Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 44

Sebaik sahaja selesai makan bersama teman lelakinya yang baru 2 bulan dikenalinya, Azie menghantar lelaki itu balik ke rumah. Mereka sering bergilir-gilir kereta apabila keluar. Malam itu, giliran Azie yang mengambil dan menghantar teman lelaki nya itu.

Sebaik sahaja tiba di depan rumahnya, ada sebuah kereta Vios berwarna Silver parkir betul-betul depan pagar rumah sewanya. Macam kenal je kereta ni. Bukan ke kereta Hariz ke? Azie tak pernah berkenalan dengan lelaki itu tetapi Irdina ada bercerita tentang lelaki ini. Azie juga pernah nampak Irdina naik kereta tersebut apabila lelaki itu datang mengambilnya di rumah.

"Kenapa pula dia di sini? Takkan lah dia masuk ke dalam rumah kerana melalui cerita kawan baiknya, lelaki itu orang baik-baik. Tak mungkinlah." fikir Azie.

Dia parkir kereta depan pagar jirannya yang kosong. Kosong kerana jirannya itu belum balik dari kerja. Mungkin tak lama lagi jirannya itu akan balik dari kerja dan Azie perlu mengalihkannya semula.

Azie mematikan enjin dan keluar dari keretanya. Dia nampak seorang lelaki masih berada di dalam kereta. Mungkin itulah Hariz. 

"Boleh tahan orangnya. Oh, macam ni ya taste kawan naik aku tu." 

Azie berkata-kata perlahan sambil ketawa kecil. Dia menghampiri kereta tersebut.

"Assalamualaikum saudara. Buat apa depan rumah saya ni? Ni tempat parking kereta saya.."

"Waalaikumussalam. Oh, maaf! Awak ni mesti housemate Dina kan. Saya Hariz, kawan dia. Boleh tak awak tolong pujuk Dina supaya keluar jumpa saya... sebenarnya saya nak ajak dia dinner. Dah setengah jam saya tunggu sini."

"Eh, awak tak mesej dia ke? Tak mungkin dia dah tidur. Baru pukul 9.30 malam..."

"Sebenarnya..saya tak tahu apa salah saya. Dia tiba-tiba tak angkat telefon, mesej pun balas nak tak nak je..saya tunggu sini pun dia tak nak keluar. Dia ada masalah ke?"

"Saya tengok dia macam biasa je. Tapi, ada juga nampak beberapa hari ni berkurung je dalam bilik. Berbual dengan saya jarang-jarang. Mungkin dia sibuk. Yelah, dia kan mengajar budak SPM." ujar Azie. 

Tergamak pula si Irdina membiarkan Hariz menunggunya lama depan pagar rumahnya. 

"Boleh tak awak naik pujuk dia. Sebenarnya saya ni dari tengahari tadi lagi tak makan sebab memang dah plan nak makan dengan dia. Saya ni dah la ada gastrik. Kalau saya pengsan kat sini, korang yang kena hantar saya ke klinik..."

Azie ketawa kecil. Lucu juga si Hariz ni, fikirnya. 

"Yelah, saya naik pujuk dia. Lagipun, saya perlukan tempat parkir awak ni. Tak lama lagi jiran saya ni nak balik kerja dah, dah tak boleh parkir lama-lama. Saya naik cakap dengan dia kejab ya."


Irdina membuka pintu biliknya saat terdengar ketukan di pintu. Dia tahu Azie telah balik.

"Dina, Hariz tunggu kau kat bawah tu. Kenapa kau tak turun?"

"Hah? Dia ada lagi? Biar benar..aku ingat dia dah blah.."

Irdina meluru ke tingkap dan menyelak sedikit langsir. Benarlah, kereta Hariz masih ada di situ. Irdina mengeluh.

"Kau kenapa? Kau gaduh dengan dia ke? Tapi masalah sekarang ni, dia dah ambik tempat parkir aku. Aku terpaksa parkir kat rumah sebelah kejab. Kau tahu kan orang sebelah ni dalam pukul 10 dia akan balik."

"Dah tu, kenapa tak halau je tadi?"

"Aku tak ada lah halau tapi aku cadangkan kau pergilah temankan dia makan kejab. Bukan apa, dia cakap, dia ada gastrik. Dari tengahari tadi lagi tak makan sebab nak dinner dengan kau. Takkan kau sampai hati nak biarkan Dina? Kesianlah dia..pergilah.."

"Yelah.."


Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee