Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 12

"Alhamdulillah cikgu dah semak kertas Matematik korang untuk Ujian 1 yang baru-baru ni."

"Macam mana cikgu? OK tak? Kami lulus tak kali ni? Please cikgu bagi kami lulus.." 

Farhan dengan sikap tak sabar berpisah tiada.

"Ni kertas korang. Tengoklah sendiri."

"Alhamdulillah..yes! Saya lulus!"

 Mimi dan Syafikah berteriak girang.

"Eleh kami berdua pun lulus juga. Aku dan Irfan dapat C lagi. Tengok ni.."

Farhan menunjukkan markah yang tertera di muka depan kertas jawapan Matematiknya.

"Wah, korang lagi bagus dari kami nampaknya. Kami dapat D je. Tak boleh jadi ni. Cikgu, kami akan usaha lagi untuk terus meningkat setiap kali peperiksaan."

Syafikah membuat ikrar. Irdina senyum lebar. Tak sia-sia dia membantu mereka berempat.

"Cikgu bangga dengan usaha dan semangat korang berempat. Macam ni lah kalau nak berjaya, kena usaha berterusan. Tapi jangan lupakan subjek lain pula ya."

"Baik cikgu. OK cikgu, hari ni kita nak buat ulangkaji tajuk apa?"

"Bab 8 Tingkatan 4 iaitu Bulatan. Tajuk ini hanya keluar dalam Kertas 1 sahaja, biasanya ada 2 soalan. Walaupun begitu, cikgu tetap nak buat ulangkaji juga sebab mana tahu nanti korang boleh cuba jawab dengan betul. Sebelum ni cikgu tahu korang jawab merapu je kan.."

"Hahahaha..betul cikgu, kami tembak je.."

 Irfan ketawa mengekek di sambut oleh rakan-rakannya yang lain.

********************************************************************************************

HARIZ memerhatikan rumah sewa Irdina. Kelihatan empat orang remaja termasuk Farhan mula bergerak keluar dari kawasan rumah Irdina. Remaja lelaki menaiki motosikal manakala dua orang remaja perempuan berjalan kaki sahaja. Tak lama kemudian Hariz nampak kelibat Irdina menutup pintu pagar. Tiba-tiba debaran di dadanya terasa semakin laju. Sejujurnya dia rindu. Rindu sangat-sangat..

Sudah beberapa bulan Hariz menjadi SECRET ADMIRE kepada Irdina. Dalam tempoh itu dia tahu belum cukup untuk membuat Irdina menyukainya apatah lagi jatuh hati. Kadang-kala Hariz kehabisan idea untuk mencuba. Baru Hariz sedar, bukan mudah untuk mencuri hati seseorang. Apatah lagi jika hanya bertepuk sebelah tangan. Agaknya ini lah yang Irdina rasa dulu..Hariz sebak!

Lama Hariz berteleku di dalam kereta sehinggalah dia tiba-tiba melihat kereta Myvi biru milik Irdina keluar dari rumah itu. Perlahan-lahan Hariz mengekori kereta itu. Apabila kereta membelok masuk ke Today's Mall, Hariz juga membelok masuk ke tempat yang sama.

Nasibnya agak baik kerana masih ada parking yang kosong. Dari cermin sisi nya Hariz melihat Irdina sudah keluar dari kereta dan berjalan masuk ke mall. Dengan tergesa-gesa Hariz mematikan enjin dan keluar. Dia tidak mahu hilang jejak Irdina nanti. Cermin mata hitam yang sempat dicapai tadi segera dipakainya.

Dari jauh Hariz nampak Irdina terus berjalan tanpa henti hingga lah ke hujung mall di mana di situ terletaknya DIY dan juga kedai buku. Hariz nampak Irdina masuk ke dalam kedai buku. Ketika Irdina membelakanginya, Hariz juga melangkah masuk ke kedai buku itu. Hariz melangkah ke bahagian kiri kedai di mana di situ terdapat alat-alat tulis. Dia pura-pura membelek pen yang ada situ sambil matanya masih setia memerhati Irdina.

Setelah mengambil dua buah novel, Irdina bergerak ke bahagian buku akademik pula. Hariz melihat Irdina mengambil 2 buah buku soalan yang berada di rak SPM. Buku Matematik la tu, teka Hariz. Ketika Irdina melangkah ke kaunter pembayaran, Hariz menundukkan kepalanya kerana bimbang fizikalnya yang agak tinggi akan terlihat oleh Irdina. Ketika dia mengangkat mukanya semula, Irdina sudah tiada di kaunter pembayaran.

Hariz keluar dari kedai buku. Dia berjalan di sebelah kanan mall dan Irdina berjalan di sebelah kiri. Dari jauh Hariz nampak Irdina masuk ke kedai makanan. Mungkin dia belum makan tengahari lagi, fikir Hariz.

"Alamak, aku belum solat zohor lagi. Hampir terlupa!!!"


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee