Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 8

Irdina merenung jambangan bunga ros di tangannya. Ada kira-kira sepuluh kuntum ros di dalamnya. 3 kuntum berwarna putih dan 7 kuntum berwarna merah hati. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menerima bunga dari sesiapa pun. 

Bangga pun ada, segan pun ada apabila rakan-rakan nya yang nampak dia menerima bunga dari penghantar bunga, mengusik dengan mengatakan dia mempunyai kekasih. Kekasih? Mana ada..siapalah yang mahu pada anak dara tua ini? Lantas siapa pengirimnya?

Terburu-buru Irdina mencapai kad kecil yang terselit di dalam jambangan.

                     'Buat cikgu tersayang..Selamat Hari Lahir..semoga cikgu kekal berada dalam hati saya dan semoga cikgu terus menjadi cikgu terbaik yang pernah saya ada. Saya sayang cikgu..FARHAN.

Aduh! Budak Farhan ni rupanya. Bagaimana dia tahu tarikh lahir aku? Sanggup pula dia menghabiskan duit yang banyak demi membeli bunga yang mahal ni. Patutlah tadi semasa dalam kelas, Farhan tersengih-sengih memandangnya dan mengucapkan Selamat Hari Lahir. Kemudia diikuti nyanyian Selamat Hari Lahir dari anak-anak muridnya yang lain. Tak ape, balik nanti dia akan menghantar mesej kepada Farhan.

Bunga ini bagaimana? Ah, terima sahaja lah. Orang dah bagi, aku pun suka bunga. Boleh letak dalam bilik, mesti wangi bilik aku nanti, hati Irdina berkata-kata sendiri. Kad kecil yang mengandungi ucapan dari Farhan dimasukkan ke dalam beg tangannya. Jambangan bunga tadi diletakkan semula di atas mejanya. Beberapa buah buku Matematik Tingkatan 4 dicapainya. Dia perlu masuk kelas sekarang!

***********************************************************************************************

               'Terima kasih untuk bunga tadi. Tapi, awak tak perlu susahkan diri awak untuk cikgu.'

Irdina menekan butang SEND. Dia menunggu sebentar. Seketika mesejnya dibalas.

             'Sama-sama. Tak susah pun cikgu. Cikgu suka?'

Irdina terdiam seketika. Dia mahu jujur menjawab pertanyaan Farhan itu tetapi tidak mengapakah jika dia terlalu jujur? Serba salah dibuatnya.

            'Siapa yang tak suka terima hadiah? Lagipun tak ada hadiah lain yang cikgu dapat selain yang  awak bagi. Macam mana awak tahu hari ni hari lahir cikgu? Rasa macam cikgu tak ada beritahu..'

            'Nampak tak kat situ, siapa paling care tentang cikgu?'

           'Hehe..entahlah Paan. Serba salah cikgu nak jawab soalan awak tu.'

          'Tak ape cikgu tak jawab pun tak pe. Tentang soalan cikgu tadi tu, hendak seribu daya..'




Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee