Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 31

Petang itu, sebaik sahaja selesai menunaikan solat Asar, Irdina turun ke padang. Seperti yang dijanjikan, pelajar-pelajarnya yang merupakan pemain bola tampar sekolah tengah seronok 'memukul' bola.

"Dah warm-up ke semua?" 

Irdina menghampiri kumpulan pelajar yang terdiri daripada 7 orang perempuan dan 3 orang pelajar lelaki. Pelajar-pelajar perempuan mendekati Irdina dan mencapai tangannya untuk dicium.

"Cikgu sihat? Lama kan kita tak turun padang sejak perlawanan MSSD bulan 2 yang lepas. Lepas tu masing-masing senyap je."

Nabiha yang berbadan tinggi dan sedikit gempal bersuara riang.

"Alhamdulillah, cikgu sihat je. Cikgu pun rindu kalian juga. Tapi cikgu lebih rindu dengan Bola Tampar. Hehehe.." 

Irdina ketawa kecil disambut oleh yang lain-lain.

"Cikgu, tapi hari ni tak cukup 12 orang. Termasuk cikgu, baru 11 orang." 

Sampuk Daniel pula. Dia merupakan senior kepada yang lain-lain dan sedang menunggu keputusan SPM.

"Tak ape, saya boleh jadi pemain yang ke-12.."

Irdina dan yang lain-lain menoleh. Farhan!

"Abang Paan nak join kami ke hari ni?" 

Amir, pelajar Tingkatan 2 bersuara. Farhan selalu juga bersama meramaikan ahli pasukan walaupun tahun ini sekolah hanya menghantar pasukan perempuan sahaja.

"Ya, aku pun sama dah gian nak pukul dan sambut bola.."

"Eh, kejab..awak dah OK ke? Bukan ke semalam awak kata kurang sihat? Dan pagi tadi pun cikgu nampak awak diam je dalam kelas.."

Irdina mengerut dahi. Tidak percaya Farhan tiba-tiba muncul entah dari mana dan mahu bersama mereka.

"Cikgu tak sudi ke terima saya sebagai pemain ke-12 untuk petang ni? Saya rasa cikgu perlukan saya.."

"Eh, apa pula tak sudinya. Kecil tapak tangan, nyiru cikgu tadahkan. Jom, kita mulakan."

Setelah membahagi-bahagikan kepada 2 kumpulan, Irdina dan pelajar-pelajarnya mula bermain. Walaupun sekadar suka-suka, mereka cuba untuk bermain dengan teknik yang betul.

Farhan yang memang sengaja meminta untuk sekumpulan dengan Irdina, banyak kali menyelamatkan bola dan memberi peluang Irdina mengambil bola dengan mudah. Apabila dapat menyenangkan Irdina banyak kali, bagaikan suatu kepuasan kepada Farhan.

Dulu, semasa sekolah rendah, Farhan memang gila bola tampar. Aapabila naik ke menengah rendah, dia kecewa kerana sekolah lamanya tidak menghantar pasukan bola tampar mewakili sekolah. Maka, minat dan bakat yang ada disimpan sahaja. Apabila pindah ke sekolah ini, dia melihat kesungguhan Cikgu Dina dan pasukan bola tampar ini, minatnya terbit semula walaupun hanya sekadar main suka-suka.

Mereka berhenti ketika mata terakhir 25-17 yang mana memihak kepada pasukan Farhan dan Cikgu Dina. Farhan bersorak gembira. Cikgu Dina bertepuk tampar dengan pelajar-pelajar perempuan yang lain.

"Cikgu..saya..cikgu tak nak ke?" 

Farhan menghulurkan kedua tapak tangannya ke arah Cikgu Dina. Cikgu Dina mencebik. Farhan ketawa riang. Hilang segala kesedihannya. Sejujurnya Farhan suka melihat Cikgu Dina dalam keadaan santai sebegini. Nampak lebih happy dan enjoy.

"Bagitahu mak ke tak datang sini ni?'" 

Irdina bertanya ketika mereka duduk di atas simen dan meneguk sedikit minuman.

"Cikgu, Paan dah besar lah. Takkan nak bersukan pun nak kena bagitahu mak juga. Mak memang tahu beberapa kali dalam seminggu Paan akan keluar untuk bersukan. Hari ni macam malas nak main bola sepak, jadi Paan cuba-cuba datang jenguk sini rupanya langkah kanan.." 

"Malam nanti, jangan lupa buat homework pula tau."

Irdina mengingatkan.

"Cikgu, for your information, Paan dah siapkan kerja yang cikgu bagi sebelum turun tadi."

"Oh, reallyGood boy!"

"I'm not a boy...Paan dah 17 tahun...dah besar dah.."

"Yelah, yelah kalau tahu dah besar, kena matang sikit OK? Lepas ni cikgu tak nak awak moody tak tentu pasal. Kalah perempuan datang bulan."

"OK, jika itu yang cikgu nak, saya akan jadi matang lepas ni. I will try my best teacher!"

Irdina melemparkan senyum kepada anak muridnya itu. Farhan nampak terkesima.

"Oh Tuhan, manisnya senyumannya..." 


Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee