Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 70

Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 1.25 petang, Irdina terus solat Zohor di surau sekolah. Kemudian, dia pergi ke tempat untuk thumb print dan bergegas ke keretanya. Hari ini dia perlu ke KAHER untuk mencari barang-barang untuk menghias khemah semasa hari sukan minggu depan. 

Sesampainya di sana, dia terus mencari barang-barang yang dikehendakinya. Sesudah itu, Irdina memecut kereta ke JUSCO pula. Kepada suaminya, Hariz sudah diberitahu menggunakan WhatsApp usai solat Zohor tadi. 

Melissa berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Sebenarnya dia mahu membeli losyen dan Perfume BODYSHOP. Sudah seminggu losyen nya habis dan Perfume pula hanya tinggal sedikit. Perut tiba-tiba berdondang sayang. Baru dia teringat kali terakhir dia makan ialah pada pukul 10 pagi tadi. Langkah dilencongkan ke medan selera pula. 

Setelah selesai menjamu selera, Melissa membelek telefon bimbitnya. Suaminya Hariz membalas mesejnya dengan memberi keizinan namun seperti selalu pesanannya, jaga diri dan kandungan baik-baik ya sayang..Irdina tersenyum bahagia. Manakan dia tidak bahagia, dia punyai kehidupan yang lebih baik dari dulu. Punyai suami yang baik dan penyayang serta sedang mengandungkan anak pertama mereka. 

Kandungannya baru masuk 3 bulan, belum nampak sangat lagi. Irdina selalu ingatkan diri sendiri agar tidak melakukan kerja-kerja lasak. Dia sangat bersyukur kerana  suaminya Hariz ringan tulang membantunya membuat kerja-kerja rumah. Tiba-tiba ketika dia bangun dari kerusi untuk pergi dari situ, dia perasan seorang lelaki seperti sedang memandang dirinya. Irdina memandang ke belakang. Tiada orang yang berada di belakangnya, jadi tentulah dirinya yang dipandang oleh lelaki yang tidak dikenali itu. 

Irdina tidak ambil pusing hal tersebut. Dia melangkah keluar dari medan selera dan mencari kedai BODYSHOP. Setelah membeli barang-barang yang dikehendakinya, Irdina keluar dari kedai itu. Dia bercadang untuk balik kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 4 petang. Dia perlu balik rumah dan memasak untuk suaminya pula. 

Ketika Irdina sampai di tempat parkir kereta, keadaan agak sunyi. Cepat-cepat dia memasukkan barang-barang ke dalam bonet. Ketika mahu membuka pintu kereta, sebuah kereta Exora berwarna hitam berhenti tidak jauh darinya. Irdina menoleh sekilas. Dia nampak lelaki tadi dan seorang lagi lelaki lain menghampirinya. Irdina cepat-cepat masuk ke dalam kereta namun dia terlambat untuk menguncinya. 

"Kau keluar sekarang. Keluar!"

Lelaki itu memberi arahan dengan tegas. Irdina menggeleng kepalanya menandakan dia tidak mahu menuruti arahan lelaki itu. Lelaki yang seorang lagi merampas kunci keretanya dan menariknya keluar. 

"Tolong! Tolong!" Pekik Irdina namun malangnya tiada sesiapa di situ untuk membantunya. 

"Kau jerit, aku tikam kau. Kau nampak benda ni?"

Lelaki itu mengacukan sebilah pisau ke perut Irdina. Irdina terdiam seketika. Dia sayangkan kandungannya, baiklah demi kandungannya, dia akan ikut kehendak lelaki itu. Selepas itu dia tidak tahu ke mana dia dibawa kerana matanya ditutup dengan kain hitam.


Previous: Bab 69
Next: Bab 71

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee