Home Novel Seram/Misteri SEDAR (Sesat Dari Radar)
Bab 3

Perjalanan yang panjang 

Adalah lebih baik

Bersama-sama dengan 

Rakan-rakan yang memahami


Aku tak percaya yang aku bangun lambat dan lambat untuk ke sekolah hari ini. Oleh itu, aku terpaksa memasuki ke kelas tahanan sebelum balik. Dan kelas tahanan itu akan berlangsung sehingga larut malam. Tengok ketat tak ketat peraturan sekolah aku.

Sewaktu kelas tahanan, aku mendapati yang bukan aku seorang sahaja yang kena tetapi macam mana budak tu boleh ada juga kat sini. Dia memandang aku pelik.

“Apasal kau ni?”

“Wei, macam mana kau boleh ada kat sini.” Dia terfikir seketika.

“Aku sukarela nak duduk dalam ni. Takkanlah aku nak tinggal punching bag aku dalam ruang sempit ni.”

“Maaf. Apa yang kau kata tadi. Aku punching bag kau.”

“Ya apasal kau nak kena ke.”

“Tak nak.” Wah, diugut paksa dengan seorang gadis yang mempunyai dua watak. Aku panggil dia Imi. Imi ialah watak lagi satu untuk Syamimi yang ni kasar banyak. Dia berdehem-dehem. Maaf kasar sikit.

“Aku nak cakap ni. Kejap lagi Luna datang nak ambil. Apasal kau nampak takut.”

“Mana ada aku takut. Trauma ada lah.”

“Tak payah takut aku tak pukul kau selagi Mimi tak bagi. Mungkin dia bagi.”

“Baiklah juara tinju dunia. Apa-apa, aku tak kisah sangat dengan kau.” Aku lagi kisah dengan tempat yang nak pergi, apa yang bakal menunggu kami di sana aku tak tahu.

Setelah itu, kami dibenarkan untuk pulang 1 jam awal. Keluarnya aku daripada kelas tahanan. Aku nampak Luna tengah tunggu di depan sekolah. Di depan pagar sekolah nampaknya.

“Sorrylah kena masuk kelas tahanan.”

“Tapi memang itulah rancangannya.” Hah aku hairan lagi. Apa yang mereka rancang kali ni.

“Rancangannya ialah kau kena masuk kelas tahanan sebab memudahkan Luna dapat kelulusan untuk pergi ke penerokaan kita di tempat tu.”

“Oh, Mimi kau dah kembali.” Apabila Mimi berubah perwatakan dia selalu memakai kaca mata. Mimi yang memakai kaca mata manakala Imi tak pakai kaca mata.

“Ya, kejap lagi kita berhenti dekat rumah aku dulu. Ambil barang dan terus pergi. Tak sabarnya aku.”

“Kalau macam tu cepatlah masuk dalam kereta. Perjalanan kita jauh, petang esok baru sampai.”

Masuk sahaja rumah ada pesanan ditampal pada pintu peti sejuk. Aku cuba baca,

Kepada Farhan,


Kami sekeluarga nak pergi bercuti selama seminggu. Pergi balik kampung nanti make sure jumpa nenek kalau tak. Tak ada apa. Happy weekend dengan girlfriend tu. Bye.


Ke situ pula orang tua aku ni. Mana ada, mereka dua tu girlfriend aku. Tapi betullah kalau direct translate kepada bahasa Malaysia memang kawan perempuan. Mereka bukan lelaki pun. Tapi Imi adalah mirip macam lelaki bila dia marah.

By the way, aku tak boleh mengelamun lama-lama aku naik dengan orang. Beg sandang yang aku telah pack digalas. Aku keluar dari rumah lalu mengunci pintu dan diletakkan di tempat yang tersembunyi.

“Jom bertolak.”

“Sedap-sedap kau pula. Kau bukannya bos aku nak arah aku. Kejap kita tunggu Mimi.” Apasal dia macam Imi ataupun memang ini personaliti sebenar dia.

Setelah Mimi masuk kami bertolak ke landasan kereta api lama. Aku hairan sementara Mimi dan Luna menunggu di landasan kereta api bagai ada kereta api pada waktu tu. Aku tertanya-tanya apa yang mereka buat.

“Wei, apa yang korang tunggu ni.” Aku tertanya-tanya.

“Kita ada di mana sekarang.” Luna bertanyakan kepada aku kembali.

“Di stesen kereta api.” Dia tersenyum

“So, takkan nak tunggu bas kot kat sini tak logiklah kan.” Lagi aku pening.

“Mana logik kereta api nak ada tengah malam ni. Lagipun stesen ini sudah terbengkalai lama.”

“Darah muda macam kau ni takkan perasan suatu benda.” Aku mengangkat bahu menunjukkan reaksi tidak tahu. “Mata kau tu tak tengok dengan teliti.” Apa yang aku nampak sekarang hanyalah rumpun-rumpun yang tumbuh di lantai stesen.

“Dia takkan faham. Kau tunggu saja sampai pukul 12 tengah malam nanti baru tahu.” Nasib baiklah Mimi tolong.

Sudah tiba 12 tengah malam, aku masih tak dapat nampak apa-apapun manakala mereka berdua mula menggalas beg mereka dan menunggu di belakang line kuning. Bersabar sahajalah aku tarik nafasku perlahan-lahan dan lepas sambil menutup mata.

Apabila mata dibuka sebuah kereta api mula kelihatan dan mereka memanggil aku untuk masuk. Oh, jadi inilah yang dimaksudkan dengan alam ghaib. Dunia yang tidak dapat kita nampak. Walaupun begitu, aku memang tak dapat untuk melihat alam ghaib pun. Aku tak tahu kenapa, tetapi aku macam ada lupa sesuatu dengan benda ghaib ni.

“Sudah-sudahlah tu fikir tentang alam ghaib.” Luna berbisik di tepi telingaku. Ini bukannya alam ghaibpun.

“Oh, plot twistlah ni. Tertanya-tanya pula aku siapa yang mengendalikan kereta api ini.”

“Oh, jangan risau orang-orang aku yang kendalikan kereta api ini. Lagipun ini kereta api milik keluarga aku.” Kuasa kekayaan menandingi segalanya. Mati-mati aku ingat alam ghaib tadi. Apasal aku tak perasan yang kereta api ni memang canggih. Walaupun menggunakan kuasa arang.

“Mana ada arang itu semua kuasa generator yang krew aku bawa. Lagipun setakat nak bekalkan kuasa untuk dua gerabak apa yang susah sangat.” Oh, baru aku faham. Tapi macam mana dia boleh tau apa yang aku fikirkan. Memang pelik.

Aku baring di atas tempat duduk dan tidur. Sehinggalah sampai pagi esok. Tak sangka kami tiba secepat ini. Baru sahaja aku menjejakkan kaki di atas platform stesen kereta api yang kami sampai. Memori yang terdahulu mula datang dengan meluru. Sehinggakan aku tak sempat untuk bertahan dan terus pengsan. Ini mungkin terlalu banyak untukku.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaz Awan