Home Novel Seram/Misteri SEDAR (Sesat Dari Radar)
Bab 46
Sandra


Kali ini cerita pasal aku pula. Aduh apa yang mereka nak sangat dengar daripada kisah aku. Lebih baik aku ceritakan sahajalah, sebab esok ini mereka akan lupa juga. Aku akan mulakan ceritaku dulu. Sebelum itu, jangan lupa makan pop corn dan pakai kaca mata 3D. Ops, mana boleh nampak! Tak apalah. Ayuh kita teruskan



Cerita ini berkisar sejak dua ratus tahun yang lalu. Terdapat sebuah perkampungan yang terpencil di pedalaman. Pada waktu tersebut di Tanah Melayu masih lagi mengamalkan beberapa adat yang syirik dan hanya beberapa kawasan sahaja yang Islamnya tersebar manakala beberapa lagi tidak.

Di perkampungan tersebut bukannya kawasan yang dikenali ramaipun malah tiada langsung mereka dekat dengan pelabuhan ataupun kampung yang lain. Di situ hanya ada suatu kampung sahaja. Tiada yang dekat dengannya dan tiada yang jauh dengannya. Apa yang penduduk di situ tahu hanyalah mereka dan kampung mereka sahaja. Tiada tahu mereka dengan dunia luar ataupun dengan manusia yang lain. 

Suatu hari sewaktu penduduk kampung di sini bercucuk tanam dan menggembleng tenaga mereka untuk memastikan bekalan makanan mereka terus terjana. Terdapat suatu pasangan suami isteri yang berada di tepi pesisiran sungai. Sewaktu itu, mereka mencari ikan bagi mendapatkan bekalan makanan mereka pada hari itu. Mereka menemukan ikan tetapi di samping itu mereka juga menjumpai sebakul bayi yang berumur kira-kira 1 bulan begitu terhanyut di atas air. 

Disebabkan si pasangan ini tidak mempunyai anak dan mereka sudah mengidam lama untuk mendapatkan anak. Malah tidak dapat-dapat juga, entahlah mereka ini tak ada rezeki anak ataupun memang tak tahu cara untuk mendapatkan anak. Kemudiannya mereka ini terus mengambil anak tersebut dan dibawa ke rumah mereka. Di rumah mereka mula menamakan anak tersebut dengan pelbagai nama. Ada antaranya si sungai, si air dan sang ikan. Apa gila mereka ini, itu nama anak haiwan bolehlah. Sehinggalah ada suatu masa yang ada seorang dukun kampung tersebut datang kepada pasangan suami isteri ini dengan membawa ilmunya sebagai satu-satunya orang yang berilmu pengetahuan di kampung itu.

“Ada apa ini kalian berdua ini asyik bising sahaja. Apa masalah kalian kali ini?” Dukun tersebut bertanyakan kepada pasangan tersebut.

“Kamipun tak tahu, kami berfikir untuk memberikan nama kepada anak ini tetapi apabila kami panggil sahaja dia dengan nama yang kami berikan dia terus menangis.” Si suami meluahkan perasaannya.

“Mana anak kamu tu. Biarkan aku tengok dia.”

“Nah ini dia.” Si isteri menyerahkan anak tersebut kepada si dukun.

Si dukun mulai terkejut apabila melihat si anak tersebut. Dia mulai mengumat-ngamit sesuatu perkataan dalam mulutnya. “Dia berambut putih, ini bukannya manusia. Aku dapat rasakan yang dia adalah anak jembalang tanah. Dari mana kau berdua dapat anak ini.”

“Sebenarnya kami jumpa anak ini di tengah sungai dalam bakul. Macam mana boleh jadi anak jembalang tanah pula.” Si suami mulai was-was dengan si dukun. Walaupun mereka ini tidaklah sepintar mana tetapi mereka dapat tahu penipuan seseorang yang pandai. Sebab itulah mereka tidak sangat mendengar nasihat-nasihat daripada dukun di sini.

“Oh, ini mesti jembalang tanah letakkan anaknya ke dalam sungai.” Si dukun cuba untuk mengubah penjelasannya.

“Tak apalah, kami cari orang lain sajalah untuk tanya pasal anak kami.” Si isteri mengajak suaminya untuk beredar daripada rumah dukun kampung tersebut.

Kemudiannya mereka ini terus pulang ke rumah mereka memikirkan apa yang nak dibuat dengan anak kecil ini. Tidak lama selepas itu, orang tua si suami mulai mendatang ke rumah mereka. Si bapa suami merasakan gembira dan bersyukur kerana putranya telah mendapatkannya cucu. Dia berasa gembira dan mengambil bayi tersebut yang menangis di dalam buaian.

“Nama apa anak kamu ini?”

“Tentang itu, kami tak berikan apa-apa lagi.” 

“Aduh, kamu berdua ini apasal tak berikan nama kepada budak ini?”

“Kami tak tahu nak bagi nama apa bapa.”

“Kalau macam itu, disebabkan rambutnya yang berwarna putih bapa namakan dia sebagai Sandra.”

“Sebab apa Sandra bapa?”

“Entahlah bapa rasa nama itu memang padan dengan muka anak ini.”

“Sedap juga nama itu.” Si ibu gembira.

Semenjak daripada hari itu, si gadis tersebut mulai membesar dengan baiknya. Dia mengalami masalah kulit sewaktu dia kecil. Jika sekarang penyakit itu dikenali sebagai albino. Disebabkan itu, dia mulai menderita dengan penyakitnya yang tidak boleh terkena dengan cahaya matahari. Sewaktu umur anak ini mencapai 4 tahun dia mula merasakan perasaan yang cemburu terhadap budak-budak yang sebaya dengannya. 

Mereka dapat bermain di luar pada waktu siang manakala dia hanya boleh keluar pada waktu malam sahaja. Ada orang kampung di sini yang mengatakan yang anak ini ialah anak sumpahan. Hal ini membuatkan pasangan ini mulai rasa kesal. Namun, mereka tidak kisah dengan kata-kata penduduk tempatan sebaliknya hanya mengisahkan anak mereka.

Si pasangan ini mulai merancang untuk mencarikan penawar yang dapat menyembuhkan penyakit anak mereka ini. Rambutnya putih yang memanjang dan matanya yang sedikit merah membuatkan mereka risau dengan kesihatan anak mereka ini. 

Sandra dihantarkan ke rumah dukun buat jangka masa sebulan bagi menyembuhkan penyakitnya. Di situ, Sandra diajarkan tentang ilmu dan adat-adat dukun kepadanya. Si dukun kampung itu memberitahu yang cara untuk menyembuhkan diri adalah dengan membuat suatu ritual. Setelah hampir hujung sebulan, ritual mula diadakan dan Sandra gagal untuk menyelesaikan ritual tersebut menyebabkan si dukun menjadi marah dan pasrah untuk menjadikan Sandra sebagai anak didiknya. Sandra tidak berjaya dipulihkan lagi selepas itu.

 6 bulan telahpun berlalu apabila dia merasai sesuatu yang aneh mula berlaku padanya. Dia mahukan kebebasan untuk dapat keluar daripada rumahnya dan bermain bersama dengan rakan sebayanya. Dia melihat seekor burung yang terbang bersama dengan burung yang lain membuatkannya ingin menjadi seperti burung tersebut juga. Dia mula mendapat semangat untuk keluar daripada rumahnya bagi menempuh matahari. Dia percaya yang ada suatu kuasa yang akan membantunya boleh keluar daripada dunia malam tersebut. Akhirnya apabila dia berada di bawah sinaran matahari penyakitnya mulai sembuh dan kulitnya tidak lagi menjadi teruk. Kulitnya yang merah lama kelamaan menjadi seperti manusia biasa. 

Disebabkan hal itu, ibu dan bapanya mulai gembira. Itu tidak apalah tetapi ada yang mengatakan yang anak ini menjelmakan jembalang untuk membantunya. Namun itu hanya cerita buatan dan terima kasih kepada yang memulakan cerita tersebut. Ramai yang mulai percaya yang Sandra menggunakan jembalang untuk membantunya. Padahal dia tidak mengetahui apa-apapun. 

Pada suatu hari ketika malam, Sandra mendengar ibu dan ayahnya menyuruhnya untuk bangun dan melarikan diri. Dia tidak tahu apa-apa lagi ketika waktu itu, dia tertanya-tanya bunyi apa yang bising pada waktu tengah malam ini. Dia memandang di luar tingkap rumahnya dan mendapati beberapa orang kampung datang ke rumahnya sambil membawa obor api dan pencakar. Mereka kelihatan seperti kehausan darah manusia.  

“Ayah ada apa ini semua?”

“Kamu pergi berlari ke luar melalui pintu belakang.” Sesempat sahaja Sandra dibawa keluar oleh ibunya melalui pintu belakang. 

“Sandra, ibu dan ayah sangat sayang kamu. Jadi jangan mati lagi selagi kamu tak bahagia. Jangan menangis lagi selepas daripada ini sebab kamu istimewa. Pergilah kamu mencari kebahagian di luar sana kerana…”

‘The world is beautiful’.

Sandra terus melarikan diri apabila dia ternampak yang badan ibunya ditikam daripada belakang. Mengingat sahaja kata-kata daripada ibunya dia terus melarikan diri ke arah sungai dari arah belakng rumahnya. Pada ketika itu, sungai adalah kawasan larangan kerana dikatakan banyak jembalang berkeliaran ketika itu. Pada masa yang sama juga dia dikejar oleh penduduk kampung yang merusuh.

 Tidak lama selepas itu, dia terjatuh di atas sebuah batu yang terdapat suatu tulisan padanya. Mujurlah dia belajar di rumah dukun kampung itu membuatkannya tahu dalam membaca walaupun sedikit. Habis sahaja dia membaca ayat yang ada pada batu tersebut. Batu tersebut terus terjaga dan seorang lelaki tua berbongkok dengan bentuk muka dan kakinya yang seperti gajah.

Sandra menjadi terkejut apabila ternampak makhluk aneh seperti itu. Kelihatannya makhluk itu dikejutkan dengan ayat yang dibaca Sandra tersebut. Makhluk itu ialah Sang Kelembai yang menyumpah manusia menjadi batu. Semua orang rusuhan yang datang ke sungai tersebut mulai disumpah menjadi batu apabila suara mereka kedengaran. Makhluk tersebut tidak menyumpah Sandra kerana tidak nampak. Setelah semua orang disumpah menjadi batu.

 Makhluk tersebut terus terbang dan pergi ke tempat yang lain. Pada malam itu jugalah banyak terhasilnya manusia batu. Dia tidak mengetahui apa yang berlaku dengan orang yang tetiba ini yang menjadi keras. Sekarang dia tiada lagi tempat untuk pulang dengan keadaannya yang masih lagi kanak-kanak. Apa yang dia boleh buat. Dia mahu untuk melenyapkan sahaja dirinya daripada dunia ini. Ketika itu dia berfikiran seperti begitu dan kemudiannya dia mulai menangis. 

Tak lama selepas itu, terdapat suatu lembaga yang datang sambil membawa suatu obor di situ ternampak Sandra. Pada mulanya dia segan untuk menegur tetapi apabila ternampak rambut gadis tersebut yang berwarna putih dia mulai seperti pernah nampak susuk seperti ini.

“Adik? Ada apa yang dah jadi ini?” Lembaga tersebut adalah seorang lelaki yang mengenalinya.

Dia mulai berhenti menangis dan menceritakan tentang masalahnya kepada lelaki tersebut. “Pak cik ni siapa?”

“Bukan Pak cik, panggil abang. Abang ni ialah seorang perantau sahaja. Boleh bawakan abang ke rumah kamu?” Kemudiannya budak wanita tersebut membawakan lelaki yang tidak dikenalinya itu ke rumahnya. Sampai sahaja di belakang rumahnya, budak perempuan tersebut mulai memanggil ibunya yang telahpun terbaring di atas tanah. Namun panggilan tersebut tidak memberikan apa-apa balas. “Adik…”

“Abang, mengapa ibu tidur tak bangun-bangun lagi. Apa yang dah jadi ni. Ibu sakit apa-apa ka?” Lelaki tersebut agak terkejut dan takut pada mulanya. Namun dia menguatkan dirinya untuk memberitahu anak gadis tersebut.

“Adik, mana ayah kamu?”

“Dia ada di dalam rumah.” Mendengar sahaja kata-kata daripada gadis tersebut. Lelaki tersebut terus bergegas memasuki ke dalam rumah tersebut. Dia tidak menyangka bahawa anak ini kehilangan kedua-dua ibu bapanya juga pada malam yang sama.

Dia keluar daripada rumah tersebut dan memberitahu sesuatu perkara yang budak tersebut tidak tahu lagi. “Adik tahu tak tentang tuhan.” Budak tersebut menggeleng.

“Tuhan itu macam jembalang ka?”

“Tidak, tuhan bukannya seperti jembalang. Tuhan ini ialah pencipta kepada semua hidupan yang ada di muka bumi ini. Dia yang mencipta manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan jembalang. Tuhan ambil balik apa kepunyaannya daripada adik sebab tuhan sayangkan mereka.” Selalunya ayat-ayat seperti ini susah untuk kanak-kanak biasa fahami tetapi Sandra dapat memahami maksud yang diceritakan oleh lelaki tersebut.

“Abang, tuhan sayangkan ibu dan ayah saya ka?” Lelaki tersebut mengangguk. Dia mulai sedih sedikit tetapi dia mengingati kata-kata daripada ibunya untuk tidak menangis. Dia menahan tangisannya. “Apa yang saya nak buat dengan tubuh mereka di sini.

“Biarkan abang yang uruskan tentang itu. Kamu mesti tak tahukan tentang sesuatu ini.”

“Sesuatu apa?”

“Manusia itu diciptakan daripada tanah dan penamat mereka juga mestilah di tanah. Abang akan gali tanah di sini.” Pada malam itu juga kedua-dua ibu dan ayah budak tersebut ditanamkan. “Sekarang kamu nak tinggal dengan siapa?” Budak menggeleng. “Kamu boleh ikut abang ni mengembara lagi.”

“Boleh ka abang?”

“Boleh tak ada masalahnya.” Semenjak daripada itu, mereka mengembara bersama ke seluruh pelbagai jenis tempat di hutan. Budak tersebut dapat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan semasa dia berumur 4 tahun. 

Dua tahun sudahpun berlalu dan Sandra kini pulang ke kampung halamannya seorang diri. Dia berhasrat untuk mati di sini bersama dengan ibu dan bapanya kerana telah menemukan kebahagiaan dalam tempoh dua tahun. Pada masa yang sama juga dia mendapat tahu yang kampung ini sepertinya menjadi sunyi dengan tetiba.

 Dia menggunakan gelaran nama yang baharu sebagai langkah keselamatan. Nama gelaran baharunya ialah Ardnas. Dia dapat nama ini daripada lelaki pengembara tersebut. Dia dapat dengar khabar daripada penduduk tempatan tentang makhluk yang merubahkan manusia kepada batu di kampung ini.

 Mereka mengikut bunyi loceng. Loceng yang pertama menunjukkan yang selamat untuk keluar manakala loceng yang kedua ialah masa untuk masuk ke dalam rumah. Loceng yang ketiga sama seperti yang satu dan sama juga dengan loceng yang keempat dengan kedua.

Suatu hari ketika budak tersebut membasuh pakaiannya di pinggir sungai rumahnya, dia menemui seorang lelaki remaja hanyut di sungai tersebut. Dia berhasrat untuk menyelamatkan nyawa lelaki tersebut. Setelah dia menyelamatkan lelaki tersebut yang terhanyut. Lelaki tersebut mula terjaga dan memanggil nama sebenar perempuan tersebut. Dia sepertinya tidak menjangka yang lelaki ini tahu akan namanya.

Kemudiannya dia membawa lelaki tersebut ke rumahnya dan memberikan pakaian ganti untuk pakaian yang basah. Lelaki tersebut seperti datangnya daripada masa hadapan. Lelaki tersebut mendapat tahu mengenai makhluk yang menukarkan sesuatu kepada batu. Dia merancangkan sesuatu dan merahsiakan kepada gadis tersebut.

Pada malam berikutnya, lelaki tersebut membawanya ke pinggir sungai yang berdekatan. Dia berada di belakang pokok manakala lelaki tersebut menuju ke suatu makhluk yang sedang memandang pada arah sungai. Dia tidak menjangka yang lelaki tersebut mengalahkan makhluk tersebut dengan menjadikannya batu kembali. Tidak lama selepas itu, makhluk tersebut mulai jatuh dan susuk seorang wanita mulai mucul.

Gadis tersebut juga tidak menyangka yang perempuan tersebut mengenalinya. Kemudiannya dia mengajak lelaki itu untuk pulang ke tempat mereka semula. Saat lelaki itu mulai menghilang, gadis tersebut memulakan misi hidup barunya untuk mencari cara menemui lelaki tersebut. Dia mengembara ke pelbagai tempat dan mencipta suatu mesen yang dapat membuatkan badannya untuk tahan lama… Semenjak daripada itu, khabar tentang Sandra mulai menjadi melular dan dikatakan sebagai legenda.



Habis juga aku bercerita kepada mereka. Sebab itulah aku malas nak cerita sebab cerita dia panjang sangat. Siapa yang nak tahu cerita-cerita panjang. Tapi apabila aku melihat ekspressi muka mereka di sini mulai sedih dan ada yang mengalirkan air mata dengan cerita aku. Tambah pula Bai. Sejak bila dia datang. Akupun tak sangka yang rumah ni tetiba sahaja penuh dengan orang ramai.

Previous: Bab 45
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaz Awan