Home Novel Seram/Misteri SEDAR (Sesat Dari Radar)
Bab 47

Han


Harinya sudah tiba bagi kami untuk keluar daripada dunia ini. Kami mengucapkan selamat tinggal pada ketua kampung di setiap kampung terlebih dahulu sebelum keluar. Kami seterusnya, memulakan perjalanan kami untuk keluar daripada tempat ini. 

“Oi,” Mimi menampar mukaku.

“Apa lagi dengan kau ni?”

“Kau tahu ka arah untuk ke pintu gerbang dunia ini.”

“Entahlah? Ada tak sesiapa di sini yang tahu.” Aku memandang mereka berempat. Luna dan Rachel menggelengkan kepala mereka manakala Sandra menepuk dahinya. Sekarang Mimi tengah marah denganku. Aku tak nak mati masa ni. Bukannya masa untuk ending cerita ni.

Kemudiannya, aku melihat pada PDA yang aku letakkan dalam beg sandangku. Baru aku ingat yang ada aplikasi peta pada PDA ini. Memang tak salah lagi bila kau tengok. PDA ini menunjukkan peta untuk ke gerbang yang terbuka di hutan ini. Aku menunjukkan kepada Mimi yang aku sudah tahu. Nasib baiklah, dia tidak jadi nak bunuh aku.

Merujuk peta tersebut, pintu gerbang terletak di kampung yang keempat. Baru aku ingat yang kampung tersebut ialah kampung kepada ahli sihir. Lokasi kampung tersebut dengan kampung ini terletak di arah tenggara kampung ini. Baru aku faham tentang peta dunia di sini. Kampung bunian ini terletak di tengah-tengah hutan ini. Sebaliknya kampung yang lain berada di sekeliling kampung ini. Sebab itulah menara tesla ini berfungsi di sekitarnya sekali.

“Betulkah ni jalan dia? Berapa kali dah kita pusing di tempat yang sama.” Aku baru perasan apabila Luna memberitahu. “Aku nak tengok peta tu.” Dia mengambil PDA padaku lalu melihatnya. “Oh, baru aku faham! Kau gunakan kompas tak nak pergi ke arah kampung ni.”

“Kompas? Kena guna ka benda tu?” Mimi berkata.

“Manalah aku ada kompas.”

“Kena ada juga. Kau kalau nak baca peta mesti kena guna kompas.” Luna mengeluarkan kompasnya nak menunjukkan cara untuk membaca kepadaku. “Kau kena ikut arah tenggara kompas ini. Cuba kau tengok betul-betul.” Aku melihat kompas tersebut dan mendapati yang jarumnya berpusing-pusing tidak berhenti. 

“Apa yang dah jadi ni?”

“Ini mesti ada sesiapa membawa magnet?” Luna cuba meneka. Namun kami di sini hanya menggeleng. “Takkanlah tak ada. Ini mesti fenomena daya tarikan magnetik yang kuat di kawasan ini.”

“Kalau macam tu tak ada functionlah guna kompas.” Mimi berkata.

“Kena ikut naluri jugalah.” Sandra sambung.

“Kau takkan tak tahu kot jalan nak ke kampung halaman kau?” Luna tanya pada Rachel yang masih dalam keadaan senyap.

“Sebenarnya aku tak ingat jalan ke kampung tu. Sebab aku membesar di kampung haiwan terlalu lama.” Melihat raut wajahnya yang serius menunjukkan yang tiada pembohongan.

“Baiklah-baiklah. Nampaknya, aku kena panggil dia jugalah ni.”

“Panggil siapa?” Luna dan Mimi bertanya.

“Sandra, panggilkan Leshie.”

“Sebab apa aku?”

“Dia tak tunaikan lagi permintaan kau yang kalahkan dia.”

“Kalau kau kata macam tu.” Sandra terus memejam matanya dan mula melakukan telepati di sekitar kawasan ini. 

Dalam beberapa ketika sahaja selepas itu, Leshie mulai muncul di sebalik pokok jati besar di belakang kami. “Makhluk mana yang berani memanggil aku?” Kedengaran suaranya seperti mahu menakutkan orang tetapi apabila dia ternampak sahaja muka Sandra, dia mulai takut dan tunduk hormat.

“Apa masalah kau ni?” Sandra menanyakan kepada Leshie.

“Maafkan patik tuanku.” Leshy mengulang kata-katanya berulang kali.

“Berhentilah. Tunjukkan kami jalan ke kampung empat.”

“Ha? Tuanku nakkan patik bawakan tuanku ke kampung keempat. Untuk apa?”

“Ikut sajalah kata-kataku.” Sandra terus kata.

“Baiklah kalau macam tu. Ikut patik. Pastikan jangan tersesat sebab jalan di sini sangat susah untuk dilalui tanpa peta.

Kemudiannya kami terus mengikuti Leshy daripada belakang. Dia menunjukkan arah ke kampung empat melalui jalan pintas. Semasa melalui jalan tersebut dia memberitahu kami untuk berada da; am keadaan sedar. Sesiapa yang tidak sedar semasa melalui jalan tersebut akan tersesat di hutan ini. Oleh itu, Sandra membuat komunikasi telepati kepada kami semua untuk memastikan berada dalam keadaan yang sedar. 

Mujurlah semuanya sampai di kampung empat dengan selamat tetapi apabila menyedari sahaja Leshy sahaja yang tiada. “Mana Leshy?” Mimi menyoal kepada kami.

“Oh, pasal dia aku tinggalkan dalam hutan tu. Pandai-pandailah dia dapatkan kesedarannya balik. Jom kita masuk.”

“Kalau itu yang kau cakap. Jomlah kita pergi?” Sekarang di hadapan kami terdapat suatu gerbang yang agak tinggi. Pada mulanya akupun tak menyangka yang gerbang ini adalah dua batang pokok gergasi yang melilit antara satu sama lain. Laluan gerbang itu agak rendah, perlu merangkak untuk melaluinya. Jadi inilah jalan untuk kami pulang ke dunia kami semula.

Sebelum kami nak lalu jalan tersebut aku menanyakan kepada Rachel terlebih dahulu. “Kau betul-betul nak ikut kami pergi keluar daripada hutan ini?” Tanpa berfikir panjang, dia terus mengangguk.

“Biarkan aku ikut sekali. Lagipun aku tak nak berada sudah di tempat ini. Akukan pelayan kepada kau.”

“Kau tak takut dengan kesan sampingan dia?”

“Tak aku tak takut selagi boleh membantu kau. Aku sanggup.” Dia bertekad.

“OK lah. Kalau macam itu, ayuh kita laluinya sekarang.” Kami kemudiannya merangkak melalui celahan tersebut dengan segera. Aku orang yang terakhir yang merangkak melaluinya. Ketika ku baru merangkak untuk keluar, kaki ku ditarik oleh seseorang menyebabkan aku tidak dapat untuk melepasi gerbang tersebut.

“Aku nak bagi tahu sesuatu kepada kau ni. Nanti bila ada masa percuma datanglah ke mansion datuk. Kau pasti akan sukakannya. Kalau kau nak tahu lebih lanjut boleh tanya kepada nenek kau.” Kemudiannya sepupu ku terus menghilang. Macam biasalah perangai budak tu.

Sekarang kami semua sudah melepasi gerbang tersebut. Aku tak menyangka yang mereka berempat memandangku dengan reaksi yang agak marah. Apa pula yang aku buat kali ini?

“Apa pula kali ini?”

“Kau lambat sangat. Apa yang kau buat tadi.” Mimi menyoal. Aku tak menjawab persoalanya. “Ish, kau nak kena ka dengan aku.”

“Sudahlah tu kita dah keluar, sekarang kena keluar cepat sebelum malam mendatang.” Sandra memberitahu. 

Ketika itu aku tak menyangka juga yang orang tua ini akan datang. “Ha? Di situpun kamu semua. Nenek ingat yang syndrome nenek dah tak berfungsi sudah.”

“Nenek?” Mimi dan Luna terkejut.

“Hahaha. Jadi kamu nilah Sandra. Dan yang ini mesti Rachelkan.” Nenek berkenalan dengan semua yang ada di sini. “Tunggu apa lagi di sini. Jomlah kita balik rumah dulu.”

Sejurus daripada itu, Kami terus mengikuti nenek pulang ke rumahnya. Aku tak sangka pula bila nak balik jalan jadi dekat dan cepat sampai. Memang inikah yang terjadi dalam cerita dora. Ini mesti jalan pintas.

“Nenek kalau ada jalan pintas nak keluar mengapa nenek tak bagi tahu?” Aku mula menyoal soalan ini.

“Lebih baik kamu tidak tahu jawapannya sebab nanti kamu lagi pening.”

Tak lama selepas itu, kami tiba juga di rumah nenek. Kami menghabiskan masa buat dua hari di sana. Berehat dan menolong nenek di rumahnya. Selain itu, pada mulanya aku tak menyangka juga dengan hal ini kerana masa di sini sangat berbeza dengan masa di dunia hutan itu. Masa di sini agak sedikit lambat tiga hari dengan masa di sana. Sekarang baru hari Khamis, keadaan menjadi seperti biasa macam di hari yang biasa. Jadi inilah kehidupan normal di sini. 

Dua hari sudah berlalu setelah menolong di rumah nenek dengan apa yang patut. Aku meminta Rachel dan Sandra untuk tinggal di sini buat seketika. Hal ini untuk memberikan pelajaran kepada mereka mengenai dunia ini.

Jadi, tibanya masa untuk kami berpisah dengan mereka ini. Kali ini kami menaiki helikopter untuk pulang ke bandar. Setelah mengucapkan selamat tinggal, baru kami berangkat ke bandar dengan segera. Lusa ni aku nak tanya dengan semua budak yang pergi ke lawatan tu apa perasaan mereka.

Previous: Bab 46
Next: Epilog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaz Awan