Home Novel Seram/Misteri SEDAR (Sesat Dari Radar)
Bab 19
“Hahaha. Jadi macam tulah kisah dia.” Dia kelihatan terhibur apabila mendengar penjelasanku. “Jadi kau ni nak baliklah.”

“Boleh juga tapi saya kena cari kawan-kawan saya dulu.”

“Tak payahlah sopan sangat. Cakap kau aku sudahlah. Umur kitapun bukannya jauh beza sangat. Sekali lagi aku perkenalkan diri aku. Aku Jessica, pemburu nombor 2 di sini.”

“Jadi kau ni bawah ketua pemburulah?”

“Taklah aku bukannya bawah sesiapapun. Dia tu bapa aku. Aku malas nak mengaku kehebatannya. Sebab aku nak jadi kuat lagi daripada dia untuk perintah kampung ni.” Dia meneguk air dalam gelasnya.

“Oh, macam itu ke. Kau mesti hebatkan?”

“Taklah hebat mana.”

“Jadi, biasa-biasa sajalah.” 

“Baiklah, aku memang hebat. Puas hati” Nampak sangat yang dia ni nak rendah diri tapi tak jadi.

“Jadi apa tugas yang aku kena buat?”

“Sebagai wartawan yang berbakat, engkau mesti tahu maklumat dalam berburu. Jadi tugas engkau adalah memberikan aku maklumat yang jelas mengenai buruan kita. Kau berehatlah dulu petang nanti kita kena pergi cari buruan untuk makan malam kita ni. Di sini untuk makan kita perlulah berburu tanpa berburu kita tak dapat makan. Jika tak makan tenaga tidak ada. Jelas.” Aku hanya mengangguk dan berbaring di atas bentangan tikar mengkuang.

Pada sebelah petang pula, aku dan Jessica pergi masuk ke dalam hutan untuk memburu. Jessica mengeluarkan busurnya lalu mensasarkan ke arah seekor rusa yang sedang berjakan di belakang pokok. Aku menyampaikan maklumat kepadanya mengenai kedudukan rusa tersebut. 

Apabila dia yakin, dia terus melepaskan panahnya. Panah tersebut tembus melepasi kaki rusa tersebut. Panah yang dia tembak adalah sebanyak 4 dan keempat-empat panah tersebut mengena setiap kaki rusa tersebut. Rusa tersebut tidak dapat untuk melarikan diri kerana keempat-empat kakinya yang tercedera. Jessica terus berlari ke arah rusa tersebut lalu melepaskan satu hayunan parang pada tengkuk rusa tersebut.

Kami membawa balik daging rusa ke kampung dan dibahagikan sama-rata kepada penduduk yang tidak cukup kudrat untuk memburu. Misalnya warga emas dan ibu tunggal yang mengandung. Untuk kes ibu tunggal yang mengandung adalah jarang berlaku di sini kerana syarat kahwin membenarkan untuk kahwin awal. Bagi lelaki boleh berkahwin apabila mereka sudah akil baligh manakala perempuan apabila berumur 14 tahun.

“Berkat maklumat kau, kita untung hari ini.” Jessica gembira.

“Kaupun apa gunanya.” Aku memuji dia kembali sebab dia yang jenis rendah diri.

“Terima kasih. Macam mana, dah biasakan diri dengan hidup di sini.”

“Hebat jugalah lived di sini. Banyak aktiviti yang mencabar boleh buat.”

“Kalau kau nak tahu apa-apa lagi tanyalah aku. Jika berkenaan dengan kampung ini aku rasa aku boleh jawab.”

“Aku nak tanya pasal pemburu brutallah. Siapa dan apa yang mereka buat? Adakah mereka sebahagian daripada penduduk kampung ini?”

“Banyaknya,” dia agak terkejut. “Pastikan kau catat apa yang aku nak ceritakan ini. Untuk mengamati kisah ini lebih baik kita flashback.” Kamipun melihat ke arah siling rumah.



Dahulu kala, taklah lama mana kira-kira beberapa tahun yang lepas. Seorang lelaki yang lemah mahukan perhatian yang lebih daripada ayahnya yang kuat. Dia berhasrat untuk menjadi pemburu handalan seperti ayahnya. Oleh itu, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menandingi kekuatan ayahnya.

Malang sekali, budak tersebut masih tidak dipandang oleh ayahnya sendiri. Sehinggalah pada suatu hari budak tersebut menemui sesuatu tulisan di dalam sebuah gua. Pada tulisan tersebut tertera tulisan mengenai tujuh dosa kematian. Dia mendapati itulah caranya untuk menjadi kuat.

Setelah melakukan penyelidikan dan penemuan secara sendiri, dia akhirnya menemui suatu pintu yang membawanya kepada sebuah kotak. Apabila dia membuka kotak tersebut, dia dirasuk dengan kuasa jahat yang memberikannya kekuatan yang luar biasa.

Kemudiannya dia membentuk sebuah kumpulan daripada tujuh orang kerana itulah syaratnya. Ketujuh-tujuh orang tersebut mendapat kekuatan tujuh dosa kematian. Iaitu, marah, dengki, tamak, sombong, pelahap, pemalas, nafsu.

Setelah membentuk kumpulannya, dia terus mencabar ayahnya dalam suatu perlawanan untuk mengaut kuasa pemerintahan kampung. Mereka mengadakan pertarungan tradisi kampung ini iaitu pertarungan pemburu liar. Dalam pertarungan ini setiap pasukan mestilah membawa sebanyak 7 orang. 

Peraturan dalam pertarungan ini adalah sesiapa yang mencederakan sebanyak mungkin pada tubuh musuh dalam masa 1 minit menang. Membunuh juga adalah antara cara untuk menang. Sesiapa yang kalah perlulah patuh dan akur dengan peraturan baharu yang akan dibuat oleh pemenang.

Pertarunganpun dimulai dan pemenangnya adalah si anak. Si bapa tewas dalam pusingan akhir bersama anaknya. Si bapa pun perlulah akur dengan arahan si anak iaitu perlu meninggalkan kampung tersebut. Begitulah kisah bagaimana kumpulan tujuh dosa kematian terwujud.



Setelah dia habis berkata-kata kami meneguk air pudina yang dibuatnya. Baunya sungguh menyegarkan selepas mendengarkan flashback mengenai cerita tersebut.

“Jadi, apa yang berlaku dengan si ayah tu?”

“Si ayah tersebut membuat kampung baharu di kawasan yang tak jauh dengan tempat si anak. Macam yang kau tahu inilah kampung si ayah. Tempat yang kau kena tangkap tadi adalah kampung si anak.” Aku mengangguk menunjukkan reaksi sedang memahami.

“Wah, kisah ni macam dalam filem cerita Inggeris ja.”

“Cerita Inggeris? Apa tu?”

“Itu dekat alam manusia, rasanya kau sudah lama berada di dalam alam ini sampai tak tahu apa yang telah terjadi di alam manusia. Jika ada apa-apa yang boleh aku bantu, pesan saja padaku.”

“Kalau macam tu boleh aku tahu cerita inggeris tu macam mana.” Aku membawa keluar tivi mini yang telah ku upload cerita-cerita Inggeris ke dalamnya. “Jangan kau kata cerita Inggeris ada dalam kotak yang kau pegang tu.” Aku mengangguk. Kemudian aku buka dan membiarkan dia tonton. “Wei, dia cakap bahasa apa ni. Apasal aku tak faham, lepas tu ada tulisan pula kat bawah ni. Aku bukan belajar tulisan pun dekat sini.”

Setelah aku mengubah kepada alih suara baru dia dapat menonton cerita tersebut dengan tenang dan teruja. Aku terus menyambung tidur manakala Jessica masih menonton cerita tersebut pada larut malam. Setelah menyuruhnya untuk perlahankan suara tivi mini tersebut barulah boleh aku tidur.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaz Awan