Home Novel Seram/Misteri SEDAR (Sesat Dari Radar)
Bab 38
Han


Aku baru kembali semula pada realiti. Apa yang telah terjadi padaku. Aku nampak Mimi berada di atasku. Nampaknya dia sedang menangis dan mengapa dia tengah menumbukku. Apa yang telah terjadi. “Mimi, kau masih lagi hidup?” Dia berhenti menumbukku.

“Aku hidup lagi, sebab itulah aku kena bagi kau hidup juga.” Dia berhenti menangis dan memberikan tumbukan terakhirnya kepadaku. Sakit tumbukannya lagi sakit daripada mereka bertujuh tadi.

“Bangunlah. Sekarangnya bukan masa untuk berasmara lagi. Tempat ini akan datangnya ramai orang yang nak menuntut bela kekalahan ketua mereka.” Luna datang berkata kepadaku dan Mimi. Mimi terus bangun daripadaku dan meregangkan badannya. “Pegang aku, kaki kau masih lagi tidak sembuh sepenuhnya.” Mimi berpaut pada bahu Luna. Ini mesti sewaktu dia jatuh baru-baru ini.

“Mimi aku minta maaf sebab tak selamatkan kau masa kau jatuh.” Dia menggeleng kepadaku.

“Taklah. Kau tak salah apa-apapun. Aku tahu kau mengalami masa yang sukar seorang diri masa kami tak sedarkan diri.” Mujurlah dia faham.

“Sebelum itu, bagaimana dengan racun?” Aku tertanya-tanya kepada mereka yang ada di sini termasuk Rachel.

“Oh, tentang itu ada orang yang berikan vaksin sewaktu membebaskan kami. Aku tak kenal mereka tetapi sepertinya mereka mengenali kau.” Luna memaklumkan hal tersebut kepadaku. Jangan kata orang yang mengaku dia sepupuku. Nampaknya selepas ini aku kena tanya nenek pasal salasilah keluarga akulah.

“Mujurlah korang semua selamat.” Aku nampak Rachel dalam keadaan senyap terlalu lama. “Oi, Rachel! Ada apa yang mengganggu kau kah?” Dia memandangku kemudian mengangguk. “Apa dia?”

“Aku nak tanya soalan ini daripada dulu lagi. Apasal kau dengan Mimi rapat sangat. Apa hubungan kau berdua.” Alamak dia cemburukah.

“Kami…” Tak sempat aku kata apa-apa lagi Mimi menyampuk.

“Kami sebenarnya kekasih.”

“Ha?” Aku, Rachel dan Luna terkejut mendengarkan penjelasan daripada Mimi.

“Bukankah macam tu Han?” Apasal dia samakan aku dengan perempuan sadistik ni.

Lebih baik aku ubah tajuk bicara. “Tunggu sekejap, lebih baik kita keluar daripada sini. Sebelum itu, apa yang dah jadi dengan pak cik?” Aku menuju ke arah pak cik yang tengah terlentang dan menggerakkannya. Dia membuka matanya

“Han, itu kamu ke tu. Pak cik nak minta maaf sebab tak selamatkan kamu dulu. Rasanya inilah kata-kata terakhir daripada pak cik. Jiwa pak cik dengan ahli sihir Wiz tak boleh diasingkan sudah. Lebih baik kamu bunuh pak cik sekarang sebelum apa-apa yang terjadi.” Aku agak terkesan dengan kata-katanya tetapi aku tak rasa boleh mengalirkan air mataku sekarang. Aku hanya mampu bersedih tetapi nak tergelak pun ada. Badannya kini berada dalam badan Wiz. “Cepat bunuh pak cik sebelum terlambat.”

“Pak cik sekarang dah jadi Wiz lah.”

“HAH!!!” Dia terkejut.

“Han. Biar kami yang ambil dia.” Tiba-tiba, orang yang mengaku dia sepupu ku datang.

“Apa yang kau nak daripada dia?” Luna bertanya.

“Itu bukan urusan kau.” Seorang gadis yang matanya merah dan berpakaian seperti lolita di sebelahnya mengangkat pak cik. “Ciao.” Mereka terus menghilang.

“Apakah?” Mimi terkejut.

“Sudahlah, kita kena keluar daripada sini cepat. Kita kena elakkan diri daripada bertempur.” Luna berkata.

“Baiklah, ayuh kita bergerak.” Aku masih ada lagi seperkara tak selesai di sini. Apabila mereka keluar daripada bilik tersebut, aku terus menutup dan mengunci pintu. Kedengaran mereka mengetuk pintu itu berkali-kali untuk masuk ataupun risaukan aku.

Kalau tak salah aku di sini mesti ada suatu bilik yang membawa kepada pusat kawalan menara ini. Setelah menerokai bilik ini dalam masa yang singkat. Aku menemui sebuah rak buku tetapi aneh kerana tiada buku langsung pada raknya. Aku menolak rak buku tersebut untuk melihat ada apa yang di sembunyikan di sebalik rak tersebut. Tak ku sangka aku jumpa juga ruang rahsia menara ini. Di situ terdapat tangga yang membawaku ke tingkat lagi atas menara ini. Rasa macam duduk dalam istana sleeping beauty pun ada. Aku terus berlari menuju tingkat paling atas.

Hampir sahaja aku ke tingkat atas, aku ternampak Sandra yang tengah duduk di tangga. Sejak bila dia boleh sampai di sini. Sepertinya dia menunggu seseorang. Aku cuba menjadi jiran tetangga yang peramah dengan menyapanya.

“Hi. Apa yang kau buat di sini dan sejak bila pula?” Aku rasa aku banyak tanyalah pula padanya.

“Oh, aku tengah tuggu seseorang di sini. Aku tak sangka yang dia baru tunjukkan mukanya di sini.” Dia tujukan kata-kata tersebut padakukah.

“Maaflah, aku tak bermaksud untuk lambat. Lagipun aku baru sahaja reunion balik dengan member-member aku.”

“Tak apalah. Lagipun ini baru menara yang keempat. Bukalah pintu tu. Mesti kau akan tergamam.” 

Apa maksud dia dengan tergamam. Aku membuka pintu di menara atas ini dan memang betul aku tergamam melihat apa yang ada di depan mataku ini. Pemandangan ini adalah langit. Sepertinya pintu ini membawaku ke langit ataupun sebaliknya.  

“Memang aku tergamam tapi apa maksudnya dengan ini. Tak ada tempat kawalanpun di sini.”

“Itulah pasal. Kau jangan biarkan pandangan kau mengaburi pemikiran kau.” Ini mesti ada kaitan dengan ilusi optik. Nampaknya aku kena merenung lebih lamalah di atas ni. “Satu lagi kalau kau nampak jalan, pastikan kau hati-hati. Sebab air yang tenang jangan disangkakan tiada buaya.” Dia asyik berikan aku petunjuk tetapi petunjuknya ada yang membuatkan aku menjadi lebih seram.

Aku memejam mata dan membuka kembali untuk melihat. Dan memang benar ini adalah jambatan yang tidak siap. Kalau silap langkah aku boleh mati ni. Nasib baiklah tinggalkan mereka adalah pilihan yang tepat. “Apasal aku jadi cuak ja ni.”

“Lawan perasaan takut kau dan percayakan naluri. Masa inilah kita nak percayakan naluri kita. Kalau kau jatuh kau kena percayakan qada’ dan qadar. Maksudnya kematian kau.” Pandai pula dia ceramah aku. “Cepatlah bergerak kalau macam ni sampai ke malam esok kau tak sampai.” Dia menolakku.

Gilalah sekarang aku berada di atas sebuah jambatan kayu yang lutsinar. Aku kena hati-hati sebab terdapat beberapa ruang yang besar pada beberapa bahagian jambatan ini. Aku kena seimbangkan badanku kalau tak, aku jatuh. Aku mendepakan tanaganku untuk mencapai keseimbangan. Aku jalan dengan berhati-hati di atas sebuah jambatan kecil yang ada di hadapan. Hampir sahaja aku berada di tengah-tengah jambatan ini, aku terdengar pintu menara tersebut ditutup. Sandra tidak kelihatan. 

Aku tak boleh berpatah balik sebabnya Inilah masanya aku kena yakin dengan diri sendiri. Aku terus berjalan melalui jambatn ini yang berbengkang-bengkok. Sehinggalah aku sampai di atas awan. Dalam fikiran aku sudah seronok sudah sebab berada di atas awan. Aku baru sahaja nak buktikan yang aku adalah orang melayu yang pertama berada di atas awan. Namun aku ternampak suatu buzzle berdekatan yang tergantung pada suatu kayu. Apabila aku tekan sahaja, pemandangan langit ini berubah kepada suatu bilik yang luas. Aku baru sedar yang jambatan yang membawaku ke sini ialah titian gantung yang bergabung dengan beberapa lantai membuatkannya menjadi bengkang-bengkok. Ini mungkin agak memalukan tetapi ketinggian titi ini dengan lantai di bawahnya lebih kurang 50 cm. Sandra naik daripada lantai yang bawah ke lantai yang atas.

“Macam mana, hebat tak?” Aku memandang wajahnya sambil membuat kerut yang serius. Sementara itu, dia kelihatan berseronok.

“Apa maksudnya semua ni?”

“Kan aku dah kata ilusi optik. Sebab itulah aku kata jangan biarkan penglihatan mengganggu pemikiran. Kau tak yakin dengan pemikiran kau. Sekurang-kurangnya kau berjaya sampai tanpa jatuh. Tahniahlah! Malangnya tiada sijil untuknya.”

“Baiklah-baiklah lepas ni aku dengar cakap kau.” Dia tersenyum gembira. Walaubagaimanapun, perempuan masih lagi ciptaan yang misteri.

Di hadapan kami terdapat suatu alat kawalan yang mengawal menara ini. Alat tersebut, kali ini berupa suatu pemancar radio. Aku terus ke alat kawalan tersebut. Nampaknya aku kena guna kod kalau nak ubah peraturan di sini. Mujurlah PDA ada. Aku memasukkan apa yang aku nak tulis ke dalam PDA dan tukarkan tulisan tersebut kepada kod morse. Aku tak sangka pencipta menara tesla ini memang buat PDA ini berguna untuk semua menara tesla di sini.

Setelah siap melakukan programming di menara ini. Aku merasakan suatu firasat yang kurang senang apabila Sandra menarik tanganku lalu berlari menuju ke arah pintu yang kami masuk.

“Apa yang dah jadi ni?”

“Menara ini akan mengalami beberapa gegaran sedikit. Mungkin ada beberapa banduan di menara ini yang dikurun berabad lama akan terlepas disebabkan gegaran ini.” Ini merisaukan aku.

“Apa yang akan terjadi kalau mereka terlepas?” Aku melihat reaksi dia. Dia kata benda betul. Kali ini dia tak main-main.

“Masalah yang besar akan melanda ke kampung yang menara teslanya tidak diperbaharui. Maksudnya kampung yang kelima iaitu kampung Bunian.” Aku tak sangka.

“Bagaimana cara nak halang mereka daripada masuk ke Kampung Bunian?”

“Caranya ialah masuk ke dalam menara tesla di kampung tersebut. Malang sekali, menara tesla di kampung tersebut dikawal ketat. Akupun tak boleh nak masuk ke dalam menara tersebut.”

“Menara tesla ketigalah.”

“Yang tu aku boleh masuk.”

“Apasal kau tak masuk sekali dengan aku saja.”

“Rahsia perempuan. Kau apa tahu.”

Setelah dalam keadaan tergesa-gesa turun daripada tangga tersebut untuk mengelakkan diri daripada tertanam hidup-hidup di dalam ruang rahsia. Akhirnya, kami berjaya juga keluar daripada ruang tersebut. Aku mendapati yang terdapat tiga orang perempuan yang tidak puas hati menungguku di ruang dewan tersebut. Aku tak sangka yang mereka semua ini nak bunuh aku.

“Maafkan aku kekawan semua. Kita tak ada lagi masa. Kita perlu ke kampung seterusnya. Pengembaraan baru sahaja bermula.” Ini bukannya penamat cerita ini OK.

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaz Awan