Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 27

'Tak tahulah kenapa, semakin saya ingin lupakan awak, semakin saya gila bayang pada awak.'

Irdina mengeluh membaca mesej yang dihantar oleh Ameer menerusi WhatsApp. Kadangkala Irdina fikir sampai bila akan terus menyimpan Ameer sebagai 'kawan'nya padahal Ameer tidak menganggapnya sebagai kawan pun. Dia tahu lelaki itu mahukan dirinya lebih dari seorang kawan.

                 'Boleh tak kalau saya nak jumpa awak. Saya ada kat JB sekarang ni. Ada kursus. Esok saya free, saya nak pergi Ulu Tiram jumpa awak.'

               'Saya ada program kat sekolah.'

Irdina cuba berdalih padahal dia lapang sahaja esok. Hajatnya mahu ke Aeon Mall, jalan-jalan cuci mata.

              'Program kalau hari cuti macam ni mesti selesai tengahari kan. Jumpa petang pun tak apa, saya boleh tunggu awak.'

Irdina terdiam. Apa lagi alasannya?

              'Sebenarnya apa tujuan awak nak jumpa saya? Tak boleh ke cakap melalui telefon atau WhatsApp je? Selama ni boleh je..'

             'Dah lama saya tak tengok awak. Dah 8 atau 9 tahun kita terpisah. Alang-alang saya dah ada kat JB, tak salah rasanya kalau kita jumpa kan.'

            'Tak payahlah. Marah tunang awak nanti. Fikir-fikirkan lah hati orang yang awak dah bagi harapan tu. Dah bertunang buat cara bertunang. Tak payahlah mesej perempuan lain lagi.'

            'Dia tak tahu. Lagipun, makin lama saya rasa makin rimas dengan dia. Saya rasa kadang-kadang dia tak ikhlas pun terima saya.'

            'Itu perasaan awak je. Awak anggap jelah itu dugaan orang bertunang.'

           'Dina, saya masih sayang awak. Sampai sekarang.'

          'Sayang saya tapi bertunang dengan orang lain? What the..'

         'Saya bertunang sebab awak yang suruh saya terima dia. Awak tak ingat ke? Awak yang cabar saya terima dia kan. Tengok sekarang, walaupun saya dah bertunang, tapi saya masih ingat awak. Ni semua salah awak.'

        'Alah, salahkan orang pulak. Kalau dah lelaki tu, lelaki lah jugak. Alasan sebakul. Padahal pantang nampak yang dahi licin. Awak ingat saya akan percaya ke dengan kata-kata manis lelaki ni?'

         'Itu lumrah lelaki lah tapi saya mana ada yang istimewa lain selain awak. Kalau dibandingkan dengan Aliya tu, saya sayang awak lagi sebab awak dah lama dengan saya. Maksud saya dalam hati saya.'

        'Saya dah nak kahwin. Saya dah jumpa calon yang sesuai jadi tolong jangan ganggu saya lagi!'

        'Hahaha..baru tadi awak cakap semua lelaki sama. Habis tu awak nak kahwin dengan perempuan ke?'

       'Dia lain, tak sama dengan orang lain.'

      'Tak payah bohonglah. Saya tak akan percaya. Kalau awak dah ada calon suami, kenalkan kepada saya hari ni juga. Lepas tu saya janji tak akan ganggu awak dah.'

Irdina terdiam seketika. Macam mana ni? Takkan nak minta tolong Hariz? Malulah dia.

       'Kenalkan tu macam susah sikit tapi memang betul nanti saya nak kahwin dengan dia.'

      'Ke awak yang bertepuk sebelah tangan ni?'

      'Hei, awak ingat saya ni tak ada orang yang nak ke? Dah 7 kali orang masuk merisik tapi semua saya tolak tau. Jangan pandang rendah saya OK!'

      'Bukan saya pandang rendah, tapi selagi awak tak kahwin atau sekurang-kurangnya bertunang, selagi tu saya akan ganggu awak. Awak kena datang jumpa saya, kalau tak saya akan .....'

      'Akan apa?'

      'Saya akan ganggu bakal suami awak dan saya akan cakap kita pernah terlanjur..'

      'What?? Kau jangan buat gila!'

      'Saya jadi gila sebab awak! Awak tu yang degil sangat. Dulu pun macam ni juga. Dah berapa kali awak reject saya, tapi saya ni tetap juga tunggu awak. Awak tak nampak ke obsesnya saya pada awak. Setianya saya pada awak. Awak tak sedar lagi ke?'

     'Seseorang yang mencintai kekasihnya akan sanggup berkorban demi melihat orang yang dicintainya bahagia walaupun bukan dengan dia. Itu definisi sebenar cinta. Tapi awak..itu bukan cinta namanya, tapi nafsu!'

       'Sebab tu awak kena bersama saya, kena kahwin dengan saya. Awak belum nampak gila saya lagi kalau saya tengok awak dengan lelaki lain. Saya nak awak datang ke Aeon Mall pada pukul 2 petang, KFC. Kalau awak tak datang, awak tengok lah saya buat gila lagi sekali. Saya boleh je cari awak kat Ulu Tiram tu..'

       'Awak ugut saya?'

      'Awak ni kalau saya cakap elok-elok, awak tak nak dengar. Degil, keras kepala! Kalau saya ugut macam ni baru awak nak dengar.'

Berbakul-bakul sumpahan telah dihamburkan Irdina untuk Ameer. Terasa seperti diperbodohkan oleh lelaki itu. Orang cakap tak nak, tak nak lah. Tak faham bahasa!!!



Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee