Bab 8

 

Mimi

 

“Wehh,bangunlah Mimi.” Aku mula sedar apabila dikejutkan oleh Luna berkali-kali. Dalamkeadaan mamun aku belum pasti apa yang berlaku sekarang. “Han hilang wei. Kitakena gerak sekarang.” Dia menyambung. Dalam keadaan mamun tadi terus membuatkanaku tersedar.

“Apakau kata, Han hilang. Tetapi bila.” Aku menanyakan kepada Luna kembali dalamkeadaan gelisah.

“Ya,cepat kemas barang kau. Kita kena gerak cepat.” Aku menurut perintah. Aku hanyamembawa beg sandang ringan untuk memudahkan perjalanan.

Akumenatap pada jam digitalku yang menunjukkan sekarang pukul 12:30 pagi. Saatkumelihat keadaan dalam khemah aku mula merasai curiga dengan sekeliling. Beg Hanmasih lagi ada. Adakah benar Han lari daripada kami ataupun dia tersesatsewaktu mencari sesuatu. Aku perlu selesaikan masalah itu dalam perjalanmencarinya.

Sewaktuberada di luar khemah barulah aku tahu, macam mana Han boleh hilang. Kabussangat tebal di sekeliling tempat. Aku tidak dapat untuk melihat jalan malahpokok lagilah.

“Lunamana kau.”

“Akukat sini,” suaranya agak jauh daripada khemah. Firasatku mula merasakan yangada sesuatu yang tak kena mula berlaku. Aku tak boleh membuat keputusan secaramembuta tuli begitu sahaja. Lebih baik aku siasat perkara ini dengan lebihlanjut.

Akubergerak ke arah suara Luna lalu mencapai tangannya. Tangannya agak sejuk. Rasaseperti memegang ais. Aku tak pasti yang ini memang benar Luna ataupun tidak. Untuksekarang aku ikut sahaja di mana dia hendak bawa aku. Kami berjalan sepanjangkawasan berkabus. Sehinggalah masuk ke dalam kawasan perkampungan yang agakusang.

“Kitasudah sampai.” Sebaik sahaja tiba di lokasi yang dituju, akhirnya aku dapatmelihat wajah sebenar orang yang bersamaku. Mukanya kelihatan pucat, matanyaputih dan rambutnya yang kusut-masai. Aku dah agak yang dia bukannya manusia.

“Apayang kau nak daripada aku?” Dia memandangku sambil membuat raut sinis.

“Engkautelah menceroboh kawasan terlarang dan kau adalah manusia.” Adakah dia nakmembangkitkan kemarahan aku ataupun mahu menakutkan aku.

“Jadiapa salahnya. Bukannya selalu manusia datang ke sini. Sekurang-kurangnyasambutlah dengan tangan yang terbuka. Aku kan VIP.” Dia mula mengilai.

“EngkauVIP. Sedarlah manusia macam kau ni layak dilayan macam haiwan saja. Lagipunbukannya kau boleh keluar dari sini pun.” Dia sambung mengilai.

“Sebelumitu, di mana Luna dan Han. Apa yang dah jadi dengan mereka.”

“Merekaberada di tempat lain yang kami mengasingkan kalian semua supaya kalian menjadisesat.”

“Oh,begitu! Jadi sekarang apa rancangan engkau. Alang-alang aku sudah sesat ni.” Diamula berfikir.

“Engkautak seramkah tengok aku.” Aku menggeleng. “Jadi aku akan bunuh kau di sini.”

“Buatlahkalau berani,” kalau betul dia nak bunuh aku. Aku memang kena bersedia. Iniadalah pertama kali makhluk selain manusia nak bunuh aku. Rasanya sarung tanganyang nenek Han bagi ni boleh membantu kot.

“Nampaknyaitu yang kau minta. Aku tak akan segan-silu.” Makhluk tersebut terus menyergahaku. Dalam sekelip mata aku terhumban ke arah suatu pokok. Aku tak boleh nakfokus tanpa kaca mataku. Nampaknya, plan B.

“Imitukar turn” Apasal tak jadi.

“Apayang kau mengarut pula ni. Di sini tak ada sesiapa akan dengar kau.” Betul jugaapa yang dia kata. Aku tak sampai tahap marah aku lagi. Macam mana nak sampaitahap tu. Agak susah kalau tak ada Han. Selalunya dia yang boleh aku buat emosimarah dengan senang.

Sekalilagi, aku dihumban jauh daripada pintu gerbang masuk kampung ini dan sekarangaku berada di semak-samun. Aku perlu tenang, ini bukannya kali pertama akudalam pertarungan macam ni. Kalaulah Imi ada aku tak jadi macam ini. Alang-alangdia tengah cari aku, aku rasa ini mungkin masanya untuk buat serangan hendap.

Akuterus menerkamnya daripada belakang. Nampaknya aku boleh menyentuhnya mungkinsebab sarung tangan ini. Dia kelihatan meronta-ronta untuk menjatuhkan akudaripadanya. Lagi menyakitkan apabila dia menghempapkan aku ke arah sebatangpokok. Aku tak rasa yang aku boleh bertahan lagi. Sedikit sahaja lagi, akuperlu bangkitkan dia.

Aku terjatuh dibawah pokok yang dia hempapkan aku. Aku nampak yang dia hendak menamatkan aku.

“Engkauada permintaan terakhir sebelum aku hantar engkau ke alam lain.”

“Apayang jadi pada kawan-kawan aku.”

“Hahaha…Mungkinsudah mati sekarang. Siapa tahu apa yang kawan aku nak buat.”

“Apakau cakap ma…ma…ti…” Aku lelah dan tak ingat apa yang berlaku selepas itu. “Cukuplahaku akan habiskan kau.” Tiba-tiba, badan ku seperti tergerak sendiri nampaknyadia dah bangkit.

“Eh, apa yang dah jadi dengan kau. Apasal pulabanyak aura kegelapan mengeliling kau. Aku tak faham. Jangan dekati aku. Jangan…”
Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh