Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 19

                        Semalaman Irdina tidak dapat tidur. Fikirannya asyik teringatkan Hariz.

"Bagaimana Hariz boleh kenal rumah aku? Kenapa dia datang cari aku kat sini? Untuk apa?" Dahinya dipicit-picit. Pening memikirkannya.

"Budak lelaki yang datang semalam tu cakap dia datang sini sebab nak minta izin ayah untuk berkawan dengan kamu. Katanya korang dah kenal masa kat Universiti 10 tahun yang lepas. Betul ke Dina?"

Hampir terjatuh Irdina dari pangkin di tepi kolam belakang rumah apabila tiba-tiba ayah muncul dari belakangnya.

"Ya, ayah. Betul la tu.."

"Tapi kenapa kamu sampai pengsan melihat dia?" 

Ayah pura-pura bertanya walhal Hariz telah menerangkan situasi mereka berdua yang tidak berakhir dengan baik sebelum ini.

"Dina tak sangka dia datang cari Dina kat sini. Dah lama ayah...10 tahun dah pun. Nasib baik Dina masih ingat muka dia."

"Dia ke penyebab kamu tolak pinangan orang?"

Irdina muncung tiba-tiba.

"Dah Dina tak suka, macam mana Dina nak terima ayah? Ada yang Dina tak pernah kenal pun, tiba-tiba masuk meminang. Macam mana Dina nak kahwin dengan orang yang Dina tak kenal?" Irdina menjawab dengan berani.

"Ayah dah agak dah, mesti ada sebab kamu tak nak kahwin-kahwin sampai sekarang. Kalau kamu tunggu dia, suruh jelah dia cepat masuk meminang. Ayah risau ni sebab kamu dah banyak tolak pinangan orang. Karang ada yang marah dan sakit hati dengan kamu. Manusia ni kita tak boleh nak duga tahap 'setan' nya Dina."

"Yeke ayah? Ayah janganlah fikir macam tu. Lagipun jodoh Dina belum tiba lagi."

"Ayah nampak dia macam lelaki yang baik je. Suruh dia cepat masuk meminang."

"Ayah...Dina ni masih terkejut dengan kemunculan semula dia. Dina tak tahu dia datang dari mana. Dia kat mana sekarang pun Dina tak tahu.."

Ayah ingin sahaja memberitahu Irdina bahawa Hariz juga ada di Johor namun mengingatkan kata-kata Hariz supaya merahsiakan dahulu, ayah hanya mendiamkan diri.

"Insyaallah, kalau dia ikhlas terhadap kamu, dia akan cari kamu semula. Percayalah cakap ayah ni," tutur ayah tenang sambil menyedut rokok daun yang dikepit di bibir tuanya. Ayah dan rokok daunnya berpisah tiada. Penat dah nasihat, dah tak makan saman...


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee