Home Novel Seram/Misteri SEDAR (Sesat Dari Radar)
Bab 6

Saatku leka melihat unggun api, aku mula sedar yang kabus sudah menebal di persekitaran. Datang dari mana kabus ini akupun belum pasti. Rasanya sebelum ini tiada kabus. Mengapa aku tak boleh ingat apa-apa. Sudah hampir beberapa minit aku berjaga merenung unggun api mengimbas memori, mataku mula kabur dan berair. Aku mula mengantuk dan mahu tidur. Aku melihat jam tangan digitalku yang baru menunjukkan jam 0000.

Apabila aku mengalih ke arah khemah untuk memanggil budak dua orang itu untuk tukar giliran berjaga. Kelihatan mereka sudah tiada dalam khemah. Sebaik sahaja dari itu, suara perempuan meminta pertolongan mula kedengaran dari arah selatan khemah. Aku mula teringat pesan nenek yang kalau terdengar suara perempuan tak dikenali dalam hutan buat-buat tak dengar.

Tiba-tiba, kedengaran pula suara lelaki dari arah yang sama. Kalau yang ini macam mana pula nenek. Lebih baik aku tunggu lagi 3minit.Kalau mereka tak datang juga terpaksalah aku cari mereka.3 minit telah berlalu setelah bunyi tersebut mula berhenti kedengaran. Kabus makin menebal 

“Aduh, mereka ni kot lah nak bagi tahu awal-awal nak pergi mana-manapun. Tahulah adik-beradikpun tapi janganlah buat macam ni kat kawan sendiri.” Aku mengeluh seorang diri. Tanpa berfikir panjang, aku mula mencapai lampu suluh lalu menyuluh sekeliling kawasan mencari mereka. Aku berlari menuju ke suara tersebut sambil mengikat kuat tali yang ada di lampu suluh itu pada tangan kiriku agar tidak mudah tercicir.

Sampai satu tempat anak mataku mula memandang ke sesuatu tempat yang menarik perhatian aku. Aku dapat melihat barangan yang ditinggalkan dan khemah yang masih elok. Aku menyiasat tempat tersebut untuk seketika. Aku dapat rasakan yang sesiapapun yang datang ke sini sesat dan mungkin menjadi makanan haiwan buas.

Aku dapat rasakan yang tiada langsung tapak kaki haiwan buas berdekatan kecuali tapak kaki manusia yang tak berkasut. Mungkin diculik orang cannibal. Tiba-tiba, angin deras mula datang dan membuatkan barang-barang di sekeliling khemah tersebut mula bertebaran. Mujurlah angin tersebut membawa sekali kabus pergi.

Barang-barang tersebut hampir tercampak mengenai aku. Aku menangkap satu buku tebal yang hampir mengenaku. Aku terus beredar dari tempat tersebut dan meneruskan perjalananku pada awal pagi ini. Aku bernasib baik kerana membawa beg galas kecil bersama. Disebabkan aku kehausan aku minum air kopi yang berada dalam botol thermos ini. Rasa kopi ini menghairankan aku apabila mendapati rasa minuman yang aku minum bukan seperti kopi. Rasanya seperti arang. Cis, tak guna budak-budak tu!

Dalam perjalanan mencari mereka, kabus mula muncul kembali mengaburkan penglihatanku. Aku bergerak dengan berhati-hati dan selamat. Kabus mula menebal menyebabkan aku tidak dapat untuk melihat apa-apa. Aku perlu berfikir suatu idea yang bernas. Aku mula teringat yang nenek ada memberikan aku buku yang perlu dicatat.

Aku mengambil buku tersebut yang berada dalam beg galas. Malangnya, aku tidak dapat untuk menulis apa-apa isi yang terkandung dalam buku tersebut kerana tidak nampak. Tanpaku sedari, aku dapat mendengar arus sungai yang mungkin berdekatan.

Walaupun tak dapat untuk melihat, aku tetap berjalan sehinggalah aku terjatuh terpijak suatu batu. Lampu suluh yang berada di tangan kiriku termasuk ke dalam air dan rosak apabila terhempap ke atas batu.

Aku tidak dapat untuk melihat apa-apa kecuali hanya mendengar bunyi air sungai yang mengalir deras. Mujurlah aku masih lagi muda untuk semua ini.Aku meraba-rababa di tanah untuk bangun.

Aku mula saspen apabila mendapati aku terpegang sesuatu batu yang bentuknya tak salah sepeti kepala manusia. Harap-harap bukanlah dalam keadaan kabus seperti ini berharaplah aku tak dapat tengok benda yang lebih teruk dari apa yang aku bayangkan. Aku bangun dengan perlahan-lahan dan cuba untuk beredar dari sungai tersebut.

Tiba-tiba, angin tadi yang kuat meniup kabus tersebut. Bersyukurlah aku dapat melihat benda yang aku bayangkan. Walaupun tanpa lampu suluh, aku tetap dapat melihat. Terima kasih kepada cahaya bulan yang menggantikan cahaya lampu suluhku tetapi tak salah aku tadi mendung.

Ini untuk pertama kalinya aku melihat sesuatu yang mengerikan di hadapan aku. Bukan itu sahaja, sekarang aku tak tahu bagaimana boleh aku terpijak badan mayat seseorang. Suasana mula mengerikan apabila ada kesan tambahan iaitu cahaya kilat menyambar tepat-tepat di hadapan aku. Rasa macam dalam filem seram ada juga. Bukan itu sahaja kesan daripada itu sebatang pokok yang ditebang berdekatan sungai terbakar dan apinya mula merebak.

Sekali lagi, terima kasih kepada cahaya kilat itu. Aku dapat melihat panorama waktu malam yang tidak menyenangkan. Iaitu banyak mayat bergelimpangan sekitar sungai dan air sungai yang berwarna merah darah membuatkan aku lebih hairan. Aku merasakan umpama pernah merasai perkara sebegini sebelum ini. Adakah ini dejavu? Sepatutnya untuk waktu sekarang emosi seram wajar dilakukan tetapi emosi ingin tahu pula yang membuak-buak dalam benak hatiku.

Aku terkejut melihat perkara yang aku bayangkan menjadi kenyataan. Tidak hairanlah dejavuku menjadi kenyataan gara-gara nenek. Aku segera beredar dari situ dan berlari sepanjang sungai tersebut ke arah yang lain. Aku memberhentikan larian untuk seketika apabila terdengar jeritan seseorang wanita.

Dengan segeranya aku terus menuju ke arah tersebut dengan lajunya. Sesampainya di lokasi yang berdekatan dengan suara itu aku rasa? Jeritannya mula berhenti menyebabkan aku kurang petunjuk. Bukan itu sahaja, malah terdapat banyak kesan darah yang baru memercik merata tempat dan dua mayat seseorang yang belum dapatku kenal pasti di mana susuk tubuh seorang lelaki dan seorang perempuan berusia 7 tahun tersadai di bawah pokok.

“Ini tak betul. Ini tak betul. Takkanlah sekali lagi setelah lepas aku tempuhi perkara yang sama sebelum ini.” Aku mula pasrah dan berputus asa akan perkara ini.Aku menyandarkan badanku pada pokok yang melihatkan aku di pemandangan tragis ini.

Aku menangis lalu terduduk. Mahu sahaja aku menyalahkan takdir tetapi ini semuanya salah aku. Apa yang boleh aku buat lagi. Aku mula menyalahkan diri sendiri. Emosiku mula berubah-ubah sekejap sedih, sekejap gembira dan sekejap kosong.

“Woi, senyaplah! Kacau aja orang nak tidur ni.” Tiba-tiba, kedengaran suara seorang perempuan yang datang entah dari mana memukul kepalaku. Kesan daripada itu menyebabkan aku tak pasti sama ada aku pengsan ataupun tertidur?

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaz Awan