Home Novel Seram/Misteri SEDAR (Sesat Dari Radar)
Bab 18

Mimi

Apabila aku sedar sahaja, aku berada di atas katil di dalam sebuah bilik. Badanku terasa sengal-sengal dan terasa sakit. Aku cuba untuk ingat kembali apa yang berlaku semasa aku tak sedar diri. Malangnya last tempat aku ingat adalah di dalam penjara. Ini mesti kerja watak aku lagi satu.

Aku membuka pintu dan terkejut apabila ternampak seorang budak lelaki memakai bandana berwarna kuning di atas kepala. “Yo.” Dia menyapaku. Aku terus menutup pintu. Kemudian dia mengetuk pintu berkali-kali.

“Awak ni siapa dan apa yang awak telah buat pada saya.”

“Awak jangan salah anggap pula saya ni tolong awak sebab saya terjumpa awak pengsan di belakang rumah saya.” Dia berada di sebalik pintu.

Aku terus membuka pintu, “jadi begitulah cerita dia. Maaflah, saya salah anggap tadi. Awak ini siapa dan di mana kita sekarang.”

“Tak apa. Nama saya Johan dan saya pemburu tahap dua. Sekarang awak berada di dalam rumah saya di Kampung Pemburu. Awak siapa pula dan datang daripada mana? Saya tanya ni sebab saya tak pernah nampak muka awak di sini.”

“Awak boleh panggil saya Mimi. Saya baru datang ke dalam Hutan Liku Tamat bersama 2 orang rakan saya. Kemudian kami terpisah.” Aku menceritakan kepadanya sampai aku berada di dalam penjara manusia bertopeng.

Dia kelihatan terkejut apabila mendengar penjelasan daripada aku. “Awak ni biar betul, mereka tu organisasi pemburu yang paling brutal di kampung ni. Saya tak percaya awak boleh keluar dengan selamat daripada mereka. Lagi pula pertahanan mereka sangat ketat. Mustahillah cerita awak, kecualilah awak salah seorang daripada mereka. Jangan kata yang awak ni salah seorang daripada mereka.” Dia mencurigaiku. 

“Tunggu dulu, saya bukannya daripada kumpulan mereka. Apa yang saya cakap betul.”

“Habis tu awak ahli sihirlah?”

“Tak saya bukannya ahli sihir. Saya adalah wartawan yang terhebat untuk masa ini.”

“Wartawan? Apa tu.”

“Tugasnya adalah untuk mengumpulkan maklumat daripada suatu sumber kemudian sebarkan maklumat tersebut.”

“Jadi awak bekerja dengan merekalah.” Aku menggeleng. “Kalau macam tu awak kena ikut saya, kita pergi jumpa dengan ketua pemburu di sini yang hebat. Dia menjaga keamanan kampung ini.”

Kami keluar daripada rumah dan terus menuju ke rumah ketua kampung ataupun dalam istilah mereka ketua pemburu. Tak salah aku Johan ada cakap yang ketua pemburu ini ialah membahagikan hasil buruan dengan sama rata ke penduduk kampung di sini. Sekarang kami berada di dalam rumah ketua pemburu. Aku agak hairan bagi ketua mereka di sini di luar rumahnya tiada langsung pengawal.

“Ketua, saya bawakan kepada tuan pendatang baru yang datang ke kampung kita. Saya terjumpa dia pengsan pagi tadi di belakang rumah saya. Katanya dia daripada kawasan pemburu brutal di kawasan…”

“Cukup saya nak bercakap dengan pendatang baru ini.” Ketua pemburu yang berjambang tebal, berambut panjang, bermisai tebal dan berbadan sasa menyuruh Johan untuk berhenti.

“Baik tuan.”

“Sila perkenalkan diri anda. Saya nak tahu serba-sedikit mengenai anda dan bagaimana anda boleh datang sini.” Dia nak tahu. Mereka tak nampak bahaya cuma dungu sahaja bagi aku.

“Nama saya Mimi. Saya…” Aku menceritakan kepadanya sama seperti mana aku menceritakan kepada Johan.

Dia mengusap janggutnya sambil matanya terpejam. Tunggu kepalanya mula tersengguk-sengguk. Jangan kata yang dia tengah tidur. Sia-sia sajalah aku cakap cerita aku yang panjang itu. Kemudian, pembantunya menggeraknya lalu membisik kepadanya yang aku sudah habis memberikan penjelasan.

Dalam keadaan mukanya yang mamun dia mulai berkata. “Kalau begitu giliran aku pula. Nama ku ialah Zen dan aku adalah ketua kampung di sini. Cerita yang kau sampaikan sangat menarik mengenai kucing melawan anjing.” Pembantunya berbisik kepadanya. “Oh, maaf maksud aku ialah pengenalan anda sampai anda boleh berada di sini. Aku simpati dengan kawan-kawan anda. Jadi untuk sementara ini aku nak tawarkan kepada anda kerakyatan sementara di sini.”

“Apa yang saya akan dapat sekiranya saya mendapat kerakyatan di sini.”

“Anda akan mendapat tempat tinggal, makanan, minuman dan hadiah tetapi anda perlu menolong kami dengan sesuatu.” Sudah agak tiada yang percuma jika berurusan dengan manusia.

“Jadi apa dia?”

“Kami perlukan kelebihan wartawan anda di sini untuk mengelakkan diri daripada kumpulan pemburu brutal.” Aku mengangguk.

“Kalau begitu awak sudah setujulah. Berikan kepadanya gelang tu.” Pembantunya menghulurkan gelang tangan yang dibuat daripada akar kayu kepadaku. “Pakailah gelang tersebut ianya adalah simbol kerakyatan di sini.” Akupun terus memakai dalam beberapa saat saja gelang tersebut mengetat pada baju lengan panjangku.

“Apa ini?” Aku agak terkejut.

“Itu untuk mengawal penduduk di kampung ini dengan mudah. Di sini terdapat hierarki pemerintahan. Iaitu daripada bawah sekali hamba, kedua rakyat biasa, ketiga pembantu ketua pemburu dan paling atas ketua pemburu. Daripada hierarki ini jika anda melanggar peraturan daripada ketua pemburu status anda sebagai rakyat biasa akan ditarik dan ditukar kepada hamba. Hamba adalah sebab daripada mereka yang melanggar peraturan kerana tidak ingin mengikut cakap ketua.”

“Jadi begitulah, sekarang saya akan menginap di mana?”

“Anda akan menginap di rumah Jessica, dia tiada di sini. Sekejap lagi Johan akan tunjukkan kepada anda jalan ke rumahnya.”

“Terima kasih.”

“Jadi anda memang tak nak tahu apa-apa lagi macam peraturan di sini ke?” Aku menggeleng. “Kalau macam tu aku akan ceritakan peraturan kampung di sini kepada kamu. Pertama, rakyat tidak boleh menanyakan mengenai peraturan. Kedua, rakyat mestilah mematuhi arahan ketua. Ketiga, peraturan adalah daripada ketua. Itulah peraturannya dan peraturan adalah tetap dan tidak boleh diubah. Baiklah, boleh beredar.” 

Aku dan Johan keluar daripada rumah ketua pemburu. Kami menuju ke rumah Jessica. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan seekor arnab melintas melalui kami. Aku pergi ke arah arnab tersebut lalu membelainya.

“Mimi pegang arnab tu.” Aku melihat reaksi Johan terus berubah. Dia mensasarkan panahnya ke arah arnab tersebut. Panah tersebut mengena arnab tersebut. Aku agak terkejut melihat apa yang dilakukannya. 

“Kau, apa yang kau lakukan.” Dia mengambil arnab tersebut daripadaku.

“Memburulah apa lagi. Inikan makanan. Selagi ada makanan di depan mata jangan membazir.” Dia memburu tanpa teragak-agak.

“Kau tak makan lagi ke?”

“Sudah. Aku dah makan.”

“Habis tu itu.” Aku menunjukkan tepat pada arnab tersebut.

“Yang ini untuk lauk yang akan datanglah. Jangan kata engkau nak.” Aku menggeleng.

“Ini ke rumah dia.” Johan mengangguk. Kami sampai di hadapan rumah Jessica. “Ketuklah pintu rumah dia.” Akupun mengetuk sampai ketukan ketiga baru pintu dibuka.

Seorang perempuan berumur 20-an mula muncul di hadapan muka pintu tersebut. “Ada apa ni?” Perangainya agak kelelakian. 

“Oh, ketua kata suruh saya menginap di rumah awak dahulu.” Dia merenung tepat pada mataku. Aku melihat ke arah lain.

“Kau datang seorang ke?” Aku menggeleng.

“Taklah saya datang dengan Jo…” Aku pusing untuk memanggil Johan. Malangnya dia tetiba sahaja menghilang. “Ya, saya datang seorang.”

“Masuklah dulu, kita bincang di dalam. Tch, tak guna Zen.” Dia kelihatan marah kepada ketua kampung ni.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaz Awan