Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 40

 'Saya ada perkara nak bincang dengan awak. Boleh tak saya nak ajak awak keluar malam ni?'

Irdina membaca mesej dari Ameer kira-kira pukul 6.30 petang hari Sabtu. Ketika itu dia baru sahaja rehat-rehat selepas balik dari jogging. 

                  'Penting ke? Kalau tak penting tak payahlah, saya malas nak keluar.'

                  'Penting sangat!'

                  'Tentang apa ya?'

                 'Tentang kita.'

                 'Kenapa dengan kita?'

                 'Alah, tak lama pun. Sekejab je.'

                 'Kita berbual depan rumah sewa saya jelah. Boleh tak?'

                'Tak boleh, perkara ni peribadi, tak mahulah ada yang dengar nanti.'

                'Tak nak lah, saya penatlah. Saya baru balik jogging. Lagipun, saya ada assigment nak kena siapkan.'

                'Esokkan masih cuti. Buat esok pun boleh kan.'

                'Tapi banyak lagi tak siap.'

                'Awak ni kalau dengan saya awak berkira kan. Kalau dengan boyfriend kesayangan awak tu apa-apa je  pun sanggup.'

           'Kami dah clash. Dah 2 bulan. Tak payah lah sebut nama dia lagi.'

           'Tulah awak, saya nak kat awak, awak tolak saya. Sibuk cari orang lain, yang depan mata ni tak pandang pun.'

           'Tadi saya dah cakap tak nak.'

          'Awak ni kalau saya minta cara elok, awak tak nak. Awak nak suruh saya jerit-jerit depan rumah awak sampai jiran-jiran awak dengar?'

          'Eh, apa awak ni? Dah pandai ugut saya pula sekarang ni.'

           'Dah tu, susah sangat nak ajak keluar pun. Bukan saya nak buat apa-apa pun kat awak. Pernah ke saya buat tak elok pada awak selama ni?'

           'Entahlah.'

Irdina terdiam seketika. Sejujurnya dia kurang mempercayai Ameer. Tapi dalam masa yang sama, dia akui hanya Ameer yang masih setia dengannya sehingga kini. Entah apalah yang ditunggu Ameer. Bukannya tidak ada gadis yang lebih cantik kat luar sana.

            'Pukul 8.30 malam saya datang ambik.'

           'Eh, saya tak kata saya setuju.'

Irdina menunggu Ameer reply namun hampa. Tahulah dia kini, malam nanti lelaki itu akan datang. Irdina mengeluh panjang. Dia tidak suka orang memaksanya!


"Awak kata nak cakap benda penting. Tapi ni nak makan pula. Saya tak lapar lah. Saya on diet."

Sebenarnya Irdina masih rasa bengang kerana Ameer memekik memanggil namanya di depan pagar rumah sewanya tadi. Sehingga rakan-rakan serumahnya menyuruhnya pergi menyelesaikan masalah yang terbit antara dirinya dan Ameer. Eh, Irdina tidak ada masalah pun dengan Ameer! Lelaki itu sebenarnya yang bermasalah. Psiko!!

"Yelah, makanlah dulu. Saya lapar ni. Betul ke awak diet ni. Boleh percaya ke?" 

Ameer senyum perli. Macam dia tak tahu perangai perempuan.

"Iya, saya dah makan roti tadi. Tak mahu makan nasi malam-malam. Nanti cepat naik badan."

"Suka hati awaklah. Bang, Nasi Goreng Cina, Telur Mata. Air bagi Teh O Ais ya."

"Cakaplah, apa yang awak nak cakap tu sampai terpekik-pekik depan rumah saya. Malu lah perangai tak macam orang lain." Perli Irdina sinis. 

"Saya terpaksa buat macam tu, kalau tak awak tak nak keluar kan."

Irdina diam. Memang betul pun, dia tak mahu sebenarnya. Tak ada mood!

"Awak dah ok sekarang? Ke masih frust menonggeng dengan mamat mana entah tu.." 

Ameer memang sengaja mahu menyakiti hati Irdina. Sengaja dia menimbulkan isu Hariz sedangkan dia tahu Irdina sedang cuba untuk melupakan nama itu. 

"Suka hati saya lah nak frust menonggeng ke, kuak rentang ke, tak ada kaitan dengan awak pun." 

Mendatar sahaja suara Irdina membalas kata-kata Ameer. Sebenarnya dia pun bukannya suka sangat bergaduh dengan orang. 

"Saya kan ada Dina, orang dah tak mahu, kenapa bodoh lagi nak menunggu? Tak payah jadi bodoh lah, awak bukannya tak cantik, tak baik tapi dia yang tak ada mata hati." 

Ameer cuba membakar rasa sakit hati Irdina. Irdina hanya buat bodoh. Ayat tu dah selalu dia dengar. Bukan sahaja terbit dari mulut Ameer, malahan orang lain juga. 

"Awak nak cakap apa sebenarnya ni? Baik awak cakap cepat, saya tak mahu lama-lama kat luar. Saya dah mengantuk ni."

"Saya masih sayangkan awak. Kita couple semula, boleh?"

Sebelum suapan nasi ke mulutnya yang pertama, Ameer bersuara.

"Kita tak pernah couple pun." 

"OK, kalau macam tu, bermula malam ni kita couple."

Degil betul si Ameer ni! Tak faham bahasa agaknya. 

"Awak ni tak nampak perempuan lain ke selain saya? Saya ni bukan lawa mana pun kan. Awak carilah perempuan lain yang boleh terima awak dengan ikhlas."

"Dah nak buat camana, buat masa ni hanya awak dalam hati saya. Awak tu perempuan pertama yang saya suka tau tak?"

"Ah, mengarutlah semua tu. Lelaki masa belum dapat, memanglah ayat dia manis je. Dah dapat nanti, tengoklah segala perangai setan keluar."



Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee