Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 48

                      'Assalamualaikum. Boleh saya jumpa awak hari ni? Awak cuti, saya pun cuti kan.'

Irdina membaca sekilas mesej yang dihantar Hariz kira-kira pada pukul 7.30 pagi Sabtu. 

"Awalnya budak ni mesej aku pagi ni. Selalu tidak lah seawal ini." Getus hati Irdina.

                      'Waalaikumussalam. Ada apa nak jumpa saya?'

  Irdina yang masih dalam mood  yang tidak menentu akibat p*****, membalas dengan malas.

                      'Ada perkara saya nak pastikan.'

                     'Perkara apa? Taip mesej je tak boleh ke?'

                    'Lebih baik face to face.'

                    'Saya tak ada mood lah hari ni. Period pain.'

                   'Oh yelah lupa 2 hari lepas awak cakap simptom pra haid.'

                  'Kalau awak nak tengok emosi saya tak menentu, lepas tu marah-marah, kalau berani datanglah ambik saya kat rumah sekarang.'

Irdina mencabar Hariz. Dia tahu lelaki itu tak akan berani punya. Dia tak tahu lagi kegilaan Irdina kalau tengah p******.

                 'Kalau macam tu, tak apalah, lain kali jelah. Oh, ya!Awak ada mengidam nak makan apa-apa tak? Bukan selalu nya waktu begitu craving macam-macam..'

                 'Nak makan awak...boleh?'

Irdina ketawa sendiri. Dalam keadaan dirinya moody pun dia masih terfikir untuk buat lawak.

                'I'm not a food, Dina!'

                'I knew it, just kidding

                'Seriously, u tak ada rasa nak makan apa-apa ke? Saya offer ni masa saya tengah free hari ni. Masa saya tengah rajin ni.

                'Nak burger ikan yang jual kat Marrybrown...'

                'OK, tengahari nanti saya hantar. Rehatlah, kawal emosi dan zikir jangan tinggal walaupun tak boleh solat.'

                'Ya, saya ingat. Awak dah selalu pesan..'

Irdina meletakkn telefonnya di sisi. Dia teringat permintaan Hariz tadi. Hariz kata ada perkara dia nak pastikan. Perkara apa ya? Bunyi macam serius je...


Previous: Bab 47
Next: Bab 49

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee