Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 24

 Selepas memastikan kereta dalam keadaan selamat, Irdina melangkah ke jalan yang dikhaskan untuk pejalan kaki. Dia berjalan perlahan-lahan menyusuri tasik. Dah lama benar dia tidak ke situ , sibuk benar dengan rutin harian. Pergi kerja, balik kerja, rehat, malam buat kerja sekolah lagi. Setiap hari begitulah. Kalau lapang sikit pun hari Jumaat dan Sabtu jelah. Itupun kadang-kala ada juga kerja.

Ramai juga orang petang itu. Maklumlah petang Jumaat, sekolah cuti dan pejabat kerajaan juga cuti. Ada yang jogging, berjalan-jalan bersama keluarga, ada yang dating dan ada juga yang buat-buat jogging seperti Irdina..dan ada juga yang memancing walaupun terpampang larangan memancing. Entahlah Irdina pun tidak faham mengapa sesetengah orang suka melakukan perkara yang dilarang. Mungkin sebab yang terlarang itu godaan..eh lain macam pula bunyinya tu..

Sampai di jambatan Irdina berhenti seketika. Walaupun hanya berjalan kaki, peluh keluar juga walaupun agak malu-malu. Yelah mana boleh terus berlari, berjalan pun belum sampai 1000 langkah, nanti kalau terus berlari dibimbangi akan tercedera.

Sewaktu ingin menyambung semula langkah, tiba-tiba terlanggar bahu dengan seseorang.

"Aduh!"

Irdina terduduk. Manusia besi mana pula yang melanggarnya ni..Irdina menoleh ingin memarahi namun..

"Maafkan saya..eh..Dina..ingatkan awek mana tadi.."

"Awak memang sengaja kan langgar saya. Sebab awak nak balas dendam kat saya." 

Tuduh Irdina kepada Hariz yang sedang memegang lengannya yang terasa ngilu akibat perlanggaran itu.

"Dendam apa pulak ni Dina. Dah awak yang tak pandang kiri kanan, nak salahkan saya pulak ke?" 

Hariz sedikit kesal dengan tuduhan Irdina. Memang dia betul-betul tidak sengaja. Manakan dia tergamak melanggar perempuan yang dia sayang..

"Awak ikut saya kan.."

"Mana ada. Saya memang selalu datang sini lah. Mari saya tolong." 

Hariz menghulurkan tangan untuk membantu namun dipandang sepi oleh Irdina. Dia masih memegang buku lalinya yang masih sakit.

"Boleh bangun tak ni? Saya tak sengaja Dina, maafkan saya. Takkan lah saya tergamak nak langgar pula. Daripada langgar, baik saya..." 

Kata-kata Hariz terhenti seketika apabila melihat Irdina merenung tajam ke arahnya. Garang juga perempuan ni! Dulu manis aje...

"Sakit tau tak.." 

Irdina seperti mahu menangis apabila cuba bangun namun terduduk semula. Patah ke buku lali ku? Dia mula rasa cemas.

"Marilah saya tolong. Cuba jangan degil. Saya tak nak ambil kesempatan pun. Awak kenal saya..saya ni jenis yang ambil kesempatan ke atas awak ke?" 

Irdina diam dan kemudian hanya membiarkan Hariz memapahnya bangun. Nasib baik lengannya berlapik. Merah mukanya tak tertahan lagi.

"Cuba jalan perlahan-lahan." 

Arah lelaki itu lagi sambil lengannya masih memapah Irdina.

"Boleh, tapi rasa macam sakit sangat." 

"Saya bawak awak ke klinik yang berdekatan. Awak boleh drive ke tak ni?"

"Entah..."

"Saya datang dengan kawan sebenarnya ni. Tu dia kawan saya. Dia tak jogging tapi berjalan je, sebab tu lambat sampai."

Hariz memuncungkan mulutnya kepada seorang lelaki yang sedikit berisi yang baru sampai di jambatan itu.

"Eh, Riz kau pegang siapa pula ni? Kau jangan macam-macam ya."

Sesampainya Naim ke situ, Hariz terus menjadi mangsa bebelannya.

"Aku terlanggar dia. Tak sengaja, kaki dia sakit..oh ya Lisa..ni kawan saya, Naim. Naim kenalkan ni kawan aku juga.. Irdina.."

"Kau terlanggar kawan kau sendiri? Pastu camana nak buat tu? Tak boleh jalan ke?"

"Mungkin saya yang salah, tak tengok kiri kanan." 

Akui Irdina lirih.

"Sekarang ni..aku nak tolong hantarkan Dina ni ke klinik yang berdekatan. Jadi aku bawak kereta dia. Kau balik sendiri ya. "

"OK. Baik-baik tau Hariz. Anak dara orang tu."

"Iya..kau ni..macamlah aku ni jahat sangat.." 

Hariz terus memapah Irdina ke kereta.

"Errr..saya tak susahkan awak ke ni?"

Dalam keadaan serba salah Irdina bertanya. Malu pun ada. Orang yang dibenci dan cuba dijauhinya kini membantunya. Eh, tapi Hariz yang melanggarnya tadi..

"Saya pun rasa bersalah ni sebab kalau bukan excident dengan saya tadi, mungkin awak tak akan cedera. OK, sekarang ni kita cari klinik yang paling dekat dengan rumah awak. Nanti dah settle, saya hantar awak balik..."

"Nasib baik tak ada apa sangat. Lepas makan ubat tahan sakit malam ni esok insyaallah akan OK. Saya hantar awak dah Maghrib ni. Nak solat lagi.."

"Terima kasih..tak tahu nak balas budi baik awak camana.."

Dalam rasa malu yang masih menebal, Irdina terpaksa juga menjatuhkan egonya sekurang-kurang ketika itu.

"Boleh nak balas budi saya. Senang je, belanja saya dinner.."

"Dinner?" 

Irdina mengerutkan dahi. Malam..tapi dulu pernah juga keluar makan malam bersama.. 2 kali je, lepas tu tak ada.

"Ya..dan untuk memastikan awak tak mengelak, maka dinner nya tu sekejab lagi."

"Tadi awak kata nak hantar saya balik sebab dah Maghrib?"

"Ala susah apa..pergi Petronas yang dekat Today's Mall tu, solat maghrib sekejab lepas tu pergi makan. Dah makan, saya hantar awak balik."

"Nanti awak nak balik camana? Rumah awak kat mana sebenarnya?"

"Baru nak tanya ke hihihi.." 

Melissa menggigit bibir sendiri, perlilah tu...

"Desa Cemerlang. Awak tak payah risau, saya rasa malam ni saya nak tidur rumah Kak Zu kot. Nanti masa kita tengah makan saya call  Paan suruh ambik saya. Tak payah risau, saya lelaki. Awak perlu risaukan diri awak sebab awak perempuan." 

Irdina menarik nafas dalam-dalam. Hariz masih sama seperti dulu. Suka membebel..


"Paan tu OK tak kat sekolah?"

Sebaik sahaja melabuhkan duduk di kerusi di Restoren Suria itu, Hariz bersuara.

"OK je. Kenapa ya?" 

Soal Irdina hairan.

"Awak tahu tak kenapa dia pindah ke sekolah awak?"

Soalan itu Irdina biarkan dulu sebaik sahaja pelayan datang mengambil pesanan. Setelah pelayan berlalu, barulah Irdina menyambung.

"Ermm..saya ada dengar. Masalah disiplin, lawan guru dan lain-lain. Betul ke?"

"Ha ah. Tapi awak jangan salah anggap. Dia budak baik sebenarnya. Cuma masa tu dia terkesan dengan kematian ayah dia. Dia rapat sangat dengan arwah. Sebab tu dia jadi nakal dan melawan sekejab. Selepas saya nasihat dan cadangkan dia tukar sekolah, baru saya nampak perangai dia semakin baik semula."

"Oohh..begitu rupanya..kita makan dulu. Dah pukul 8 lebih ni, saya tak biasa makan malam lambat." ujar Irdina sebaik sahaja pelayan membawakan makanan.

"Ni awak yang belanja kan sebab saya dah tolong awak tadi...." 



Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee