Bab 45
Ini adalah menara terakhirku di hutan ini. Aku menuju ke arah meja tersebut lalu membuka komputer di sini. Aku tak menyangka betul komputer di sini kena menggunakan kod program ASCII (American Standard Code for information interchange) dan kod EBCDIC (Extended Binary Coded Decimal Interchange Code). Sesiapa yang belajar sains komputer itu tahulah. Kod itulah yang membuatkan aku menjadi lagi susah untuk memasukkan data. Percayalah, beberapa kali jugalah aku silap buat koding guna kod ini sebab aku ada tersilap sedikit nombor. 

Bila ingat balik aku ada ubah kod yang aku simpan dalam PDA kepada kod morse baru-baru ini. Takkanlah kali ini tak boleh kot buat benda yang sama. Kemudiannya aku menyambung PDA ini kepada komputer tersebut dan aku tak menyangka yang programming ini berjalan dengan lancar. Aku berasa sungguh bersyukur. Disebabkan terlalu lama aku buat koding pada komputer tadi, Sandra mengambil masa sebentar untuk berehat di sofa yang ada dalam bilik ini. 

Tidak lama selepas itu, menara ini seperti bergegar dan membuatkan Sandra terjaga daripada tidur rehatnya yang sementara. Aku juga agak terkejut tetapi keadaan mula beransur pulih dan terdapat suatu pintu yang menghubungkan aku ke suatu tempat. 

Aku terus memasuki ke ruang tersebut bersama Sandra. Dalam bilik tersebut terdapat meja dan kerusi yang tersusun seperti di suatu dewan mesyuarat. Apabila aku masuk sahaja ke dalam bilik tersebut, terdapat kelima-lima ketua kampung yang ada. Termasuk kampung ini. Mereka mula bising dan kecoh. Siapa tak kecoh kalau tetiba sahaja kena culik dengan mengejut.

Aku menuju ke meja paling tunggal yang menghadapkan ke arah mereka. Entah kenapa mereka semua mulai bergaduh. Mungkin mereka memang tak sepakat dengan kampung yang lain. Walauapapun yang terjadi, aku kena teruskan mesyuarat dengan mereka ini juga. “Perhatian kepada semua ketua kampung yang datang, saya harap… “Mereka mulai bising, membuatkan suaraku tidak dapat capai kepada mereka. “Minta perhatian semua… Tolong dengar saya nak cakap ni.” Namun mereka masih tak dengar lagi.

Sandra melihatku mulai pasrah dan dia mulai memanggil kesemua ketua kampung di sini. Nampaknya dia memunculkan diri kepada mereka kali ini. “DENGAR SEMUA. SAYA CAKAP SEKALI SAHAJA. KALAU TAK NAK JADI MACAM DULU LEBIH BAIK DENGAR CAKAP DIA.” Dia tidak menjerit ataupun menguatkan suaranya tetapi hanya melalui telepati sahaja kepada mereka. Takku sangka dia membuatkan mereka terdiam dan terus memandang ke arahku. Bukan itu sahaja, bahkan mereka menjadi ketakutan apabila melihat Sandra yang berada di sebelahku. Apa rahsia yang dia simpan pada masa lalu. Aku terasa nak tahu pula dengan sejarah dia.

“Baiklah, saya mulakan mesyuarat kita pada kali ini dengan sesi suai-kenal. Minta perkenalkan diri ketua-ketua kampung yang ada di sini.”

Ketua kampung yang pertama mulai bangun dan memberitahu kepada semua orang. “Selamat petang kepada semua yang ada di sini, nama saya Beruang Kumbang daripada Kampung Haiwan. Maafkan saya atas kesilapan bahasa saya tadi.” Dia berkata sambil memandang Sandra dengan kepala yang tertunduk.

“Seterusnya.” Sandra pula yang kata. Macam beratur nak ambil giliran sahaja apabila aku dengar suaranya.

Ketua kampung yang kedua mulai bangun sambil kepalanya tertunduk, “Selamat petang semua, terutama sekali cik yang ada di sini. Saya berbesar hati dapat berjumpa. Nama saya ialah Kenangan Mimpi dan saya daripada Kampung Mimpi. Maafkan saya atas kekilafan saya tadi.”

“Lagi, bangunlah cepat.” Sandra mulai bercakap dengan nada yang tegas kepada mereka.

Ketua kampung ketiga mulai berdiri dan aku tak pasti yang aku pernah bertemu dengan dia ataupun tidak. “Selamat petang semua dan terutama sekali tokoh hutan ini yang paling disegani ramai. Nama aku ialah Zed dan aku daripada Kampung Pemburu.” Kemudiannya dia terus duduk.

Kemudiannya, ketua kampung yang kelima terus berdiri dan memberikan ucapannya. Tak apalah walaupun dia potong giliran. Baru sahaja Sandra hendak menyuruh lelaki tersebut untuk duduk. Aku menyuruhnya untuk membiarkan sahaja ketua kampung tersebut berucap. “Yang dimuliakan yang mulia dan selamat petang kepada semua. Nama saya ialah Banyanan Hutan dan saya daripada kampung ini iaitu Kampung Bunian. Saya sungguh seronok berjumpa dengan yang mulia…” Sandra terus memotong kata-katanya.

“Seterusnya.” 

“Tapi saya tak habis berucap lagi.” Banyanan Hutan mahu berkata lagi.

“Aku kata apa? Seterusnya.” Sandra dengan tegasnya berkata kepada Banyanan. 

Akhirnya, ketua kampung yang keempat terus berdiri dan memberikan ucapannya. Kali ini perempuan pula yang menjadi ketuanya. “Selamat petang kepada semua yang ada di sini. Nama saya ialah Wizah Sahir III dan saya wakil daripada kampung Penyihir. Maafkan nenek saya atas masa lalu yang telah dia lakukan kepada semua penduduk kampung di sini. Saya nak menceritakan yang perbuatan yang telah saya lakukan sebelum ini ialah berpuca daripada nenek saya yang mengawal saya. Sekali lagi saya nak minta maaf sebab ramai yang menderita atas sumpahan yang diletakkan di semua kampung.” 

Nampaknya dia dah berada dalam keadaan baik. Duduk sahaja dia di atas kerusi itu, terus dia menangis teresak-esak. Ada yang di situ tidak mengendahkan dia. Biarkan sajalah bersedih dulu. Baru aku tahu yang dalang sumpahan itu semua ialah daripada neneknya.

“Boleh dah,” Sandra memberi signal kepadaku untuk memulakan mesyuarat.

“Nama saya ialah Muhammmad Farhan Bin Raizal Bin Danial Eman Osman. Sebagai mana yang kalian tahu, mungkin di antara kalian sudah mengenali saya. Kecuali daripada kampung yang ketiga sahaja sebab saya tak pernah pergi ke situ. Mungkin ada kawan saya yang pernah pergi, jadi tak apalah. Saya panggil kalian semua datang ke sini untuk membincangkan masalah hutan ini dan pembaharuan peraturan selepas ini.”

“Untuk apa buat semua itu?” Beruang mula menyoal.

“Kami nak berikan kebebasan kepada penduduk di sini untuk hidup dengan aman dan damai. Bukan itu sahaja, pergaduhan antara bangsa juga mahu kami elakkan selepas ini. Kalau nak berlawan mestilah dalam gelanggang. Selepas itu, adalah beberapa peraturan di hutan ini yang telah saya perbetulkan. Iaitu dilarang membunuh haiwan, raksasa dan manusia yang tidak mendatangkan bahaya. Jika untuk memburu, dibolehkan. Jikalau anda lakukan hukuman setimpal akan dikenakan. Sesiapa yang berani buat cubalah kalau berani.”.

“Ada apa-apa lagi bantahan ataupun aduan lagi.”

Beruang mulai bangun dan memberikan aduannya. “Mengenai pembantu rumah ahli sihir di kampung kami ada sedikit masalah. Mereka tidak menolong kami bahkan kami pula yang kena tolong mereka. Minta pertimbangkan isu ini.”

“Mengenai isu ahli sihir ya. Hm…” Kemudiannya baru aku teringat yang Kampung Penyihir menghantar wakilnya iaitu Wizah seorang ahli sihir. “Kita akan hantarkan mereka kembali ke kampung halaman mereka masing-masing. Boleh tak wakil daripada Kampung Penyihir?”

Wizah mengangguk. “Boleh tiada masalah untuk pulangkan kembali orang-orang daripada kampung kami. Kami akan mengambil mereka kembali jikalau boleh tetapi kami tak paksa mereka pulang.” Dia sudah meredakan kesedihannya kembali.

“Bagaimana kami nak memburu kalau tak boleh membunnuh haiwan.” Zed pula menyoal pertanyaan mereka.

“Untuk itu, kalian yang hendak berburu dibenarkan untuk berburu tetapi jangan terlalu melebih-lebih. Ingat sama pada orang belakang.”

“Bagaimana pula dengan masalah raksasa yang bakal datang?” Hutan pula menanyakan soalannya. Banyak betul aku kena menjawab dengan mereka ni.

“Bagi masalah itu, saya sudah menjelaskan yang jika mereka mendatangkan bahaya kalian boleh membunuhnya. Jika tidak anggaplah mereka sebagai tetamu. Ada tak lagi?” Kemudiannya mereka tidak lagi menanyakan soalan. “Jika itu, saya akan tutup mesyuarat kita pada kali ini tetapi sebelum itu sesiapa yang hendak menjadi pemimpin untuk hutan di sini. Dialah yang akan mengendalikan mesyuarat bulanan.” Tidak ada yang mewakilkan diri mereka. Kemudiannya Sandra berbisik kepadaku. “Oh, nampaknya sudah ada wakilnya. Dia berada di kampung ini. Namanya ialah Bai. Iaitu Sang Kelembai. 

Dia akan menjadi ketua kepada kalian. Mereka tidak melawan ataupun membangkang idea tersebut. “Jadi itu, saya tutupkan mesyuarat kita pada kali ini. Semua boleh bersurai.” Kemudian semua orang yang ada di sini tadi dihantarkan pulang ke tempat mereka masing-masing. Aku tak rasa yang itu semua adalah bentuk fizikal mereka sebabnya ada sedikit kabur pada wajah mereka semua tadi. Mungkin teknologi ini menggunakan kesedaran mereka kot.

Kemudiannya kamipun berangkat untuk keluar daripada menara ini. Kali ini pintu masuk sudahpun terbuka luas. Keluar sahaja kami daripada menara tersebut, semua telah menjemput kami. Sementara itu, Mimi terus menuju ke arahku lalu meluku kepalaku.

“Pasal apa kau ni? Sakit tau.”

“Ni sebab kau bagi Sandra kena culik. Lagi satu mujurlah kau tak apa-apa. Aku bersyukur sangat tengok kau tidak apa-apa.” Kemudiannya Sandra melalui di sebelahku. “Eh, Sandra! Cerita sikit apa yang ada di dalam tu.” Mereka terus beredar daripada menara ini. Aku nampak yang Sandra menunjukkan sign baik pada tangannya.

“Jadi macam mana dengan hacking menara ni?” Luna dan di sebelahnya Rachel mula datang kepadaku.

“Gila kau, program kali ni gila jugalah tapi aku tak boleh nak kata yang teknologi dalam bangunan ini sangat moden itu saja aku boleh cakap.”

“Macam mana dengan raksasa yang kau lawan. Apa nama dia Leshy?”

“Pasal tu Sandra sudah membunuhnya. Aku tak pastilah sama ada makhluk itu masih hidup lagi ataupun tidak.”

“Kau guna apa?” Rachel mula bertanya.

“Obor api daripada alkohol.”

“Rasanya dia mati. Sebab makhluk tu tak boleh nak beradaptasi dengan bahan kimia. Kau cakap pasal tumbuhan. Memang sudah tentulah dia akan mati. Kecualilah…” Luna menghentikan ayatnya buat seketika.

“Kecuali apa?”

“Kecualilah dia memang ada di belakang kau.”

“Yo.” Sebut pasal dia, dia sekarang berada di belakang kami. “Maaflah pasal tadi. Aku tak sangka juga yang aku silap culik orang yang paling hebat di hutan ini.” Apasal orang yang kenal Sandra ni panggil dia dengan gelaran umpama dia seorang puteri raja.

“Kau nak buat apa lagi.” Dia menggeleng.

“Entahlah aku kalah dengan kau. Jadi aku kena ikut cakap kaulah. Perintahkan aku lakukan sesuatu.”

“Kau ni biar betul.” Dia mengangguk. “Kalau macam itu, aku nak kau jangan culik dan bagi orang sesat sudah. Itu sahaja aku nak kau buat.”

“Itu sahaja yang kau nak aku buat.” Dia sepertinya tidak percaya dengan kata-kataku.

“Haah. Lagipun nenek aku kata jangan berharap pertolongan daripada makhluk yang ada kaitan dengan unsur asal mereka api.”

“Kalau macam itu, aku akan ikut apa yang kau katakan.” Kemudiannya dia memasuki ke dalam hutan yang berdekatan dan menghilang.

Aku, Luna dan Rachel terus ke rumah ketua kampung ini. Sementara itu, Bai merayau-rayau sekitar kampung ini. “Saya betul-betul tak percaya yang kamu panggil saya macam tu. Tambah pula dengan ketua kampung dari kampung yang lain. Satu lagi, bagaimana kamu boleh kenal yang mulia.” Dia soal pasal Sandra pula.

“Saya tak faham dengan maksud tuanlah. Boleh tak kalau tuan terangkan bagaimana kisahnya. Dia tak pernah beritahu saya apa-apa mengenai dirinyapun.”

“Takkanlah kamu tak kenal dia kot. Dia tu terkenallah di sini.” Aku menggeleng. “Rachel, takkanlah kamu tak tahu kot pasal yang mulia.”

“Pasal apa?”

“Sandra dia maksudkan.”

“Oh, pasal tu saya ingat perkara tersebut sebagai mitos sahaja sebagai cerita pengajaran kepada budak-budak. Ada apa dengan cerita tu.”

“Nampaknya saya kena jugalah bagi tahu kamu. Alang-alang kamu nak keluar. Ambillah kisah ini sebagai cenderamata daripada kami di sini.

Baru sahaja ketua kampung hendak memulakan, Sandra mula muncul di belakang kami bersama dengan Imi. “Biar aku saja yang bercerita Lagipun inikan bahagian aku.”

Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh