aku menemui Razak iaitu rakan kelasku. Dia agak pendiam tetapi entah kenapa dia ada kat sini.

“Kau perlu tahu tempat tu bahaya dan jangan lupa sediakan payung sebelum hujan agar kau tak sesat di sana nanti. Pilihan yang tepat akan bawakan kau ke tempat yang betul untuk kalahkan dia.” Apasal dia emo sangat ni.

“Wei ada apa ni. Apasal kau emosi sangat ni. Ni satu lagi terima kasih sebab bagi payung dekat aku. By the way, semoga seronok pergi lawatan kelas.” Dia mengangguk kepala sambil mengeluh.

“Kunci ada pada kau dan sama-sama.” Selepas dia menepuk bahuku, dia terus berjalan keluar daripada kedai dengan payung di tangan. Aku hairan dengan budak yang misteri tu. Bukannya apa, dia macam dah tahu sangat yang malam ni nak hujan.

Malam ni aku pack barang full set dalam beg sandang yang akan aku bawa. Aku make sure aku tak tinggal satu barangpun. Meskipun, aku tak tahu ke mana Luna nak bawa kami pergi adventure dia di mana. Aku tak tahu kenapa tetapi aku teringat akan kata-kata budak misteri tu. Aku rasa mesti ada sesuatu yang tak kena dengan tempat tu.

“Mak, boleh tak kalau Paan nak ikut kawan Paan pergi camping. Minggu depan Paan balik kot.”

“Hmmm… Abang nak pergi camping ke mana.” Aku mengangkat bahu manalah aku tahu nak ke mana.

“Tapi mak, Mimi yang ajak Paan. Bolehlah mak.” Mak menunjukkan reaksi muka yang agak merisaukan apabila terdengar nama Mimi disebut.

“Kalau macam tu abang kena pergi kalau tak sejarah akan berulang.” Biar betul itulah apa yang aku harapkan apabila orang lain mendengar nama Mimi.

Aku rasa sejarah sambutan ulang tahun Mimi yang ke-12 tahun tu memang membawa malang petaka kepada jiran tetangga. Akhirnya aku dapat ikut tetapi tak tahulah kalau Mimi.

Sementara itu, di rumah sebelah.” Ayah, Mimi nak pergi camping dengan kawan Mimi boleh tak.” Kepala ayah Mimi menggeleng beberapa kali.

“Ish…Mana boleh anak ayah pergi tempat bahaya macam tu. Kawan Mimi tu siapa.”

“Kawan Mimi yang ikut itu Arluna dengan Farhan.” Muka ayah Mimi juga menunjukkan reaksi yang resah.

“Biar betul Mimi. Farhan budak kurus lampai sebelah rumah tu.” Mimi mengangguk sambil tersenyum. “OK, kalau macam tu ayah benarkan dan jangan buat benda tak baik dekat Farhan tu nanti.”

Dengan ini kami berdua selesai melepasi ujian yang pertama. Sekarang ujian kedua pula ialah menyimpan tenaga untuk malam esok.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaz Awan