Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 43

Hariz resah. Tak pernah Irdina begini sejak mereka berbaik-baik beberapa bulan yang lepas. Apa kena dengan Irdina lately? Hariz perasan Irdina seakan ingin menjauhkan diri darinya. Call tak berangkat, mesej pun tak berbalas. 

Bila dirisik dengan Farhan, remaja itu mengatakan dia tidak tahu. Farhan mengatakan Irdina macam biasa sahaja di sekolah. Tapi tidak dinafikan rutin Irdina semakin sibuk kerana SPM semakin hampir, iaitu lagi 3 minggu. Mungkin dia penat, Hariz cuba berfikiran positif.

Hariz memberhentikan keretanya di depan pagar rumah Irdina. Suasana malam itu kelihatan tenang sahaja. Kereta Irdina kelihatan parkir di dalam garaj sementara kereta rakan serumahnya tidak kelihatan. Mungkin keluar. Ataupun mungkin mereka telah keluar berdua!

Hariz berdiri di depan pagar dan menjenguk ke dalam rumah. Lampu bilik tidur atas kelihatan terpasang. Mungkinkah itu bilik tidur Irdina? Dengan ucapan Bismillah, Hariz menghantar mesej WhatsApp kepada Irdina.

               'Assalamualaikum. Awak ada kat rumah?'

Kedengaran bunyi mesej di bilik yang menghadap ke jalan itu. Sah lah, itu bilik Irdina dan Irdina ada di dalam rumahnya. Hariz menunggu seketika. Hanya bluetick yang diberi Irdina. Hariz mesej lagi.

               'Saya kat depan pagar awak ni. Awak tak kesian ke kat saya?'

Walaupun merasakan egonya sedikit tercalar, Hariz sabarkan dirinya. Bak kata kawan-kawannya, perempuan kan memang makhluk yang selalu mencabar kesabaran. . Kalau mereka merajuk, lelaki kena usaha untuk memujuk. Kalau dua-dua buat diam, nanti rajuk makin berpanjangan.

                'Saya tak tahu apa salah saya, tiba-tiba awak macam larikan diri dari saya.'

Nampak kelibat seseorang menyelak sedikit langsir tebal di bilik itu. Irdina ke tu? Tapi tak jelas kerana orang itu hanya menyelak sedikit sahaja. 

                  'Kenapa awak datang? Ada apa?'

Akhirnya mesej yang dihantar oleh Hariz mendapat balasan. 

                 'Yelah, saya contact awak tak dapat, mesej awak tak reply. Saya risau juga.'   

                  'Risau kenapa? Saya still hidup lagi.'

                 'Alhamdulillah, awak hidup lagi. Tapi saya ni dah nak mati sebab risaukan awak.'

                 'Tak perlu risau. Saya OK je. Awak baliklah, malu kalau jiran-jiran saya tengok. Nanti mereka fikir apa pula.'

                 'Saya nak ajak awak dinner. Saya lapar ni. Please!'

                 'Saya on diet. Awak pergilah makan seorang diri. Ataupun ajak kawan-kawan awak.'

                'Saya nak makan dengan awak. Saya rindu awak..'

Lama Hariz menunggu, namun Irdina tidak membalasnya lagi. Hariz mengeluh perlahan. Susahnya memujuk perempuan! Apa entah salah dirinya. Aduhaiii...




Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee