Bab 40
Masa itu emas

Hargailah masa itu 

Seperti mana hargai emas


“Apa yang kau cakap ni Samad? Itu Sang Kelembai jangan buat main-main.”

“Tak saya tak main-main kali ni. Memang betul. Saya dan anak saya tadi ada ke hutan untuk mendapatkan pucuk-pucuk buluh pada pagi ini. Tiba-tiba, anak saya menunjukkan seekor harimau yang keras menjadi batu. Tak jauh daripada itu, saya jumpa tapak kaki yang besar. Saya dah agak yang ini tak lain dan tak bukan hanyalah kerja Sang Kelembai sahaja. Berdasarkan tapak kakinya, dia datang ke kampung kita!” Ketua kampung kelihatan buntu sambil memicit kepalanya. 

“Sekarang apa yang patut kita buat? Mengenai hal kelemabai ini telah berlaku berkurun lamanya. Macam mana dia boleh terlepas daripada penjara. Dahulu, orang yang menangkap Sang Kelembai bukannya calang-calang orang. Nampaknya kita kena berpindah daripada kampung ini.”

“Tunggu. Saya ada suatu idea mengenai kelembai ini tetapi dengan syarat saya nak lakukan sesuatu yang agak berisiko dan mungkin akan berjaya.”

“Apa racangan kamu anak muda?” Samad berkata

“Apa idea kau?” Sandra berbisik padaku.

“Kumpulkan orang kampung, kita kena adakan mesyuarat dengan segera. Makhluk itu akan datang bila-bila masa sahaja sebab itu, lagi cepat kita rancang lagi senang nak selesaikan masalah ini.”

“Kalau itulah rancangan kamu. Saya akan ikut. Samad pergi kumpulkan kesemua orang kampung dan berkumpul di sini.”

“Bagaimana dengan dewan?” Samad memberikan idea.

“Tak boleh, mengambil masa untuk ke sana.” Aku membangkang idea Samad.

“Kamu dengar tu Samad. Cepat bergerak, dari kiri cepat gerak.” Samad terus bergerak memanggil kesemua orang kampung ini.

Tak sampai 10 minit, ramai sudah orang berkumpul di hadapan rumah ketua kampung. Entah kenapa aku terasa gugup untuk memberikan ucapan di khalayak ramai. Aku menarik dan melepaskan nafas berkali-kali. Dalam masa yang sama juga, Luna, Rachel dan Eddy juga datang ke mari. 

“Korang dah sampai, mana Kashima?”

“Dia ada di rumah tengah tengok-tengokkan Mimi.” Eddy menjawab.

“Apasal ketua kampung panggil semua orang kampung di sini?” Luna bertanya kepadaku dalam keadaan hairan.

“Apa yang dah jadi ni?” Rachel bertanyakan juga kepadaku.

“Aku akan ceritakan sebentar sahaja lagi.”

“Farhan kamu sudah sedia nak bagi ucapan ni.” Aku mengangguk. Apabila sudah kesemua orang berkumpul. Ketua kampung memulakan mukadimahnya. “Selamat pagi kepada semua penduduk sekalian. Maaflah mengadakan mesyuarat secara terkejut. Mesyuarat kali ini agak berlainan dengan yang sebelum ini kerana terdapat suatu malapetaka bakal menghampiri kampung kita. Mungkin semua orang tidak percaya tetapi Sang Kelembai sudah sedar daripada tidurnya.” Tetiba sahaja penduduk kampung mula bising dan menanyakan antara satu sama lain mengenai Sang Kelembai. “Bertenang semua.” Penduduk kampung senyap untuk seketika. “Oleh sebab itu, saya akan memanggil saudara istimewa kita pada hari ini iaitu Farhan untuk menyampaikan rancangannya.”

Aku kemudiannya menuju ke hadapan semua orang. Mereka memandangku dengan persoalan di minda mereka, “siapakah budak tu? Apa yang dia boleh buat? Ingat dia apa, boleh arah kepada kita?” Aku melihat tepiku ada Sandra yang berbisik kepadaku dengan wajahnya yang tersenyum. Dia bagi aku jadi gugup lagi adalah. “Semoga berjaya Han.” Aku mengangguk.

“Selamat pagi semua, saya Farhan ataupun dikenali sebagai Han. Maaf mengganggu kalian semua pada pagi yang indah ini. Saya akan beritahu rancangan saya kepada kalian semua. Pertama sekali, musuh kita ialah Sang Kelembai. Menurut legenda, Sang Kelembai ini boleh menyumpah orang meskipun haiwan menjadi batu. Sebelum itu, dia akan menegur sesiapa yang membuat bising. Dia tertarik dengan bunyi bising kerana dia sukakan bunyi yang senyap sahaja. Kena ingat apabila anda menjadi mangsa tegurannya itulah kali terakhir anda akan hidup di dunia ini. Kerana anda akan menjadi batu selepas ditegur. Rancangan saya adalah kalian kena duduk di rumah seharian dan kalau boleh tidur lebih baik. Kita kena meminimakan penggunaan bunyi di sini. Tentang hal Sang Kelembai, saya dan kumpulan saya akan uruskan juga hari ini. Saya akan serahkan balik kepada ketua kampung.”

Aku bergerak ke belakang manakala ketua kampung menghadap ke hadapan semula lalu berucap. “Kalian sudah dengarkan apa yang dia cakap. Masuk rumah dan tidur. Mohonlah kerjasama. Itu sahaja mesyuarat pada kali ini, boleh bersurai.” Dengan itu, semua orang di situ masing-masing pulang ke rumah mereka.

“Apa rancangan kau untuk mengelakkan Sang Kelembai daripada menyumpah orang di sini?” Luna bertanya kepadaku.

“Entahlah, aku tak fikir apa-apa lagi. Hahaha…” Aku nampak Luna menghunuskan pistolnya pada mukaku.

“Kau nak mati sini ataupun kau nak fikir cepat.” Aku mengangkat tanganku.

“Sorry-sorry. Aku rasa idea yang aku fikirkan ini agak berisiko juga untuk hidup selepas buat benda ni.”

“Apa dia idea kau tu?” Luna bertanya lagi.

“Aku kena masuk dunianya menggunakan syndrome Sandra. Aku rasa aku kena pergi dengan Mimi sebab aku takut hilang kawalan seperti sebelum ini. Tapi, itulah pasal Mimi tengah berehat pula.”

“Biarkan saya yang uruskan Sang Kelembai. Ketua kampung kena duduk di rumah dan kekal senyap.”

“Baiklah, saya percayakan kamu.” Ketua kampung terus masuk ke dalam rumahnya.

Sewaktu kami berbincang di depan rumah ketua kampung, aku ternampak seorang wanita yang sedang melihat ke sini sana. Dia mencari sesuatu tetapi apa. Aku pergi menegur wanita tersebut dan menanyakan apa yang berlaku.

“Anak mak cik tak balik-balik rumah lagi. Mak cik hairan, tanya kawan dia. Mereka kata tidak tahu. Itulah mak cik takut. Mak cik takut yang dia menjadi mangsa Sang Kelembai.”

“Mak cik jangan risau mengenai anak mak cik. Kami akan menolong selamatkannya. Macam mana rupa dia?”

“Anak mak cik pakai seluar pendek dan baju putih kesan tampalan jahitan pada baju tersebut. Rambutnya botak dan dia tinggi lebih kurang 120 cm.”

“Baiklah, rasanya informasi tersebut sudah cukup baik untuk kami. Mak cik boleh tunggu di rumah dulu sementara kami mencarinya. Di mana rumah mak cik.” Kemudian dia menunjukkan rumahnya yang berada tidak jauh daripada situ dengan jarinya.

“Terima kasihlah kerana sudi membantu.” Mak cik tersebut terus pulang ke rumahnya.

“Apasal kau tolong mak cik tu?” Aku rasa inilah yang sepatutnya aku kena bantu. “Kau baik sangatlah susah betullah.” Aku hanya ketawa sedikit.

“Mana Eddy?”

“Dia balik rumah tadi katanya.” Rachel memberitahuku.

Sandra menepuk bahuku, aku dapat rasakan yang dia ingin mengajakku ke menara di kampung ini. “Luna pergi ambil barang-barang kau. Pastikan kau bawa dua walkie-talkie. Kita kena berpecah.”

“Ada di sini semua barang tu.” Nampaknya dia sudah membawa begnya sekali bersamanya. Dia memberikan kepadaku walkie-talkie yang dibawanya

“Baiklah, kita berpecah kepada dua kumpulan, Luna dan Rachel cari ke arah selatan kampung ini manakala aku dan Sandra pergi ke arah utara jampung ini. Jika terjumpa Sang Kelembai tutup walkie-talkie ini. Pastikan masukkan kepada channel 1 sahaja. Bersurai.”

Aku dan Sandra bergerak ke arah utara kampung ini yang terdapatnya menara tesla di tempat tersebut. Sementara itu, Luna dan Rachel bergerak ke arah pintu masuk kampunng ini. Kemungkinan peratus nak menjumpai budak tersebut sangat tinggi. 

Aku sampai di hadapan menara tesla di kampung ini. Aku melihat yang ada pintu di sini tertutup rapi. “Kan aku dah kata. Mereka kunci menara ni. Tapi untuk apa?” Dia menggelengkan kepalanya.

“Entahlah aku pun tak tahu. Tapi kau boleh minta ganjaran untuk masuk ke dalam menara ini.”

“Bernas juga idea kau. Tapi ganjaran tu macam susah saja nak dapat. Lagipun kitakan berdepan dengan makhluk legenda, Sang Kelembai. Silap-silap aku jadi macam tanggang pula.”

“Betul juga apa yang kau kata tu. Lebih baik kita fokus untuk cari budak tu terlebih dahulu.” Tiba-tiba, aku terdengar suatu tangisan seorang budak di belakang semak-samun.

“Kau dengar tak bunyi budak.” Sandra mengangguk. “Dia ada di belakang tu kan. Kami terus ke arah suara tangisan budak tersebut.” Nampaknya kami jumpa budak itu dahulu daripada mereka. Sekarang perlu beritahu mereka pula.

Aku menggunakan walkie-talkie yang ada pada poket seluarku. Sementara itu, kami dalam perjalanan menghantar budak tersebut kembali kepada emaknya. Aku memanggil kumpulan Luna menggunakan walkie-talkie ini. Namun tiada langsung sebarang respons. Apa yang telah terjadi pada mereka. Jangan katakan yang mereka terserempak dengan benda tersebut.

Aku kena hantarkan budak ini terlebih dahulu sebelum terlambat sebab aku dah janji nak tolong mak cik tersebut. Sekarang aku kena kejar masa yang masih tersisa sebelum Sang Kelembai datang. Setelah menghantarkan budak tersebut kepada maknya. Makcik tersebut memberikan pucuk buluh kepadaku.

“Ambillah tu boleh buat makan.” Aku mengambil pucuk tersebut lalu memasukkannya ke dalam begku. Kami terus ke pintu pagar masuk kampung.

Tiba-tiba, walkie-talkie mula hidup dan suara Luna mula kedengaran. “Apapun kau buat jangan datang dekat dengan kami. Benda tu baru sahaja melepasi kami. Kalau boleh pergi balik rumah dahulu.” Panggilan kemudiannya tamat. 

Alamak tekaan aku sudah salah, aku tak menyangka yang Sang Kelembai akan datang melalui pintu hadapan. Aku kena mencari jalan bagi menghentikan dia daripada ganggu penduduk di sini. Aku berhenti untuk seketika lalu berkata kepada Sandra dengan nada yang tegas.

“Kalau ada apa-apa yang terjadi padaku nanti. Aku akan bergantung kepada kau. OK” Dia mengangguk. Kemudian aku berbisik kepadanya rancangan aku untuknya.

Aku ada baca yang suatu artikel ini menyatakan yang Sang Kelembai ini suka kepada pucuk buluh. Jadi aku terus meminjam joran penduduk kampung ini yang ada berdekatan denganku. Kemudian aku gunakan pucuk buluh sebagai umpan untuk menarik Sang Kelembai ini jauh daripada kampung ini. 

 Aku telah menyediakan umpan untuk sang kelembang ini. Kemudiannya, aku terus menunggu mangsa untuk datang. Tidak lama selepas itu, mangsapun datang dan berada dalam keadaan yang sesuai untuk diumpan. Aku tak sangka yang makhluk ni memang tinggi. Tingginya boleh kata lebih kurang 3-meter lebih macam tulah. Berupa seperti gajah dan kakinya macam gajah dan badannya bongkok seperti orang tua dia memegang tongkat kayu pada tangan sebelah kirinya. 

Tiba-tiba, walkie-talkie berbunyi. Apasal pula waktu macam ni juga mereka nak panggil aku. Aku dapat lagi suatu idea dengan meletakkan walkie-talkie ini dengan pucuk buluh ini bersama. Apabila dia datang, aku segera menyembunyi di belakang pokok. Dia datang ke arah bunyi walkie-talkie tersebut dan aku terus menutup mulut dan menahan nafasku dalam jangka yang pendek. Dia memakan pucuk ubi tersebut dan kemudian menyentu-nyentuh walkie-talkie tersebut. Aku nak tergelak tetapi dalam masa yang sama takut juga sebab kalau dia tahu aku ada di sini habislah aku. Kemudian, dia menumbuk walkie-talkie tersebut sehingga hancur. 

Keadaan menjadi sepi untuk seketika. Aku melihatnya sudah mengalih ke belakng untuk bergerak masuk ke dalam kampung tersebut. Aku mula melepaskan nafas yang lega. Tapi bila difikirkan balik apasal aku tak buat perangkap jerat pada Sang Kelembai ini sahaja. Aduh, aku menepuk dahiku. Aku mula bergerak untuk menjumpai Sandra. Dalam langkahku, aku ada terpijak ranting kayu yang membuatkan ranting kayu tersebut patah dan berbunyi. Tak sempat aku nak melarikan diri. Sang Kelembai tadi terus berlari ke arahku dan menegurku. Sekarang aku tengah mengalami sumpahan untuk menjadi batu.

“Apasal kau suka sumpah orang bagi jadi batu ha?” Selagi tak jadi batu sepenuhnya lagi, aku masih lagi boleh berkata-kata.

“Aku sebernarnya, tidak suka melihat orang gembira.” Dia berbicara dengan nadanya yang keras dan tinggi.

“Ada kau nampak aku tengah gembira ni.”

“Kau tahu tak gara-gara kau banyak yang mati menjadi batu.”

“Siapa yang mati bila aku sumpah dia jadi batu.”

“Tanggang.”

“Mana ada. Itu mak dia yang sumpah dia bukan aku.”

“Oh, betul ka?” Dia mengangguk. “Sorrylah salah orang. Tapikan kau jadikan orang menjadi batu, adakah orang tersebut masih hidup.” Dia mengangguk.

“Aku tak nak bunuh orang, aku cuma nak hidup bersama-sama dengan mereka di dunia aku sahaja. Secara tak langsung apabila fizikal kau menjadi batu kesedaran kau akan masuk ke dalam dunia aku.”

“Kalau macam tu. Aku ada idea untuk kau. Kalau kau nak duduk di dunia sini dengan ramai orang yang tidak bising.”

“Adakah tempat yang seperti macam tu?” Dia tertanya-tanya.

“Sudah tentulah ada. Tempat tersebut kita panggil perpustakaan. Perpustakaan ialah tempat yang di mana kau dapat berada dalam keadaan yang senyap.”

“Apa yang aku boleh buat dalam perpustakaan itu.”

“Kau boleh baca banyak bahan ilmiah yang terkandung dalam perpustakaan tersebut.” Apasal aku tengah promote pada dia kelebihan perpustakaan pula ni. Tak apalah janji dia suka itu sudah jadi tidak masalah.

“Macam mana aku nak ke perpustakaan itu.” Dia kelihatan teruja.

“Aku akan bagi tahu sepupu aku. Kelihatanya dia tengah mencari banyak makhluk legenda di dunia ini untuk diselamatkan. Aku rasa dia mesti berada di rumah mewah datuk kami. Di situ, aku pasti yang ada perpustakaan yang besar di sana.”

“Menarik.”

“Kan. Kalau macam tu macam mana nak leraikan sumpahan batu ni.”

“Sumpahan itu tak boleh dileraikan, jika kau tak kalahkan aku di dunia sana. Aku akan ikut cakap kau kalau kau berjaya keluar daripada duniaku itu. Sementara itu, aku akan cari lebih banyak orang lagi yang membuat bising di sini.” Kemudiannya, Sang Kelembai beredar daripada tempatku dengan menggunakan tongkatnya. Dia menuju ke arah dalam kampung tersebut.

“Tak guna.” Aku tak boleh bergerak lagi. Nampaknya sumpahan itu sudah sampai ke seluruhan tubuhku daripada hujung kaki sehingga hujung rambut. Badanku mengeras menjadi batu.

Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh