Bab 26

Sesuatu yang buruk berlaku

Bukannya satu malang petaka

Ianya hanyalah suatu ujian

menjadi manusia yang baik


Takkanlah aku akan jadi macam ni sampai ritual itu selesai. Aku takkan biarkan perkara tersebut daripada berlaku. Aku berusaha untuk bangun walaupun terikat pada kerusi. Malangnya tidak berlaku, aku kena sedar yang ini bukannya dalam cerita drama ataupun filem aksi. Macam watak utama yang jadi kuat dalam waktu yang tertentu. Aku kena hadapi realiti, satu sahaja cara yang mula berlegar dalam fikiranku. Mungkin cara ini jarang watak utama buat tapi tak apalah.

Aku menarik nafas dan mengira daripada satu sehingga tiga. Kemudian aku melepaskan apa yang aku simpan. “TOLONG!!! ADA SESIAPA TAK KAT LUAR?” Aku mengulang berkali-kali sehinggalah aku merasa penat menjerit.

Malang sekali usahaku tidak membuahkan hasil. Aku berehat untuk sementara.  Mesti ada ingat sebab apa aku tak lepaskan ikatan tanganku menggunakan tangan. Aku sebenarnya ada masalah dengan tali. Apabila aku meleraikan tali mesti menjadi suatu ikatan. Sebab itulah aku tak buat. Setiap orang ada kelemahan mereka masing-masing.

Dalam beberapa minit aku duduk memikirkan apa yang bakal berlaku. Tiba-tiba, ikatan pada pergelangan tanganku dilepaskan. Siapa yang membuka ikatan ini? Aku masih tertanya-tanya dalam hatiku. Kemudian ikatan pada bahagian kaki yang terikat pula dileraikan. 

Disebabkan keadaan yang gelap ini aku tak dapat untuk melihat apa-apa. Mahupun rasakan siapa ini. “Siapakah kau?” Aku mahukan kepastian.

“Akulah takkan kau tak kenal.” Suaranya macam pernah aku kenal.

“Sandra! Bagaimana kau boleh ada di sini?” Walaupun aku tak dapat untuk melihatnya. Sekurang-kurangnya aku dapat bercakap dengannya.

“Aku sentiasa ada dengan kau. Kau sahaja yang tidak perasan.”

“Jadi kau sudah ada di sini lamalah?”

“Haah. Sekarang selesaikanlah tugas kau di sini. Dia meletakkan sesuatu pada tanganku.”

“Apa ini?”

“Kau kena keluar daripada sini cepat. Selamatkan kawan-kawan kau.” Apabila aku menyimpan sahaja barang yang dia berikan kepadaku di poket seluarku, kemudiannya dia terus menghilang. Entah kenapa bulu romaku naik buat sementara.

 Aku menyeluk pada poket seluarku. Mujurlah masih ada telefon bimbitku. Begku mesti sekarang berada di dalam bilik sebelum aku masuk. Berbekalkan cahaya flashlight telefonku untuk mencari jalan kuluar. 

Aku menyuluh pada keadaan sekeliling dan mendapati ada sesuatu yang tidak kena. Iaitu ruang ini dipenuhi dengan barang lama yang berhabuk dan agak kotor. Bukan itu sahaja, aku terjumpa beberapa tengkorak manusia bergelimpangan di merata tempat. Mungkin ini adalah daripada ritualnya sebelum ini.

Setelah mencari dan mencari, akhirnya aku temui juga jalan untuk keluar daripada tempat ini. Namun begitu, pintunya kelihatan seperti terkunci. Aku cuba mengetuk berkali-kali untuk keluar. Namun tiada apa yang terjadi. 

Tiba-tiba, aku mendengar selak pintu terbuka daripada luar. Pintu dibuka perlahan-lahan sehinggalah terbuka luas. Aku ternampak father sekarang membawakan sedulang makanan untuk turun ke bawah. Tanpa membuang masa aku terus merempuhnya dan membuatkannya terjatuh. Aku terus duduk di atasnya. Namun dia tidak berputus asa, sebaliknya dia meronta-ronta untuk bangun. Aku kemudiannya melepaskan sedas tumbukanku pada mukanya dan mujurlah tumbukan tersebut membuatkan dia tidak sedarkan diri.

Aku terus mengambil baranganku di dalam bilik. Namun, aku mendapati yang Rachel tidak lagi kelihatan. Mungkin dia telah melarikan diri daripadaku ataupun ada sesuatu yang Cik Speaker itu rencanakan. Entahlah, siapa yang kisah dengan perempuan itu. Sekarang aku kena buat rencanaku pula.

Aku menggantikan diriku dengan father dan mengunci bilik bawah tanah. Biarlah aku jadi jahat pula. Orang selalu kata biar api melawan api. Tapi bila fikir balik pasal api, lebih baik api melawan air. Sekurang-kurangnya, api terpadam disebabkan air.

Sekarang plan yang kedua adalah ke menara tesla pula. Aku kena cepat sebelum terlambat. Lepas aku set program dekat menara tesla tu, aku akan habiskan Cik Speaker tu pula.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh