Home Novel Seram/Misteri SEDAR (Sesat Dari Radar)
Bab 33
Luna


“Wei, bangunlah kau!” Aku terjaga daripada tidak sedarkan apabila aku dicurah dengan setimba air sejuk. Apasal bajuku jadi lain ni. Aku sekarang memakai baju putih yang labuh sehingga ke kaki. Aku rasa kurang enak dengan baju ni sebab rasa seperti kain kapan saja.

“Apa yang dah jadi ni?” Ada empat orang perempuan yang memakai topeng tikus di hadapanku. Aku cuba untuk keluar daripada tempat ini. Malang sekali, ianya hanya sia-sia sahaja. Tangan dan kakiku diikat pada gelang besi di dinding batu. Aku memang tak boleh bergerak bebas kali ini. Apa yang mereka nak daripada aku.

“Kau bodoh, sebab pergi masuk ke kampung kami dengan buat kekecohan sekarang ini balasannya. Kami akan balas balik apa yang kau lakukan pada kerosakan yang berlaku.” Tikus perempuan A berkata kepadaku. Kemudiannya mereka menyeksaku dengan menumbukku dan menghayun cemeti ke arahku. Sakit tu memang tak boleh bawa bincang dah.

“Cis, keluar sahaja aku daripada sini! Orang yang pertama akan aku kerjakan adalah kau berempat. Aku akan pastikan semua kena sekaligus. Bila aku kata sekaligus itu, mestilah kematian yang korang takkan tahu.”

“KAU NI KAN!” Tikus perempuan B dan C datang ke arahku lalu memukul dan menendangku sehinggakan aku senak dan mukaku berdarah.

“Sudahtu kau berdua!” Tikus perempuan D berkata. “Cik Wiz kata jangan bagi dia mati. Nanti dia mati kita pula yang susah nanti. Kau bertiga pergilah rehat dulu.” Mungkin dia akan aku berikan belas kasihan.

“Apa yang dah jadi pada aku ni?” Sekarang tinggal aku dengan perempaun tikus D ini.

“Kau kena culik dengan kami, semasa kau tak sedarkan diri di rumah tersebut.” Tak guna betul, macma mana aku boleh tertangkap pula.

“Apa yang kau nak daripada aku ha?”

“Kikiki…” Tak guna betul, dia gelak macam tikus. Aku tarik balik kata aku nak belas kasihan pada dia tadi. Sudahlah lama pula tu. “Bos aku saja yang akan tahu. Ini urusan dengan bos aku. Jadi aku tak boleh beritahu kepada orang yang mereka akan ritualkan.” Itu dia kata. Apa yang mereka nak ritualkan. 

Tak guna ini mesti kerja ahli sihir yang buat sumpahan kepada penduduk kampung Dua haritu. Aku kena cepat sebelum dia buat gerakan dia yang seterusnya. Aku bergelut sekuat tenagaku untuk melepaskan diri daripada rantai besi ini tetapi malangnya tak berhasil. Aku bukannya ada kekuatan yang luar biasa seperti Mimi.

“Sia-sia sahaja kalau kau bergelut sebab dalam masa beberapa jam sahaja lagi kau akan mati.”

“Sebab apa mati?”

“Ada racun yang mengalir dalam tubuh kau.” Sejak bila aku makan racun ini. Bila aku ingat balik racun yang ada aku makan mungkin baru-baru ini di ruang makan di Kampung Pemburu tadi. Tak guna. Pengalaman banyak saja, tapi tak amalkan apa yang aku sudah tempuhi. Kalau tak silapku ada penawar segala jenis racun dalam begku. Tapi begku ada di mana pula ni. Jangan kata jatuh dekat rumah tu.

“Kau ada ambil barang-barang aku sekali tak.” Dia menggeleng. Sekarang memang aku menempa maut betullah. “Ada lagi berapa jam lagi sebelum racun itu tersebar ke seluruh badanku.” Dia mengira dengan jarinya.

“Lebih kurang 3 jam lagi, sebelum bulan mengambang. Berusahalah tabah.” Entah kenapa badanku menjadi lemah dan tak bermaya. Adakah kesannya mula datang.

“Bagaimana dengan kawan-kawan aku yang lain?” Dia ketawa macam tikus lagi.

“Kawan perempuan kau lagi dua ada di bilik lain. Mereka sama macam kau juga. Kau dan lagi dua orang tu kena racun juga. Cuma yang lebih banyak kena adalah seorang perempuan yang ganas tu.” Dia mungkin cakap pasal Mimi tu. Kejap dia cakap dua orang perempuan, apa yang dah jadi pada Han.

“Apa yang dah jadi pada seorang kawan lelaki aku.”

“Untuk sekarang kami tak dapat untuk menangkapnya lagi, tapi bukan bermaksud kami akan membebaskannya merayau begitu sahaja.” Nampaknya harapan kami adalah Han sahajalah. Aku tak boleh berpegang kepada nasibnya juga. “Kalau itu sahaja kau nak tanya. Aku pergi dulu.” Dia keluar daripada bilik ini serta-merta.

Mujurlah ada lagi klip rambut dan klip kertas yang aku simpan di pakaian dalamku. Aku menggunakannya untuk membuka rantai yang terikat pada tanganku. Tak sia-sia aku belajar jadi key master masa explorer dulu.

Nasib baiklah skill aku masih tak karat lagi. Bilik ini berada dalam keadaan yang terkurung. Mustahil untuk keluar daripada sini kecuali melalui pintu masuk bilik Ini. Aku memeriksa keadaan sekeliling sehinggalah aku menemui sesuatu. Aku jumpa suatu mayat yang ada di sini. Aku meletakkannya ke tempat yang aku kena rantai tadi. 

Aku mengetuk pintu tersebut lalu merayu-rayu untuk keluar daripada bilik ataupun penjara ini. “Woi, bukalah aku nak keluar daripada sini.” Aku menjatuhkan sesuatu daripada celahan lubang pintu besi tersebut. Pada mulanya pengawal perempuan yang berada di situ, tidak mengendahkan teriakanku. Namun, setelah suatu tulang jatuh pada celah pintu tersebut, membuatkan mereka musykil dan terus untuk masuk ke dalam penjara ini. Ada dua orang warden perempuan yang menjaga sel ku. Sebagai langkah keselamatan mereka membiarkan seorang periksa dalam sel tersebut manakala seorang lagi menunggu dari luar.

Buka sahaja pintu, aku terus menyorok di belakang pintu tersebut. Warden A yang masuk ke dalam sel ini melihat mayat yang digantikan oleh ku. Dia terkejut lalu memanggil pula seorang lagi yang berada di luar. Warden B pun masuk dan melihat ada apa yang terjadi. Tak kusangka yang dua-dua warden ini masuk juga dalam perangkapku. Mereka memeriksa mayat tersebut dan mendapati yang mayat tersebut bukannya mayat aku. Dalam masa yang sama juga aku keluar lalu mengambil kunci dan masuk kembali ke dalam sel tersebut lalu bagi kedua-dua warden tersebut pengsan terus.

Aku menutup pintu itu kembali dan melakukan penyamaran dengan meminjam baju warden B. Warden A tak boleh sebab gemuk sangat. Nasib baiklah baju ni sesuai dengan ku walaupun rasa tak sedap badan ni. Gelipun ada juga. Gilakau tak. Peluh dia bercampur dengan peluhku. Nak buat macam mana lagi. Aku kena juga selamatkan diri.

Aku keluar dalam penyamaran dan terus berjalan mencari Mimi dan Rachel. Aku menemui seorang lagi pengawal lelaki yang berada berdekatan dengan suatu bilik yang ketat sekuritinya.

 Dia bertanya sesuatu kepada ku sesuatu. “Masa rehat?” Aku terkedu seketika. Aku kena jawab dengan betul salah ni habislah penyamaranku. 

“Aku kena pergi tandas sekejap.”

“Kalau begitu pergilah cepat.” Mujurlah dia tidak merasa apa-apa curiga padaku. Aku agak hairan dengan bilik yang sekuritinya ketat yang dijaga oleh lelaki itu. Lebih baik aku cepat cari lagi dua orang ni. Racun akan sampai keseluruhan badanku dalam lebih kurang 2 jam lagi. Tak ada masa lagi untuk berlengah lagi. Semasa aku naik ke tingkat atas, aku terdengar suatu letupan yang kuat di tingkat atas. Siapa yang guna bom kali ni.

Aku segera ke tingkat atas untuk melihat siapa yang membuat letupan yang kuat tersebut. Letupan yang kuat itu, berada di sebalik pintu. Buka sahaja pintu tersebut, aku mendapati yang keadaan sekeliling dalam porak-peranda.

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaz Awan