Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 76

"Assalamualaikum sayang.."

Hariz menghampiri isterinya Irdina dan mencium dahinya. 

"Busuk lah bau benda nisayang.."

Irdina ketawa kecil. Memanglah busuk.Pilis kan. 

"Benda ni memang dicipta dengan bauan sebegini untuk mematikan selera suami terhadap isterinya...."

"Sayang ni...ingat abang ni apa..setakat 3 bulan tu apalah sangat. Bertahun-tahun boleh kawal, inikan pula 3 bulan. Tak ada hal lah!"

"Baguslah kalau boleh kawal. Abang dah makan? Mak ada masak kat dapur tu. Nanti lepas maghrib abang makan ya."

"Okey sayang. Kejab tau, abang nak tengok baby kita."

Hariz menghampiri katil kecil yang diperbuat daripada kayu. Dia menjenguk ke dalam. Tangannya menyentuh pipi si kecil. 

"Cute nya dia sayang. Macam abang.." usik Hariz sambil ketawa kecil.

"Perasan lah abang ni. Bukan macam sayang ke?"

"Alah, ramai yang cakap macam abangkan tapi versi perempuan..hehehe..jangan cemburu ya.."

"Tak apalah, buat apa nak cemburu.Sayang tahu, abang sayangkan sayang lebih kan. Betul tak?"

"Of course sayang. Sayang kan yang pertama dan sayang pun insyaallah akan jadi yang terakhir dalam hidup abang. Izara Haila..papa dah balik ni. Rindu papa tak?"

"Abang pergilah mandi dulu. Mesti abang penat kan. Maaf tak dapat nak layan abang sangat, sayang belum boleh bergerak sangat lagi."

"Okey abang pergi mandi dulu. Tak apa sayang, abang faham keadaan sayang sekarang. Sayang dah bagi abang hadiah ini pun, abang dah cukup berterima kasih. Izara, papa pergi mandi dulu ya sayang. Nanti papa datang tengok Izara lagi." 

                                    *****************************************

"Sayang, terima kasih.."

Hariz menggenggam kedua-dua belah tangan Irdina. 

"Untuk apa?"

"Untuk segala-galanya. Dari awal kita kenal, kita lost contact, kita jumpa semula, kita kahwin, kita diduga dengan pelbagai dugaan dan sekarang ni sayang bagi abang hadiah ini."

Hariz mencium tangan isterinya. Irdina senyum. Senyuman yang ikhlas diberi untuk suami tercinta. Suami yang sangat dia cintai, sejak dulu lagi.

"Sayang pun nak ucap terima kasih pada abang. Sebab sanggup cari sayang semula. Sebab merealisasikan impian sayang untuk menjadikan abang milik sayang. Abang boleh bayangkan tak, orang yang kita suka, sayang dan cinta, akhirnya membalas cinta kita. Itulah yang sayang rasa."

"Abang janji, abang akan jaga sayang sepenuh hati abang. Abang bukan tahu cakap je, abang akan buktikan dengan perbuatan. Abang akan gilir-gilir bangun kalau baby kita menangis malam-malam. Abang akan tolong apa yang patut. Abang tak kan biar sayang penat seorang diri. Kalau sayang sakit ke penat ke, sayang cakap tau.Jangan pendam seorang diri."

"Abang, janji dengan sayang..bahawa abang tak akan berubah. Abang akan setia dengan sayang. Abang akan terus jadi Hariz yang sekarang ni sampai bila-bila. Kalau berubah pun, berubah ke arah yang lebih baik."

"Abang janji sayang, abang akan setia sampai ke akhir hayat abang. Abang nak pimpin tangan sayang dan anak kita sampai ke syurga. Kita sama-sama perbaiki diri ya. Kita sama-sama harungi dugaan dan cabaran yang akan datang. Abang tahu, dugaan pasti akan datang. Kita kena selalu doa semoga kita kuat dan tabah mengharungi segala dugaan itu."

Irdina memeluk erat tubuh suaminya. 

Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang tahu betapa besarnya sayang aku kepada suamiku ini. Namun, cinta dan sayangku terhadapMu lebih lagi. Aku mencintai dia keranaMu. Aku menyayangi dia keranaMu,Ya Allah. Kurniakan kami kekuatan dan ketabahan untuk sama-sama mengharungi hidup ini. Pelukan Irdina semakin erat, seolah-olah tidak mahu lepas...


                                                 --------------------------TAMAT--------------------

 

 

 

 

Previous: Bab 75

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee