Bab 25
Han


Luka boleh ditutupi dengan kain

Marah boleh ditutupi dengan senyuman

Kebohongan boleh ditutupi dengan kepercayaan

Tetapi kebenaran sentiasa terbuka luas.


Aku sangkakan bila sedar, aku berada di dalam bilik yang Father kurung. Namun, aku tak pasti sekarang aku berada di tempat yang sama sebelum ini. Bagaimana aku boleh tahu? Keadaan bilik ini sangat gelap dan aku dapat menghidu bau yang busuk di sekelilingku. Bau tersebut seperti bau bangkai. Dan satu lagi, mengapa aku terikat di atas sebuah kerusi? Tak guna, aku dikhianati.

Aku sebenarnya memang tak boleh percaya kepada dia, tetapi sekarang aku tak buat backup plan. Macam mana ni? Aku buntu memikirkan idea masa psiko dia sampai aku tak sempat buat backup plan. Tak boleh nak kata apa lagi ini bukannya salah akupun. Nampak tak egonya.

Tiba-tiba, aku terdengar suara seorang perempuan di hadapanku. Apasal waktu-waktu macam ni ada perempuan pula ni. Memang watak perempuan dalam cerita ini macam ni ka? Suaranya makin lama makin dekat. Sehinggalah aku dapat mendengar dengan jelas.

“Hei, budak! Apa nama kau dan berani kau ganggu sumpahan aku kepada penduduk kampung ni.” suaranya agak kuat macam sekarang dia tengah menggunakan speaker untuk menguatkan suaranya.

“Kau di mana ni? Apa yang aku buat pada kau?” Mujurlah dia tak buat apa-apa padaku. Dia boleh saja bunuh aku masa aku tak sedar tu. Betapa lembabnya.

“Aku sekarang berada di depan kau.” Kemudian lampu spotlight mula memancar ke arahnya daripada atas. Macam ahli silap mata buat persembahan saja aku tengok dia ni. Baru aku dapat melihat dia. Rambutnya yang berwarna perang dan matanya yang berwarna ungu membuatkan aku terpesona buat seketika.

“Siapa kau ni?” Dia memandang ku secara berdepan. Mukanya seperti mirip seseorang yang pernah aku nampak di suatu tempat dahulu.

“Kau tak kenal aku.” Suaranya masih lagi deras. Aku menyuruhnya untuk memperlahankan volume speaker yang dia pakai. “Macam ni ok.” Aku angguk. “Ah, sudahlah kau daripada organisasi mana?”

“Aku tak kenal kau dan organisasi mana pula ni?” Dia memandangku dan mula menghembus nafasnya berkali-kali.

“Perkenalkanlah diri kau dulu.” Nasib baiklah dia perlahankan suaranya. Aku tak sangka pula yang suaranya boleh menjadi deras walaupun tak guna mikrofon dan speaker. Aku nak bagi nickname baru kat dialah. Alang-alang dia tak nak perkenalkan dirinya terlebih dahulu.

“Kalau macam tu cik Speaker nama aku ialah Farhan yang hebat. Kau boleh panggil aku Han saja. Cik speaker ni nama apa?”

“Sungguh biadab. Kau tahu tak siapa yang kau tengah cakap.” Manalah aku tahu dia ni siapa. Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Bila kau jawab dia anggap yang aku sudah kenal dia. Stress aku layan dia ni. “Akulah ahli sihir yang hebat di era ini.” Tengok, aku dah kata yang dia ni memang tak pandai jawab soalan orang. 

“Apa yang aku kena panggil kau?”

“Kan aku dah kata nama aku, akulah ahli sihir yang hebat di era ini.” Celaka punya perempuan, itu bukannya nama. Bersabar aku kena bersabar layan orang gila.

“Apa nama pendek kau?”

“Oh, katalah nama. Panggil saja aku Wiz. Cik Wiz.” Apa masalah dia ni. Dah terang-terang nama pendeknya itu ialah nama. Aku rasa nama cik speaker lebih padan dengannya.

“Cik Speaker ni apasal kau tangkap aku. Di mana aku sekarang?”

“Aku tangkap kau sebab kaulah bahan yang sesuai untuk buat ritual yang besar-besaran. Satu lagi sekarang kau tengah berada di dalam bawah tanah di gereja ini.”

“Tapi bukannya bawah gereja ini tebing ka? Macam mana boleh ada tempat bawah tanah pula ni. Macam mana kalau nanti runtuh.”

“Itu fikir lainlah, bukannya aku yang buat cerita ni.”

“Jadi apa yang kau maksudkan dengan ritual besar-besaran.”

“Ha? Aku akan dapat kuasai alam manusia dengan mudah. Itulah ritualnya kau perlukan korban yang ramai untuk membuka gerbang dunia ini. Kata legenda korban yang terbaik untuk ritual ini adalah daripada 3 orang yang baru masuk ke dunia ini tak sampai seminggu. Itulah syarat umum untuk membuka pintu gerbang. Disebabkan itu, aku akan kumpulkan seorang lagi kawan kau yang sekarang ni berada di Kampung Pemburu untuk melengkapkan ritualnya.” Sempat juga aku tidur apabila mendengar apa yang dikatakannya.

“Aku nak tanya ni. Sebab apa kau sumpah penduduk kampung di sini dan mengapa kau nak kuasai alam manusia.” Dia mula duduk di atas kerusi dan menghadapku secara berdepan.

“Engkau mesti pernah dengar tentang peristiwa witch huntkan?” Aku pernah dengar tapi nampaknya dia nak memulakan ceritalah. Aku pun menggeleng.



Ceritanya bermula pada tengah kurun ke-17. Ya pada waktu ini witch hunt sudah tamat. Tapi ada seorang wanita ini, dia hanyalah manusia biasa yang tidak tahu apa-apa. Suatu hari dia menemui seorang jejaka yang megah dan kuat. Dia mula tertarik dengan jejaka tersebut. Namun jejaka tersebut tidak memandang langsung wanita tersebut walaupun sekali.

Wanita tersebutpun berhajat dan mempunyai hasrat untuk bercakap dengan jejaka tersebut. Suatu hari semasa di pelabuhan, dia menemui seorang pedagang wanita yang misteri di pelabuhan. Pedagang wanita tersebut menawarkan sesuatu yang bernilai kepada wanita tersebut.

“Cik nak tak jadi orang yang dikenali ramai dan digeruni,” pedagang tersebut memulakan perbicaraannya.

“Tapi macam mana?” Wanita tersebut tertarik dengan kata-kata daripada pedagang tersebut.

“Mudah saja jika cik ikut petua daripada saya.” Pedagang tersebut berbisik kepada wanita tersebut.

“Apa petuanya?” Perasaan yang ingin tahu mula meluap dalam pemikiran wanita tersebut.

“Cik perlu buat perjanjian dengan saya itu sahaja. Selepas itu, baru saya boleh bagi petua saya kepada cik.” 

“Kalau macam tu perjanjian apa yang perlu saya ikuti.” Wanita tersebut tidak mengetahui apa yang dimaksudkan oleh pedagang tersebut. 

“Ini dia borang dia. Sila isi di sini.” Pedagang tersebut mengeluarkan sehelai kertas lalu menyuruh wanita tersebut untuk mengisi borang-borang tersebut. Tanpa usul periksa wanita tersebut terus mengisi pada borang tersebut.

Secara rasminya perjanjian antara wanita tersebut dengan pedagang tersebut telahpun ditandatangani. Setelah itu, bermula pula pada bahagian yang kedua iaitu mempelajari petua daripada pedagang tersebut.

Sejak daripada hari tersebut benak fikiran wanita itu diajari dengan pelbagai ilmu yang tak pernah dia pelajari sebelum ini. Setiap hari dia mempelajari suatu ritual secara rahsia bersama pedagang tersebut di rumahnya. Dia tinggal di rumah peninggalan arwah kedua ibu bapanya.

Ritualnya banyak mengenai makhluk halus dan lama-kelamaan wanita tersebut sudah menguasai ilmu tersebut dengan mudah. Pada suatu hari di kampungnya, dia mendengar khabar yang jejaka yang dia puja mulai sakit kerana terlibat dengan perbalahan di pelabuhan.

Jejaka tersebut adalah anak kepada raja di negeri itu pada ketika itu. Mendengarkan khabar daripada raja sesiapa yang dapat menyembuhkan anaknya akan ditunaikan apa-apa permintaan. Dia yakin yang dia dapat menggunakan kuasanya untuk menyembuhkan jejaka yang dia puja tersebut. 

Nafsu wanita tersebut mula meluap-luap dalam jiwanya. Namun setelah dia mempelajari semua ilmu yang pedagang tersebut berikan kepadanya, pedagang tersebut terus menghilang dan tidak lagi mendengarkan khabar mengenainya.

Suatu malam ketika jejaka tersebut makin sakit teruk dan tiada sesiapa yang dapat mengubatinya lagi. Wanita tersebut datang ke istana untuk merawat penyakit pada jejaka tersebut. Dia menggunakan sedikit daripada ilmunya untuk merawat lelaki tersebut. Namun, caranya merawat agak sedikit berbeza daripada cara rawatan tradisional. Hal ini kerana dia menggunakan witchcraft untuk merawat penyakit tersebut.

Setelah membuat ritualnya pada jejaka tersebut. Keesokannya jejaka tersebut terus sahaja sembuh daripada penyakit tersebut. Raja bertitah kepada wanita tersebut untuk menghadap sultan pada keesokan harinya juga.

“Wahai rakyat siapakah gerangan tuan hamba yang dapat menyembuhkan penyakit anakanda beta?”

“Patik ini cuma hamba yang biasa yang hanya mempunyai ilmu yang sedikit sahaja. Siapalah patik jika nak dibandingkan dengan kerabat diraja dan bangsawan. Ampun tuanku beribu-ribu ampun.” Wanita tersebut berkata dengan rendah diri.

Disebabkan sultan melihat sisi luaran wanita ini yang baik. Raja memperkenankan wanita tersebut untuk mengahwini anakandanya. Akhirnya impian wanita tersebut terlaksana juga. Mereka berdua menjadi pasangan yang bahagia selepas daripada itu.

Setiap malam sebelum ke kamar mereka, jejaka tersebut sering disuruh tunggu sebentar oleh wanita tersebut. Apabila wanita tersebut masuk ke dalam kamar jejaka tersebut terus menjadi tidak sedarkan diri. Begitulah yang terjadi pada hari yang berikutnya. 

Namun itu tidak bertahan lama, apabila jejaka tersebut kian hari merasakan yang ada tak kena dengan wanita tersebut. Sehinggalah suatu malam, si suami tersebut melihat apa yang dilakukan oleh si isterinya sebelum masuk ke kamar. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat si isterinya mengadakan suatu ritual dengan meminum darah daripada seekor ayam liar.

Si suami mula ketakutan dan mula melarikan diri daripada kamar tersebut. Tingkah-laku si suami menyebabkan si isteri mahu tahu apa yang membuat suaminya menjadi sebegitu. Sedangkan dia tidak menyedari bahawa suaminya telah melihatnya melakukan ritual yang aneh. Wanita tersebut pergi memujuk si suami kembali dan si suami takut untuk menanyakan kepada si isteri. 

Sepanjang 9 bulan si isteri telah mempunyai ramai anak murid yang belajar tentang witchcraft daripadanya. Kebanyakan yang belajar daripadanya adalah daripada kalangan wanita yang masih lagi dara. Gerakan ini mula bergerak bebas di tanah melayu pada zaman ini. Golongan ini bergerak dan dipanggil sebagai dukun.

9 bulan telah berlalu dan si isteri telahpun melahirkan anaknya yang pertama. Apabila terlahirnya anak, anak si isteri dijaga baik dengan mengikut adat-adat witchcraft. Melihat adat-adat tersebut menyebabkan si suami tidak dapat untuk menahan perasaannya yang sudah lama berkepul dalam hatinya. Si suami menyuruh si isterinya untuk memberhentikan diri daripada melakukan adat-adat yang pelik.

Namun, si isteri tetap berdegil dan tidak mahu untuk berhenti daripada melakukan adat-adat tersebut. Katanya adat tersebutlah hidup dan matinya. Dia tidak boleh berhenti daripada mengamalkan adat-adat tersebut.

 Seminggu sudah berlalu, suatu organisasi yang dipanggil witchhunt yang mula beroperasi sekitar hujung kurun ke-16 di Eropah mula datang ke pelabuhan di negeri ini. Organisasi ini menyebarkan risalah mengenai bahayanya ritual yang dilakukan oleh pengguna witchcraft. Apabila mendengar khabar tersebut, si suami menemui organisasi lalu menceritakan semua perkara yang berkaitan mengenai isterinya kepada organisasi ini.

Apabila organisasi ini mendengar sahaja tentang si isteri suami ini. Organisasi ini terus memulakan pemburuan terhadap si isteri tersebut. Isteri tersebut menyuruh anak muridnya membawa anaknya pergi melarikan diri ke tempat yang jauh di mana pemburu tidak dapat menemui si anak.

Apabila organisasi ini menangkap si isteri, maka berakhirlah kisah si isteri kerana magis yang dia guna menentang organisasi ini semuanya tidak berhasil. Organisasi ini berjaya menangkap si isteri dan witchtrial pun diadakan. Di mana si ahli sihir akan dibakar secara hidup-hidup di hadapan semua tontonan umum.

Sejak daripada hari itu, satu per satu ahli sihir ditangkap dan dibakar secara hidup-hidup. Mujurlah yang anak si isteri tersebut sudahpun selamat dan tiada sesiapa yang akan menjumpainya. Anak si isteri tersebut berada bersama dengan seorang pedagang wanita yang mengajari adat-adatnya kepada si isteri tersebut. 

Anak tersebut mula membesar bersama dengan si pedagang tersebut. Bagi keselamatan anak tersebut si pedagang mengunci anak tersebut ke dalam suatu hutan yang di mana sesiapa memasukinya akan tidak boleh keluar. Anak tersebut makin berkuasa di dalam hutan tersebut selagi ada orang tersesat di dalamnya. Namun kematian tidak memandang umur. Si anak mewahsiatkan hasratnya untuk menguasai dunia ini kepada keturunannya…



“Dan begitulah bagaimana kisahnya terjadi sehingga keturunannya yang sekarang iaitu aku. Aku memegang wahsiat yang besar daripada moyangku.” Aku baru terjaga daripada tidurku disebabkan ceritanya yang agak lama. Jadi akupun tidurlah dan sekarang aku berasa sangat segar.

“Oh, jadi begitulah kisahnya.” Aku menguap sedikit. “Kau nak kuasai dunia padahal kau tak tahu ada apa di dunia sana. Kau ni buat lawaklah Cik Speaker. Sekurang-kurangnya kau kena tahulah dulu apa yang ada di dunia luar. Kau mesti tak tahu yang sekarang witchcraft dianggap ketinggalan zaman.”

“Apa maksud kau?”

“Maksud aku sekarang era teknologi, semuanya menggunakan teknologi untuk hidup dan bukannya witchcraft. Aku rasa lebih baik kau rasai ada apa di dunia luar dahulu. Nanti mesti kau akan berubah fikiran.” Dia mula keliru.

“Kau nak keluar daripada sini, aku akan tolong kau tapi ikut cara aku. Boleh?” Aku harap skill aku masuk pertandingan bahas di sekolah berbaloilah.

Cik Speaker ketawa sedikit. Kemudian dia mendekatiku dan mula memberitahuku sesuatu. “Cara aku lebih baik daripada cara kau.” Nampaknya dia tetap tak nak dengar cakap. “Tinggallah kau di sini sementara aku dapatkan lagi seorang kawan kau.” Kemudiannya lampu terpadam dan diapun menghilang. 

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh